30.3.14

Sayang kau dimana..

 Buat sang suami..

Denting yang berbunyi dari dinding kamarku
sedarkan diriku dari lamunan panjang
Tak terasa malam kini semakin larut
Ku masih terjaga..

Sayang kau dimana aku ingin bersama
Aku butuh semua untuk tepiskan rindu
Mungkinkah kau disana merasa yang sama
Seperti dinginku di malam ini..


Rintik gerimis mengundang kekasih di malam ini
Kita menari dalam rindu yang indah
Sepi ku rasa hatiku saat ini oh sayangku
Jika kau disini aku tenang..


Jumpa esok.. :)

28.3.14

Emo Emoji..

Malam ni, seorang insan kebosanan dan keEmoan... 
Kerana menanti pulang sang suami ke pangkuan.
Apakah hampeh kena tinggal di awal-awal perkahwinan.
Aku akan pastikan dia ganti balik semua masa yang terhutang ni..
Hmhhh...sila amik cuti seminggu untuk cover seminggu kena tinggal..lap ayaq mata..
Sila...sila baca entry ni dengan kebersalahan ..sob..sob...

Jadi aku memintal gelang...
Dapat 10utas, esok boleh jual...
Letak dalam insta pun dah ada nak beli, belom di fb lagi..
Amboi sakan mengangkat bakul diri..

Hmpph....
Ok nak wassap suami dengan Emo Emoji..
Marilah kita menyiksa jiwa raga mereka dengan emosi dan air mata..
Wakakakaaa....
Malam ni dia takkan tidur lena...
Tunggu...tunggu..

Ok, sebelum tidur ayuhlah search2 tempat best untuk berhoneymoon..
Aku harap dia takkan pilih korea kerana aku tak suka.
Aku nak pulau..pulau pulauuuuuu..
Aku taksuka legoLand juga adui mohon dijauhkan tempat pelik-pelik sebegitu..

Ok, dah banyak ok kan..
Goodnight ok?
hmphhh...


27.3.14

Ketua bidadari alam Firdausi....


Bismillah....
Segala yang terjadi, telah tersurat di loh mahfuz azali, aku yang mengerti sebuah perjalanan kehidupan telah tertakdir kini. Hanya harus untuk aku lakukan sekarang, ialah mensyukuri Illahi... Syukuri belahan jiwa yang akhirnya aku temui, syukuri mata hati bisa menilai yang  permata mahupun kaca berduri. Bersyukur mampu memilih cinta suci atas petunjuk dari Rabbul Izzati...

Bukanlah mudah caturan sebuah kehidupan aku ini......

Alhamdulillah, impian setiap wanita sejati termakbul kini. Menjadi suri, menjadi isteri kepada insan dicintai.. perjalanan sebuah percintaan singkat yang penuh onak berduri, telah aku redahi.... percintaan lama bersawang berpuluh purnama juga telah aku alami dahulu lagi.. kini, aku menggenggam tanggungjawab hingga mati.. menjadi peneman penghibur dan pendamping seorang insan bergelar suami...

Menjadi penyeri mata, penyejuk hati...

Masyallah...aku merasakan kebesaran yang tidak terperi, caturan Dia yang tidak terjangka pasti.. Petunjuk Dia yang membimbing jiwa nuraini, Kekuatan Dia yang tersemat di diri ini... Allahu Rabbi..
Terima kasih atas anugerah cinta ini..

Aku ingin....

Aku ingin menjadi sesempurna seorang isteri, ingin menjadi setaat Khadijah kepada Rasulullah s.a.w. Ingin menjadi tulang belakang kepada sebuah era kejayaan seorang lelaki, menjadi penyaman udara kepada panasnya bara api percikkan fana duniawi. Menjadi tali, buat dakian ke syurga firdausi.
Aku ingin.....cintanya dia kepada aku atas dasar cintanya kepada Rabbul Alamin.....Rabbul Izzati....

Dan aku pasti....

Ini suratan takdir yang abadi..
Ini yang terbaik, buat aku dan dia pasti..
Ini jalanan baru, yang harus ku orakkan langkah seteguh jati..

Menyulam mimpi yang sejati,
..ingin menjadi ketua bidadari di alam syurga firdausi...

Menyulam cinta abadi.





21.3.14

Aku terima nikahnya..

Bismillah....dengan namaNya.

2 hari tidak cukup tidur, ala-ala tidur ayam aku dengan tunang masa tu, memang agaknya kalau anak sulong kawen anak sulong...boleh kata 100% semua anak sulong ni kena fikirkan...takpelah, dah namanya anak sulong yer tak..

Tanggal 21 March 2014, 4 pagi aku dan tunang menjemput makeup artist yang datang dari KL, Emil.. meletops uols...kalau nak tahu makeup dia camana, boleh rujuk pancaindera akhbar tu..dia official makeup untuk akhbar dan TV3, juga untuk artist-artist semasa konsert so on. Alhamdulillah...makeup bermula dari 7 pagi.... yang terharunya, aku yang dah pasrah perkahwinan tanpa inai di jari lantaran pelukis inai bitch tu cancel last minit terubat bila rupanya si Emil ni dulu lukiskan inai untuk Eera Fazira zaman dengan Yusri KRU, memang rezeki dia gamaknya... alhamdulillah tangan berinai akhirnya, boleh sawan memikirkan seorang henna artist tak pakai inai semasa perkahwinan sendiri...homaigod!~

Inilah proses melukis inai.....



Ok cerita semasa make-up kite skip tunggu gambar ada baru seronok bercerita, maka akhirnya kami berangkat ke Masjid Daerah Balik Pulau. Dari Bukit Jambul rombongan papa dan mama yang menunggu disana siap-siap. Kadi datang jam9, start masuk kerta jam 9.20 memang 'like a bos'. hikhik... papa macam biasa angin sepoi-sepoi bahasa tapi akhirnya ALHAMDULILLAH...

Tuhan mempermudahkan segala-galanya, yang tak best ialah aku tidak boleh masuk bernikah dalam masjid lantaran tidak 'suci' pfft.... nasib baik ada 2 pasangan lagi di dewan..maka bernikah macam ala-ala indonesia duduk di kerusi dalam dewan. Haha...sarung cincin pun di rumah juga...

Ini gambar pertama yang aku upload di FB 30minit sebelum jadi bini orang, selfie itu pasti....


Dalam kereta pun jadik...dalam hati dup dap dup dap...pengalaman yang tak dapat dilupakan.. bila turun kereta nampak semua orang...nampak encik tunang berwajah suci, dalam hati rasa nak tumbuk-tumbuk tanpa sebab. Ohh..lahai, bakal suami ku beberapa minit lagi... rasa macam tak percaya, penantian sejak dahulu....kini menjadi nyata. Penantian apekah? Penantian siapakah belahan jiwa ini..... aum..

Sesungguhnya, beliau amat teruja dan wajahnya amat tenang disaat melafazkan akad. I know he will do it well anyway.... ^_^ sempat bergurau dengan kadi dan menyimpul tawa seluruh dewan.. oh lahai suami..suami..tolonglah behave!~ Selesai akad sempat menjeling ke arah aku yang tunduk-tunduk-tunduk dari tadi...mana tak nya, semua memandang kot....

Selesai bersalaman, kami menuju ke homestay mama....kenduri serba sedikit, aku pilih menu simple.. Gulai nangka, ikan masin ikan gorang, okan kering, sambal, kerabu, buah tembikah dengan air punch. Settle. Sekepala RM6.50 sahaja amat berbaloi yer... khemah RM300.00


Alhamdulillah....aku dan dia telah sah menjadi suami isteri, terima kasih ya Allah yang telah mengkabulkan hasrat murni aku untuk memiliki dan dimiliki.. semoga perkahwinan ini bakalan menjadi titian aku menuju syurga yang abadi hendaknya...

Siapa sangka aku berkahwin dengan seorang yang tidak pernah aku kenali selama ini, dan hari ini genap juga ulang tahun ke-2 pertemuan kami berdua... PERTEMUAN. Tak tahu bila couple dan hanya tahu tarikh bertunang jer...

Itulah dinamakan jodoh rupanya, tak disangka, tak dijangka, tak diketahui rahsiaNya.

Kepada suami, aku mencintaimu selamanya kerana Dia, insyallah...
Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya...
Terima kasih kerana mengambil tanggungjawab besar menjadi pemimpin aku di alam dunia..
Insyallah aku akan menjadi seorang isteri yang taat dan solehah.

Amin.. peace!!!!! ^_^







19.3.14

Perkahwinan dan aku.

Menangis banyak sudah,
Memendam banyak sudah,
Mengharap banyak sudah,
Mengorban, mengalah, meremuk redam...

Banyak sudah...
Mulai usia 18 tahun mengenal cinta,
kini 27 tahun menggenggam keabadiannya..

9 Tahun cukup matang cukup kuat mungkin buat aku,
Sekarang matlamat aku hanya satu lagi jitu,
..aku memilih berkahwin menyatu...

Aceea.... optimis disitu, tapi aku pasti.

Ingin menjadi isteri,
..untuk menyayangi dan disayangi..
..untuk menjadi titian ke syurga abadi..
..untuk mengumpul pahala, bekalan hakiki..

Ingin menjadi ibu.
..mendidik putera-puteri ku..
..membelai lambang cinta abadi ku..
..mencurah cinta kasih hati ku..


Aku bakal berkahwin,
..melengkapi sebahagian iman ku..

Menjengah dunia baru,
..menjadi isteri..menjadi suri..
..kepada lelaki yang ditakdirkan buat aku.

Kepada lelaki, yang benar sebahagian dari diri aku.

14.3.14

Trauma..

Trauma..
Malam ni tiba-tiba aku trauma...

Dalam ketenangan hari yang aku miliki kembali,
..dalam bahagia yang kian aku raih kembali..

Kini aku trauma lagi...
Aku trauma...dan aku hanya mampu menangis.

Aku menangis,
..dan hanya mampu menyimpul sedih..
Mengikat erat hati, dari belenggu racau ini..

Memujuk diri,
..insyallah...tiada pelik-pelik akan terjadi.
Tiada bukan-bukan yang bakal menghampiri.

Aku sumpah,
..itu pasti..

Aku ubati,
..parut ini...slowly.