30.6.13

Wanita ini.

Ketika wanita menangis . . .
Itu bukan berarti dia sedang mengeluarkan senjata terampuhnya..
melainkan justru berarti dia sedang mngeluarkan senjata terakhirnya..,,

ketika wanita menangis . . .
Itu bukan brarti dia tidak berusaha menhanya,
melainkan karena pertahanannya sudah tidak mampu lagi
Membendung air matanya !!

Ketika wanita menangis . . .
Itu bukan krn dia ingin terlihat lemah,
mlainkan krn dia sdh tak sanggup pura-pura kuat..

Ketika wanita menangis . . .
Bukan berarti dia ingin mencari perhatian,
melainkan karena apa yang dia perhatikan telah mengabaikannya...

Ketika wanita menangis . . .
Bukan berarti dia mengharapkan belas ksihn,
melainkan karena dia sedang mengasihi dirinya sendiri...

Ketika wanita menangis . . .
Bukan berarti dia ingin mmbuat sesuatu yang dia tangisi merasa bersalah,
melainkan krn dia tau kesalahan apa yg mmbuat keadaan mnjadi sedemikian..

Ketika wanita menangis . . .
Bukan berarti dia sedang memancing kepedulian semua orang terhadapnya,
melainkan justru krn dia tau bahwa tidak akan ada orang yg peduli.

Ketika wanita menangis . . .
Janganlah engkau mnganggapnya wanita lemh ataupun cari perhatian, karena engkau jugalah yang mnyebabkan air mata itu mengalir di pipinya !!!

Dan Ketika wanita menangis . . .
Janganlah kau menghukumnya dengan meninggalkannya begitu saja,,,
karena dia tdk mampu membawa berjuta titis air matanya sambil mengejar mereka . . .

Kaum Adam....,,,
fahamilah kami wanita..

27.6.13

Mengejar syurga.

Ada kala, impian terpancar sinarnya..
Namun pula, tubuh terdampar lemah di ufuk maya..

Pada denai nan kelam,
..pada malam yang legam...
Aku si pencatur jalanan.. 
Mengemis kudrat pendamping jiwa,
..buat papahan menuju cahaya...

Pada senyum nan menghambar,
..ku tasbihkan irama syurga...
Pada renungan berlopak,
..ku dodoikan gurindam jiwa...

Mengemis ehsan saudagar dunia,
..mengutip simpati menuju bahagia...

Ada kala, mimpi terbias dek jaga..
Namun pula, realiti tak seindah anganan lena..

Aku redha pedih meniti siratul-lurusNya..
Mencicip doa di hembusan nafas pinjamanNya..
Mengharapkan kekuatan masih dalam bekalan dariNya..

Memohon,
..jalan abadi ini menuju hanya padaNya.

Meminta,
..nyawa ini, biar bisa, sakit pedih atau sengsara..
Dalam redhaNya. 

10:12 PM
27/6/2013

Mencari erti kesunyian..

Ada sendu pada nipis senyum,
Menggasak hati menguntum riang..
Di jendela menitip langit kelam,
aku menanti pelangi datang...
Membawa ku hilang di dada alam,

Inginku damai dalam pelukkan bulan...
..atau mungkin lelap di pangkuan bintang...
Memetik indah kenangan semalam,
Membungkus kemas ikatan perasaan,

..pada rembulan,
Pingin ku curahkan perasaan.....

..dalam kelam malam,
Aku mencari erti kesunyian.......

11:29PM
26/6/13


25.6.13

Durian Hunting @ Penang 2.0

Setiap tahun, i dengan kakak-kakak akan buat durian hunting of the day. Kami akan mencari durian secara random kemudian melantak.. Tahun 2013, durian di Penang tak semeriah tahun 2012. Berdasarkan servey dan pemerhatian ternyata memang agak suram...


Kesuraman, harus digantikan dengan keceian, jadi kami datang!!!!! 
Memeriahkan permandangan musim durian Pulau Pinang.


 Durian Kampung, kecil molek isi sedap dan padat.
Ada semurah RM8/KG ko hadoo?

Kalau durian kualiti sikit,actually tak sure ape yang kualiti, harga RM13/KG.

** Bagi aku, durian kampung lebih aummm....


As a kampung gurl, i enjoy durian kampung so much. A da sebiji durian yang isinya color orange... oh my god. I is tak makan... dah la RM16/KG pfft...


Durian oren-oren selalu isi bergas, tak best at all....

  

Tips : Kalau tak suka gas, suka lemak manis macam susu, orang panggil Durian IceCream. 
Rasa manis, lemak, isi padat dan size kecik-kecik. Not to worry... size buah kecil tapi kulit nipis yang membawa maksid isi tebal... kenyang!

Durian Haji, di anjung indah Bukit Balik Pulau memang terbaik. Boleh cuba... ladang orang muslim dan sudah tentunya lebih menyamankan isi perut apabila makan.


 Ni papa and my brotha.. hantu durian ok. Aku makan durian ice cream ni lebih 3 biji kot...lebih 20 lebih ulas uols... i is PUAS.


Durian Hunting tak sah if tak singgah gerai tepi-tepi laut, makan LAKSA!!


But again, sambung makan durian.
Tampak tak muka tak enjoyce disitu, sebab durian oren tak best. tak best tak best!


Tips memilih buah durian :

Goncang2, kalau berketuk ketak, maybe isi keras atau kecik....
Bau, kalau menyengat, maybe kulit nipis which is good!
Kalau bau jauh jer..tak manis jer.... tu NOT GOOD.


Papa cakap, kecik-kecik aku suka makan durian Mangkaq.
Kesian kan..

24.6.13

Candy Crush naik level yeay....


Semalam mesti ramai berpusu-pusu baca yasin 3 kali, solat sunat dan hari ni mesti ramai yang puasa sunat nisfu syaaban.. Foineeee....i is tak dapat. :'(

Kata kak iati, its ok... Doa pundah cukup. Doa orang yang tak boleh solat tu senang dimakbulkan tau..... Hmmmm...camana tu nak doa kalau tak solat. Maksudnya sambil main Candy Crush sambil doa kira valid la?

Anyway.... i is lately senang depress. Pening kepala toksah kata and i selalu rasa loser. Taktau kenapa, rasa terlalu banyak tuntutan hidup , rasa tak berguna and yang paling penting i is rasa dah tak boleh nak berhidupan ala-ala remaja muda-mudi yang bangun pagi update blog, makan lepak sebelum tido update blog..tunggu esok pagi check komen sambil senyum-senyum felling retiss ...And than keluar lepak balik lepastu begitulah kronologi seterusnya.... sebab, i is dah tua and dah sepatutnya ada kerja dan ada baby comel yang i boleh cium setiap hari siap panggini ..maa..ma... ohh so shuweet... ok kita skip bab berlaki disitu yesh... tetapi....tetapi dan tapi i is still stuck dalam usm tak grad lagi. Demn.

Yang paling teruk, i is digantung tak bertali...haaaaaa? 

Yela..yela...nak berhenti kerja tak diizinkan. So i macam ntahapa-hapa. Dapat offer kerja macam bosan la pulak, ntah maybe hidup ni hanya dipenuhi dengan perkara bosan semata? Pfft.....

Lepas tu, i stress dengan research i... Stress tak pandai cari buku dalam almari, ehh..library..... Mm....stress berat mulut bertanya, kalau orang tak tanya dulu kat  i is takkan buka mulut tanya dulu balik.. apakah grammar aku pakai nih aduih.... Nampak tak teruk bebenor sifat itu yer adik-adik.

Anyway....candy crush i dah naik level, penat ok level 29 tu hok..hok..so loser. Takkan tiap kali nak suh en.tunang tolong upkan level... Tak gentle la kan..kan.. Sementara dia takda di kawasan perkhidmatan, baik i enjoy Candy crush i pepuas...kang dia balik sebok-sebok nak usik candy-candy comel i.. I is bengang.



Ok, i is annoy dengan entry kali ni sebab overll. I ni monday blues.... Giiitewwww~
Orang nak monday blues, ko pun sebok-sebok nak monday blues youjie oi...

Okbye, selamat berpuasa. Entry awal nak cerita bab nisfu syaban konon..last-last teremosi melampaui tindakkan. Sampai disini buhbyee.... I is nak gi kedai i..

^____^ hik.

Muka i currently konon.



18.6.13

iPad mini untuk perniagaan atas talian.

Salamm...amacam tajuk macam soalan Pengajian Am tingkatan6 tak? Hiii nanti kita olah... ... Aku ni is baru balik berbuka makan Tose Rawa. Haaa....tose rawa adalah sedap, ada rempah rempah bijian dan seangkatan denganya.. Nak dapat mana tose rawa? Sila order di kedai Kayu Nasi Kandaq Penang!! Today aku puasa tak terasa, berbuka pun tak terasa nak buka.. Kenapa tu? Rasa sebab dapat benda best kooott.... Jen jenn.....jengg......

                                       
ipad mini!!...sekarang semua di hujung jari uols. Memang dah lama nak beli khas untuk buat online business.. Senang ... snap, edit padan patut, upload.. Siap! Taktaulah kalau orang pakai ipad mini untuk apa yang tak berbisnez online tu kan... Kalau aku tak meniaga online jangan harap aku nak beli. Baik beli mesin jait power...buat baju pakai sendiri takyah nak beli-beli. Lingkupla bisnez baju orang.

So today no emo-emo. Today busy kerja blabla takmau cerita..

Apa yang aku suka di ipad? Seharian menyelongkar benda alah ni.. Hasilnya penuh lah apps apps aku donlod.. Segala camera aku beli, segala photo editor photo collage dan dot dot dot aku amik.. Biasela poms... Tp selain tu dengan harapan lepas ni aku senang tak payah harapkan photoshop sangat. Merumit nak siapkan sekeping gambar produk, sikalang kitak pakai template ok? Heee...

Mengapa orang berniaga perlukan gadget ?

Ipad mini kecik, senang letak dalam handbag uols usung kesana-kesini. Kenapa tak beli smartphone jer? Ohh...ai tak suka campur aduk antara hidupn reality dengan benda nak meniaga. Boleh jadi serabut. Kenapa adakah ai tak cukup serabut sekarang? so... Sekarang semua hal berkenaan Artsy Suzie memang full complete lengkap ada dalam ipad mini ku ini.... Apa-apa nak buat jelas terang dan lebar.. Tak payah jegil2 mata nak edit itu ini dekat handphone kecik, ok sekarang tak sayang hp sangat dah pulak... Emang dasarrr..

Usahawan online perlu selalu online. Nama pun online business woman..kena efisyen reply komen email so on.. Kalau lambat, customer lari atau dicuri.. Jangan tak percaya, online businesslah paling berpotensi tinggi kecurianncustomer..kadang tu kalau kita  lewat respond maka customer bosan cari lain orang...aiyaaaa.. justeru itubia juga melambangkan perniagaan anda tu biasa-biasa.. Tak marvelesss... Tak meletops atau voughehh, Dalam erti kata lain.. Line  adalah hidup engkau, tanpa line..boleh bankrupt boleh bengong kebosanan... Nampak tak? #hyperbola

Kenapa bukan laptop?

Ohh..boleh jer, amik pic transfer masuk lappy than edit atau tak payah kemudian upload, DONE!! Tapi kalau di luar? Kalau travel? Kalau ada hal yang memerlukan anda bergerak kesana-kemari. Hado mampu nak mengusung laptop? Jawab sat... Kurang-kurang ada gadget ni boleh curi masa kejepp..reply mana patut kanz.... Hmm...

Sooo..., itu sahaja hujah saya hari ni.. Ipad mini/ tablet etc.. Semua gadget portable2 tu kena ada untuk menjanjikan perniagaan yang sukses dan maju! Dan laju.

Bak kata Dr.Azizan : Fast actions, fast result...

Hikhik..chiow!!

17.6.13

Selamat tinggal cinta ..





Peace! Inilah masaalahnya bila dah start berblog, walhal sepatutnya aku siapkan thesis ok..
Anyway...entry pagi tadi sedih sikit, sikit-sikit emo la katakan... kejap-kejap nak sembang, kejap-kejap nak mengadu domba.

Pagi ni, awal aku bangun. Jam 5 terjaga nak solat subuh, alahaiii tak seswai...  Than apa patut aku buat pagi-pagi buta camni kan selain dari makan!!..lepastuuu.. dengar ja azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat fardhu subuh bagi kawasan pulau pinang dan kawasan-kawasan yang sama ..ada macam dalam radio tak?...terus  cargas la aku menapak mencari toilet nak amik wuduk.. mandi? oowhh..awal lagi untuk semua-semua itu.... lepas solat, aku mengaji sikit jer.. surah an-nisa, pagi tadi cerita bab perempuan... lepas tu cerita fasal tawanan perang, bab nafkah wasiat semua..aku macam pening sikit nak faham plus mengantuk balik..tapi aku buat faham jer.

Settle bersiap, rasa sangat berguna konon-konon bangun awal, nampak nau selama ni bangun tett kan... so start motor, brooom.....mm.. tut! tut! moto mati enjin...laaa..lupa panaskan enjin moto rupanya buat suspen jerhh...

Jam 8.30am dan melihat cik azrin suzieyatie adrina telah bertapak di library adalah sangat sesuatu.... sungguh jarang aku berjaya ke sini sebenarnya, kalau berjaya pun sungguh jarang aku pandai cari buku dalam ni yang membuatkan status-status fb aku banyak dinaikkan dan semuanya sedih manjangggg jer kalau aku di dalam library..nampak tak keterukkan aku disitu?

Hehe...dan panggilan dinanti berbunyi, yeay yeay.....dari dia.. Ehem!

Perbualan disensor. Tq!


'' perubahan mood ''

Kadang-kadang, aku selalu rasa aku layak dicintai..
Tapi kadang-kadang yang lagi kerap dari itu...aku dapat rasa aku labih bagus menyendiri...
Hmm...tak tahu sebab apa dan mengapa, takdir tak pernah menyebelahi perasaan aku, 
tp...mungkin ini satu pengajaran....

Kadang-kadang, aku rasa aku tak layak disayangi..
Kadang-kadang aku rasa, aku sangat pandai menyayangi..
Tapi kenapa tak fair?
Aku pandai sayang orang, lepas tu sapa nak sayang aku?
Ampeh tak soalan...

Ok sambung, 

Kadang-kadang, aku rasa aku pendendam...
Dengan cinta-cinta lalu, aik kenapa macam nampak macam banyak jer cinta-cinta tu..?
Tapi kadang-kadang aku rasa dendam tu sentiasa marak dijiwa,
hingga membuatkan aku membalasnya kepada cinta aku kini..
Sungguh hampeh bukan?

Hmm...so,
mungkin aku ditakdirkan menjadi wanita gagah perkasa yang tak perlu ada lelaki disisinya...
sambil mengorbankan perasaan-perasaan nalurinya..
berdiri sendiri, drive kereta sendiri... masak makan dan tidur sendiri..
Kerana apa?

Cinta tu sakit okeee...
Cinta kadang-kadang kejam sangat..
Cinta membuatkan aku trauma semacam...
Cinta buat aku menangis..

Cinta buatkan aku ingin menjadi seorang pembunuh bersiri...
jeng..jeng...jeng..

Jadi, selamat tinggal cinta....
^_^


Takdir benar..

Dan, takdir pun menentukan jalananya, berbekalkan redha sebagai perisai jiwa. Buat teman melalui ranjau hidup di hadapan yang menjanjikan aroma penuh sepi, penuh duga.. Melepaskan segala gurindam jiwa, melapaskan hasrat cinta asmara.. melupakan ceritera kasih nestapa.. membiarkan cinta terkubur megah di makamnya....

Kini aku sang pengembara, bukan lagi pencicip cinta. Cinta nyata mainan dunia, tibanya saat aku kekeringan sekadar penawar dahaga, perginya merengkuh kejam seluruh jasad bernyawa... dan kini, tinggal keping-keping hati yang berselerakkan..tidak bermakna.

Tiba masa, ditelan dunia fana, tiba masa...lenyap tidak berupa..
Sehingga yang tinggal, hanyalah kenangan semata-mata..

Pergilah hati-hati yang mendamba..
Bawa bersama hasrat bahagia dongengan semata.

..dan takdir benar, telah menentukan jalanannya...

16.6.13

Buat come back?

Fuh..pasword blog sendiri pun dah tak hingat, nampak tak betapa dasyatnya tahap kelupaan aku terhadap 'aku youjie'. Helo semua pahabaq!? Ada lagi ka dok bacablog aku ni pun aku tak sure, tapi sebab aku dah lama tak berblog, banyak sebabnya.....

1, Lepas breakup kali pertama tahun lepas, aku cam rasa serik-seriau nak blog.. sebelum ni blog semua tentang kami, tup tup nak blog hidup single-mingle yang comfirm memualkan dan emo-emo, than tup-tup lagi nak blog pasal 'kami' versi orang baru... oowhh...tidak manis!! Kena buang gamba lama, buang posting yang tak seswai...so on so on...  Lagi satu, aku taknak hidup baru aku di 'stalk' orang... psycho ~

2, Aku pulak dah bertudung, dah pandai pakai baju labuh...so aku rasa macam taknak disalah erti, aku pun rasa segan-segan ubi nak up picture2 ala-ala muslimah baru.... sekarang zaman semua perkara jadi isu terkini, jadi baik aku diam dulu..... plan strategy, ehh?

3, Aku tengah mencari siapa diri aku tanpa bersangkutan dengan siapa-siapa...jadi aku sendiri membiarkan maya kosong tak bersuara, peh...dan sekarang aku yakin aku dah ada aku yang aku cari sejak dulu, yeah aku lah aku youjie..!! #terencat

4, Aku busy sebenarnya. Tapi sekarang aku dah rindu nak blogging balik dah pulak...sooo, walau semana busy pun aku aku akan cuba selalu memekak disini lepas ni.. aceaa...

Ok, tu lah antara sebab-sebab aku tak berblogging, dan ada la sebab-sebab internal lainya... antaranya sebab aku takut aku teremosi di blog, aku kan jiwang dan kememe... jadi bila aku emo, aku hempas di blog kemudian akan adalah manusia-manusia yang muncul di sms/wassap etc..untuk menyibuk tentang hidup aku disaat aku fragile-frigale camtu... oh please! 

So aku tulis di buku jer selama ni, tapi tak boleh tahan...kne up kat sini lagi best rasa, nanti tua-tua suh anak cucu baca balik perangai buruk mak nenek deorang, mak sapa lagi man deorang gak kan..kih..kih..

Ok, sumpah takda sapa nak care ape reason pun yang membuatkan aku tak berblog, so juz blog jelah yer...blog jer ikut suka aku. Nama pun blog aku... ok stop it youjie.

.... =_='..ok jem kejap.

Nak sembang apa nih? actually nak bagitau yang aku tengah busy dengan persiapan-persiapan do.dot..dot....so aku akan selalu update disini mulai sekarang, kalau bosan pi blog orang lain okeh...

Sekianz...nanaites!!!! 

 

Ni muka orang kuat nangis kata En.Tunang. 
^_^'