14.11.10

zZzz..

Hasil penyelidikan aku sampai hari ni, orang suka ikut cakap aku dan cenderung meniru perilakuan aku... tak kisah secara sedar atau tidak...
Fine..i loike it!
Lagi satu...perempuan sang at sangat sangat berminat nak berkawan dengan aku walaupun aku seorang bersikap dingin dan tak menyeronokkan pun...
Fine..aku hanya manusia biasa seperti kalian juga...
Then..kadang-kala aku rasa aku manusia paling beruntung di dunia...
Syukur Alhamdulillah...
Jum tido!!
Selamat Malam dunia..
Jangan berhenti memberi cahaya...
Jangan pasrah serakah manusia...
Kalau bukan esok, pasti lusa..
Kami kembali mengabdikanNya.

13.11.10

Youjie El-Zahra berpesan :

Assalamualaikum!!!

Bersama saya ustazah Youjie El-zahra ngee... Tak salah menjadikan ilmuan sebagai idola, kalau ada yang taruk nama 'zana spears' 'shakira nana' atau 'timah ozawa'...
hah!!!..takkan saya nak letak Youjie El-zahra tak boleh kan..kan...

Mungkin semalam sebelum tidur saya menjelajah page FB pensyarah saya yang sekarang berada di tanah haram, beliau bertemu Dato Dr Hajah Fatma El-Zahra ... Selama saya menyelongkar foto album pensyarah saya, saya seolah dibawa mengembara menaiki unta bersama foto-foto beliau dan caption-caption yang penjang lebar.. Disebabkan itu, nama bekas doktor gigi itu mekar dalam ingatan pagi ni.

Psst...nanti lepas dapat kebenaran, saya lampirkan foto-foto tu..kita jelajah sama-sama yaa..!!!

Owait!! Saya terbaca notes di FB mengenai ini.
Mengapa kah dengan tanda-tanda kuning di atas ini? Hari-hari kita baca al-fatihah bukan? Sebab hari-hari kita sembahyang insyaallah... Jadi, bacaan al-fatihah tu penting bagi kita untuk dibaca dengan betul supaya tak terkhilaf makna. Bayangkan, kalau salah sedikit boleh membawa maksud yang lain..lagi parah kalau bacaan silap tu bermaksud nama syaitan-syaitan...
Bagaimanakah kita perlu solat sedangkan dalamnya menyebut nama syaitan? Itu sangat ngeri okee.... Hancur laa....
Berikut yang dikuningkan diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam surah Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan laknatullah tersebut ialah :
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH,

2. HIRROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB,

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU,


4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK,

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS,

6 IYA(disebut tanpa sabdu)sepatutnya IYYA. =Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan."
Ngerii okeee...
7) SIROTHOLLAZI.......... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti tanpa koma-koma atau stop-stop .

8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA... 2 harakat, MINIMUM @... 2/4/5 harakat.

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat,InsyaAllah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa memperbaiki bacaannya.

Sebarkanlah hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.
"30 tahun main dgn gigi orang, 20 tahun main dengan hati orang pulak,"
Dato Dr Hjh Fatma El Zahra
Selamat bercuti!!! dan baca Fatihah elok-elok pasni okay!~

12.11.10

Psst... Psst...

Posting pakai iphone jap.. Testing testing 1..2..3..



Wah!!! Leh upload gambaaaaa... Peace!!!
Hihi ape lagi boleh eah.. Hmm jp Wah leh tuka font and color!!!!!

Hmmm... MenArik!!!

Hmm selsema di musim hujan memang menyeksakan bukan.. Saya da shop tisu yg banyaj tadi nk tangok? Jap saya snap..




Hihi gambar fresh dari ladang!!!!

Sroott....sroottttttt!!!!

Ok nak sambung kerja...
I love my iphone~~~~


Salam jumaat!!!

11.11.10

Si buta yang bertuah.

Semalam yang terlalu panjang, mendesak aku menghela nafas paling berat pernah aku hela.

Kesihatan yang tak mengizinkan dan keupayaan yang menterbatasi kemampuan membuat aku separuh nyawa mengukir senyum pada yang tak ingin aku berkongsi rasa.

Akhirnya, hari yang panjang tergagah aku tempuh jua.

................................................................................................

Hari ni juga hari yang panjang dan banyak benda perlu diselesaikan satu persatu. Aihh....kalaulah ada kerja masuk opis suka hati then goyang kaki dapat gaji bulan-bulan.. hahhaaa...macam lah ada kan...

Itu terlalu 'lame'.

Baik..baik...pagi tadi selesai taklimat...interview...ceramah menjawab soalan PTD hahaa...then terus ke Subaidah mengisi perut dan memakani ubatan-ubatan itu.

Lalu terus ke c10. Mengedit dan mengedit...kerja bahagian aku da siap berkurun tapi bahagian lain belum..makanya goyang gak kaki nih...tapi harus ke library setel yang lagi satu.

Owh...semalam!

Semalam..
8.45PM lepas isyak..
Tepi surau..

Aku ternampak seorang buta bangsa cina melintas jalan sambil bertongkat, ingin dibantu tapi tak sempat. Masa uncle tu menongkat slow-slow melintas jalan, lantas datang sebuah kereta yang menuju arah berlawanan. Di tepi jalan kelihatan pakcik lepasan semayang di surau berdekatan yang masih berkopiah berwajah suci juga ingin menuju jalan serupa. Tanpa diduga, pakcik tu mengarahkan kereta tersebut berhanti untuk laluan si buta sambil memimpin tangan si buta.

Aku tersenyum.

Setelah melintas, pakcik tersebut meneruskan perjalanan. Air wuduk pasti dah terbatal kecuali die kentut sebelum menyentuh si buta. Itu tak penting. Lalu eku mengikuti perkembangan si buta dari tingkap cermin kereta. Si buta berjalan berseorangan lalu datang anak remaja belia 5 6 orang yang berselisihan dengan si buta. Tanpa aku duga juga, salah seorang dari mereka membantu si buta hingga mesuk ke dalam kedai. Walaupun kawan yang lain seakan mengejek tapi mereka hanya bergurau...tak mengapa, aku faham senario diperlekeh teman pabila menjadi mulia 3 minit.

Aku senyum lagi.

Lalu aku berlalu pergi dari tempat itu. Masih tertanya-tanya apakah nasib si buta tadi semasa die ingin pulang.

Siapakah bakal membantunya kali ini?

Senario malam tadi menngubah persepsi aku terhadap masyarakat sekeliling yang selalunya dipandang biadap dan negativeee jer memanjang. Sebenarnya, seramai-ramai orang jahat kejam gile di dunia nih..masih ada yang baik dan mulia...masih ralevan slogan '1 Malaysia' dalam babak malam tadi. Masih boleh pakai kadang-kadang...

Aku dah berhenti senyum.

10.11.10

Hai obat!

Ada pelbagai ubat untuk mulai diamalkan mulai juga hari ini. Kalau gi klinik tak pernah tak lebih dari 5 jenis. Dari kumur..sapu...telan...sumbat... semua ada...
Gilew!
Aku dah eksplain aku ni sinus...hidong bengkak takleh bernafas and kepala berat tak leh angkat, kalau tunduk rasa nak luruh hidung. Dr.tu haram tak check...die kata ok saya bagi ubat selsema...
Mintak ubat ulser die kasi ubat kumur...hmmm..ralevan lah tu..
Yang SELSEMA tu????
Aku yang malas nak melayan nak mengomplen, redha jer la...

Lawa kan spital usm nih...tepi tu ader playground kanak-kanak dan kerusi-kerusi sofa-sofa yang disediakan semuanya empuk dan bergaya... Kih..kih...

Hmm...mood tengah tak berapa baik tapi takper, adalah uncool untuk buat posting emo-emo atau sesi meluahkan perasaan di blog untuk orang baca.... I means..macam nampak sangat lah awak tu macam tu..macam nie... well u knoe lah!

Hahahaha...ok sila ubah perangai nak jadi cool tu kepada nak jadi solehah ker...mukminat ker...

Gulps~
Sambung kalau senang!

7.11.10

Sejarah yang mendewasakan..

Tahun : 2005
Status Akedemik : Pelajar Form6
Status Diri : In a relationship
Status tempat tinggal : Asrama Puteri High School Bkt Mertajam
Status keewangan : None
Status kecemerlangan : Boleh boleh aja dan tak corot.
Nickname : Yojie...kak yojie...kak jie...


Memang dia suka makan epal walau dimana dia berada. Kalau tak disebabkan dia nak kuruskan badan yang hampir serupa tong dram, mungkin kerana keupayaan gigi terlebih yang dia miliki tu memudahkan proses membaham buah. Antara dua, hanya dia tahu apa sebab yang utama. Dan antara kesenangan dan cita-cita, dia juga memilih cita-cita. Cita-cita masa depan dia yang dirasakan ada cahaya..bukan sirna..

Mungkin dia punya rupa, syukrillah. Tapi malang nasibnya..tak ramai memandang akal fikiran dan kemampuanya. Hingga ada yang telah meletakkan rasa putus asa tanpa musabab, membawanya ke kancah kehidupan mudah dan penuh kepuraan. Merasakan dia wajar disana tak usah lagi berpaling...bukan layak dia ke menara gading.

Dia pernah melelapkan kelopak matanya di pinggir jalan di tengah kota, dia pernah berhasrat melarikan diri ke lorong gelap dari kecaman seorang manusia, dia pernah menangis dan tiada siapa mengetahuinya, dia juga pernah sekali hiris mengerat rambut panjangnya.

Semuanye demi cintanya dan cita-citanya...

Dia selalu terkenang, bagaimana suatu ketika dia dulu dia harus hidup tanpa wang. Masih terkenang wajah-wajah ikhlas yang membantu membelikan barang kelengkapan dan makanan. Dia ingat, berus gigi merah..sabun mandi dan sehelai tuala yang diderma dari teman satu asrama, berkongsi 1 tin roti dengan teman sebilik, malah berniat mencuri milo 3 in 1 dari laci teman seasrama...

Dia ingat, wajah-wajah yang menghulurkan note RM5 buat belanja harian. Pengetua sekolah yang berhati mulia. Dia ingat ustazah yang memberi nasihat dan guru-guru yang memahami.. Dia tak pernah lupa teman-teman yang menyayangi. Dan dia kuat, dia mampu harungi semua..dia masih lincah seperti biasa...dia senyum dan tertawa.. dia masih normal seorang manusia.

Kini, 5 tahun berlalu dan dia selesai menamatkan pelajaranya. Menolak jauh rasa putus asa manusia di sekelilingnya. Dia mampu berdiri di kaki sendiri dan dia ingin terbang lebih tinggi.

Kadang-kadang, pengalaman memberi pedoman. Seringkali, sejarah hidup membangkit semangat kesukanan, ops..semangat menuju kejayaan. Hahaa...dia dah mampu ketawa dan bercanda. Dia mampu membeli 3 in 1 kegemaranya, dia punya 1 tin biskut sendiri, dan bekerja untuk wang poket sendiri. Memiliki berus gigi sendiri, tuala mandi sendiri.....

Dia dah mampu tersenyum..
Kerana dia tahu dia mampu selagi mahu..
Giginya pun makin putih bukan..^_^

Tahun : 2010
Status Akedemik : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi USM
Status Diri : In a relationship
Status tempat tinggal : Penang.
Status keewangan : Heheheee....
Status kecemerlangan : Dah grad dah~~
Nickname : Yojie...kak yojie...kak jie..Areen...Kak Erin..Rinsu..Adrina blabla..
Pada yang tidur, bangunlah dan fikir sikit...sikiiit jer... Hidup ini indah selagi kita mahu ia menjadi indah... ^__^

Nite.

Bila hujan..mata akan hujan..
Tak tahu mengapa tapi tetap akan hujan..
Walhal bila hati disakiti,
mata selamber terbelalak..
Lansung takleh teriak...
Tahu-tahu dah hangat pipi dek linangan...

Sama jer...

Kadang-kadang ingin melawan terik mentari..
Dengan berjalan kaki di bawah pancaran suria dinihari...
Kadang-kadang ingin melawan mata sendiri..
Sekadar ingin bersama tersayang semua digagahi...

Sama jer...

Kadang-kadang masih tak dihargai..
Masih ...
Masih.....

5.11.10

Papadom Mak Shalini sedap!

Selamat menyambut hari depavali!! Ops..Deepavali kena buka homepage FB check ejaan sungguh tidak satu Malaysia. Mengapa tidak? Sebab tak pandai eja Deepavali dengan betul tapi eja christmas sentiasa betul sebab kalau krismas hujung tahun sama dengan ade sale hujung tahun dan sale itu menyeronokkan kaum seperti aku..dan kau.. Oyeah satu nafas!!
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com
Pagi ni cuaca cloudy-cloudy... Mendung berarak menandakan hari mahu hujan. Di hati berdoa..nak hujan! nak hujan! Mana tahu, dengan hujannya di penang permai ini dapat menterikkan cuaca kawasan kedah.. Kesian mereka disana dengar kata dah terputus bekalan elektrik. Bukan dengar, tapi tengok status di FB. Wah...lagi satu kebaikkan fb. Tak payah tengok berita tv3. Ngee..ngeee...
http://www.emocutez.com
Bangun-bangun terbayangkan muruku. Owh...siapakah yang sudi menghulurkan muruku ini. Apakah aku harus bersari ke rumah hujung itu dan berpura-pura menziarah sambil tangan mengaut muruku lalu disuap ke mulut sebelum dikunyah rakus gigi ini...sedapnya tiba-tiba kecur dalam mulut.. Tsk..tsk...
http://www.emocutez.com
Cakap fasal deepavali, kecik-kecik dulu zaman era tadika umo 5 tahun di kuala kubu baru, kem polis. Famili aku tinggal di sebelah rumah pasangan india yang sangat baik. Anak deorang Syalini and Malini yang sebaya aku. Aku dan adik ialah kawan baik mereka petang-petang akan hilang kerana menyorok di rumah syalini. Ingat lagi, waktu aku paling tunggu-tunggu bila mak syalini tenyeh muruku. Best dapat makan muruku fresh. Kadang-kadang lunch hour aku tak balik rumah kerana nak makan nasi mak die suap sebab ade papadom. Rasayan tu kali pertama aku makan papadom. Dan tea time pulak mak shalini akan buat cake orange. Ingat lagi semua tu macam ade layar perak depan mata. Ngeee..
http://www.emocutez.com
Tiap kali papa akan datang cari aku dan adik bila dah lewat petang tapi belum balik. And setiap kali makan malam sama-sama aku dan adik akan tak makan sungguh-sungguh sebab kenyang..hahaa Mulai hari itu, mak dengan atuk selalu belikan barang atau hantarkan goreng pisang atau kuih muih ke rumah syalini sebab kami perniaga kuih dengan goreng pisang daerah kuala kubu yang PALING POPULER saat itu. Yer tak tipu!
' Pisang Goreng Tok Man Jambu'
Ingat lagi, betapa bestwenznyer dua keluarga india dan melayu. Kami selalu buat bufday party sama-sama dengan kek yang bertaburan dengan M&M kaler-kaler. Masih jelas di ingatan. Ingat lagi main anak patung and motor polis adik. Kesian adik join kakak-kakak yang perempuan main masak-masak di tangga flat mase tu. Nasib sekarang die tak jadi pondan..masih lelaki hahah!!
Anyway! Selamat menyambut pesta cahaya!!!
Persaudaraan antara budaya itu indah!


'' Shalini...Malini...lama tak jumpa, sure uols dah jadi dewasa dan matang sekarang. Pada ujie, kalian tetap budak kurus pakai seluar katak yang bertocang bunga raya atas kepala and bermata bulat yang pakai gelang kaki loceng kecing! kecing!! keciing!!
Ingat tak peristiwa seludup masuk bilik mak pak korang semata-mata nak tunjuk kat uji dewi yang cantik tu? Hik..hik...''
Persahabatan zaman kecil amat ikhlas..

4.11.10

Jodoh dunia jodoh di syurga?

..bertemu di pintu syurga~ lala.....

Perasan tak semua lirik lagu cinta ada buat planing untuk berjumpa di pintu syurga..mengapa tak jumpa dalam syurga? Mengapa pintu?

Maybe GF tu nak masuk syurga teringat BF die tak datang lagi..then dapat tahu BF die tak dapat masuk syurga lagi kena humban neraka dulu seribu dua tahun.. so si GF standby depan pintu syurga tunggu si BF lalu ondaway nak masuk neraka sempat la jumpa sekejap kot... Like dat?

Ok abaikan, maybe bila cakap di pintu syurga tu nampak lebih humble la taknak ngaku yang deorang ni ahli ibadah yang dah dijanjikan syurga..

Wallahua'lam..

Tapi aku wonder-wonder adakah kita akan jumpa suami kita di syurga? Kata dalam tu banyak bidadari bidadara...takkan jumpa suami balik yang sama kot? Bidadara yang hensem-hensem dan mantap tu takkan leh pandang dari jauh jer..... opss!

Dan adakah kita akan cantik rupawan di syurga? Tapi kalau compare dengan bidadari syurga camner plak..sure deorang lagi cun sebab deorang dibuat dari cahaya.... Nur...

Persoalan bermain di fikiran, bukan sengaja mempersoalkan kuasa tuhan tapi sebagai manusia yang penuh dengan sifat ingin tahu. Aku tergolong dalam kalangan itu.

Satu hari aku terbaca, '' Wanita-wanita mukminat lebih cantik daripada bidadari syurga!'' Secantik mana bidadari syurga, mukminat yang membasuh mukanya setiap hari dengan wuduk, melaksanakan solat dan taatkan suami untuk mendapat keredhaan allah s.w.t akan lebih berseri-seri disana. wAH......

Dan masa di syurga, wanita-wanita kerepot atau kurang cantik. Diciptakan semula menjadi gadis-gadis perawan dan muda remaja. Begitu juga bagi lelaki. Dan mereka akan disatukan bersama pasangan masing-masing semasa di syurga sepertimana di dunia....wAh......

Ader satu ceritera, Ummu Al-Darda isteri kepada sahabat nabi s.a.w semasa di Syam Abu Al-Darda. Mereka hidup aman bahagia walaupun umur mereka jauh berbeza. Suatu hari Ummu Al-Darda berdoa kepada tuhan '' Ya allah, sesungguhnya Abu Al-Darda meminag ku di dunia dan aku menikahinya. Maka sekarang aku meminangnya kepadaMu untuk menjadi suami ku di syurga.''

Setelah mendengar doa isterinya, Abu Al-Darda berkata '' Jika kau ingin menjadi isteriku di syurga, janganlah bernikah lagi setelah aku meninggal dunia''.

Ummu Al-Darda yang dilahirkan cantik dan cerdas, mendapat pinangan dari Khalifah Mu'awiyah bin abi sufyan setelah kewafatan Abu Al-Darda suaminya. Lalu Ummu Al-Darda menolak pinangan tersebut kerana setia dan ingin bersama suami tercinta di syurga.

See! mengapa ada sesetengah orang tua taknak kawen baru..nak hidup sensorang selepas kematian isteri atau suami? Inilah sebabnya...sebab deorang nak bertemu di syurga... hows sweet~

Di syurga, semua pasangan akan kelihatan cocok dan lawa..hikhik..ape lagi? Nak buat jahat lagi tak? Tsk..tssk...nak tak???

3.11.10

Menung berirama....


Tuhan saja yang tahu kau dihatiku..
Namun ku memandang pada siapaLah aku..
Dunia kite berbeza kau di sanjung dipuja..
Kemana saja kau pergi ku sekadar memerhati..
Alangkah indahnya malam romantis ini..
Kita berdua dan ku tak percaya apa yang kau bicara..
Ulangkan sekali lagi bisikkan manis tadi..
Adakah ku bermimpi... Adakah ku di syurga....
Ulangkan sekali lagi benarkah apa yang kau kata..
Kau mengharapkan cinta dariku yang tak seberapa..
Yang ku juga cintamu.
Iya..
Tuhan saja yang tahu betapa bahgia...
Kau membuat ku sedar cinta itu buta...
Sehingga ke akhir waktu ku curah segalanya..
Dan semoga ke akhir waktu kau tak berubah hatimu..
Sudah sekian lama ku menanti cinta mu..
Jika ini lena dan aku sedar tapi ku masih tak percaya....
Insan paling bertuah di dunia..
Begitulah yang ku rasa...
Hanya kau yang ku cintai selama ini..
Yang istimewa..
Dikaulah satunya....