30.9.14

Baby menendang!!

Ni gambar perut aku snap sambil baring, giler tak senonohhh......apa pun, nampak tak kebulatan yang terserlah tu?? Hehee..justeru mengubah aku kepada hobi baru..... setiap malam aku dan suami akan main baby!!!!

Hahaha....alhamdulillah, kuasaMu ya Allah.... kami berdua enjoy bermain-main dengan baby dalam tummy. Active sangat baby ibu ni. Pantang ok..pantang dengar suara ayah dia....terus mengelinjat. Apakah bahasa itu abaikan, tapi aku tahu korang fahammm....

Baby selalu gerak dalam jam 6am TEPAT. Kejut subuh namanya...dia akan menendang-nendang selagi ibu tak bangun...jangan harap penderitaan akan berakhir. Sakan kau nak.... kemudian, jam 12 tengahari dia kembali aktif....kendian jam 4-5-6 memang timing dia dok minta ibu melayan dia. Harap maaf ibu time tu sibuk...main lah kau nak sensorang....

Malamnya...jam 8malam dia akan pusing-pusing dalam perut. Kemudian jam 10tepat..dan jan 12 malam tepat.. Ohmai....kalaulah itu memang waktu aktif dia bila keluar nanti, ibu dan ayah terpaksa bersengkang mata nak..... aku dan suami dah plan-plan nak ubah timing aktif budak ni. Tapi tulah.....last-last dalam takmau layan baby, hati tak kesampaian....mana boleh tengok perut senget-senget sensorang, confirm si ayah akan datang tepuk-tepuk atau gomol-gomol....amboii anak ayah ke  tewww....

Mulai jam 12 malam, dia akan selang beberapa jam menendang lagi...sampai pagi. Kadang-kadang tidur aku memang tak jerap melayan baby..tepuk-tepuk usap-usap. Cayang ibu kuat minta perhatian ni nak kena niiii....

Apa pun, aku rasa keindahan yang tidak berbelah bahagi saat ini....seronok rasa baby pusing dalam perut...seronok rasa baby ketuk-ketuk. Kadang-kadang, aku pun terkejut sensorang bila dia kasi flyingKick... leh tahan gengster anak ibu macam ibu :P

Terima kasih Allah, anugerah ini tidak terhingga buatku...
Biarlah kurang itu ini, tapi hadiah tidak ternilai ini melebihi segala-galanya melebihi isi langit dan bumi......

Semoga anak ibu menjadi insan yang mendirikan solat 5 waktu.
Semoga ayah dan ibu bisa memberi kasih sayang seutuhnya buat kamu.
Semoga keluarga kecil kita dibawah lembayung baraqah tuhan nan satu.

Amin... :)

25.9.14

Rindu

r..
i..

n...
d..
u..

19.9.14

Entry aku yang menggelabah~

Semenjak dua menjak ni, semenjak baby dah makin besar... tarikh due pun dah makin dekat. Aku sedikit sebanyak merasa kegelabahan yang tidak terkawal. Tapi dari luar orang tengok aku rileks ja. Hakikatnya NO!! ok...kepala otak 360 darjah fikir...wut shud i doo...wut shud i plan...wut shud i do next next ... aih~

Kehidupan seperti biasa, menggelabah...
Sekarang ni, aku buat banyak benda 1 masa AS USUAL foine!

..balik kerja kalau kudrat larat. Aku menjahit order yang tidak henti Alhamdulillah... Kalau ada pengantin nak berinai...aku cargas ke lokasi. Kalau ada buyer nak view rumah...aku kena stanby. Pheww....aku penat, suami pun penat sebab jadi driver aku sebab aku tak ada transport. Uwa....!!

Masa berehat kami..limited sangat...Balik kerja dua-dua FLATTT! Oh...tidak!! Kemudian aku terfikir..kalau ada baby macamana pula hah?? Aku tengok di FB, BLOG, kawan2 dan kenalan..ramai yang suri rumahtangga yang bekerja dari rumah... how awesome kan..........tapi...........mungkin record aku sebelum ni tak berapa nak cantik. Maka aku tidak dibenarkan berniaga on9 sahaja...hahahaa..ok foine aku memang tak berdisiplin, dan sedikit sebanyak aku dah makin disiplin bila aku bekerja. Tapi aku cepat penat dan tertekan. T___T Kadang-kadang, aku terfikir..kalau aku kerja dari rumah aku lebih jimat :

- Jimat tenaga
- Jimat masa
- Jimat minyak kereta suami
- Jimat belanja harian
- Jimatttt....boleh masak, uruskan diri, anak dan suami. **matakeatas

Entah la.......
Entah la.......

Adakah bulan depan aku masih mampu bekerja dengan baby 7 bulan?
Adakah bulan depan-depan aku mampu menjahit dan buat semua yang aku buat sekarang?
Adakah lepas ada baby ni...aku boleh bekerja 3in1 seperti sekarang?

Omai..omai....
Aku tidak hingin anak aku kekurangan kasih sayang seperti aku...hahaha!!
Aku pun tidak hingin anak aku terabai dan kurang perhatian....

OkbYe!!
Terima kasih kerana membaca bebelan sampah ini, sekian...ASSALAM!!

 






 



17.9.14

Buah hati ibu kuci-kuci!!

 Sebelum ni, boleh on lappy letak atas perut, sandaq di katil. Sekarang dah kena adjust atas paha sana.  Perut dah membesar...hehe...baby aku bukan main dia membesar dengan pantas....jadi today ibu nak mengenang-ngenang tumbesaran baby ibu kejap. 

  Cak!! Ni baby ibu masa usianya 5 minggu. Genap 5 minggu ibu dan ayah bernikah. Allah yang maha pemurah dan maha mendengar doa setiap hambanya menganugerahkan sebuah hadiah yang tidak terhingga. Ibu selalu doa nak baby.... see.... kuci-kuci dah ada dalam worm. Tak sempat ibu pergi honeymoon....rupanya dia nak honeymoon sekali!!

Aku sendiri yang dapat detect somethin happen dengan badan
 aku selepas 1 bulan kahwin. Ada suatu pagi...aku terasa kulit badan dan muka aku glowy sangat, rambut pun macam lembut dan silky. Ada dalam seminggu aku rasa aku lawa..haha... lepas tu aku kuat tidoq. Tidoq-tidoq...dan lepas tu bulan tak datang-datang.

TIK!!! Dalam hati...''...ada baby kah dalam perut ??? ''
Paling gelabah adalah suami...hahaha 3 kali check occay... moment tahu ada baby dalam perut, aku menggelatar dan menangis. Tah sebab apa....takut ada, suka ada..terkejut ada....syukur, risau...etc.


Ni baby ibu semasa usia 2 bulan... dah nampak cetotetnya... bentuk badan, ada tangan kaki dan kepala. Tecikkk...dan sempurna. Masa 1st trimister...suffer hanya tuhan yang tahu. Tapi ibu kuat...ayah pun redha aje dengan ibu. Ibu tak ada alahan pun alhamdulillah..malah ibu kuat kerja. Ibu kuat masak sebab tak suka makan luar...suka buah dan ibu tak suka makan jeruk. Good baby good...healthy tubuh badan baby. Baby suka kismis....ibu makan banyakk kismis masa tu... Perut tak nampak ape pun....boleh pakai jeans ketat lagi. Ops....

Tara!!! Semalam...baby ibu dah 17cm panjang masyallah kuasaMu. Baby dah nak masuk 6 bulan. Baby dah sempurna sifat. Ibu nampak tangan..jari...lengan, kaki, betis...tulang rusuk..kepala...batang hidung.... ini kali pertama ayah tengok baby direct, sebelum ni ayah tak berani masuk. Jadi memang lah ayah kamu blur nak cam...apakejadahnya di screen tu...kelakar occay....haha

Kepala baby ke bawah, kaki baby di atas ... berat baby 900gram hamik kau. Patutla ibu kne marah doc sebab berat naik 60kg...baby la ni eaaa...hehee seronok betul membelek gambar baby tidur. Tak sabar tunggu baby keluar....

Today, ibu mc... seiap minggu kena check darah sebab rendah sangat. Alhamdulillah....dah ok balik. Bukan apa....ibu kamu ni malas makan ubat doktor... hiikhik...

Sekian, update pic baby ibu...
Hero ka Heroin....syhhh....biarlah rahsia lagi naaaa.....


Cekidout!!!!

12.9.14

Happy Birthday my other half Hazlami!!


Sebagai seorang yang mempunyai daya sentimental value yang tinggi, kedatangan hari lahir pasangan adalah sesuatu yang sangatlahh sesuatu. Ehem..jadi pada tanggal 5 September, aku mencuri masa dan membuat misi rahsia. Iaitu carik hadiah birthday encik suami!!

Memang dah kena warning awal-awal jangan bazir wang, sebab tak lama lagi dah nak timang cahaya mata kanz... tapi, mana hati tertahan...kita boleh adjust sambutan birthday kepada yang menjimatkan wang yet sweet. Sweet kah?

Aku nak hadiahkan jam, tapi last year dah hadiahkan jam. Nak hadiahkan kasut...kasut dia dah berlambak. Nak hadiahkan PS3 tak mampu haha...kang kalau aku bagi game, siapa nak layan aku di rumah kan... tak adil tak adil. Jadi kita hadiah sesuatu yang bakal boleh disimpan hingga akhir hayat.

Selepas diservey-servey dari satu kedai ke kedai yang lain. Akhirnya aku berjaya menjumpai kedai yang menawarkan harga terbaik. Bekas baldu menjadi milikku. Dengan harapan membunga. Masuk kedai hadiah beli wrap ..kotak..dan anak patung tikuih!! Hik hik...tak dilupai kad!! Kad adalah wajib kerana disitu boleh aku coret 1001 ayat bicara indah ungkapan sayang kepada suami... hiks!

Malamnya, dengan lembik lemah longlai seharian bekerja... aku terus wish tanggal 12 malam. Hehe...cambiaseeeerrr...laki kalau tak buat cool tak laki arr! Jangan la nak mengharap dia buat muka comey ka muka terharu ka...macam tu la muka dia, tersipu-sipu....



 Tada!!!! Ini kek coklat yang aku buat... KitKat...Snack...Tobleron...Strawberry.
Lepas makan sugar rush.... ingat lagi, aku bagun pagi mengamuk-mengamuk sebab suami asyik main Candy Crush. Dan aku lupa duduki Online Exam Pegawai kastam... nangisssss iols ok!!! 

Lepas dah tak nangis tu kite masak kek larh!!!

 
Ni semalam, lepas dia balik dari meeting di Kl. Sebelum hantar keluarga mertua ke Haji juga, menunaikan rukun Islam ke-5. Sempat main potong kek birthday Giant RM10.00.... muka aku muka orang kena tinggal 1 hari adalah disaster habes...

Tangan iols memang urat dawai tulang besi kanz.

Sekian!! 

Happy birthday cecayang ku!!! luv you till end of my life.... muakss!!!!

10.9.14

Monolog luaran vs bebel dalaman?

I lost myself. Haha...wadda intro konon dramatik!
I miss the old me....but i dun wanna lost people around me currently..

Rindu kawan-kawan, persahabatan dan 'carefree me' hahaha....asyik nak gelakkk jer..
Sekarang tanggungjawab makin membesar, aku takut aku terjelepuk sebelum lulus ke garisan penghabisan sebuah perjuangan..... tapi as usual, aku mesti boleh aje!! ^_^

Takut jugak la sesikit. Tsk...

Aku dah ada pelindung ... aku dah miliki cinta agung dan aku dah ada tujuan menuju syurga terulung. Syukur alhamdulillah...... :') Pun bakal ada zuriat ....yang selalu jadi peneman bila aku bosan jeee...confirm kena terajang.... comel anak ibu nak main sakat-sakat perasaan ibu eaa...tunggu lah kau nak~

Sekarang ni, baby dah 5 bulan membesar di dalam rahim ini, macam tak percaya lansung. Tapi memang hakikatnya..aku dah 60kg. Gulps.... tak kisahlah, walaupun ai 60kg, size seluar kecik masih sama occay...takde masalah!! tetiba difensive. Lastweek shopping baju mengandung. Jangan harap la nak beli baju ngandung...ai beli baju besar sahaja di 1st Lady... nextmonth kita beli lagi yang lagi besar memandangkan keadaan perut yang naik lajuuuu giler.... laju giler budak tecik nih membesar.... bagus bagus!! asalkan cukup nak keluar..kang kalau keluar kot tingkap naya ibu kena belah... yer nak...kawal2 pemakanan tu sikit. hemm...

Lately aku banyak berfikir, kekadang masa tidur pun berfikir...otak takboleh stop. Kalau tak berfikir...aku mengira dalam tidur. Tahu ke mengira apa? Aku kira financial client aku lah...kekadang kira nak markUp berapa sesebuah property. GILA. Bila tersedar dari tidur...aku rasa otak aku penat sangat. Lepas tu...tidur aku yang selepasnya memang tak kualiti. Kemudian bangun pergi kerja... LUNYAI..

Anyway...jual rumah adalah seronok!! Tapi kadang-kadang sakit jantung.
Nak cerita banyak fasal property ni, tapi aku busy..... tapi nak cerita. Tahla....

Anyway...doakan aku dan baby sihat selamanya.