Dan, takdir pun menentukan jalananya, berbekalkan redha sebagai perisai jiwa. Buat teman melalui ranjau hidup di hadapan yang menjanjikan aroma penuh sepi, penuh duga.. Melepaskan segala gurindam jiwa, melapaskan hasrat cinta asmara.. melupakan ceritera kasih nestapa.. membiarkan cinta terkubur megah di makamnya....
Kini aku sang pengembara, bukan lagi pencicip cinta. Cinta nyata mainan dunia, tibanya saat aku kekeringan sekadar penawar dahaga, perginya merengkuh kejam seluruh jasad bernyawa... dan kini, tinggal keping-keping hati yang berselerakkan..tidak bermakna.
Tiba masa, ditelan dunia fana, tiba masa...lenyap tidak berupa..
Sehingga yang tinggal, hanyalah kenangan semata-mata..
Pergilah hati-hati yang mendamba..
Bawa bersama hasrat bahagia dongengan semata.
..dan takdir benar, telah menentukan jalanannya...
17.6.13
16.6.13
Buat come back?
Fuh..pasword blog sendiri pun dah tak hingat, nampak tak betapa dasyatnya tahap kelupaan aku terhadap 'aku youjie'. Helo semua pahabaq!? Ada lagi ka dok bacablog aku ni pun aku tak sure, tapi sebab aku dah lama tak berblog, banyak sebabnya.....
1, Lepas breakup kali pertama tahun lepas, aku cam rasa serik-seriau nak blog.. sebelum ni blog semua tentang kami, tup tup nak blog hidup single-mingle yang comfirm memualkan dan emo-emo, than tup-tup lagi nak blog pasal 'kami' versi orang baru... oowhh...tidak manis!! Kena buang gamba lama, buang posting yang tak seswai...so on so on... Lagi satu, aku taknak hidup baru aku di 'stalk' orang... psycho ~
2, Aku pulak dah bertudung, dah pandai pakai baju labuh...so aku rasa macam taknak disalah erti, aku pun rasa segan-segan ubi nak up picture2 ala-ala muslimah baru.... sekarang zaman semua perkara jadi isu terkini, jadi baik aku diam dulu..... plan strategy, ehh?
3, Aku tengah mencari siapa diri aku tanpa bersangkutan dengan siapa-siapa...jadi aku sendiri membiarkan maya kosong tak bersuara, peh...dan sekarang aku yakin aku dah ada aku yang aku cari sejak dulu, yeah aku lah aku youjie..!! #terencat
4, Aku busy sebenarnya. Tapi sekarang aku dah rindu nak blogging balik dah pulak...sooo, walau semana busy pun aku aku akan cuba selalu memekak disini lepas ni.. aceaa...
Ok, tu lah antara sebab-sebab aku tak berblogging, dan ada la sebab-sebab internal lainya... antaranya sebab aku takut aku teremosi di blog, aku kan jiwang dan kememe... jadi bila aku emo, aku hempas di blog kemudian akan adalah manusia-manusia yang muncul di sms/wassap etc..untuk menyibuk tentang hidup aku disaat aku fragile-frigale camtu... oh please!
So aku tulis di buku jer selama ni, tapi tak boleh tahan...kne up kat sini lagi best rasa, nanti tua-tua suh anak cucu baca balik perangai buruk mak nenek deorang, mak sapa lagi man deorang gak kan..kih..kih..
Ok, sumpah takda sapa nak care ape reason pun yang membuatkan aku tak berblog, so juz blog jelah yer...blog jer ikut suka aku. Nama pun blog aku... ok stop it youjie.
.... =_='..ok jem kejap.
Nak sembang apa nih? actually nak bagitau yang aku tengah busy dengan persiapan-persiapan do.dot..dot....so aku akan selalu update disini mulai sekarang, kalau bosan pi blog orang lain okeh...
Sekianz...nanaites!!!!
Ni muka orang kuat nangis kata En.Tunang.
^_^'
15.5.13
Pencarian Pengacara 3R di USM PENANG.
Psst....sampai bila nak TAKOT?
Ask your self, ' apakah minat aku sebenar? ' Anda mungkin sekarang bekerja sebagai kerani gula-gula getah yang nyummi.. tak stress, hari-hari dapat makan gula-gula FREE, bos tak bossy dan gaji pun.. ala-ala...umph! WALAUPUN kerani... anda happy!!! Printing...copy zerox jawab call, buang sampah... lap tingkap tukar beteri kipas angin etc....
Hingga suatu masa ketika, sedang lena di katil, anda terjaga...terkenang dan mengelamun....
' Apa yang aku mahu dalam hidup aku ni sebenarnya? '
TETTTTT!!!!
Kadang-kadang, kita tak tahu apa yang kita mahu, kita menjadikan kehidupan sebagai medan pencarian diri kita sendiri... bagi yang menemuinya, anda bertuah dan selamat berbahagia....
Tapi bagi yang still menggagau????
TAK SALAH MENCUBA!!
Yeah...inilah POINT utama haku!
TRY TRY & KEEP TRYING BABEH...
SO!!
Anda 26tahun DAN KEBAWAH?
BIJAK? PETAH? CANTIK ? ANGGUN? BERKALIBER?
Tui~ ...persetankan ciri-ciri cliche itu semua, what you should do is......
1 : Sediakan baju yang lawa, selesa dan stylo menunjukkan diri anda yang sebenar, TAK PERLU BARU PUN TAKPA....
2 : Tahu perkembangan dunia dan isu semasa, serta banyak IDEA! Ala...update sikit isu semasa, ..tak perlu khatam paper atau nama menteri,bukan nak buat ujian PTD tul tak?
3 : Berkeyakinan TINGGI? Ohw noo......biase-biase jer, asalkan boleh buka mulut bercakap dan bersembang, dah qualified dah... eh ehh, ko bukan selalu bergossip ker....
4 : Sanggup belajar benda baru, ..kita semua layak ok... KAMU KAMU KAMU pun layak!
5 : Jadi diri sendiri, pleaseeeee....no OVER MAKEUP pleassssss.... plastik-plastik ni, judges pun SERAM MEH~
6 : BOLEH DIHANTAM, kalau kena usik please jangan nangis.. kena marah sikit nak emosi atau nak melatah lelebih.... no NO NOO... tak sihat at all... BE POSITIVE PLEASE DARLINGS....
7 : Sanggup keluar dari zon SELESA. OK...selamat berusaha semua!!!!!
Be happy, macam me & my juliet...
XOXO
** Jumpa semua nanti di ANJUNG BUDI USM 22-23 MEI 2013.
PLEASE..PLEASE COME AND ENJOYCE!!!!
13.5.13
Jenis & Tips mengatasi PMS !
Tanyalah lelaki yang ada gurlfriend stress tak stress... :P
Aku tak terkecuali, semenjak usia remaja.. PMS aku kadang-kadang terkawal..kadang-kadang under control. Blame the hormone please... Takkala PMS, hormon progesterone dan estrogen tidak seimbang dalam badan... maka terpulang tubuh masing-masing, jadi emo atau hyper...
Aku? both... macam incredible hulk!~
Lastnight, dunia ku rasakan seperti neraka.. sungguh jahanam perumpamaan itu, menangis sehingga terlena... terjaga kemudian sambung menangis... terlena kemudian terjaga.. HELL tak? And paling hell sekali ialah bila tidak dihiraukan... ok thanks darling sweetie and love....
i used to it though...
So...today apa yang aku buat, dari mencari fasal dengan orang, aku bersiar-siar sorang-sorang.. Ke saloon, shoping, tak masuk office.. tak business, tak reply all the massage and tak angkat ALL phone call yeay!!!! heaven sangat........
So, kepada gurl out there...senang jer nak elak depress ni, 1, jangan expect semua orang tahukau tengah PMS, 2, jangan merengek tak tentu fasal, emo, mengamuk, bunuh diri etc... yeah, aku selalu camgitu aih..aih....
Tangani PMS dengan bijak, lakukan aktiviti yang kita suka, tak payah hiraukan pesangan kita sehari.. be single lady for 1 day tak salah ... Buy chocolate, ice cream, new handbag, etc... pergi spa, pedicure /manicure... MEMANG BEST!
And jangan lupa printOut all bills and minta claim to ur spouse .. kih kih..
OK, jum tengok PMS jenis apakah engkau? ( sumber mr.wiki )
TYPE A - (anxiety) ditandai dengan gejala seperti rasa cemas, sensitif, saraf tegang, perasaan tidak tentu. Bahkan beberapa wanita mengalami depresi ringan sampai sedang saat sebelum mendapat haid. Gejala ini timbul akibat ketidak seimbangan hormon estrogen dan progesteron: hormon estrogen terlalu tinggi dibandingkan dengan hormon progesteron. Pemberian hormon progesteron kadang dilakukan untuk mengurangi gejala, tetapi beberapa peneliti mengatakan, pada penderita PMS bisa jadi kekurangan vitamin B6 dan magnesium. Penderita PMS A sebaiknya banyak mengonsumsi makanan berserat dan mengurangi atau membatasi minum kopi.
TYPE H - (hyperhydration) memiliki gejala edema(pembengkakan), perut kembung, nyeri pada buah dada, pembengkakan tangan dan kaki, peningkatan berat badan sebelum haid. Gejala tipe ini dapat juga dirasakan bersamaan dengan tipe PMS lain. Pembengkakan itu terjadi akibat berkumpulnya air pada jaringan di luar sel (ekstrasel) karena tingginya asupan garam atau gula pada diet penderita. Pemberian obat diuretika untuk mengurangi retensi (penimbunan) air dan natrium pada tubuh hanya mengurangi gejala yang ada. Untuk mencegah terjadinya gejala ini penderita dianjurkan mengurangi asupan garam dan gula pada diet makanan serta membatasi minum sehari-hari.
TYPE C - (craving) ditandai dengan rasa lapar ingin mengonsumsi makanan yang manis-manis (biasanya coklat) dan karbohidrat sederhana (biasanya gula). Pada umumnya sekitar 20 menit setelah menyantap gula dalam jumlah banyak, timbul gejala hipoglikemia seperti kelelahan, jantung berdebar, pusing kepala yang kadang-kadang sampai pengsan. Hipoglikemia timbul karena pengeluaran hormon insulin dalam tubuh meningkat. Rasa ingin menyantap makanan manis dapat disebabkan oleh stres, tinggi garam dalam diet makanan, tidak terpenuhinya asam lemak esensial (omega 6), atau kurangnya magnesium.
TYPE D - (depression) ditandai dengan gejala rasa depresi, ingin menangis, lemah, gangguan tidur, pelupa, bingung, sulit dalam mengucapkan kata-kata (verbalisasi), bahkan kadang-kadang muncul rasa ingin bunuh diri atau mencoba bunuh diri. Biasanya PMS tipe D berlangsung bersamaan dengan PMS tipe A, hanya sekitar 3% dari selururh tipe PMS benar-benar murni tipe D.
AKU?
ALL OF THEM
*DuckFace
PROMO FREE :
Enjoy sesi mencuci rambut dengan serendah RM20.00 - RM28.00 ( special wash ) di Saloon dalam tesco extra Sg 2, berhampiran USM induk.
Duration : 1 1/2 hour minimum ok...
Bukan cuci sekadar cuci lias-libas and ramas-ramas sampai pitam, no no... this one sekali pakej urutan dan relaxing yang cool... dah 3 kali aku kesini, memang best..semua tak rushing atau service nak cepat siap.. no no... they all memang best.
So, uols yang nak cari tempat rilek yang lepak denga alunan lagu radio siaran fly.fm..
AYUH......ke saloon TAK INGAT NAMA APA, dalam tesco extra depan foodcourt...
BUhbye!!!!
I'll be ok
Punya sekeping hati salju,
menanti hangat mentari..
Mencairi kebekuan jiwa...
Bersama-sama gerimis air mata...
Membujuk derita...
Punya sehamparan harapan,
menanti bulatnya tekad..
Menyingkiri gelapnya impian...
Bersama bayangan silam...
Memeluk sepi nan mencengkam...
...........
11.4.13
Sudah jera...
Aku yang kandas dan patah hati...
Biar lah orang memandang lemah..
Aku tak mahu bercinta lagi....
10.4.13
TORAY GROUP sumbang dana bernilai 4 Juta kepada USM, Penang.
Universiti Sains
Malaysia menerima dana bernilai 4 juta ringgit dari TORAY GROUP ( MALAYSIA )
bagi pembinaan bagunan Pusat Pemindahan Ilmu TORAY USM. ( TORAY USM Knowledge
Transfer Centre )
TORAY Industries Inc, Japun bersempena ulang tahun penubuhan
kumpulanya yang ke 40 tanggal 10 April 2013, telah bersetuju menjalankan usahasama
bersama Universiti Sains Malaysia bagi membina sebuah bangunan 4 tingkat, yang
bakal beroperasi tahun hadapan dalam memperkasakan Program Pemindahan Ilmu USM melalui
aspek penyelidikan, akedemik dan perkongsian ilmu bersama masyarakat tempatan.
Menurut, Mr.Akihiro Nikkaku. Presiden Toray Industries,Inc, Toray
merupakan sebuah syarikat global yang membangun searus dengan perkembangan
komuniti setempat, yang berorintasikan masyarakat tempatan. Justeru ini bersesuaian
dengan matlamat USM yang ingin
mengetengahkan bidang berkaitan kelestarian, kemanusiaan dan masa depan masyarakat rantau ini.
TORAY merupakan syarikat yang telah melahirkan ramai saintis dari kalangan
penyelidik di nagara Jepun, mengharapkan proses kerjasama ini mampu
meningkatkan kualiti penyelidikan tempatan ke aras yang lebih tinggi dalam
mencungkil dan menghasilkan ilmu baru di rantau ini.
Sementara itu, Naib
Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor
Dato' Dr. Omar Osman berkata kepada pemberita, bahawa beliau berbangga
di atas pengiktirafan yang diberikan oleh Syarikat TORAY untuk menjadikan USM
sebagai tapak melestarikan ilmu tempatan ke peringkat antarabangsa.
Dalam majlis tersebut, turut berlansung acara pecah tanah dan
majlis pemberian cek antara pihak atasan Universiti Sains Malaysia dan TORAY Industries,Inc.
TAMAT :
9.4.13
26 Tahun oh my god~
Dah tua, dah tua with no kids or husband of course...
Not married yet and still mencari cinta sejati milik illahi..
Still standing! Lolz....
Azam umur baru, taknak cakap perkara negative. Tuhan menilai doa dan hasrat hambanya, kalau kun-fayakun, maka terkabul lah segala kata-kata bahkan bisikkan tidak tersengaja... Dan saat ini, yang tinggal dalam diri, hanyalah semangat..semangat...dan semangat menempuh hari-hari muka yang makin bercahaya...
I can do it!
Study, wish me settle my masters study before 2015 please... Agar aku dapat merasa tenang, sebelum menyambung pengajian ke peringkat lain. Memang dunia, tapi kalau nak dihormati, dalam mengangkat martabat seorang muslim... tak salah meningkatkan potensi diri. Baru orang tahu, orang islam pun mampu... anak jati Balik Pulau ada seorang yang berjaya... ehem~
Business, banyak perangkaan dalam jangkauan. Doakanlah aku berjaya. seorang Dr. bakal menjadi mentor aku selepas ini insyallah jika ada rezeki. Maka..ya Tuhan, betulkanlah hasrat hati, meterailah impian diri.. Aku ingin mengubah nasib keluarga, agar tidak lagi dipandang keji dipandang hina...ingin berjasa pada tanah air tercinta... Ok sangat patriotik disitu. Amin..amin..amin...
Tabahkanlah hati ini ya Tuhan dalam menempuh hari-hari.......
Kerja, tak apalah sekadar partime-partime sahaja. Aku bersyukur, walau tidak punya kerja tetap. Walau kadang-kadang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sekurannya aku mampu hadapi tanpa meminta dari siapa-siapa..tak susahkan ibu bapa, tak susahkan saudara.... Apa yang termampu, apa yang aku suka...aku buat redah jer...... Seronak ok jadi seorang aku. :)
Teman hidup, biar berkali-kali kecundang..namun aku akan tetap menanti seorang belahan jiwa. Biar Tuhan masih mengaburkan siapa dia, adakah yang disisi atau belum pernah aku temui.. aku berserah segala rahsia rabbul izzati. Bukan muslim lah kalau nak melawan takdir menidak ketentuan illahi....
Dia maha mengetahui, pengasih dan penyayang....
Doaku, mulai saat ini.. i'll do the the best for myself..
Akan selalu tegas dengan diri..tak main emosi.
Taknak bermain dosa hati..
Taknak merendah-rendahkan maruah diri..
Takkan ku benarkan diri ini dihina dikeji...
Atau disakiti.....
Erin@26.2013
Perpustakana Hamzah Sendut 1@USM
1.4.13
23.3.2013
Akhirnya punya kekuatan mengupdate entry disini. Bukan malas, benar bukan malas atau segan..tapi panjang ceritanya untuk dicoretkan.. sambil melupakan segenap masalah reka-rekaan.. baik aku teruskan hasrat impian...
Dia memberi haluan, aku memilih untuk dipinang..
Terima kasih tuhan atas kemudahan jalanan yang Kau bentangkan.. aku hambaMu yang selalu mendambakan kekuatan.
Next entry, aku nak cerita tentang DIY DIY yang terdapat di sepanjang persiapan majlis. Percaya tak persiapan dalam masa 3 hari sahaja.
Anyway, terlanjur kita bersua walau di medan maya...
Kepada mereka yang pernah menjadi teristimewa di hati, halalkan makan dan minum hamba.
Kepada mereka yang telah ku patahkan hati. Maafkan aku buka niat memungkiri janji.
Kepada yang pernah menyakiti diri ini, aku maafkan dan tidak akan ku simpan sampai mati.
Semoga antara kita musnah hasrat benci, moga tiada iri merantai sanubari...
Assalam! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)







