13.12.11

Al-fatihah buat arwah tadi..


Thanks kepada yang sempat wish gudluck untuk aku tadi atau semalam, walau pun hanya wish dalam hati...aku sangat hargai... sumpah tak tipu :)

Hari ni Opening Nadi@USM secara rasminya, ia merupakan unit atas kepada unit USMTV juga.. boleh dikatakan office kami juga lah. Maka seharian suntuk aku disitu...dan petangnya ke exam hall dan selepas exam kembali ke Nadi@USM balik.. Penat dan stress exam sama sekali aku lupakan sebab aku sangat enjoy dengan kawan-kawan disana... rasa macam saudara...mesra...gurau senda...canda tawa... im hapy.. alhamdulillah....

Malamnya, hi-tea.. sesama staff buat makan-makan and beramah mesra sesama staf. Happy sangat...ramai yang aku kenal dan semuanya baik-baik... Seronok tak terhingga, aku sangat hyperactive siyezli.. Macam sugarRush pun ade sebab aku melompat-lompat dan cakap tak henti-henti, plz jangan imagine camner lompatan yang aku buat.. :P

Kenal seorang uncle yang baik, dan lucu.. kami bergelak-gelak dan berborak-borak... Uncle tu senyum jer sepanjang disana, sambil makan and buat jenaka sambil semua terhibur.. Aku turut tertawa...terkekeh-kekeh....

Tapi, malang tidak berbau...tiba-tiba uncle tu jatuh dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Di beberapa minit selepas dia berborak dengan ku... ketika itu dia di luar ambil angin rasanya..sambil menghembus asap rokok sorang-sorang.. Suasana menjadi tegang dan ambulan pun tiba...

Aku? Aku pucat lesi...ada yang cakap muka aku merah pula...ntah yang mana satu betul. Tapi aku memang menggigil mengenangkan arwah yang baru beberapa minit tertawa bersama aku dah 'pergi' menyahut seruan illahi.. masih teringat kata-katanya kepada aku..

''... takper, asalkan semua orang gembira....''

dan aku hangguk-hangguk kepala tanda setuju, dan berlalu ke tempat lain...

Kejadian beberapa minit sebelum dia dijumpai dah rebah ke lantai berseorangan dalam lingkungan jam 10.50 malam tadi.. :'( aku terkesima..aku hanya mampu memandang dari cermin dan tidak keluar dari bangunan pun.. menggigil..hati tak henti-henti berdoa agar semuanya selamat...tak henti-henti beristighfar..

Astaghfirullah...astaghfirullahaladzim..

Aku pulang disaat semua bersurai, dan beberapa yang lain mengemas office dan yang lelaki menemani uncle tersebut ke klinik untuk checkup sebelum ke hospital... aku sekaan masih terbayan-bayang jasad yang terbujur di lantai, masih terngiang-ngiang gurauan dia....masih segar.. fresh.

Aku pulang....hati kuat merasakan sesuatu, namun sejauh mana aku cuba menipu diri ..'' tak meninggal larh, hard attack kot...atau pengsan..atau terkejut atau penant atau atau atau atau....''.. ada suara yang berbisikkan sesuatu yang kabur... sehinggalah bertalu-talu inbox dipenuhi pemberitahuan bahawa arwah telah pergi. Uncle Malik telah tiada... Beliau telah meninggal dunia....

Aku berteleku sendiri...aku berdoa pada solat isya' tadi buat arwah...dan aku berharap kawan-kawan semua turut mendoakan arwah, itu sahaja yang termampu aku lakukan buat arwah...semoa rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa.. kerna arwah seorang yang baik hati...masih ingin membuat semua gembira dan terhibur di hujung hayatnya untuk dijadikan kenangan dan ingatan... :')

Al-fatihah....

Terima kasih Allah, aku hambaMu yang kau pilih untuk diberi peringatan akan kematian yang datang tak kira masa dan ketika... Aku hambaMu yang diberi peluang untuk melihat ketepatan masaMu dalam mengambil balik apa yang Kau pinjamkan buat kami di saat yang telah ditentukan sejak azali... Aku hambaMu yang kau pilih, untuk merasa hina dan kerdilnya diri di atas muka bumi... lemahnya diri dibandingkan dengan kekuasaanMu...

Aku hambaMu yang sayangi... :')

Al-fatihah...

"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku"

No comments: