Selamat Hari Hujung minggu semua!!!
Me? Me duduk bilik jer lah.. isnin selasa dan rabu adalah hari yang paling menakutkan buat aku, kerana apa? Kerana aku harus present proposal research yang sepatutnya aku kerjakan dalam tempoh 1 bulan yang telah diberikan Dan Presentation yang ke-2 pula mengenai framework yang bakal aku aplikasikan dalam research aku nanti.
2 presentation yang membunuh sekarang sedang menghiris jerut leher ku.. Percayalah....
Dan dihujung-hujung waktu sebegini, aku merasakan seolah-olah semua perkara selain study menjadi luarbiasa indah contohnya baca timeline twiteer selang 2 minit...baca timeline FB selang 5 minit...buka youtube berulang-ulang..termenung atas katil tak henti-henti...makan tak stop-stop.. makan itu makan ini..toilet berulang-ulang..golek-golek atas katil berkali-kali...tuka status YM selang seminit...tukar status FB...tuka status twiteer selang 2 saat..
Walaupun terasa nak penampar diri kuat-kuat, tapi tak guna juga..macam tu jugak.. Print journals banyak nampak macam pelajar contoh lagi rajin.. masa carry journals time jalan balik hostel pun terasa ada angin kuat meniup ke arah muka dengan iringan music okestra time konvokesyen then rasa macam..ade aura. Pui! Dramaa...dramaa...
Umm..sebenarnya aku takder motivasi sangat nak study lately, rase macam ehh, ape aku buat ni? orang lain senang lenang keje enjoy on weekends malam-malam lepak stabak kopi kacang ..aku?? Dok stress dengan bendalah-bendalah ni.. why why!!?? Apakah yang telah ku lakukan dalam hidup ku iniiiiii.....tsk. get a life youjie...
Tapi kan, separuh dari diri aku selalu berbisik, tak salah menuntut ilmu..itu kan satu ibadah.. Lepas habis belajar saat menggenggam ijazah sarjana nanti, segala kepahitan yang aku alami sekarang akan bertukar kemaaaniisssan sokmo! Percayalah... tapi bile...bile!! tsk.
Kadang-kadang, tengok kawan-kawan wajah semua bercahaya semasa perbentangan.. aku? Ucapan selamat pun asyik tersasul.. good afternoon..good afternoon..evening la mangkok! lansung tak focus..otak kemana jasad kemana, lalu hasil kerja ntah kemana jugak lah...aishh...why why why youjie why!!!!
Tiada siapa yang boleh mengubah nasib seseorang manusia melainkan manusia itu sendiri..aku selalu ingat ayat dalam quran ni, tapi after 2 minit aku lupa balik. Then aku down..kemudian aku bebal..aku merengek itu ini, aku lostkan diri..aku rebahkan diri sendiri...aku tiduuuur tak henti-henti... dengan harapan bangun nanti kerja akan siap atau mungkin bangun nanti aku dah berada di alam fantasi yang best-best belaka.. choi!! alam barzakh taknak plak!
Tak guna nak bebel, just nak pesan pada kawan-kawan. Hargailah kehidupan yang hanya sementara cuma ni, tak siapa-siapa pun kita di dunia ni melainkan di akhirat sana. Kalau kau doktor ke..majistret ke ahli muzik ke sekalipun, di bawah nanti, kubur kau sama saiz and sama dalam jer dengan jiran sebelah kau yang kau nampak tak berapa nak kaya-raya tu. Lepas tu, kalau kau takde amalan lansung di dunia..kalau kau tak sedekah, kau lokek duit nak belanja orang atau menghulurkan antuan ikhlas kepada orang... jangan harap lah kau nak selamat di 'sana'.
So? aku just nak ingatkan, jangan serius sengat nak kejar dunya ni okay, pastikan semua maintain dan in control, biase-biase sudah tapi jangan jadi loser tu jer.. Moga di alam selepas ni, kita ditemukan dengan rahmatNya...diredhaiNya...disayangiNya nak tak? nak tak?
Aku bercakap untuk diri sendiri juga, kita kan harus saling nasihat-menasihati. Hehehe..dah la sudah-sudahla nak berbebel di sini, kerja tak siap-siap jugak.. Kawan-kawan please doakan aku yer...sesungguhnya aku tengah 'lost' dalam kolam ilmu..wah ayat!
A'salam..
No comments:
Post a Comment