30.12.11

Malam Kita

Di hamparan ini,
Aku mengusik hati bertanyakan sepi,
mengapa kau masih disini?
mengapa belum kau pergi?
mengapa membelenggu diri?

Pada hujung sayap malam aku termenung,
aku berdiri..
Menatap langit yang setia di sisi..
Yang tak penah meninggalkan aku sendiri..
Bertanyakan mengapa dia masih setia ?
dan mengapa dia tega melihat ku terluka?
bertanyakan dimanakah si pungguk yang selalu dia puja...

Membujuk rasa,
lantas ku biarkan tiupan bayu membelai sukma..
ku pejamkan segenap suasana,
dan ke redhai tubuh dijamah gang gelita..
ke pujuk hati biar terus merelakanya...
ku pujuk bibir agar selalu tersenyum gembira...


ku pujuk...

lantas ku peluk....
Sedang hati memasang doa..
Bahagiakanlah segenap rasa..
Bentangkan permaidani seindah syurga..
Buat kite selalu dapat bersama..
Buat kau dan aku dan dia dan mereka turut merasa..
Akan keindahan malam kita..

Keindahan yang merdeka..


29.12.11

Tentang Aku

Hari ni mejoriti warga FB/Twiteer/Blogger semua bercerita tentang drama 'Tentang Dhia'. And lepas buat beberapa self observation..and survey tak bertauliah... Mostly tertarik dengan drama tu atas sebab :

- Sweetttt.....dua-dua mati~cinta sampai mati....
- Romantikkkk.....bila Zikir ucap 'sayang' pada Dhia...
- Ohh..kalau Titanic 'u jump i jump' tentang Dhia pulak ' u die i die'..
- ...sedih bangat..tapi x puas hati ngan m.mentua dia x terima balasan...
- ...ada lagi ke wanita mcm dhea di muka bumi ni..cian dia.
- Cinta tanpa restu bak jasad tak bernyawa
- ...akhirnya....cinta sampai mati...
- Sehidup semati zikir n dhia
- Mulianyer hati seorg p'puan y bernama Dhia..cintakan suami n sanggup bermadu...

aND SOO on...semua tentang cinta cinta cinta....
Nampau nau orang sekarang suka bercinta, ops...ai pon suka! Tapi ai suka yang real-real one... kih kihh....

Then ai fikir kan balik kalau ade producer yang buat cerita tentang perjuangan atau tentang nesionalisme atau patriotik, agak-agak status-status di FB akan jadi macam ni tak :

- Ohh...tak sangka susah nak dapat kemerdekaan, kite patut bersyukur..
- Isk, isk...kalau aku hidup zaman jepun tu, mesti cita-cita aku nak jadi askar lawan jepun!
- Bangga dengan Zaki, sanggup die korbankan nyawa demi mempertahankan maruah bangsa..
- Nanti anak aku besar, aku nak suruh die tengok drama ni lah..
- Sekotak tisu abis malam ni tonton perjuangan malaya...
- Aku nak kerja kuat taknak ditindas di negara sendiri...

And so onn......

OKbye!


25.12.11

Ibu..Ibu engkaulah ratu hatiku..


See..see.... nampak nau ciri-ciri keibuan ai tau..


Kadang-kadang curi baby orang fellin ibu-ibu best jugak.. dalam hati fikir, haiz..bile lah aku nak dokong anak sendiri nih... =__+' sungguh teruja bukan....


Tapi bukan anak orang sangat lah..anak mama ai nih..
ok..ok adik bongsu i.. pueh hati??


Gamba-gamba diambil semasa kenduri kawen kazen di Guar Perahu....
Sebeleh ai ni kazen jugak, tahun depan SPM..
Kalau failed, sila nikah buang... kih kih..kalau lulus takyah kewen la ea?


Bersama adik-adik yeng sentiasa rindukan ai...
Tengok tu tengok tu, kakak tak insaf adik-adik dah pandai tutup aurat...

Sungguh astagha...


Budak ni namanya Hazziq ape tak hingat...


Kuat tidoq...

Soalan : Apa kelebihan dokong bayi ?
Jawapan : Orang takkan ngorat kau.. takkan sweet sweet kau macam tikus dalam semak...

( kecuali kau memang miang nak di'sweet sebegitu )


See...tidur pun macho dengan RayBan Hans Issac. :P


Sumpah gambar ni diambil untuk menayang baju semata-mata...
I love sutera Ganuu...
O love pasar Payang too...

Mak Caq yang sangat garang..
Mase kecik-kecik, kalau terserempak terus lari nyorok belakang guri..

Tau tak guri tu ape? Tanya nenek-nenek uols..


Hazziq dalam kondisi mamai ubi...sian...


PakTam and my Mama..

Ok mempersembahkan, video yang aku rakam sendiri..
Bertajuk : Hazziq Anggegeee....




^_^ Clap..clap clapppss~~!!

Aku : ..mama...haziq umoq berapa ha?
Mama : ..4 bulan, kenapa?
Aku : OOoo..tadi makcik tu tanya ni anak ke, umoq berapa anak.. then uji cakap, tak ingat umo die berapa, uji jawab..' rasanya 1 tahun camtu kot kak'...haha
Adik aku : Bengongg 1 tahun camni ka!

@____@'

19.12.11

Cermin

Memandang cermin dan menangis,
tangisan itu ada apa dan untuk siapa..
Apa ia benar nyata atau sekadar dusta.

Melihat cermin dan terpandang dia,
sesusuk jasad seolah tiada bernyawa..
Apakah isi hatinya?
Apakah kehendak dia?
Apakah ia gembira...

Melihat cermin, merenung matanya,
terbias cahaya dek linangan air mata..
Dimanakah celanya dia,
Apa lagi kekurangan dia,
Lalu mengapa hati berlindung gerhana...
Menanti gelita barzakh,
Memandang kegelapan dunia..

Melihat cermin, menyentuh dia,
terasa jemari miliknya...
dingin..kaku dan rata sahaya,
itu bukan dia..
Itu hanyalah serpihan cermin ciptaan manusia.

Dalam itu dia..
Dalam itu aku..
Aku di dalam cermin itu..

17.12.11

Lost dalam kolam ilmu

http://www.emocutez.com Selamat Hari Hujung minggu semua!!! http://www.emocutez.com

Me? Me duduk bilik jer lah.. isnin selasa dan rabu adalah hari yang paling menakutkan buat aku, kerana apa? Kerana aku harus present proposal research yang sepatutnya aku kerjakan dalam tempoh 1 bulan yang telah diberikan Dan Presentation yang ke-2 pula mengenai framework yang bakal aku aplikasikan dalam research aku nanti.

2 presentation yang membunuh sekarang sedang menghiris jerut leher ku.. Percayalah.... http://www.emocutez.com

Dan dihujung-hujung waktu sebegini, aku merasakan seolah-olah semua perkara selain study menjadi luarbiasa indah contohnya baca timeline twiteer selang 2 minit...baca timeline FB selang 5 minit...buka youtube berulang-ulang..termenung atas katil tak henti-henti...makan tak stop-stop.. makan itu makan ini..toilet berulang-ulang..golek-golek atas katil berkali-kali...tuka status YM selang seminit...tukar status FB...tuka status twiteer selang 2 saat.. http://www.emocutez.com

Walaupun terasa nak penampar diri kuat-kuat, tapi tak guna juga..macam tu jugak.. Print journals banyak nampak macam pelajar contoh lagi rajin.. masa carry journals time jalan balik hostel pun terasa ada angin kuat meniup ke arah muka dengan iringan music okestra time konvokesyen then rasa macam..ade aura. Pui! Dramaa...dramaa...http://www.emocutez.com

Umm..sebenarnya aku takder motivasi sangat nak study lately, rase macam ehh, ape aku buat ni? orang lain senang lenang keje enjoy on weekends malam-malam lepak stabak kopi kacang ..aku?? Dok stress dengan bendalah-bendalah ni.. why why!!?? Apakah yang telah ku lakukan dalam hidup ku iniiiiii.....tsk. http://www.emocutez.com get a life youjie...

Tapi kan, separuh dari diri aku selalu berbisik, tak salah menuntut ilmu..itu kan satu ibadah.. Lepas habis belajar saat menggenggam ijazah sarjana nanti, segala kepahitan yang aku alami sekarang akan bertukar kemaaaniisssan sokmo! Percayalah...http://www.emocutez.com tapi bile...bile!! tsk.

Kadang-kadang, tengok kawan-kawan wajah semua bercahaya semasa perbentangan.. aku? Ucapan selamat pun asyik tersasul.. good afternoon..good afternoon..evening la mangkok! lansung tak focus..otak kemana jasad kemana, lalu hasil kerja ntah kemana jugak lah...aishh...why why why youjie why!!!!http://www.emocutez.com

Tiada siapa yang boleh mengubah nasib seseorang manusia melainkan manusia itu sendiri..aku selalu ingat ayat dalam quran ni, tapi after 2 minit aku lupa balik. Then aku down..kemudian aku bebal..aku merengek itu ini, aku lostkan diri..aku rebahkan diri sendiri...aku tiduuuur tak henti-henti... dengan harapan bangun nanti kerja akan siap atau mungkin bangun nanti aku dah berada di alam fantasi yang best-best belaka.. choi!! alam barzakh taknak plak! http://www.emocutez.com

Tak guna nak bebel, just nak pesan pada kawan-kawan. Hargailah kehidupan yang hanya sementara cuma ni, tak siapa-siapa pun kita di dunia ni melainkan di akhirat sana. Kalau kau doktor ke..majistret ke ahli muzik ke sekalipun, di bawah nanti, kubur kau sama saiz and sama dalam jer dengan jiran sebelah kau yang kau nampak tak berapa nak kaya-raya tu. Lepas tu, kalau kau takde amalan lansung di dunia..kalau kau tak sedekah, kau lokek duit nak belanja orang atau menghulurkan antuan ikhlas kepada orang... jangan harap lah kau nak selamat di 'sana'.

So? aku just nak ingatkan, jangan serius sengat nak kejar dunya ni okay, pastikan semua maintain dan in control, biase-biase sudah tapi jangan jadi loser tu jer.. Moga di alam selepas ni, kita ditemukan dengan rahmatNya...diredhaiNya...disayangiNya nak tak? nak tak?http://www.emocutez.com

Aku bercakap untuk diri sendiri juga, kita kan harus saling nasihat-menasihati. Hehehe..dah la sudah-sudahla nak berbebel di sini, kerja tak siap-siap jugak.. Kawan-kawan please doakan aku yer...sesungguhnya aku tengah 'lost' dalam kolam ilmu..wah ayat!

A'salam.. http://www.emocutez.com

15.12.11

Cinta Cinta Cinta


Cinta adalah perasaan virtual yang menyelubungi manusia, tak nampak dek mata kasar dan tak terasa dek sentuhan... Lalu? Hugging-hugging kissing-kissing itu apa? Owh...itu nafsu.....nafsu yang disemarakkan perasaan cinta? hmm...ntahhhh..itu cinta post modernization... bolehGitu?

Apakah fungsi perasaan cinta? Apabila rebah, ia membangkitkan... apabila jatuh, ia membangunkan... apabila sakit, ia menyembuhkan...dan apabila menangis ia menyapu air mata yang berlinangan....cinta tidak kejam.

Cinta dari kejauhan..apakah itu cinta sambil-lewa?
Cinta di kedekatan...itu cinta sempurna?

Tiada definisi cinta selain ianya rekaan-rekaan manusia, cinta tidak pernah menghalang...tidak juga menyakiti...tidak menidakkan harapan...tidak memangkah impian... Cinta adalah suci, bila masa insan bercinta, ia adalah keindahan yang paling hakiki... Cinta sesuci embun pagi, ia hilang untuk memberi ruangan mentari menyinari bumi menghidupkan dunia menerangi manusiawi...bernafasnya tumbuhan di serata bumi...

Dasyatnya cinta...ia mampu membuat kita menangis takala terluka, ia mampu memberi semangat kepada yang putus asa, ia juga mampu mematikan harapan seseorang dengan rela... mengkhilafi impian dengan redha...menanam setiap cita-cita dalam tertawa dan ria... Hebat bukan?

Begitulah kompleksnya cinta... manusia menjadi permainanya, hati menjadi taruhanya, jiwa diseksanya...tubuh di permainkannya juga... kejam sebuah cinta.

Semoga bijak manusia dalam memilih cinta...kerna cinta paling agung adalah cinta kepadaNya.... kasih kepada rasulNya... sayang kepada imanNya...

Dan cinta seharusnya menyatukan 2 hati dalam menuju 1 matlamat yang serupa, iaitu keredhaanNya...tidak semestinya harus membuang dunia, tapi harus lebih mengingati alam 'sana'.....

''..tuhanku...layakkah aku memiliki cintaMu..''

Si Khinzab durjana..

Saat ini...aku di tikar menanti waktu isyak untuk berlawan dengan Khinzab..
Aku tewas subuh tadi sampai asar..
Tapi maghrib ok rase...
Isyak tak sure...tengak camner..

Dasar setan!

13.12.11

Al-fatihah buat arwah tadi..


Thanks kepada yang sempat wish gudluck untuk aku tadi atau semalam, walau pun hanya wish dalam hati...aku sangat hargai... sumpah tak tipu :)

Hari ni Opening Nadi@USM secara rasminya, ia merupakan unit atas kepada unit USMTV juga.. boleh dikatakan office kami juga lah. Maka seharian suntuk aku disitu...dan petangnya ke exam hall dan selepas exam kembali ke Nadi@USM balik.. Penat dan stress exam sama sekali aku lupakan sebab aku sangat enjoy dengan kawan-kawan disana... rasa macam saudara...mesra...gurau senda...canda tawa... im hapy.. alhamdulillah....

Malamnya, hi-tea.. sesama staff buat makan-makan and beramah mesra sesama staf. Happy sangat...ramai yang aku kenal dan semuanya baik-baik... Seronok tak terhingga, aku sangat hyperactive siyezli.. Macam sugarRush pun ade sebab aku melompat-lompat dan cakap tak henti-henti, plz jangan imagine camner lompatan yang aku buat.. :P

Kenal seorang uncle yang baik, dan lucu.. kami bergelak-gelak dan berborak-borak... Uncle tu senyum jer sepanjang disana, sambil makan and buat jenaka sambil semua terhibur.. Aku turut tertawa...terkekeh-kekeh....

Tapi, malang tidak berbau...tiba-tiba uncle tu jatuh dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Di beberapa minit selepas dia berborak dengan ku... ketika itu dia di luar ambil angin rasanya..sambil menghembus asap rokok sorang-sorang.. Suasana menjadi tegang dan ambulan pun tiba...

Aku? Aku pucat lesi...ada yang cakap muka aku merah pula...ntah yang mana satu betul. Tapi aku memang menggigil mengenangkan arwah yang baru beberapa minit tertawa bersama aku dah 'pergi' menyahut seruan illahi.. masih teringat kata-katanya kepada aku..

''... takper, asalkan semua orang gembira....''

dan aku hangguk-hangguk kepala tanda setuju, dan berlalu ke tempat lain...

Kejadian beberapa minit sebelum dia dijumpai dah rebah ke lantai berseorangan dalam lingkungan jam 10.50 malam tadi.. :'( aku terkesima..aku hanya mampu memandang dari cermin dan tidak keluar dari bangunan pun.. menggigil..hati tak henti-henti berdoa agar semuanya selamat...tak henti-henti beristighfar..

Astaghfirullah...astaghfirullahaladzim..

Aku pulang disaat semua bersurai, dan beberapa yang lain mengemas office dan yang lelaki menemani uncle tersebut ke klinik untuk checkup sebelum ke hospital... aku sekaan masih terbayan-bayang jasad yang terbujur di lantai, masih terngiang-ngiang gurauan dia....masih segar.. fresh.

Aku pulang....hati kuat merasakan sesuatu, namun sejauh mana aku cuba menipu diri ..'' tak meninggal larh, hard attack kot...atau pengsan..atau terkejut atau penant atau atau atau atau....''.. ada suara yang berbisikkan sesuatu yang kabur... sehinggalah bertalu-talu inbox dipenuhi pemberitahuan bahawa arwah telah pergi. Uncle Malik telah tiada... Beliau telah meninggal dunia....

Aku berteleku sendiri...aku berdoa pada solat isya' tadi buat arwah...dan aku berharap kawan-kawan semua turut mendoakan arwah, itu sahaja yang termampu aku lakukan buat arwah...semoa rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa.. kerna arwah seorang yang baik hati...masih ingin membuat semua gembira dan terhibur di hujung hayatnya untuk dijadikan kenangan dan ingatan... :')

Al-fatihah....

Terima kasih Allah, aku hambaMu yang kau pilih untuk diberi peringatan akan kematian yang datang tak kira masa dan ketika... Aku hambaMu yang diberi peluang untuk melihat ketepatan masaMu dalam mengambil balik apa yang Kau pinjamkan buat kami di saat yang telah ditentukan sejak azali... Aku hambaMu yang kau pilih, untuk merasa hina dan kerdilnya diri di atas muka bumi... lemahnya diri dibandingkan dengan kekuasaanMu...

Aku hambaMu yang sayangi... :')

Al-fatihah...

"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku"

12.12.11

Wish Me Luck.

Kadang-kadang semangat berkobar-kobar ... Rasa kita bisa melakukan apa sahaja dengan jayanya... Rasa kitalah juara ketua yang berkuasa...

Yeahhh....




Lalu kita berusaha dan terus berusaha dengan keazaman dan semangat yang jitu serta padu...




Tapi selalunya kita tak lah sekuat mana yang kita sangka.. Kerna rupa-rupanya syaitan yang direjam tu lebih power dalam menkantoikan semangan manusia... Sesuai dengan dendam mereka terhadap anal cucu adam... Mereka menghasut dan menghasut.....

Akhirnya kita terkulai jua.....



Lalu kita mula mencipta istilah.. Mereka ideologi haram yang menghalalkan semua cara.. Menyokong kata nista...

