17.6.13

Selamat tinggal cinta ..





Peace! Inilah masaalahnya bila dah start berblog, walhal sepatutnya aku siapkan thesis ok..
Anyway...entry pagi tadi sedih sikit, sikit-sikit emo la katakan... kejap-kejap nak sembang, kejap-kejap nak mengadu domba.

Pagi ni, awal aku bangun. Jam 5 terjaga nak solat subuh, alahaiii tak seswai...  Than apa patut aku buat pagi-pagi buta camni kan selain dari makan!!..lepastuuu.. dengar ja azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat fardhu subuh bagi kawasan pulau pinang dan kawasan-kawasan yang sama ..ada macam dalam radio tak?...terus  cargas la aku menapak mencari toilet nak amik wuduk.. mandi? oowhh..awal lagi untuk semua-semua itu.... lepas solat, aku mengaji sikit jer.. surah an-nisa, pagi tadi cerita bab perempuan... lepas tu cerita fasal tawanan perang, bab nafkah wasiat semua..aku macam pening sikit nak faham plus mengantuk balik..tapi aku buat faham jer.

Settle bersiap, rasa sangat berguna konon-konon bangun awal, nampak nau selama ni bangun tett kan... so start motor, brooom.....mm.. tut! tut! moto mati enjin...laaa..lupa panaskan enjin moto rupanya buat suspen jerhh...

Jam 8.30am dan melihat cik azrin suzieyatie adrina telah bertapak di library adalah sangat sesuatu.... sungguh jarang aku berjaya ke sini sebenarnya, kalau berjaya pun sungguh jarang aku pandai cari buku dalam ni yang membuatkan status-status fb aku banyak dinaikkan dan semuanya sedih manjangggg jer kalau aku di dalam library..nampak tak keterukkan aku disitu?

Hehe...dan panggilan dinanti berbunyi, yeay yeay.....dari dia.. Ehem!

Perbualan disensor. Tq!


'' perubahan mood ''

Kadang-kadang, aku selalu rasa aku layak dicintai..
Tapi kadang-kadang yang lagi kerap dari itu...aku dapat rasa aku labih bagus menyendiri...
Hmm...tak tahu sebab apa dan mengapa, takdir tak pernah menyebelahi perasaan aku, 
tp...mungkin ini satu pengajaran....

Kadang-kadang, aku rasa aku tak layak disayangi..
Kadang-kadang aku rasa, aku sangat pandai menyayangi..
Tapi kenapa tak fair?
Aku pandai sayang orang, lepas tu sapa nak sayang aku?
Ampeh tak soalan...

Ok sambung, 

Kadang-kadang, aku rasa aku pendendam...
Dengan cinta-cinta lalu, aik kenapa macam nampak macam banyak jer cinta-cinta tu..?
Tapi kadang-kadang aku rasa dendam tu sentiasa marak dijiwa,
hingga membuatkan aku membalasnya kepada cinta aku kini..
Sungguh hampeh bukan?

Hmm...so,
mungkin aku ditakdirkan menjadi wanita gagah perkasa yang tak perlu ada lelaki disisinya...
sambil mengorbankan perasaan-perasaan nalurinya..
berdiri sendiri, drive kereta sendiri... masak makan dan tidur sendiri..
Kerana apa?

Cinta tu sakit okeee...
Cinta kadang-kadang kejam sangat..
Cinta membuatkan aku trauma semacam...
Cinta buat aku menangis..

Cinta buatkan aku ingin menjadi seorang pembunuh bersiri...
jeng..jeng...jeng..

Jadi, selamat tinggal cinta....
^_^


No comments: