Mushi-mushi! Currently at my small shop doin nuthin! (¬、¬)
Dari dok doin nuthin dalam kerja dok banyak, baik kita update blog. Dah lama tak update hal diri disini. Entah la agaknya tabiat blogging ni boleh terhenti, kadang-kadang rasa macam ntahapa-hapa jer aku merepek kat sini.. paling kurang, sedih...sedih..sedih... takmau la kan, asal sedih cari blog, asal sedih cari blog...kang orang fikir aku emo, tak grow up! Grow up la sista! Tui~ ヽ(●-`Д´-)ノ
Ekceli... Aku bukan la up-2date sangat bab-bab apps dalam phone ni, bukan la kaya raya nak beli smart phone ikut musim.. harapkan phone pakwe jer, aku cakap tak biasa pakai phone tak smart sebab selama ni pakai yang smart jer.. langsung dapat Samsung ni, dia baru pakai berapa bulan tak tau and takmau tau, so boleh aku wassap-wassap, instagram-instagram, pix-o-matix..Line..facebook, twiteer blabla.. banyak betul tanggungjawab! Dan dia adalah pakai sahaja phone Nokia tak best lama dia tu..takda apa-apa... ada la screen colour, tu pun kadang-kadang phone jadi bengong.. Suh tuka taknak, katanya.. phone untuk buat calling-calling smsm-sms'ing jer... ᕙ(⇀‸↼‶)ᕗ so...aku macam tak faham.
Ok howEva! ..nak cerita fasal apps yang best ni namanya ' My Calendar '. (-^〇^-)Apps ni dah lama, juz aku baru findOut yang ianya best tak terkira, ingat tak dulu-dulu ada buku kecik catat tarikh datang bulan, than kalau tak cukup makan atau kurang zat bulan tu maka bulan akan lambat mengambang.. simbolik sangat.. Than kan ada pulak la tafsiran personaliti kalau datang time bila, tarikh bila.. serius aku suka la benda-benda ala-ala kurafat nih..ada ka kalau datang time pagi tandanya bulan ni kehidupan akan mengalami kejutan besar blabla....so, akan teruja sepanjang bulan menanti kejutan yang selalunya tak mengejutkan sama sekali. Biasalah dah nama pun budak lagi. :)
So! Dah dewasa tua bangka sekarang ada juga yang still catat waktu bulan mengambang, untuk standby preparation kot-kot ada aktiviti atau tugasan yang dijadualkan tu sekata dengan tarikh bulan mengambang, so boleh bersedia..makan benda sihat elak senggugut, atau nak plan buat aktiviti fizikal etc lah.. most or gurl, akan ingat, catat atau lagi best pakwe ingatkan... deorang ni macam makhluk yang sangat excited dengan time bulan mengambang perempuan.. tak faham. ( ಠ ಠ )
Apps Free ni lalu aku download ke phone aku, icon pun suweet sangat seswai untuk perems.. Tu yang colur pink ' My Calendar ' cewah..
After masukkan security code kita, akan nampak tarikh-tarikh personal kita dan tercatat segalanya secara otomatik bila kita 'tick' on 'start' date..... Bolah tahu next date period, and next fertile date.. baik untuk kegunaan mereka yang merancang keluarga too! Yang belum berkeluarga harap bersabar.. ∩(︶▽︶)∩
Ada kalendar, Log book,Chart berat badan and ruangan untuk buat note. Mana tahu, nak catat bulan kali ni mengambang penuh berbanding bulan lepas.. jadi air surut berbanding bulan lalu... makanya hujan banyak turun atas desakan mood cuaca...
Nampak tak metaphor kat situ? Hehe... (─‿‿─)
Kitaran bulan mengambang pun akan dikira secara otomatik, duration bulan mengambang pun tercatat secara sendiri. Ok, macam contohnya dalam gambar ni start 11Jan and belum berakhir, so... 'ENDS' Column tu belum bertarikh lah... Duration pun belum terhitung.. begitu lah kiranya.
Dalam bahagian Calendar, boleh buat notes juga, catat la apa yang nak dicatatkan macam dalam gambar tu tercatat tarikh masa senggugut yang dialami. Actually banyak kata-kata maki hamun yang dihambur disitu tapi macam tak seswai buat tatapan yetak... ngeh..ngeh... Berat tu berat ideal i ok sila jangan umpat, walau pun sebenarnya tengah berdiet dengan Felinna... lalala.... (^~^)
Bahagian setting, korang isi la kalau rajin.. kadang-kadang macam banyak sangat aku pun pening, tapi part forum tu best. Boleh bertukar pendapat and bertanyakan soalan-soalan tentang menstrual anda... tanya jer, ade la kawan-kawan akan bagi feedback atau berkongsi-kongsi idea.. best! Soalan unlimited 18sx/sg/pl anythin la..
Untuk yang hamil, ada ruangan untuk diisi juga..akan tercatat sukatan kehamilan..tarikh penting and notification penting untuk ibu-ibu yang kali pertama hamil. See..betapa bagusnya apps ni. Bagaikan mempunyai doktor peribadi sendiri! I loike.... (❁´◡`❁)*✲゚*
Add symptom , boleh tick part mana yang berkenaan dengan diri kita, flow heavy ker...lite-lite jer ker, perut rasa begas over ke tak..sakit kepala tak, kuat membuang ke tak..tanda-tanda jerawat di badan atau bahagian-bahagian tuttt.... atau buruk lantak ke tak during menstrual... Semua boleh dicatat. Mana lah tahu, kalau tiba-tiba ada sakit nak jumpa doktor tentang hal-hal kewanitaan anda, atleast benda-benda macam ni boleh dijadikan rujukkan. Kan...kan...senang manyaks oo..
Sebelum tidur, time golek-golek di katil...benda ni lah yang aku seronok nak isi. Kaji diri sendiri.. mm..ari ni rasa serabai, tick! Rasa depressed...cranky and bored je....tick tick tick banyak-banyak sampai puas.. last-last baru sedar diri tu bipolar. (¬_¬)ノ
okeh, so.. tak payah nak beli buku catat-catat and last-last hilang entah kemana. Zaman teknologi canggih, semua di hujung jari jeeer..... selamat mendownload yeah!
3 comments:
salam awak...sy silent reader wak,,,nk tnya day perid tu mcm mn kira...and next period tu auto ke calender set
w'salam....
day period tu start jer trus kite tick.
than semua akan auto... senang :)
sis nk download kt mane eh benda ni..??
Post a Comment