21.7.14

Bencinta?

Semalam, aku emo. Last time menangis tengok movie entah bila...tapi semalam aku emo sebab menonton Bencinta. Sedih aku tengok cerita yang mengisahkan lelaki kaki sepak terajang bini ni. Time nak melamar....lembut gigi dari gusi. Tapi lepas dah dapat....buat macam punching bag. Bedebah!!

Laki aku pun dah menggelabah tengok aku, diam semacam jee....fokus habes. Part paling takleh blah..bila aku baru sedar yang hak penjagaan anak automatik akan dapat kepada bapa@suami sekiranya isteri atau ibu tidak mempunyai taraf kewaangan yang kukuh. Cis....emo benar.

Aku : B...betul ka kalau cerai anak dapat kat bapa?
Suami : Yela...kalau isteri tak ada kerjaya atau kukuh ekonomi.
Aku : Pastu kalau macam tu...anak ni dapat kat kamu ker?
Suami : Yela...jadi kamu kne la bekerjaya juga ..
Aku : Foine!!
Suami : Dah jum solat...

Emo. Terus nak menitik-nitik air mata aku tahapa-ahapa...aku pun tak faham mengapa. Nak emo benda tak wujud haha...
Time berwuduk, aku emo..nangis-nangis tak tertahan... tak faham aku, aku rasa macam...aku akan hilang nyawa kalau baby aku terpaksa berpisah dari aku. TETIBEEEEE..je pikir camtu boleh? Apalah benda merepek dalam kepala otak....aku pun tak faham.

Terus..masa solat dah tak khusyuk...sroot...sreet menitik air mata. Haiyoo....ape kes???
'' takpe nak...ibu akan usaha untuk kite berdua takkan berpisah hingga hujung nyawa..'' itu yang aku bisikkan dalam hati..tak ada motif fikir bukan-bukan. Phobia aku...hal cerai-berai...sebab dulu mama, dia berjaya mempertahankan hak penjagaan kami berdua....jadi aku risau. Apakah yang terjadi dengan emosi aku pun aku tak faham...

Last-last, suami pun memujuk aku.
sekian...

Fikir bukan-bukan kan...kan...kan...!!!


14.7.14

Kuih Raya 2014

Plan nak jual kuih raya dari zaman aku bertunang, sampai dah ada baby dalam perut tak kesampaian lagi. Tapi takpa, aku akan pastikan tahun depan planning berjalan lancar...jadi tahun ni aku practice !!!
Tahun depan aku akan bersilat kueh dengan baby..excitednyeee...

Ni kueh aku bake sabtu ahad lepas, bersifukan makteh yang pakar dalam hal kueh mueh... aku buat sendiri dengan suami...buat sambil berangan, kami kan kuat berangannn...

^_^/ Tu je nak update, nak sembang-sembang kosong kang aku jadi emo...
Lately nak berdiri pun takleh lama, saki tumit...aku rasa dah tiba masa untuk tukar kasut yang lebih selesa..aku pun tak sure yang camana. Slipar Jelly Bunny dah tak relevan... +_+' Perut dah ade sedikit...makan sikit mengah banyak..aih.... dan yang paling tak best, emo...aku emo sorang-sorang...

Tapi aku strong.
Aku wanita tabah dan cekal..yeah~!











9.7.14

Aku

Alhamdulillah...semalam check baby, dah hilang ketumbuhan di rahim. Doc. pun hairan.. tapi apa nak dipelikkan dengan kuasa pencipta. :) Yang tak best, tanpa Cyst..doc pun dah tak print out gambar baby. Yang sempat aku nampak...baby ade big head and small body hehe.. minggu ni juga, tulang lembut baby akan berganti tulang keras... abdomen dan segalanya dah sempurna...otak dah kompleks etc..

Baby besar buah orennn... ^_^ Proud of you anak ibu!

Proud of you darling baby...tapi ibu tak proud pun dengan diri ibu ini.....

Cepat sangat termengah, cepat emosi dan cepat menangis. Tapi kalau happynya...melompat lupa ada anak ibu dalam tu. Aish..... actually lately, banyak masalah menimpa... entah la...puas dikaji sendiri, jenuh menyalahi diri instead of menyalahkan orang. Apakah dosa yang masih tergantung...hingga dugaan sedemikian terpaksa ditanggung...

Dapat dirasakan...

Apa yang dibuat, serba tak menjadi.. apa yang diharap, tidak kunjung ke sisi. Apa yang berlaku, hanyalah ujian-ujian-ujian yang peritnya menghimpit diri. :') Dimana kekuatan bisa digali lagi...
Kering air mata, mencerna erti duniawi. Memahami hikmah tersembunyi... hingga lewat kini, hati masih terpasung tergari. Bagai ada sesuatu yang tergantung antara langit dan bumi...
Ingin aku rebah, namun masih tetap berdiri ......

Aku selalu merasakan, aku adalah BEBAN.

Beban kepada orang lain, jelas sekali kini aku beban kepada suami sendiri.. menjadi beban adalah tidak bagus, beban adalah lebihan yang harusnya dihapuskan terus dari muka bumi..bukan dipikul buat menambah siksa orang lain... beban adalah benda yang wujud untuk menyusahkan dan wajar disusahkan. Tahh....aku adalah beban. =___='

Tahap kebergantungan aku terhadap orang terlalu tinggi, aku lansung tak pandai mengurus diri. Apakah aku buat selama hidup ini sehingga aku menjadi sebeban ini. Apa pun tak boleh handle...apa pun terhegeh-hegeh...yang penting, apa pun aku tak ada. Apa pun...you know wut i mean...aku tak ada apa-apa..tak ada kereta, tak ada rumah sendiri, tak ada saving, tak ada kerja bagus dan tak ada apa-apa....

Yer...materially tak ada apa-apa. Tapi harus syukur juga.... sobs~ sapu air mata

Dan kini,  aku akan terus berfikir-berfikir dan berfikir banyak hal untuk mengurangkan tahap 'beban' dalam diri keatas orang lain. I miss the old me...independent me...confident me..pandai cari duit, pandai itu pandai ini... now, imma loserrrr..... sobs~ sapu air mata

 Siang malam...ku mohon petunjuk illahi.......

*** Terimalah lagu kegemaran aku, dulu kini dan selamanya.... ***


1.7.14

Selamat berpuasa semua!

Ku cuba ungkap tabir ini, kisah antara kau dan aku..
Terpisahkan oleh ruang dan waktu, menyudutkanmu meninggalkan aku..

Semenjak ini, lagu 'Kehilangan' rancak termain di corong radio.. melankolia lirik dan instrument yang bergabung padu sedikit sebanyak mengetuk mengganggu sekeping hati aku yang sedikit sebanyak tertempias oleh ertinya. Mungkin bukan aku sahaja, bahkan sesiapa sahaja bakalan terperli dengan makna lagu tersebut. Tak kisahlah..yang meninggalkan..atau ditinggalkan.. tak kisah yang bahagia atau derita..pokok pangkal, bagi yang mengenal cinta dan pernah mengalami perpisahan.. lagu ini memberi sejuta rasa dan sensasi tersendiri..

Pertemuan dan perpisahan adalah milik yang Esa..

Ada sebab sesuatu kisah dicipta dalam hidup kita, dan ada sejuta alasan sesuatu perkara kita tempuh dalam alam fana ini. Semuanya hasil pilihan kita sendiri dan sebagai seorang islam. Kita mengenal Qada' dan Qadar.. kita mengetahui Loh Mahfuz dan kita memahami suratan.

Seseorang yang pergi meninggalkan sejarah yang mengajar kita sajuta erti kepada kehidupan masa kini dan masa hadapan, lalu... sejarah cukup disimpan sebagai ingatan atas dasar pengajaran...dan masa kini atau hadapan seharusnya lebih bagus dari yang lampau.

Aku bersyukur..
Sesiapa sahaja harus bersyukur diatas perjalanan yang disusunNya khas terbaik terlengkap dan tersempurna buat masing-masing. Yang dialami kini, adalah yang terbaik kini..yang terjadi lalu..adalah pilihan sendiri yang juga terbaik untuk masa lalu masing-masing.

No regret .

Pada senyum nan terukir, mungkin limpahan nikmat diatas kepayahan lampau ... pada air mata yang mengalir, mungkin ujian mendekatkan jiwa kotor lebih menghampiri pangkuanNya. Segalanya untuk kebaikkan...segalanya bukan sia-sia. Menyesali perkara lalu, mengungkin sejarah lalu...umpama menggali lubang kecelakaan sendiri. Meneruskan kehidupan dengan takwa dan sabar...umpama menghiasa taman syurga. Lalu mengapa pilihan tidak pada yang kedua?

Aku bersyukur, dengan kurniaan zuriat yang dikandung, dengan belahan jiwa yang mendidik aku mengenali aku dengan lebih jelas. Pabila melihat dia, aku teringat diri aku.. mungkin yang dulu atau yang kini... itulah buat aku, itulah separuh jiwa dan hati aku..ada padanya.

Aku menyedari, tuhan menggalaskan aku sebuah tanggungjawab tidak mudah.. buat ujian aku mencerna hidayah dan membina tembok keimanan terhadapNya. Aku berbangga, aku terpilih sebagai wanita tidak lemah yang mampu melakukan apa sahaja dengan kekuatan serelung jiwa seorang ibu dan isteri. Aku tahu...Dia melihat setiap tindakkan aku, yang maha mengasihi terlalu menyayangi aku...

Yang maha mengetahui, mengetahui yang paling terbaik buat diri aku.

Selamat berpuasa!!!

. . When u meet the other half of your soul, u will understand why all the other lovers had to let u go. .