17.7.08
365Hari + RM1000,00 = LeSeNkU....
Mesti cam sengal kan tjuk blog aku mlm nih.. ku mmg tgh busan n x dpt lena jadi rasanya x salah andainya aku mengabdikan kenangan terindah hari nih dgn semua tentang betapa aku telah berjaya naik setingkat lagi dlm mendaki alam kedewasaan yg mutlak.. bukan mudah utk mendapat sekeping lesen yg pastinya bukan 'lesen terbang'.. itu hakikat.... Aku percaya ramai org yg akan menafikan kenyataan aku nih.. tp itu tentulah bg mereka yg tak melalui perkara sama yg aku lalui.. bg aku pengalaman di sekolah memandu mmg memeritkan sekali.. pertama kali aku menjejakkan kaki ke sekolah memandu ialah bila aku dlm tingkatan 4 utk lesen motor.. aku kandas sekali bila gagal membuat pusingan lengkap bernombor 8 tuh..coz aku juz buat stgh pusingan iaitu iras2 nombor 6 ku rasa.. hmm.. itu dulu lar, tp setahun sebelum tarikh ini n ditolak kepada beberapa hari ialah pengalaman ke-2 aku kembali ke sekolah memandu tp utk mendptkan lesen keret pulak..Dgn excited aku melangkah dan kepalaotak ini pantas betul memasang angan kononnye aku tgh di dlm keta dan memandu dgn laju sepantas kilat..hahaaa.. Malang tak berbau..aku sering terkandas di tempat2 yg x logik dan amat lah bodoh sekali mmg aku terasa menjadi menusia paling malang dlm setiap kali test tu..n jauh di sudut hati aku akan terus menyalahkan org2 disekeliling yg kononnye menyebabkan aku kandas..menyebabkan aku gagal atau whatever... mmg aku jnis mcm nih... x pnah rase diri salah.. dari menyalahkan JPJ pmpuan tuh dgn membuat satu fakta yg kononnye die tgh dtg bln dan mengalami PMS , so die pun meng'failed'kan aku. Hinggalah kepada menyalahkan mak jang aku yg mendesak aku utk cepat lulus dlm ujian ini..N kadang-kadang menyalahkan benda-benda seperti jalan x rata lar x ckup mase lar n blablabla...inilah youjie... Hasil yg aku dpt dari maki hamun jampi serapah kepada JPJ tak lain hanyalah perasan benci yg teramat dan dr segi dlamannye aku menjadi trauma & fobia yg amat sangat dgn kereta...hahaaa..tak ker tu sama maksud gak dgn memakan diri sendiri.. youjie..youjie... Tp pgi ni berbeza...aku boleh terlena awal jam 12mlm dan terjaga 2.30pg dan bingkas bangun menuju ke bilik mandi sedangkan hakikatnye waktu masih lewat malam... tepat 6 pg aku mandi n layan jer lagu2 baru yg dlm labtop sambil menyalak sekuat hati dlm bilik nih.. aku dah x kisah apa org akan kata terhadap akau atau memikirkan samada perbuatan aku nih mengganggu bilik2 sebelah menyebelah aku...lantak lar.. bg aku, xkan ada sapa mengerti saratnya jiwa aku menanggung bebanan gemuruh utk menempuh ujian kelak...arghh.... aku sampai 8 .30 pg tp kehadiran hujan lebat yg ku kira hujan rahmat telah menunda sessi aku utk diperiksa...hinnga jam tepat merangkak ke angka 2 ptg barulah kini aku berada di dlm kereta pusat memandu tersebut.. gemuruh hanya tuhan mengerti tetapi seakan sehela nafas yg terhembus tulus dari rongga dpt ku ibaratkan semasa tempoh ujian dijalankan... Kini aku berjaya.... terasa lagi betapa menggeletarnya jemari tgn ini bila menandatangani kertas kelulusan td...dan insan paling gembira saat ini tentulah dia yg paling mengerti aku... mengerti Youjie nih....Alhamdulillah....
Kesimpulannya tak salah rasanya aku memberi tajuk diatas kerana sememangnya itulah yg aku bayar utk mendapat sekeping lesen kereta dan ditambah dgn pengorbanan fizikal dan emosi yg juga tidak kurang hebatnya.....
Tapi aku telah berjaya melaluinya......dan aku YoUjIe.... :p
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment