17.7.10

Cokelat Sabtu!


Sabtu berperisa marshmallow..........
.
Tak kisah lah semalam saya menangis disebabkan benda-benda bodoh dari diri saya sendiri tapi hari ni saya lebih tenang...lebih semangat dan lebih santai.....
.
Hidup takkan sesempurna seperti yang kita selalu inginkan, tak mungkin wujud rerama melintas pelangi....beluncas kaler pink...sungai berair strawberry....rambut tak bercabang..kaki tak berkudis...
.
So kita sebagai manusia biasa juga takkan sempurna selain hanya mempu mengatasi ketidaksempurnaan....dengan usaha dan matlamat...dan PENGORBANAN....
.
Saya da malas merungutkan persekitaran yang tak cocok dengan idea saya...saya nak belajar adapt dengan suasana dan kelihatan positive sentiasa....
.
Walaupun hidung sentiasa enggan memberikan kerjasama semasa saya tidur, tapi tak mengapalah selagi saya mampu bernafas dan menikmati Sabtu Marshmallow sebegini.......
Sabtu Marshmallow berperisa santai di katil bersaiz permaisuri...bercorak bunga inggeris...material separuh satin....putih bersih dan yang paling nikmat ialah dijahit oleh jemari saya sendiri......
.
Saya tak perlu senyum untuk merasakan kemanisan, dan saya takkan ketawa untuk menggambarkan kegembiraan.....saya hanya berdiam. Untuk menikmati ketenteraman....
.
Saya harap saya takkan menangis lagi....
Kerana saya selalu ditemani insan-insan yang menyayangi saya di sisi......
.
.
Besok Ahad Choki-choki!!!
Kerja datang lagi...
Saya takkan kememe lagi....

No comments: