12.7.11

Entry 'SAMPAH' tak baca lagi bagus.

Hormon dalam badan tak menentu.. sekejap marah, sekejap happy..sekejap annoying..sekejap geram...sekejap teruja... tapi kebanyakkanya marah mengatasi segalanya.... nasib la sapa yang terpilih untuk menjadi bakul tempat aku sembur kemarahan... nasib la siapa yang terkena tempias jelingan atau sindiran dari mata mahupun mulut yang makin hari makin takder insuran..

Lantak la nak jadi apa pun jadi lah.....

Nak update blog pun malas, risau terhambur kata-kata yang bisa mencacat presepsi positive orang terhadap aku. Cewah boleh lagi nak jaga muka...

Gi mampos lah..

Bukan PMS ok. yang ni bukan PMS tapi yang ni memang kemarahan dalaman yang tak terucap dek kata-kata.. marah pada siapa? Yaa....marah pada semua... semua lah.. semua benda buat aku marah.. Hinggakan makcik cashier Jusco tadi scan barang slow sikit pun aku dah jegil-jegil mata.. minah cashier watson queensbay silap scan barang pun aku dah nak menyinga.. pendek kata semua aku nak angin.

Panjang kata..aku dah gila agaknya.

Huh.....aku sebenarnya marah pada diri, aku marah pada diri sendiri yang lemah dan tak der semangat nak meneruskan hidup.. Marah pada keyakinan yang kian menjunam..kemudian dipijak.. marah pada Youjie yang makin negative pemikiranya... marah pada diri yang makin lemah tubuh badan...sikit-sikit sakit.. sikit-sikit mengantok..sikit-sikit kembung perut...sikit-sikit migrain....sikit-sikit selsema...sikit-sikit stress.. Gila.

Di atas segala punca kemarahan, aku tak rasa aku tak sanggup share disini semuanya... cukup lah yang kenal aku faham ape yang aku rase dan ape yang aku tanggung... kalau korang tahu pun cukup untuk buat korang speechless jer.... ingat cool sangat ke speechless?? tak cool oke.

~_~' jum makan pisang...
Untung-untung boleh buang air besar...
Untung-untung boleh tidur nyenyak....


Sorry lah....entry emo.
Pendek kata....aku emo sebab semua orang gila kawen.

Get'it?

Ok bukan aku nak salahkan orang yang nak kahwen, tak salah mendirikan masjid..
Tapi kalau yang gatai nak mendirikan masjis tu terdiri dari golongan :

1- Janda tua gayut nak menikah dengan bujang trang-tang-tang..yang sah-sah niat die nak mengikis harta..
2- Dah kawen anak ramai...dah tua bangka pun gatai cari janda anak dua yang muda gila siyot!
3- Takda keja, umoq tak cukup suara lom garau dah gatai nak menikah..gatai bebetul gatai...

Huh!!!

1 comment:

izfanora said...

adakalanya, kita dikawal oleh perasaan..

biasanya, kita yang mengawal perasaan.. :)

normal lah. itu namanya kehidupan..