22.5.14

Mengapa Rania Marketing?


Bismillah....dengan namaNya.
Aku membesar dengan melalui kehidupan yang sangat sederhana, melihat kedua ibu-bapa mencari sesuap nasi dengan penuh duga. Insyallah...hingga saat ini aku membesar dengan berjaya seadanya.

Kini, aku pula bakal menjadi ibu bapa kepada khalifah pertama kami di dunia insyAllah...

Bertemu dengan seseorang, pastinya takdir. Mengenali seseorang pastinya ada sebab yang telah tersirat. Jodoh pertemuan, ajal maut ditanganNya. Jadi...beberapa tahun yang lalu aku bertemu dengan seorang pensyarah..melalui hubungan jual beli barang. Aku beli Kios Ice Blended dengan niat untuk berniaga. RM2300 dari harga asal...aku dapat RM1200 sahaja dari beliau. Alhamdulillah....sempat guna bebarapa kali untuk acara pesta atau karnival. Jual Ice Blended memang best kerana permintaan yang tinggi. Tapi, penat...tapi tak mengapa....segala perit jerih pasti ada imbal balasnya...

Selepas 2 tahun, aku merasakan ...kios tersebut, lebih kepada simpannnn dari aku gunakan. Atas rasa bersalah dan berdosa..aku rasa lebih baik dijual sahaja. Dan alhamdulillah...dah terjual tadi ... :)

Mengapa jual? 
Sebab nak start bisnez baru.
Bisnez apa?
Rania Marketing Business Plan!
APAKAH??

Ok, sebagai seorang yang lurus...aku jujur cakap..INI BUSINESS MULTILEVEL atau 'MLM'  ..selama aku membesar aku pernah tengok saudara, mak bapak, kawan-kawan malah diri sendiri pun nyaris involved dengan perniagaan ' MLM ' ni sebab??? WANG. ( ada ramai yang sampai bengkrupt pun sangat ngeri)

Dulu..pernah ikut mama ke talk ' Dollah Cantik ' 
Pernah ke talk ' VGMC '
Pernah ke talk ' Red Island Cafe '
Pernah ke talk ' Gamat Asli '
Talk ' ELKEN'  .. ' Premium Bautiful ' blabla..
 
dan macam-macam lagi...tapi apa pun takdak, habuk pun takda kecuali penatttt...last-last aku melihat sesuatu, dalam MLM, dia sama ada kita nak buat bersungguh-sungguh dan kaya, atauuuu...kita ala-ala kadar dan tak kemana. APa pun, bagi aku secara personal...aku akan melihat pada peluang, marketing plan, dan product itu sendiri. Yang paling penting juga ialah : Timeline.

Mengapa timeline? Maksudnya, kalau kita join awal atau jadi orang barisan atasan...atau barisan hadapan.... kita tidak akan mengalami kemungkinan untuk muflis atau bankrupt atau rugi...KERANA? Perasan tak...orang buat MLM ni asyikkk jual nama artis...tak pun jual nama orang dasyat-dasyat yang join juga benda yang sama... TAPI kenapa mereka dapat wang besar dan kita yang baru tahu, baru dengar ni..susah? SEBAB...deoarang masuk AWAL... masuk awal bermaksud, bersetuju untuk meleak risiko besar dan wang besar pada sesuatu plan perniagaan yang masih baruu dan masih di dalam proses perangkaan... risiko besar, untung besar kanz?...

Jadi? Wuts da point?

Pointnya sekarang, aku selalu mengikuti perkembangan Dr.Z dari FB sejak lastyear sebenarnya. Dia join WOW MOBILE 'mlm la jugaks'.. dia ada approach aku sebulan sebelum WOW dilancarkan..tapi aku dengan mindset '' MLM? Tuii....taknak arrr...tipu tipu tipuuuuuu!!!' 

Tapi day by day, aku tengok strategy-strategy yang dipasang Dr.Z dan mereka yang mengikuti beliau.. aku ikuti juga secara stalker haha...tengok dia untung ke...WOW tu end up terkenal ker...macam-macam dan genap setahun...aku melihat kehidupan Dr.Z berubah.. wow, boleh buka bisnez baru..hmmm.... tergugat dalam penyesalan sebab tak follow dari awal.. :(
tapi takpaa....

Tup..tup..disuatu hari nan tak diduga, Dr.Z inbox lagi dengan business plan yang baru, jeng jeng jeng.... Rania Marketing pulak....jual produk kecantikkan wanita dan lelaki dan macam-macam lagilah marketing plan yang best... AKU IS TERGUGAT.

Walau dengan poket kosong, aku dan suami...tawakal bertemu dengan Dr.Z. Kemudian balik rumah lepuk lengan atas dahi ikhtiar nak cari mana wang permulaan untuk business ni.......... sehingga diturunkan keajaiban HEHEHE... akhirnya RM3900 dalam genggaman dan kami terus berdaftar.

Yang best, launching official belum bermula... pre-launching sahaja yang dah mula di KL. Nampak la gambar-gambar retis-retis...Fara fauzana ... Eira Syaziera dan suami dia... KeitFoo..pengacara TV3 dan beberapa lagi orang kenamaan..dah pun join sebagai orang terawal. Huntonglaaaaaaaa..... dan Dr.Z rupanya orang nombor 001. OKeee..harus diketahui...... 001. So aku yang baru berdaftar ni yang keberapa?

Alhamdulillah...masih antara seratus terawal seluruh Malaysia.
Aku dan suami ambil pakej Sutera iaitu yang paling tinggi, dapat percuma 2  pakej sutera juga.. untung kan, maka nama ke-2 adalah aku dan ke-3 adalah kenalan dunia akhirat kami.. safwan dan kausar. Alhamdulillah...baru masuk 5 minit, Dr.Z dah masukkan 1 nama dibawah kami...dan sesiapa yang berdaftar akan automatik berada di bawah nama kami.... sementara masih awal.

PERASAAN?

Seronok la, 1st time buat kerja sekadar depan laptop dan cakap phone... nawaitu kami, nak bantu kawan-kawan untuk sama-sama berjaya dalam bisnez .....dan nawaitu aku....nak bagi duit banyak kepada mama supaya mama sayang aku. :)

Alah...pejam mata cuba aja...


APAKAH RANIA MARKETING???

( Next entry yer.. )

SEBARANG PERTANYAAN?
Contact us :
Hazlami : 017-6035556
Erin :  0111-0642303 tq!

38 comments:

Anonymous said...

Fikir halal dan haram ye kak...mlm menganiaya org lain...mcm akak ckp org2 awal kaya...lmbt masuk kayap...tak payah ckp psl akhirat sgt la kak...

Youjie said...

terimakasih anonymous, maka perlulah anda membuat sedikit lagi study dan pencerahan diri sebelum menuduh orang baik-baik melakukan dosa besar.

:) Menganiaya apakah yang sedara maksudkan, atau anda ada pengalaman menarik untuk dikongsikan tentang MLM?

Berfikir sebelum menaip adalah harus.

Anonymous said...

saya rasa anda perlu tahu tentang hukum halal atau haram di sini..oleh majlis fatwa kebangsaan

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-sistem-jualan-langsung-mlm-menurut-islam

Anonymous said...

Yup betul..MLM menganiaya org..Dah pernah join beberapa MLM dlu..salah satu cara nk dpt duit..kita suruh org buat loan..tanpa kita sedar kita penyebab org tu berhutang..masa tuk family jgk terbatas..pg keja..ptg ke mlm dah keluar..blk rmh 2-3-4pg..masuk MLM ni..menjarakkan hubungan kekeluargaan..nk2 yg ada anak..lg lah..sedih tgk anak yg jmpa kita hanya sekejap..yg laki bini usah ckp lah..telefon kat tgn sentiasa..memikirkan blk apa tujuan sbnr..mmg bukak mata hati..rezeki dari Allah..xperlu nk rasa cpt kaya..Allah tu Maha Kaya..ikhlas ikut jln Dia..insyaAllah..terbuka luas pintu rezeki tu..hubungan keluarga pun anam damai..

Anonymous said...

hurmmm...sy penah dgr ceramah ustad...dah diterangkan cara perniagaan melalui sistem mlm ni haram... rasa2 masing2 dah besar bleh pikir sendiri...byk sumber2 bleh refer mcm link saudara atas tu bg..tp,....kalau tetap dgn pendirian yg mlm tu halal mengikut hukum Islam, terpulang...

Anonymous said...

bisness itu ada jual beli. tapi mlm ni ada jual barang ke? tak jual tapi sibuk cari org nak masuk mlm ni supaya berdaftar bawah nama kita... itu bukan bisnes namanya...

Anonymous said...

Lama tak dengar adib muadib ni. Kalau dia ada boleh bagi info kaw kaw pasal mlm ni

Taufiq Mohari said...

orang yg cakap mlm ni haram sebab dia keje makan gaji je. confirm. nak jatuh hukum haram ada landasan2 dia. pegi buat research dlu. ulamak ada cakap, kalau bodo dok diam, jgn tunjuk bodo kita

Anonymous said...

Muhammad Taufiq----> or y x nak terima nasihat org dan masih menuduh org makan gaji tu berdosa..ish2..dosa dosa..banyak dah fatwa2 y menyatakan MLM, aku ulang sekali lagi, MLM itu HARAM..aku tau ko msT seronok dapat wang haramkan??..itu pun kalau la..aku x tuduh..x yah nak cakap sangat soal agama klu kt x hebat??..bukan soal hebat x hebat, cume sesame ISLAM, kt perlu nasihat..x nak terima nasihat??..terpulang..

Anonymous said...

Ni pendapat peribadi aku berdasarkan pengalaman lepas. Pernah join MLM macam ni jugak. Mmg 'nampak' kaya. Kerete mewah (sempat jugak pakai BMW 5-series). Tapi hidup tak tenteram. Anak2 kurang 'menjadi'. Ada2 je musibah yang aku dapat. Last2 aku buang semua tu. Sekarang pakai wira cabuk je. Hidup pun dh makin tenteram, cuma segan la dengan downline2 yang pernah aku ajak dulu. Nak jumpa muka pun dah malu. Nak cuba, silakan lah. Takdak sapa larang pon...

Anonymous said...

Assalamualaikum, sy ingin bagi pendapat dan tidak memihak mana2 pun.. Bagi saya sistem MLM ni merupakan satu sistem di mana bukan sahaja di dalam perniagaan jualan langsung tetapi juga dalam sistem bekerja makan gaji. Jika dilihat pada sistem bekerja makan gaji juga merupakan sistem yang sama di mana masakan orang yang dibawah gajinya lebih tinggi dari bos dan pekerja bawahan bekerja utk syarikat dan mengkayakan syarikat, oleh itu syarikat akan bg insentif ataupun bonus dan kenaikan gaji serta pangkat.

Sama juga dalam sistem jualan langsung tentang income, kenaikan pangkat dan bonus cuma yang berbeza adalah sistem jualan langsung merupakan satu perniagaan di mana bergantung pada usaha kita, kadangkala usaha kita lebih dari orang atasan dan income kita tentu lebih dari orang atasan. Perniagaan memerlukan usaha yang gigih yang berterusan bukan setakat hanya join dan tunggu duit jatuh ke riba tanpa usaha dan akhirnya menyalahkan orang yang memperkenalkan.

Saya juga tertarik tentang ustaz tersebut yang mengatakan hukum ttg MLM. Tapi diingatkan kepada semua kita ada majlis fatwa dan Jakim dalam menetapkan sesuatu hukum dimana semua ulama akan berkumpul di dalam Majlis Syura utk membincangkan sesuatu hukum. Kita tidak boleh menjatuhkan sesuatu hukum tersebut walaupun kita ni ustaz atau ulama jika tanpa sebarang bukti2 yang sahih. Saya sendiri pun tak berani mengatakan bahawa MLM itu haram.

MLM jadi haram bukan pada sistemnya tetapi oleh orang yang mengendalikannya, sama juga jika kita lihat agama Islam pada zaman sekarang ni, Islam itu adalah agama yg syumul dan lengkap, tetapi ada sesetengah dari penganut agama Islam sendri yang memburukkan nama Islam itu sendiri. Adakah salah Islam itu atau penganutnya? Sedangkan di dalam Islam telah mempunyai sistem dan panduan untuk diikuti untuk berjaya di dunia dan akhirat tetapi ada juga yang terpesong. Sama juga di dalam MLM atau bekerja makan gaji. Ada sistem dan panduan tetapi kadang2 ada yg salah menyebabkan nama MLM atau bekerja makan gaji pun buruk juga.

Jika kita lihat pada pandangan orang tentang orang yang bekerja makan gaji di sektor awam, ramai juga yang mencemuh dan menuduh semua yang kerja makan gaji di sektor awam makan rasuah la, malas la sedangkan bukan semua yang melakukan tetapi keseluruhan orang yang bekrja makan gaji di sektor awam dituduh sebegitu rupa.

Bagi saya, tak kiralah anda bekerja makan gaji, perniagaan konvesional atau MLM, selagi anda usaha dengan gigih dan jujur, insyaallah diberkati hidup anda. Tak payah la kita memcaci, mencemuh atau menghina sesiapa sedangkan di masa kita sedang mencaci, mencemuh dan menghina orang lain,kita sebenarnya telah bagi saham pahala kepada seseorang.

Wassalam

Unknown said...

Sy stuju sgt dgn comment yg di atas nie..

Anonymous said...

Dua2 setuju ni sbb join mlm jugak... haha teruskan la utk menwujudkan dalil menghalalkan MLM tu..

p/s: kelakor bila mamat atas ni kater mkn gaji tu sama ngan MLM

Anonymous said...

Pernah gak terlibat dlm MLM, jatuh bangun tu dah lali.
Sebaiknya syarikat wajib ada panel syariah kalo nak "fatwakan" biz dan company tu "terbaik" spy niat nak bantu org yg susah terpelihara. Mesti ada akad, product dll. Tak lupa jg syarikat tu mesti berdaftar dgn DSAM dan lain2 yg perlu.

Pendapat dan panduan Dr Zaharuddin spt kawan kita cakapakan spt diatas ada benarnya.

Munculkan artis sbg indentiti glamour utk mencerminkan syarikat MLM tu terbaik tak menjanjikan kelangsungan masa hadapan.

#Apa da jd dgn MLM Dato Ac Mizal ek..

Sekadar pandangan. Tiada hasutan atau dengki, moga berjaya. Jika dpt bantu org, jgn lupa salurkan jg pd org yg susah, infaq pd jalan ALLAH dll.

Man S.K said...

Xada istilah masuk awal akan kaya cpt dlm MLM. Kalau jenis masuk awal kaya masuk lewat lingkup itu adalah SCAM. Fahami erti sebenar industri MLM & jgn busukkan nama industri ini.

Anonymous said...

Ada mlm yg patuh syariah seperti hpa dan stormreaders.

ikhwan rich said...

Haramnye MLM tu pada system nye. Kalau dulu mmg bnyk menganiaya. Tp skrg lebih di perinchikan..
Lagipun mmg dan ade badan2 yg memantau system company.
Bisness x semestinye untung. Kdg2 untung, kdg2 rugi... semua bisness ade risiko...
9/10 kekayaan itu datangnye dr perniagaan, dan perlu kite sedar akan 9/10 risiko itunjuga datangnye dr perniagaan...
X nk tanggung risiko lebih, kerje makan gaji. Kalau sanggup tanggung risiko & kaya, berniagalah...

Unknown said...

Assalamualaikum, mlm x haram la.... open sket minda....

Unknown said...

Betul tu....yg penting niat kita tu betul jgn menipu, atau menganiaya org...cuma setiap company mestila ada syarat dan system yg kita kena ikut betul tak?

Sama ada company tu ok atau tak kita sendiri kena nilai dulu sblm join...

Apapun sya percaya kebanyakn org join mlm sebab nak tambah rezeki...

Rania Marketing Pencetus Jutawan said...

Rania Marketing dah disahkan patuh syariah dan tiada penindasan. dah diperakui oleh panel syariah dari USM. kepada yang berminat untuk mendapat income lebih secara halal dan telus, berminat ingin menambah nilai hidup sendiri dan keluarga boleh follow sy join team Rania Marketing. wasap 019-7773692/sms 011-32312558.****kepada yg berminat SAHAJA***

rmk said...

Jgn sesekali merapatkan diri dengan mereka yang jahil tentang MLM..kerana dengan mudahnya mereka akan memberitahu dari sudut mana MLM tidak boleh dijayakan...terutama isu halal haram..hidup brantakkan,keluarga terabai,tipu menipu...
kerna saya sudah lebih 15 tahun dlm dunia MLM,hidup saya suami isteri bekerjasama memerah keringat hasil titik peluh sendiri membesarkan anak anak dgn hasil MLM.. membantu semua rakanniaga merubah hidup mereka kepada yang lebih baik dari sebelumnya...ramai memuji ini adalah kerjaya murni...dapat pula berkat ibu bapa lagi dirahmati Allah tidak kira Mlm atau makan gaji....kalau dulu, saya bekerja makan gaji di TV#,pun ramai kawan kawan berantakkan rumahtangga sampai bercerai berai...saya pernah bekerja di arkitek firm....pun ramai yang tak dapat memenuhi masa terluang bersama keluarga dan anak-anak...sama sahaja..
yang penting wahai pemain MLM,bersihkan hati,sucikan niat untuk kita turun membantu rakankongsi..jangan tinggal solat,dapatkan restu suami isteri dan ibu bapa,pilih syarikat yang telus dan tidak menganiaya mana mana pihak,pilih sykt orang islam,plan yang tidak menindas.Semua nya tersedia di MLM..

Berikan nama ustadz mana yang dengan mudahnya menuduh MLM itu haram..selama 15 tahun saya dlm MLM,3 orang ustadz pun berjaya dlm MLM di bawah rangkaian kami...ada ustadz yang tidak cukup ilmunya..hanya pandai dan habis belajar hukum sahaja...itu sebab suka menghukum orang..ada ustadz hanya belajar syariat shj..ada ustadz belajar usulludin,syariak,tarekat hingga makrifat....jadi nak berkawan dengan ustadz pun kena pilih juga...jangan main taram je....

mama salina said...

Jom direct bisnes bersama saya.... Juai krispy kapit berperisa lagi bagus..berminat nak jd ajen wassup ditalian 0124482247..sah2 dah halal..hehehhe (maafkan saya kerana mencelah dan lari dr tajuk)
#jangan_gado_gado...

Anonymous said...

Apa yang haram apa yg halal...mlm ada haram?xtahulah...haram sbb ada produk campur lemak khinzir kot..ha ha..

Anonymous said...

Tapi yang pastinya...eira syazira tak tutup aurat dia..pkai skirt..itu terang2 haram dipandang...

Anonymous said...

Marah ke ustaz pula kau ye...

Anonymous said...

Gila kau..dia dok perhati betis iera syazira..mana tahan,klu tgk babi tak apa,mkn baru haram..ni tgk betis pompuan tu pun dah haram hukumnya...ha ha teruk dr babi lg jadinya..cuba2lah berubah mcm Neelofa tu,mati esok jenuh la aizad nak menangguh..aku jumpa eira syazira kat safira club 6hb 9,dia pkai skirts putih..tertengok betis dia..ha ha..dosa kering..

jimbet said...

dah xda komen lain...masuk bab agama...sampai bila nk berdebat pasal agama ni...come on la...kalau nk buat??buat...kalau x nk buat???sudah...jgn nk jatuhkan org lain...DOSA!!!....
saya x join mana2 MLM ni...tp..sya taw ia adalah satu cara kita meningkatkn taraf hidup...harga barang dah makin naik skunk ni bro...yg penting...nk buat??buat..xnk buat..duduk diam...janji happy sudah...itu je...

Anonymous said...

Dah namanya multi level tu sure lah ada orf atas n bawah. Mana ada fairnya. Di ofis pun sama tapi mengapa tak kata halal dan haramnya?

Sebab dah menjadi lumrah.. awak kalau pangkat sekian gaji sekian.. itu pada permulaan awal pekerjaan dan akhirnya kerja mcm nak mati pun tetap gaji sekian diri tak pulak nak rasa dianiaya..malah slaly cakap takpe..mungkin lum rezeki ku...

So pikir2 kan laa.. agama... agama jugak tapi jgn duk dengar tak mau selidik bab agama ni sedalam mungkin waimah dia ustaz terhandal punyg berbicara... sbb mereka pun manusia dan kerana manusia itu senantiasa khilaf.

Wallahualam...

Anonymous said...

Hah.. itu yg ahkak nak dengar... betul tu.. waimah sapa pun ustaz tu... dok pikiaq dulu.. jgn ambik bulat2... sbb islam itu meluas percabangannya... bukan setakat syariat.. mati oii.. kalau duk pegang itu jer...

Psst.. jarang pulak ustaz yg dah ada semua especially makrifat... bersuara.. sbb.. kalau dah kenal betul usuludin tu... hai.. takdak masa dah nak pikiaq hal dunia.. sbb itu biasaq ah dengar yg berpegang kuat syariat ni jer yg bersuara lantang...

Oopps... maaf ye pak ustaz...

Anonymous said...

Komen yg atas tu...dua2 mangkok hayun,kau join mlm pun tidak..MLM tu maksudnya Manusia Lacur Manusia...itu lah (MLM)..sbb apa aku kata mcm tu??nak tahu???kau join lah dlu mangkok oiii...apa yg kita buat Agama duduk no1 la..bru blh berjaya..cakap elok2 manusia ni tak paham2 mau maki ja..yg mana join semua terbabit lahh..klu duta melayu islam perempuan artis pakai mcm cina kapir..kau join lepas tu dlm meeting tepuk tangan..AMARAN..esok kat sana kena heret rejam kau sanggup ka????paham ka tidak yg baca ni??klu xpaham juga..ambil garfu cocok mata..buat mcm kasim selamat..senang..

applegreens said...

hai la org di atas busuk sgt hatimu itu smpai dsini trpggil2...xpyah nk mnjga hal org lain sgttt cuba jga diri sndri to dlu,ada isteri? ada anak? Mak ayah?? Didik smpai sempurna mampu..comfirmkn mreka dulu msuk syurga sblom comfirmkn org lain.Cara ckp mglahkn org terbijak ddunia tpi bila kaji kosong nilainya..hak msing2 nk cri duit ikut cara mreka hidup mreka.Jgn la bsuk hati suka hati nk bgi nma mmburukkn mlm...terukkn dunia nie bila ada org mcm kau mklumlah dunia akhir zaman.sibuk ckp psal agama solat lima wktu belom tentu sempurna..bwak2 la btaubat.

Unknown said...

Sy antara yg terawal join rania..tp xde plak sy kaya raya atau pki kete mewah sampai ke hr ni.dh 5bln sy buat rania ni..sbaliknye org bwh sy yg income lbh byk dr sy. Klo saudara saudari xtahu jgn nk menuduh sesuka ht..entah2 yg komen halal haram tu solat 5 waktu pn ckup nk tjk mcm awk tu ahli syurga.

Anonymous said...

Maaf mencelah,sy telah ceburi beberapa bidang pernagaan..boleh kata klau 9, 10 mesti berlaku nya rasuah..haha..xperlu la sebut satu2..cth nya, nk dpt kn order dr pihak skolah, awl2 guru besar da mntak "sumbangan" .. Skrg sy kmbali bkrja mkn gaji di satu syarikat mlm (accounting dept), stkat sy tgk, bisnes ni la yg x berlaku rasuah.. Ini berdsrkn pgalaman ye..ape2 pon, smue kerja kna ada niat dan matlamat yg baik.. Jgn mengata atau memburuk2kan sape2 atau mne2 pihak..periksa dlu sblom mnjatuhkan hukum.. Sekian

Anonymous said...

aku pelik kalau mlm ni halal, kenapa tidak ada golongan golongan ilmuwan islam yg menyertai? sebaliknya golongan golongan artis yg selalunya cetek pengetahuan islam dijadikan contoh dan idola dlm industri mlm ni. lagi lagi yg cetek ilmu islam ni, guna trademark '9/10 rezeki di muka bumi tu dtgnya dari perniagaan'. tahukah anda yg hadis tu daif dan sumber dtgnya hadis tu x diketahui dari mana? tak percaya, tanyalah ustaz ustaz yg berpelajaran tinggi berdekatan anda. matlamat tak menghalalkan cara, sesungguhnya diri ini pun x sempurna, tp apa salahnya utk menegur dan nasihat org lain.

Anonymous said...

sah sah anda belajar agama darjah 1 je. spanjang persekolahan anda smpi spm serong klas pendidikan islam. adakah pergaulan bukan muhrim yg jelas haram itu juga disebabkan lemak khinzir?

Anonymous said...

adakah ustaz yg menegur pasal seseorg individu dimuka bumi tentang hukum agama juga disifatkan menjatuhkan org lain dan berdosa? mak marah kite sbb kite merompak org, adakah tu yg dikatakan menjatuhkan org lain? suka suka merompak org adakah halal di sisi islam? merompak org pun bole meningkatkan taraf hidup

zulkifly said...

Nak tegur org pkai la nama sebenar..nak tegakkan islam tapi pengecut..Kan berani kerana benar...nak cerita usatad sana sini la...ustad tak kata apa pn hang dok lebi2..pi carik keja lain la..dok munah orang melayu ja..jual nama ustad pandai..carik makan sadra anak bini sendiri la dari dok kacau orang lin berniaga...sedara mara ang dah tgok ka dok sibuk orang lain...Akak nie nak berniaga..Hang tanak join sudah la..kalau kata haram ka halal ka sekadar nasihat sudah la dok nak mapuh orag wpa..hasad dengki sungguh.

Anonymous said...

Apa cerita nih...
Ramai yg joint/melabur?...dh lebur?
Ikuti cerita selanjutnye diutusan mlysia