14.2.11

Penemuan tapak awal penempatan manusia zaman Paleolitik.


Percaya tak teori Darwin yang konon manusia tercipta hasil dari cantuman organisma-organisma blabla..beruk..blabla...??

Aku percaya, manusia bermula dari Nabi Adam.as sebab aku beragama islam. Islam itu indah...islam takkan menyamakan manusia dengan haiwan dan islam tidak pula sebaliknya merendah-rendahkan darjat haiwan kerana ia juga merupakan ciptaan tuhan dan ciptaanNYA merupakan sebaik-baik ciptaan. Peace.

Hmm...Paleolitik...Mesolitik...Neolitik... ingat lagi, zaman tingkatan 6 hari-hari hafal. Buku teks sejarah Asia Tenggara...Sejarah Dunia... Sejarah Malaysia... tebal-tebal.. Dalam kelas sejarah, tidur kroh.krohh...bosan dengar cikgu cakap panjang lebar fasal kemunculan tamadun..pembentukkan negara bangsa.... teori blala...

Buat sementara waktu kita layan isu sensasi masa kini tentang :

' Penyelidikan USM mungkin mengubah sejarah tamadun awal manusia!! '

Semalam, aku diberi peluang menjejakkan kaki ke tapak penempatan awal manusia DI LUAR AFRIKA! Cewah...

(Cari dimana saya! :p ) Lubang tersebut digali bagi menemukan artifak-artifak seperti peralatan batu and sowuteva. Dan hasil penyelidikan Dekan Arkeologi Global USM bersama student die mengesahkan bahawa peralatan tersebut telah berusia hampir 1.83JUTA tahun dahulu... wehuuu...lama doh!

Batu bukan sebarang batu, setiap taburan batu yang kamu jumpa di sepanjang Bukit Bunuh merupakan artifak okay... Tak kisahla nampak macam sarang anai-anai ker batu hampar tepi umah ker..tapi batu-batu tu semua batu zaman batu...

Ok jum siyez sikit.

Teori Pergerakkan Manusia ada 2 :
1- Out Of Africa ( Bermula dari africa )
2-Multiregional ( perkembangan secara rantau )

Oleh itu, penemuan Prof.Mokhtar ni membuktikan bahawa :
Peta dibawah ialah boleh dipertikaikan sebab die tunjuk yang merah tu iaitu AFRICA antara kawasan-kawasan awal kemunculan manusia dan kawasan oren-oren tu antara hujung-hujung dah...iaitu ASIA. Kalau Africa 1.5 lebih juta tahun da dikira paling awak... Di Perak ni 1.83 juta kot... Camner..camner????
Nak detail lagi, tilik sendiri yer... ^_^
( Penunjuk ) Sumber : Uncle Wikie!
* African: L, L1, L2, L3, L3

* Near Eastern: J, N

* Southern European: J, K

* General European: H, V

* Northern European: T, U, X

* Asian: A, B, C, D, E, F, G (note: M is composed of C, D, E, and G)

* Native American: A, B, C, D, and sometimes X



Mengapa Bukit Bunuh ?

- Bukit Bunuh menjadi pilihan penempatan awal antaranya kerana ia menyediakan sumber alam yang diperlukan untuk menyediakan peralatan batu serta mempunyai persekitaran kuno yang mempunyai sumber air ( tasik ) flora dan fauna yang diperlukan.

Faham tak, orang zaman dulu nak hidup kena ade sumber makan and sumber air and tempat berteduh jer bukan kite sekarang nak hidup kena ada internet...kih..kih... so Bukit Bunuh macam tempat paling sempurna untuk memulakan kehidupan laa... makan ikan..makan haiwan buruan.mandi tasik...minum air tasik... juz nice!

And bukti menunjukkan terdapat peralatan batu yang berusia 30 000 tahun and 40 000 tahun juga di kawasan ini memungkinkan bahawa disini, masyarakat duduk secara tetap. Mana taknya, korek-korek jumpa peralatan 1.83juta tahun...korek tepi sikit..ehh...30 000 tahun punya nih...korek lagi...alamak ni 40 000 tahun dulu?? Jumpa kilang alatan batu lagi...bengkel alat batu lagi... Haaa...so mereka menyimpulkan, masyarakat paleolitik tu stay kat Bkt Bunuh di secara tetap. So..pentarikhan secara kronometrik pada alat batu membuktikan....

Teori Nomadik boleh dipertikaikan!? ( berpindahrandah )

Jum tengok video, aku rakam pakai iphone so kualiti biasa-biasa ja...



Ni gambar Kilang Pembuatan Alatan atu secara sistematik. Cakap sama lu...

And part paling best ialah takkala penat mendaki bukit, turun-turun disambut dengan.....

Slrrrp..

Ikan Patin bakar sorang seekor....

Udang bakar sorang 20 ekor pun tak abis...

Ada sambal 4 jenis yang berbeza...gulai ayam...ayam bakar....kerabu...ulam-ulaman jantung pisang kacang botol...perghh!!
Bukit Bunuh terletak di Lenggong Perak . Dari Jambatan Pulau pinang lebih kurang dalam 100KM. Kawasan penaman kelapa sawit dan kawasan berukuran 4km persegi di situ, merupakan tapak dimana batu batu arkeo. ni dijumpai...
^_^ Pss.....akhbar da kuar story, aku baru dok edit footage, bapak lembab doh.....



Ni pinggan aku, nafsu macam syaitonirojim..

Salam Maulidurasul..

No comments: