7.11.12

Makanan dalam instagram.


Bosan hidup kalau tak update blog, sama macam bosan hidup tak update status setiap beberapa jam..bosan lagi kalau makan best-best tapi tak instagram. Bukan apa, nak kongsi kenikmatan dengan semua... justeru tu, peh ayat justeru mai dah.. justeru tu nak tunjuk skill berphotography pakai phone... angle mana lawa angle sapa paling sempoi... justeru gak sebenarnya nak bagi kawan-kawan teliuq... serius aku bengang kalau pic makanan enak naik di timeline dikala perut bercengkorok-cengkerek... rasa nak pihak phone. pft!

Semalam Prof.Khor ada sebut '' ..i tak faham why people nowdays blog about food, hari-hari entry food...untuk apa ya siapa boleh jawab?'' Aiyayaa.....cumel benor ayat prof, so hopefully kalau dia jumpe entry ni....maybe dia faham kot.... sebab nak SHOW OFF! wtfish.....


Ni Nasi goreng Padpau, aku last makan semalam. Sedap gila sebab pedas. Gabungan daging hancur dengan cili padi sama bawang putih.. Time makan harus ade kipas sebab pedas berdesing.. 
Boleh didapati di Nazri Cafe depan USM. 
PRICE : RM4.50


Capati kuah daging.
Harga RM5.00 boleh didapati di Lailis's Cafe USM.

** Kuah mantap sedap melekat, tapi capati segera... 
turnOff~


Nikmat hidup di pulau pinang, Deen's Nasi kandaq.
Ni aku pekena time hujan lebat, beratur panjang pun ai rela you...
Bila makan memang hilang ingatan jap, syurrr ja.... 

Tips : Pastikan amik bendi + telur rebus (kurang kolestrol katanya) + kuah gulai ikan and tentu-tentu ikan sekali yer puan-puan. Papadom PENTING!
** Aku suka addOn kuah daging.

Harga RM3.50 jer!!!


J-Co 
Semua dah tau so takyah explain banyak-banyak.
Sesuai makan time frust atau dikala moody tak tentu fasal dengan hidup.
** Ai suka choco Loco + Alcapone +Tiramisu (takda dalam gamba)

Sila layan sama Mint Choc Freeze yang sejuk-sejuk angin *aum!!! 


Owh sila jangan bosan dengan Laili's

Set Lasagna RM5.00 jer..
Spaghetti Bolognise pun RM5.00 jer..

TurnOn MODE


Nash Donut & Bakery

Ni di Bandar Perda. 1st time try ....donut ni keras sikit and murah sikit tapi yang penting cantik and comel!!
Me and MyKing adalah rambang mata sampai taktau nak pilih apa. 

Ada cake ada nasi lemak ada tomyam semua ada sampai kami pun confuse ni kedai apa, check-check tissue papaer..
''...larhhh....ni sub company under Nashmir Nasi Kandaq ka! Patut carca merba.!!!'' 
Hahaha...lawak disitu.

RM1.30 setiap biji donut
**Tapi yang best, suasana kedai yang tak ramai orang dan sweet-sweet jer..macam selesa dan sempoi. 


Black Forest Choc. Cake.
RM5.00

Vanue : Anjung Semarak USM.
Aku tak berapa suka makanan disini, but when its come tu 'desperado' aku bantai jah...!


NYummmmi!!!!!!!

Me & Myking so the taklehtahan one..
Aktivity bulanan katanya, kalau makan share-share memang alamatnya makan hati. Pft!!

Ini perisa kami :
IceCream Flavor : Choc + Vanilla + TF Fart
Topping : Choc WaferRolls + CornFlakes + Kellog's Mueslix + Oreo Crumbs + Tulip dark chocChips + ChocRice + Marshmallow (nak gummieBear tak dapat sobs... ) + siraman  Hersyey's Choc.Shell

Bole imaginasikan tak?  Sampai hitam legam penuh cup, tak lawa nak nengoknyer...tapi rasanyer? 
Nyum..nyum!!! i loike..


Dah menjawab kenapa ai dah 53kg sekarang?

Her..her...sebab gejala makan makan makan larh, sejak ideology menjatuhkan saham ai bermula huh!!!!

ok, so..semua faham tak maksud sebenar bila kita tulis entry tentang makanan, bila kita ala-ala review gitu? Selain nak showOff kau makan hebat, pfft...tapi sebenarnya secara tidak sedar..kita audience selaku  consumers sedang di comodityeskan (commodity ) oleh produk jualan itu sendiri.. why why why? Kita sebenarnya pengguna yang sedang diprodukkan untuk dijual... adoi penin jap.

Camni, bila ramai dok sebut produk ni gud, produk ni gud, Yang dapat manfaat ialah? Produk tersebut. TETAPI, kalau kita tak kata gud..kita kata bad oh..so bad...demn bad larh benda tu tui!!! So produk tu akan menurun dan tak fofuler.... so kita sebenarnya sedang diniagakan oleh pihak tertentuuu dengan relaaa....

Kalau tak, apasal iklan kat paper tu mahal-mahal? Sebab deorang nak kita takeNote! barang depa dan barang terjual.. deorang bayar mahal-mahal untuk dapatkan hi-ranking, bayar ads di FB sidebar untuk dapatkan juta-juta LIKE. Sebab? 

Sebab kita sebenarnya telah di comodityeskan!!!

=_+' emo

2 comments:

boni kacak said...

capati..lamanya tak makan..hehehe

Youjie said...

giant ada jual!~