10.4.13

TORAY GROUP sumbang dana bernilai 4 Juta kepada USM, Penang.


Universiti Sains Malaysia menerima dana bernilai 4 juta ringgit dari TORAY GROUP ( MALAYSIA ) bagi pembinaan bagunan Pusat Pemindahan Ilmu TORAY USM. ( TORAY USM Knowledge Transfer Centre )

TORAY Industries Inc, Japun bersempena ulang tahun penubuhan kumpulanya yang ke 40 tanggal 10 April 2013, telah bersetuju menjalankan usahasama bersama Universiti Sains Malaysia bagi membina sebuah bangunan 4 tingkat, yang bakal beroperasi tahun hadapan dalam memperkasakan Program Pemindahan Ilmu USM melalui aspek penyelidikan, akedemik dan perkongsian ilmu bersama masyarakat tempatan.

Menurut, Mr.Akihiro Nikkaku. Presiden Toray Industries,Inc, Toray merupakan sebuah syarikat global yang membangun searus dengan perkembangan komuniti setempat, yang berorintasikan masyarakat tempatan. Justeru ini bersesuaian dengan matlamat  USM yang ingin mengetengahkan bidang berkaitan kelestarian, kemanusiaan  dan masa depan masyarakat rantau ini.

TORAY merupakan syarikat yang  telah melahirkan ramai saintis dari kalangan penyelidik di nagara Jepun, mengharapkan proses kerjasama ini mampu meningkatkan kualiti penyelidikan tempatan ke aras yang lebih tinggi dalam mencungkil dan menghasilkan ilmu baru di rantau ini.


Sementara itu, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Omar Osman berkata kepada pemberita, bahawa beliau berbangga di atas pengiktirafan yang diberikan oleh Syarikat TORAY untuk menjadikan USM sebagai tapak melestarikan ilmu tempatan ke peringkat antarabangsa.
Dalam majlis tersebut, turut berlansung acara pecah tanah dan majlis pemberian cek antara pihak atasan Universiti Sains Malaysia dan  TORAY Industries,Inc.


TAMAT : 

No comments: