Ada manusia tak boleh terima kritikan..
Kita nak ignore,
kita nak abaikan...
kita anggap tu sifat azali....
tapi akhirnya memakan diri....
Ada manusia, selalu rasa dia benar..
Kita tak kisah,
kita manusia biasa...
kita sedar diri siapa...
tapi akhirnya menghempap sanubari...
Kita buat dia sakit hati,
untuk mengajar dia...
Bahawa manusia punya hati ...
punya perasaan...
untuk di teliti,
untuk di jagakan...
Bukan nak tunjuk pandai,
bukan nak tunjuk kuasa...
Aku sekadar hanya insan biasa....
Bukan juga anak siapa-siapa...
Tapi bila terlalu banyak aduan...
''Ehh ur friend tu kan....''
Why dia annoying ...
Why dia sarcastic ...
Memeluatkan...
Menyakitkan hati...
Tak sensitive...
..and '' that is your friends kan? ''
Siapa tak resah di hati,
aku harus fahami seorang kawan yang terbang tinggi...
mendidik,
mungkin dia perlu difahami...
mungkin dia perlu belajar menghormati...
kerna atas dunia tak semua di celah kaki...
Setidaknya...
belajar menghargai....
Bila jadi begini,
Bila aku jujur menasihati cara aku sendiri....
Akhirnya aku dicaci lagi..
Bukan pertama kali,
bukan kedua kali,
tapi dah masuk ketiga kali...
Di warning...
Diulangi..a
ku diwarning kawan sendiri...
Tersentuh hati, tapi aku tak kisah apa pun nak jadi...
Manusia, sikap dan tingkah laku sukar dikawali...
Mungkin dia memang begitu selamanya sejati...
Namun satu yang harus diingati,
aku bukan manusia tak kenang budi....
aku bukan akan muncul bila membutuhi...
aku bukan yang datang bila senyum mewarnai..
..dan hilang bila air mata mengalir sepi...
Bukan..bukan bukan...
Tapi adakah mungkin dia yang takkan mengerti...
dia yang tak pernah berada di fasa yang aku rasai...
dia yang bahagia dan takkan kenal derita dunia ini...
dia yang melihat orang lain, mengikut kaca mata sendiri...
dia yang terlalu bangga, dengan apa yang dimilik...
dia yang hanya suka pada seseorang yang punyai specialty...
Pesanan dari sekeping hati yang telah malas melayani :
Belajarlah berkawan dengan ikhlas hati,
belajarlah menghormati perasaan manusiawi...
belajarlah sensitive dengan perasaan orang bukan hanya perasaan sendiri...
belajar berdunia, jauhkan ego di hati...
belajar merendah diri..kawal kata-kata yang sering menyakiti...
Bukan untuk aku, kerna aku tahu siapa kamu..
Tapi bila bersama yang lain,
yang tak kau kenal habis isi hati...
yang tak kau tahu latar belakang asal dari...
yang tak kau tahu punya hati atau telah mati..
Dan pertualangnya diri ini....
( dan esok..mungkin amaran ke-4 aku terima lagi )
8 comments:
salam.tinggi betul falsafah..
ni pasal budak Q tu ke?
Sang Enemy :
Bukan falsafah...kata-kata sekadarnya :)
Anony :
Q? Ni fasal bukan siapa-siapa..kalau sy nak semua orang tahu syaa akan type nama besar-besar dun worry.
salam.setelah meneliti puisi tersebut..saya memahami apa yang ingin disampaikan kerana puisi diatas menunjukkan apa yang saya rasa di saat ini..
pada pandangan saya..saya akan sentiasa berbuat baik kepada sesiapa saja..tidak akan menyimpan sebarang rasa dendam dan marah...
saya sentiasa membantu mereka bila mereka dalam kesusahan..walaupun mereka berkata buruk di belakang kita...
kerana hati manusia ibarat kaca..ia bisa pecah lebur dengan cepat...
disitu lama kelamaan baru mereka sedar..sahabat yang buruk hina yang mereka benci itulah..sahabat yang sentiasa berada disisi mereka ketika kepayahan..
Daripada blog tentang apa kamu rasa tentang kawan kamu tu dan canang pada dunia maya, kalau kamu betul2 ikhlas berkawan, apa kata kamu cakap sendiri pada kawan kamu tu terus?
Ini bukan amaran begitu juga 'amaran' sebelum itu, tapi pesanan yang ini bukan caranya nasihat kawan.
Sebab kawan kamu sebenarnya sudah tak ada masa nak baca semua ini,apatah lagi tulis tentang kamu di blog sendiri sekalipun, tapi sebab fikirkan mungkin ada baiknya berhubung kembali, dan tiba2 lihat ini.
maaf, rasanya kawan kamu tu sudah penat bersabar dengan sikap kamu juga. biarlah hanya kamu dan dia sahaja yang tahu apa yg berlaku.
kawan kamu tak pernah peduli pun apa kata2 kawan2 kamu, sebab yg penting dia, keluarga & kawan2 dia yg sebenar tahu diri dia siapa.
mungkin kamu takkan faham, dan tak akan faham kawan kamu sebab kamu juga tidak pernah kenal dirinya.
sebab jika dia kenal, maka dia pasti tahu yg hakikatnya, kawan kamu tidak pernah bangga dengan apa dia miliki, semua itu hanya pinjaman dunia semata.
mungkin kamu juga sudah tersilap menilai orang tanpa kaca mata.
selamat berjaya, tapi kawan kamu tidak akan ada bersama ketika itu. biar saja kawan2 kamu yg lain ada pada saat itu.
Sang Enemy ;
Terima kasih, tapi apa yg sy luahkan sekadar luahan dari hati yg tak bermaksud nk burukkan sapa-sapa atau memberitahu apa-apa..
saya suka menaip! :)
Anony :
Rasanya kamu lbh faham dia, jadi kalu lbh layak menjadi kawannya..
:)
Bukan soal ikhlas at all pun, kalau seorang kawan menitik beratkan hal pangkat, status.. respect yg melebih... saya rasa kami tak sesuai berkawan...
Ang sy menulis kerana saya suka menulis, bukan utk menilai atau memburukkan...hee tq anyway.
rasanya blog adalah tempat utk meluahkan apa yang dirasa..jika ada yang terasa maybe jangan la baca..encik anonymous yang ke-2 tu macam tacing jer baca..ada kaitan dengan penulis blog ini kah?
Post a Comment