Laman sosial medan meluahkan perasaan. Percaya atau tidak? Medan memperolehi infomasi secara pantas dan juga tempat membincangkan segala jenis isu semasa yang tengah hangat diperkatakan.
Itulah kehebatan laman sosial.
Sekarang ni, boleh dilihat bahawa setiap kejadian yang berlaku..sepantas kilat dapat dihidu masyarakat umum secara mendadak. Isu tersebut dijadikan perdebatan awam, isu tersebut dijadikan 'trend' dan dek kerana isu tersebut jugalah, mampu menjatuhkan dan membangkitkan sesetengah pihak, dengan sekelip mata. Kalau tidak dengan sekelip mata, mungkin dari masa ke semasa.... Apabila hari-hari disogokkan dengan perkara serupa.. Hal yang pada dasarnya sekadar pengetahuan bertukar membentuk kepercayaan, dan akhirnya ikutan. Trending!
Baiknya disini, Demokrasi jelas dipraktikkan dalam negara, suara didengari, atau lebih jelas dalam konteks kini, komen jelas dibaca.. rungutan dibaca, hinaan atau kejian.. tak kurang juga pujian, sanjungan atau kipasan turut dibaca. Di 'Like', di 'share' di ulang tayang untuk di 'komen' semula dan berterusan-berterusan...
Yang akhirnya meninggalkan persoalan di minda bagi yang rapuh pendirianya, di hujung pertimbangan yang kurang bijaksana...suara-suara maya tenggelam begitu sahaja, suara-suara konon menuntuk keadilan, memohon pembelaan hanya tinggal sekadar sususan bisu aksara-aksara, yang memberkas pekat dalam jiwa kita hanyalah api benci, dendam atau dengki yang menyala-nyala... Itulah rakyat kita.
Zaman IT, sesiapa sahaja mampu membina pengaruh, siapa-siapa sahaja mampu melawan arus. Membelakangkan ideologi tersembunyi dengen mengkedepankan topeng hasrat murni. Semuanya tumpas dengan kekuatan teknologi, dek rapuhnya secebis jati diri... Tapi mengapa ini terjadi?
Peningkatan teknologi, apakah menendang keras aspek rohani diri? Semakin ramai yang membuang masa di dengan it dan akhirnya merengkuh licin titisan insani diri? Hingga membawa kepada kerakusan duniawi...ketamakkan hartawi. Ade ker hartawi? Hee...
Bukan apa, stress la.. aku suka menjadi pemerhati.. sikap manusia, aku suka baca komen-komen masyarakat Malaysia rumet aku cakap aku buang masa stresskan diri bila terjadi sesuatu perkara. Disitu sedikit sebanyak aku dapat mentafsir sikap orang kita. Nampak tak kepohci aku diditu? Bukan bias, dah nama pun pemerhati bebas, konon so bebas juga aku memberi interpertasi.. Kita selalu tak bersyukur .. ada sahaja yang tak kena, kenapa? Kenapa ada sahaja yang tak kena, itu tak kena ini tak betul sana ada silap situ ada muslihat... masing-masing persis mahu memegang pistol membutikan aku dia engkau mereka salah... salah belaka. Aih...
Kerana kita terlalu cintakan dunia.. subhanallah....dan kita sebenarnya terlalu selesa dan bahagia di bumi ini. Kita takkan pernah rasa cukup selagi kita diberikan segala nikmat. Nak tahu tak, dunia ni ada 2 sebab mengapa manusia tak bsersyukur :
1 - KITA SERING MEMFOKUSKAN DIRI PADA APA YANG KITA INGINKAN, BUKAN PADA APA YANG KITA MILIKI.
Kadang-kadang, kita terlalu berwawasan. Terlalu berimpian, aku pernah begitu.. aku bercita-cita besar dan akhirnya aku resah 24jam. Kita, akan kurang menghargai segala yang kita miliki di depan mata..apabila kita terlalu mengejar yang jauh di hadapan sana. Kita tak menikmatai apa yang dimilik, kita akhirnya resah...gelisah..gusar dan hidup tiada makna.
Sedangkan, kita mampu hidup bahagia dan gembira, apabila kita bersyukur.. Cukup-cukuplah menuntut itu dan ini dari situ dan sini, kalau tak ada lorong rezeki disitu...Tuhan yang maha adil dan kaya takkan membiarkan hambanya hidup merana tak semena-mena kerana Dia maha mengasihani lagi maha melihat. Mungkin ada pihak tak dapat kelebihan dari segi itu, tapi dia dapat dari segi ini. Tak dapat bonus, tapi dapat kesihatan tubuh badan & hati senang.. makan duit riba berjuta, tapi hati sengsara and hidup tak berkat. So nak duit bonus atau nak duit riba?
2 - KECENDERUNGAN MEMBANDING-BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN
Kita rasakan orang lain lebih untung, lebih cantik lebih kaya lebih mudah dapat kerja gaji baik dari kita..sedangkan kita rasa kita layak di tempat dia..
Percayalah duhai hati, tuhan yang maha bijak mengatur segala sesuatu yang terbaik tidak akan tertidur dari melaksanakan tugasanNya. Mana mungkin sesuatu yang memang hak boleh dinafikan takdir. Dan mana kita tahu setiap yang terjadi punya hikmah tersembunyi? Mungkin kalai kita berkeras untuk memiliki, kita akan jadi jauh lebih turuk dari sekarang yang kita lalui... Jadi, masih nakkan yang orang tak? Sini ada satu kisah :
Tempat : Hospital Sakit Jiwa
Pesakit A : ( Sambil menghantak-hentak kaki ) '' Lulu! Lulu! Luluu...''
Ali : Kenapa ni?
Doktor : Owh...dia menjadi gila kerana cintanya di tolek oleh Lulu...
Perjalanan diteruskan....
Pesakit B : ( Menghantak kepala ke tiang berkali-kali ) '' aaar..Lulu! Lulu! ''
Ali : Orang pun ada masalah dengan Lulu?
Doktor : Dia yang akhirnya menikah dengan Lulu..
Bersyukurlah dengan apa yang diberiNya.
So, nampak tak disini.. bukanlah beerti kita harus berserah 100% pada takdir, bukan juga 100% redha and tawakal 24jam. Usaha itu perlu untuk melakukan yang terbaik dalam diri. Tapi harus diiringi dengan usaha dan doa. Atuk nenek kita dula usaha mendapatkan kemerdekaan negara, menyatupadukan kaum.. mengapa bila tiada peperangan, tiada kesempitan.. diberi segela kemudahan..kita akhirnya leka? dan akhirnya lupa? dan akhirnya menjadi manusia yang hanya meminta-minta tanpa usaha?
Mari bersyukur...pesanan buat diri yang selalu tak bersyukur...
Peace! <(。_。)>
''Dan Dialah yang menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur.''
|
( Terima kasih kepada belahan jiwa yang selalu menasihatkan diri ini )
2 comments:
betol erin..setuju bangat sama kamu...~
kan yaya kan..huhu
Post a Comment