29.8.13

Dan telah agak lama aku menghangatkan dingin..

Agak lama aku tidak mencakar dinding ilusi,
Membenih mimpi dan mencetak ayat terapi,

Pohon ini makin layu,
Daunnya makin kering,
Tanpa air dan mentari ia cuba berasimilasi,
Dalam dingin kubikel terasing.

Agak lama aku tidak mencakar dinding ilusi...



Syurga cinta kita.

Aku membisikkan rahsia cinta,
pada kelam nan berlalu..
dan pada cerah nan mendatang..

Kaki ku melangkah laju,
menuju mentari bahagia...
menghindar pekat sang duka..

Dalam perjalanan membawa ke senja,
..punya hati terbisik hiba.
Terpaku aku pada bayangan purba..
Tersilau pada pancaran muka..
Termanggu mencari jalanan nyata..

Terduduk aku mengenang sisa asmara..
Mengesot menyuci daki bernoda..
Sangsikan cinta..

Yang termampu....

Memohon petunjuk tuhan yang Esa,
menyerah diri pada yang Berkuasa...

Memujuk hati, 
usah diragukan hatinya dia..

Cintanya dia, bakal membawa aku ke pintu syurga..



28.8.13

Sandaran bahu..


Kadang-kadang, sandaran kita kerusi..
Dinding, lantai, pintu, papan besi tiang dan segala objek yang tegak...

Hingga kita lupa,
Sandaran terutuh kita..
..adalah mereka yang selalu ada buat kita..
Selalu bersedia memujuk kita..
Meransang nyawa kita..
Dan mendamaikan jiwa dan raga..

Bergelar, sahabat selamanya.
Dalam outeh panggil Friendship forever..

Terima kasih Juliet, 
Love you! :)

25.8.13

I dream too much.


Ada kaca nan terpecah,
Punya hati kian musnah..
Ada tubuh yang berdarah..
Di jiwa kosong dan pasrah..

24.8.13

Di sini 5 tahun dahulu, dan masih disini...






Mencari erti kehidupan yang sering tersakiti.. :'(

The brokens one!

Terima kasih lah... pada yang sudi membaca, aku fikir aku dah kehilangan semua raeder-reader dulu.
you touched my hearth baby... :)

Currently, baru siap nak ke open house raya kawan.. Kemudian nak ke bundle than malam nak ke majlis berinai, menginaikan mempelai. Camnilah, rutin hujung minggu adalah PACKED!!!!

Alhamdulillah....selagi nafas terhela, tak ingin diri ini melakukan hal yang sia-sia..

Aku bukan kaki lagu, bukak kaki radio. Tak penah ada walkman atau berangan berMP3. Hidup aku selalunya sunyi...walau aku menjahit atau membaca atau buat apa sahaja..aku selesa keadaan sunyi. Biar natural..... tapi kalau nak dengar lagu, ya yaa...dengar bebetul..kita ke HardRock ...kih..kih.. almost 2 tahun tak ke sana.. rasa takda apa disana, walhal dulu...hujung minggu memang disitu aje... biasala budak-budak muda baru nak up, lepak tempat kerlass... Yang dah up pun banyak disitu. Ah..ape-ape jelah...

Satu tahap, aku rasakan kesunyian aku dah di tahap tepu. Lalu aku hulurkan pendrive kepada kak naddy, minta dia bagi beberapa lagu untuk aku sematkan di dalam ipad dan lappy aku. Laptop ja power...buka music boleh bikin hati patah woo...loser-loser. Dengan tidak mahu perkara ini terjadi, aku lantas mengambil keputusan minta random lagu-lagu dari member-member... so aku nak menjahit aku akan on music.. layan... boleh la...rasa gamat and semangat sikit.. ok lah.... lagu tak best aku skip..skip..skip...

''..i know, they've hurt you bad, why hide the scars you have..baby let me straighten out your broken bones...all your fault to me make you more beautiful.. ''

Eh..eh...lirik ni mengancam. Lama-lama aku terlayan lagu si Dia Frampton ni and hafal kemudian nyanyi record delete balik...nyanyi sorang-sorang and ulang-ulang...ulang..ulang...sampai nak tidur pun dengar... why? why?

Haha..tak payah tahu kenapa, aku suka suara and lirik lagu ni.. macam ... '' maybe i see a part of me in them, the missing piece trying to fit in '' entah la.. broken tang mana pun aku tak tahu.. bukankah aku sedang gembira menuju hari bahagia-bahagia ku itu...  so, aku assume aku just suka minah ni sebab dia howt!!!

How i wish, i have big round eyes... like her. So maka renunganku takkan mudah dulupakan sesiapa. ouch... how i wish, suara aku sedap dan mampu mencairkan hati-hati yang rawan...

Kih..kih..stop it erin, stop it!! geli muntah...

Ok lah, kepada broken broken ones di luar sana dun be sad...carilah cinta itu, carilah selagi terdaya dan sekira andai uols tak ketemui cinta yang didamba diharap di pinta.... kembalilah mencintai yang berkuasa dan mencipta kita. CintaNya jauh lebih suci, indah dan tak pernah kurang sedikit pun buat kita hamba-hambanya.....

Jangan broken-broken, because.... i'll be your anchor slowly step by step yer.. eceh, pujuk.

ANYWAY!
Have a nice weekends! Later on akan update apakah yang aku akan beli di bundle, atau takda apa-apa.. Chiow!!!


Dia

Dan bila terjaga,
tiada siapa disisinya..
Bila ketakutan,
tiada siapa sudi menamani dia..
Bila terkilan,
memujuk dia bersama dirinya..

Bila rinduan,
Yang Esa dicarinya..


23.8.13

Istikarah cinta.

Hamba itu lebih hampir kepada tuhanNya, apabila dia sujud..
Pada saat hati mula pasrah, segalanya terjawab dalam istikarah..
Istikarah hati mendebungakan cinta, dan menemukan jawapan..
Jawapa yang pasti, dalam memburu cinta illahi...

Happy friday friday friday...

Semalam tak dapat lelap, guruh petir ribut dan hujan lebat. Harusnya aku berteleku di sisi sajadah memohon doa.. Namun hanya diizinkanNya sekadar di hati sahaja.Nikmat rezeki malam jumaat selalunya hebat.

Terkenang suatu ketika, semasa aku menuntut di Madrasah Misbah Al-Falah. Malam jumaat sering membawa bersama ribut dan angin kencang.Aku tak berasa apa-apa tetapi seorang senior, bernama apa masyallah tak ingat. Dia akan bersembahyang malam dan memohon keampunan dalam air mata. Menyediakan diri menghadapi kiamat tiba sekiranga itulah waktunya... nampak tak kezuhud-an beliau ....

Menyedari hakikat sebegitu, aku menjadi gundah setiap kali malam jumaat atau hari jumaat.

Anyway..

Lately, aku tertekan dengan keadaan. Dengan study, kerjaya and perniagaan. Aku redha dan telah bersedia untuk mengorbankan salah satu antaranya. Mohon diberi petunjuk dari tuhan, buat aku memilih keputusan.

Terkadang, yang indah di mata..yang manis di rasa.. bukan yang terbaik buat kita.
Kadang-kadang, yang sukar dan perit di telan..itu yang terbaik buat kita..
Dan mungkin juga.. keduanya ada hikmah selagi kita berserah bulat-bulat kepada yang esa.

Seseorang bertanya ' apakah matlamat hidup kamu? '

Jelas, hidup aku di skala terumbang-ambing yang nyata. =___='
Apa pun ketentuanNya, Dia maha pengatur segala-gala buat kita.....

^_^ Jazakallah....

21.8.13

Felt pillow maker, expert one occay!~

Lastnight with broken hearth, i do sleep and cry. Mengada!
Semalaman tak dapat lena, perut cramp cramp cramp.. maka, seawal jam 5 aku dah terpacak di birai katil, buat keputusan nekad mandi than masak bubur pagi-pagi buta... kerja gila, mana taknya..perut meragam minta suapkan makanan nyaman dan berkhasiat...

Cukup kot intro panjang lebar sebegitu, i love felt!!!!!! Haaaa..apakah felt. Google sendiri tapi yang pasti i love felt materials. Cita-cita nak memborong di China kena tunggu tahun depan insyallah... so sekarang kena bercita-cita kumpul duit dulu yer...

Felt merupakan kain yang gebu dan tak payah nak kena jahit tepi bagai. Senang kerat jahit mana perlu sahaja, takkan berbulu di tepi..terberetas benang takdak-takdak.. so kita bebas melakukan apa sahaja dengan kain felt ni!

Aku? aku buat bantal tadaaa...!!!




 Ni ha, gambo kedai kecil ku di USM. Kadang buka kadang tutup ikut mood kau je bedah. Tapi memandangkan sekarang aku penganggur terhormat. Maka selalu lah buka kih..kih..kih... Tu pun buka sebab nak buat order, kalau tak jangan harap aku buka. Teruk gila, bila nak berjaya camnie...bilakah bilakah...

Market? jual bantal ni marketnya luas..alhamdulillah sepanjang aku meniaga benda alah ni.. permintaan tak henti. Kalau musim cuti kadang-kadang tangan jadi sotong... boleh mengamuk-mengamuk gak time tu.. sikit-sikit mengamuk, sikit -sikit mengamuk. Sungguh takdak kesabaran iols ni huhu...

Walaubagaimana pun, alhamdulillah... sejak aku mula buat benda ni, makin ramai crafter yang dah muncul tiba-tiba and buat bendasama. Apakah bendasama??? Yang terharunya, ramai crafter aku dah jadi supplier and aku pulak jadi customer mereka itu, deorang siap ada yang dah menguasai pasaran felt tempatan which is aku nak buat dari dulu, jual kain felt.... tapi malangnya aku masih di takok lama... tak supply apa-apa and just jual bantal. Aih...takpalah...rezeki depa..

  

However, aku gembira dengan penghasilan bantal felt aku. Sebab sejak aku buat bantal ni.. makin ramai bertukar buat bantal ni pula.. tak boleh elak situasi tiru-meniru. Yang penting kualiti berbeza... insyallah kualiti tangan aku ni lain sikettt dari yang lain..bhaaa..haha up diri pulaks!! Tak caya tengok arr sendiri... 
 


Tidakkah uols nampak macam bantal ni gila gebu? Gila sweeet macam aku and yang penting... kemassssss..... aku dah bertahun buat benda ni, still adore dengan hasil kerja sendiri. Tak tau nak kata apa dah la kan..self obsession dah lagu nie.. ^_^

Kalau nak tengok felt pillow @ bantal felt aku ni boleh ke www.artsyzsuzie.com.my yer uols!

Pesanan akhir, kadang-kadang kita rasa kita tak guna disisi masyarakat. Tapi kita kena fikir balik..yang penting sekali ialah adakah kita tak guna disisi Allah. Jangan emo..jangan emo like i do recently. :p

tATa!!! mwah..

Maafkan, ampunkan..

Maafkan hati, rakus mencari cinta..
Ampuni hasrat ini, haloba menjangah bahagia..
Sedangkan ku tahu, beribu batu jauhnya..
Sedangkan ku sedari, sedalam lautan letaknya..
Dan aku akui, seluruh dunia nilainya..

Maafkan hati, menitip senyum tawa..
Ampuni hasrat hati ini, mengemis kasih manja..
Sedangkan ku tahu, diri ini ibarat debuan sahara..
Sedangkan ku sedari, kilauan bintang memanah tajam ke mata..
Memungkiri impian, meninggalkan duka air mata..

Maafkan hati, masih ingin mencuba..
Ampuni hasrat hati ini, ingin dikasih mesra..

Sedangkan ku tahu, Dia maha berkuasa..
Dan aku yakini bidadara hati mungkin di syurga,
Atau mungkin disisi kita...

Selamat malam dunia,
Selamat malam impiana..
Selamat malam hati nan terluka... 

21-08-2013
01:05
Selasa@AmanDamaiUsm

20.8.13

Jong Jong Inai Penang!



Welcome to my new FanPage so called ' Jong Jong Inai ' ! Taraaa....... ^_^
Ehem.... hobi aku melukis, pernah menang pertandingan mencanting batik few years ago.... than, tak pernah menang apa-apa dah sebab tak pernah sertai apa-apa pertandingan pun after that. But me inside....seorang pencinta seni. I love drawing tapi minat tu sering terpadam dengan kesibukkan mengejar hal lain yang lebih menguntungkan. Nampak tak disitu? So melukis tak menguntungkan?

Otak kecik.

Semuanya bermula dengan minat, hobi melukis inai di tangan orang memang sejak dulu.. tapi suka-suka jaaaa.. tak pernah terfikir nak lukis inai pengantin ohh noo...clumsy like me? possible to rosakkan majlis orang taw..taw...

Tapi....aturan yang Esa.

One fine day, aku buka gerai di tapak konvo.. aku ambil 2 khemah, satu jual barang craft aku.. satu lagi barang kecantikkan Treenea Vco. Sebab aku dealer penang. Than fine lah... pekerja aku melayan customer and aku bosan..melepak di gerai-gerai sebelah. Tiba-tiba ada seorang minah siam selamba datang depan gerai aku letak meja lukis inai.. RM10/Hand.. aku macam oke oke je...

' Isk tak cantik lahh..kak erin lukis lagi cantik!! '' haa? siapakah yang menyeru-nyeru namakuh ini?

Rupanya bebudak ni ada melukis inai, katanya design tak antik awa..Aku pun membelek-belek dengan muka macam taknak tau sangat tapi sebenarnya nak gak tengok lawa ke idok minah tu draw inai kan..kan... '' ooo..ok la ni simple ni. '' balas aku pada bebudak tu.. jaga hati konon padahal dalam hati '' uih...bior bonar, lukis bulat2 petak-petak dah RM10.00 LUMAYAN! '' Nampak tak? nampak tak si mata duitan dah rambang....

Aku pun, keesokkanya menyibuk buka meja. Nak jugaaaaakk... tapi bukan depan gerai aku..tu obvious sangat. Aku setup port di gerai member jual baju.. ala-ala depan simpang tiga corridor khemah-khemah penggerai. Kira strategik habis... siap buat mini bunting dengan kain felt oke... mak memang overActing!

Aku pun mulai menjalankan promosi dengan melukis tangan sendiri, tangan pekerja-pekerja aku semua dan melarat ke tangan jiran-jiran.. Lama-lama jeng..jeng..jeng... '' kak...saya nak lukis inai berapa RM? '' BINGGO! here you go... aku pun mulai melukis tangan customer pertama ku....

Semasa melukis inai, maka ramai berkerumun menonton sesi lukis inai secara live... dan siapa tak terpaut hatinya kan..sapa boleh tahan tengok tangan tangan member terlukis indah tanpa mengsua tangan sendiri kan... RM5 je kot... so.

Hari itu sahaja lebih 40 orang pelanggan aku conteng tangan depa, sampai tangan aku shaking sebab non stop drawing sampai customer suh rest hahaa....funny lah uols. Dan bermula daripada itu... dengan galakkan dan sokongan En.Tun*** yang selalu nak challenge-challange aku tak abis-abis. Aku pun berasa berani untuk berniaga melukis inai....!!!!!

Bermula dengan fanpage : JongJongInai   <-- br="" click="">



 Ni profile pic page aku.
Gambar baby mana ntah, aku lukis tangan dia than masa nak snap jari dia duduk tak diam memaksa aku untuk memegang jari telunjuk budak 3 tahun tu and SNAP!

Cute gila pic spontan nie...


Ok,ni aku lukis bila bosan sahaja.

Bye!!

19.8.13

Kahwin dua wtf?


Ehem.... latsday 18.8.2013 was a good day.
Semua bagus, semua cantik semua girang... Tapi aku taknak cerita fasal semalam pada entry kali ini. HoldOn.
Ada hal lebih penting disini.

Ehem!!!!!!!

Kahwin dua. Jeng..jeng..jeng....
Siapa sanggup berkongsi suami? Siapa sanggu memegang gelaran sebagai isteri pertama atau isteri kedua? Sanggup? Nak payung emas kenalah sanggup... tapi ikhlas tak????

Hi..hi..hi... lastnight me and my fiancee ada sedikit pertengkaran. Tentang kahwin dua... sometimes guys suka buat joke tentang isu 'ini' . which is not funny AT ALL!!!!!

And aku tetap aku, mencantas joke tersebut dengan emosionalnya drag situasi tegang sampai dalam kereta sampailah tak jadi hangOut dengan bebudak-bebudak tu semua. Nampak tak kerakusan aku dan kesensitip-an aku kala itu.. haaaaaaaaaaaaaa.....
And dalam kereta, opkoz opkoz i nangis uols... setitis-titis sampai beringus and he juz lala..lalaaaa....diam. Than continue bertengkar 2 3 4 das tembakaan bermula lagi... nampak tak tak penat lansung bertengkar iols ni..

dia : tengok tu..bergurau nak take serious .. bla bla..
aku : nak bergurau pun agak-agak la...blabla..
dia : ohh..yang dia cakap ' aku pun tak sure dia tunang aku ka tak ' tadi tu takpe?
aku : abis! kalau jumpa kawan lupa kita tu takpaaa??
dia : than..nak ngamuk depan kawan-kawan la..blabla..
me : bistu..blabla..blaa..
dia : blabla...
me : ..laki memang boleh kawen dua, so tu bukan joke. tu joke yang logic and possible! kalau perempuan bolah kawen dua..saya joke macam tu suka tak?

Bla..bla...pertengkaran berlaku naik turun tone suara masing-masing nak menang sampai penat, both diam and layan kepala masing-masing. Iols dah tak cry...iols teringat sesuatu...n i said :

'' you know somethin.... saya dulu pernah cakap yang saya tak kisah bermadu. And i mean't so much walaupun mypast tak berniat untuk memadukan saya.. tapi kalau ada pun iols taktau la. And now saya rasa tak boleh and taknak and tak sanggup nak  bagi izin suami saya nanti kahwin dua... so kamu faham sesuatu tak sekarang? ''

 Suasana dalam kereta hanya kedengaran radio bum bang bum bang....

'' nak makan tak? '' dia tanya aku..
Angguk-angguk... ego taknak ngaku.
'' ok jum pi Subaidah lah k? ''
Angguk-angguk..muka keras tengok depan, ego kuasa2.

And after that, kami makan and start sembang and lama-lama boleh dah gelak-gelak tengok gambar-gambar pre-wed kami pre-wed kepala hotak kau, sebab kami jadi pengapit, maka baju kami sedondon maka nampak macam gambar pre-wed haha..   :p

So..so..so...

Guys, joke kawen dua tak FUN at all please.........
Guys, orang kata ucapan tu doa... TAK FUN juga please....

Have a nice day! workHard workSmart ok.
Aku lepak ja, al-maklum penganggur .. +_+' 





16.8.13

Selamat datang kesayangan baru!





Selamat menjengah dunia, selamat datang kesayangan baru..! Dari kejauhan aku@kak long menunggu update dari papa menerusi wassap. Selesai solat maghrib yang disertakan doa mohon Rabuul izzati memudahkan kelahiran tersebut, khabar penuh syukur aku terima beberapa minit kemudian apabila baby dan auntie telah selamat dan semuanya gembira. Alhamdulillah...

Hati batu ini turut merasa gembira, sambil membelek-belek gambar bayi yang fresh dan masih berdarah di wassap. Entah datang mana, tiba-tiba satu perasaan yang menyentuh jauh dari sanubari. Menyentuh hati batu aku yang tidak sekeras tadi.. membawa keluar air mata bergenangan... Aku mencari punca tangisan ini, mungkin melihat kekuasaan Illahi..atau mungkin melihat pengorbanan seorang ibu dan isteri.. Mungkin aku kagum sendiri..

Dalam kekalutan dan kebingungan, mungkin hati dan rohani pingin ketenangan. Aku menghadiahkan bacaan Yassin kepada yang telah pergi, kepada yang masih disisi dan kepada hati untuk bertenang dan mensyukuri... Aku masih janggal dengan perasaan ini.

Alhamdulillah Rabbul Izzati.....atas rezeki dan kurniaan ini.

Moga dia nanti, menjadi penyeri..memberi nafas baru kepada papa dan famili. Membawa rezeki untuk dinikmati.. menjadi anak solehah persis bidadari.


Selamat datang kesayangan baru Along..




4.8.13

Cerpen : Menghempas Rasa

Handle ku pulas kuat, mendorong motor kecil meluru pantas menuju desasiswa. Aku kecewa..
Entah apa yang dikecewakan, entah apa yang di benak fikiran, dan entah apa-apa air mata ini meluru tanpa sebab tanpa persoalan. Yang aku pasti..aku kecewa, dan kecewa ini membawa amarah. Ahh..lantak. 

Mungkin penat, malah kelesuan. Aku harus berhenti menjadi pemuas hati nafsu perasaan orang. Cukup-cukuplah. Cukup-cukuplah epilog hidup yang dipijak dihenyak. Cukup-cukuplah memujuk diri menatap cermin setiap kali depressi menyelubungi diri. Cukup-cukuplah...aku yang disakiti. 

Semenjak-semenjak ni, amarah aku lebih hebat dari sedih. Rasa sayu entah kemana aku lempar atau mungkin hilang sendiri dek cuak dengan api amarah kencang aku kini. Walaupun takut-takut, tapi sekurang-kurangnya aku dah belajar jadi pemarah.. Dah pandai meluahkan kemarahan...dah tak hukum diri, dah tak rayu hati... Persetan.

Di balik dada nan berombak, nafas yang menggila.. Tubuh aku henyak ke dada ranjang. Harus indah dunia ini bisa ku rasa andai ada pula sepasang lengan merangkul memujuk ku dalam ketika ini. Tapi harus juga berubah cerpen melankolia menjadi cerpen seram. So..

Aku menangis lagi, marah-marah ku lepaskan di cermin lagi.... Nampak, aku tetap aku. Tetap yang menangis tu.... 

Penat bersulam sedih marah kecewa dan putus asa...entah esakkan yang ke berapa mata terpejam, tubuh terkulai..ya, bersama baju lengkap dan hijab .. Hanya terjaga selepas se- jam setengah. Terjaga dek nyonyotan darah di muncung sang nyamuk,,, menyengit terasa di pangkal leher. Ahh..padanlah, jendela terbuka luas...jam menunjukkan tepat 11 malam. Di luar seram..

Apa harus ku lakukan,  mata pedih..kepala berdenyut. Berteleku di birai katil..mencabut tudung, menukar baju seluar dan lansung menghenyak tilam lagi. Terasa lemah.... Telefon pantas aku switchOn dan....tiada apa sms atau misscall. Bagus!! .. takda siapa peduli, akan kewujudan insan pemarah seorang aku tadi. Foine..

Melirik ke sejedah di lantai.. Solat isya' wajib aku segerakan. Disusuli doa yang ku munajatkan. Diakhiri tilawah kecil Surah Al-anfal mengungkap kisah perang Badar rasul junjungan dan quraisy... Apalah sangat jika dibandingkan dengan amarah kecil aku ini. Dugaan genit aku ini..dengan dugaan nabi junjungan.

Bertelaku...meneliti tafsir. Tersandar aku mengenang semula yang telah dilakui. Air mata sia-sia yang dimengaliri... Apalah sangat....apalah sangat...

Helaian ku selak, Ataubah...ok berhenti. Aku harus rehat. Atau tidur, atau melayan perasaan diri...atau mungkin mencari simpati di fb lagi. Pedajal diri... Tidak! ..aku harus tidur dan berhenti mengharap simpati. Berhenti menanti perhatian insani, berhenti menunggu pujuk rayu mahupun penawar hati. Aku telah menemui penawarku hadiah agung dari Illahi...

Maafkanlah...

Manusia mungkin bisa aku cinta, tapi Allah yang lebih sempurna.