Bismillah.... disaat ini, rumahtangga kami masih diganggu, sejak hari ke-2 perkahwinan, pelbagai kata nista dari makcik-makcik terdekat yang melayang menghempas kuping telinga, tapi tak mengapa..siapalah kita untuk memberi hidayah kepada manusia....
Anyway, mereka-mereka yang bagi aku banyak 'keladak' dalam perut dan hati itu, tak cukup ' maha esa' ataupun 'maha kuasa' untuk buat kami tergoyang...nooo..no...malah, kehidupan rumahtangga kami semakin teguh, insyallah alhamdulillah....
Kehadiran insan ke-3 antara kami, memang tak terduga.. memang unplanned. Tapi, sebagai hambaNya yang memelihara iman di dada, rezeki harus ditadah seluas tangan terbuka dan senyuman nikmat syukrillah... dah nak masuk 7 minggu baby dalam perut membesar, insyallah akan terus membesar dengan sihat dan kuat.. ^_^
Bercakap fasal alahan, minggu lepas...diri ini dan suami tercinta menempuh kehidupan yang sangat genting. Bila masa sah, ada baby...sah juga sang suami terkena denggi. +___=' Dalam kemual-mualan aku menjada dia, dia dalam keperitan tak terhingga juga menjaga aku. Kami saling berlembikkan, tidur-tidur-tidur...bangun cari makan dengan payahnya, kemudian menahan sakit di tengah malam... Ngeri, memang kesih-sayang dan kekuatan mental teruji dengan hebat...tapi alhamdulillah, yang diberiNya adalah yang terbaik. Terbukti kami sangat strong, justeru semuanya sempurna alhamdulillah... hari ni, akhirnya setelah seminggu berturut-turut di hospital...suami dah boleh bekerja .. masuk office.Dan aku pun selepas 2 minggu tak buat apa-apa, boleh buka kedai semua...
LEGA!
Minggu hadapan, aku harus menempuhi ujian pengesahan sama ada aku pengidap Talesemia, atau Pembawa, atau sekadar Anemia. Masa doc. check darah..ada sesuatu yang tidak kena, mungkin kadar homoglobin rendah atau tahhh la...pokok pangkal, darah aku problem. Saat ini, tak perlu meraung lagi.... selesai ujian baru kita fikir jalan! Harap-harap, walaupun aku pengidap Talesemia, suami aku tidaklah pembawa atau pengidap talesemia juga... ingat lagi nurse cakap ' tula...sekarang nak bercinta kena scan luar dalam..' pfft...yelah yelahhh!!
Alah aku sekarang :
- Tak boleh naik kereta
- Tak suka perfume@deodorant ( boleh bawak gaduh hal ni)
Itu sahaja, alhamdulillah tak ada muntah-muntah YET.
Sampai disini, kalau anak aku baca entry ni..aku nak dia tahu, bahawa dia kesayangan kami berdua..kesayangan ibu ayah. Dan matlamat hidup kami sekarang...ialah membesarkan awak dengan jayanya occay! Takmo la nakal sangat....jadi good boy ok!?
...tetibe boy ~___~'
No comments:
Post a Comment