Mencipta kesedaran tipu-daya..
Lalu syaitan pun bersorak gembira... Yeah yeah...



Oleh itu....
Wish me luck ok untuk esok exam spss .....
Wish me luck untuk tugas-tugasan yang menantiku esok...
Dan wish me luck untuk tahap kesihatan yang tak berapa baik ini...

Gak apa-apa..ini kan tanda kasih sayangNya... :)



Gudnite semua!!!

#tarikselimut

- Posted using BlogPress from my iPhone

10.12.11

Gerhana Bulan malam ini!


Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.
Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam
Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):
Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30
Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.
Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabdaRasulullah SAW : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“.
(HR. Bukhari dari Abi Barkah).


Solat Sunat Gerhana jum!

Niatnya: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam) ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala” –
(Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut:
Rakaat pertama
  1. Niat solat Gerhana, Takbir
  2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
  3. Rukuk
  4. I’tidal
  5. Baca Al-Fatihah dan surah
  6. Rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
  1. Niat solat Gerhana, Takbir.
  2. Baca Al-Fatihah dan surah.
  3. Rukuk.
  4. I’tidal,
  5. Baca Al-Fatihah dan surah.
  6. Rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud
  9. Tahiyyat Akhir
  10. Salam

BYE!!!!

9.12.11

Belum puas ku bercumbu..

Tunggu sekejap wahai kasih....
Kerana hujan..masih renyai...
Tunggu sekejap...
Dalam pelukkan asmara ku....

Jangan bimbang..
Walaupun siang akan menjelma...
Malam ini,
belum puas ku bercumbu dengan kanda....

Tunggu sekejap...
Wahai kasih...
Tunggulah sampai hujan pergi..
Mari ku dendang...
Jangan mengenang orang jauh...

Jangan pulang...
Jangan tinggalkan daku seorang...





Malam ni hujan turun renyai-renyai....
Hati terasa sayu mengenangkan mereka yang aku sayang jauh dimata...

Kadang-kadang, keadaan tidak memungkinkan kita bersama..
Tapi di hati, kita takkan pernah terpisah...
Selalunya, waktu..jarak..keadaan dan tuntutan,
terlalu mencemburui kita untuk tetap berdua...
Namun....selagi terikat erat tali kasih dan sayang...

Lautan api sekalipun,
takkan menghapuskan cinta...
Garisan benua sekalipun,
takkan mampu mengaburi perasaan sayang...
Malah tajamnya sang belati,
takkan berjaya menghiris perasaan kasih...



Tunggu sekejap...
Tunggu.....

:)

6.12.11

Tuhan Cinta

Penuh siksa,
aku menutup mata..
Menekup pandangan ke dunia..


Namun


renungan itu,
Buatku yakin ada cinta..
Hati berkalis air mata,
Jiwa seputih syurga,
Berkilau bak suasa...
Mengalir lembut...

Mata terpana,
lantar tertitip doa..


Tuhan...peliharalah aku,
dari tersembah pada sumur noda..
Terkutuk aku,
jika khilaf pada godanya..


Tuhan...andailah aku bisa,
Lebih adil pada cinta kau..
..dan dia..


Aku bukan sempurna,
penuh calitan dosa...

Aku pun selalu berharap,
miliki kau lebih dari dia ..


Namun aku bukan sempurna....
Seperti yang aku selalu kata....
..yang kamu sangka..

2.12.11

Dari draft September 16, 2010


Warkah buat seorang gadis.

Jangan aku kau cintakan,
Aku hanya seorang teman,
Layani aku persis seorang rakan,
Anggaplah aku pemberi senyuman,
Aku hanya taulan...
Aku normal seorang insan..

Jangan jua aku selalu kau dambakan,
Biarkan aku berlalu,
Izinkan aku menjadi aku,
Kembalikan aku yan dulu,
Aku yang tak perlu memikirkan hati ini..
Hati itu...

Jangan aku kau anggap kekasih,
Kerna aku tak mampu berbagi kasih,
aku jua bukan untuk kau anggap kekasih,
kerna aku tak ingin kau bersedih...
Walau ku tahu kau tetap akan merasa pedih...

Cintailah diri...

Hargailah yang menghargai,
Hormati kehendak hati,
Berhenti menghukum perasaan sendiri..
Berhenti bermain dengan perasaan benci..

Yang berseni..
Dan berhati murni....

Masih ramai yang menyayangi,
Izinkan hati kau dimiliki,
Berpijaklah di daa bumi..
Kembalilah dari ilusi....

Kuatkan iman di hati,
Pasti wujud penawar setelah terguris belati...

Tapi bukan aku,
pasti bukan aku....


:)