Kajian Pengesahan!! <---CLICK!
Saya akan berbicara dengan gaya Mahathir di sini...
'' ehem..ehem...''
Sekiranya anda merupakan salah seorang calon yang akan berkonvo pada sidang 2010 tak kiralah di university mana pun, sudahkah anda menjalankan tanggungjawab anda?
Saya ?
Owh sudah tentu saya sudah setelkan proses pengisian tersebut dengan sangat efisyen sekali! Banyak soalan yang perlu dijawab dari A---->Z.
Wohh.....mengantuknye.....
Ok siap! Selamat menjawab dan jangan lupa ingatkan pada teman-teman terdekat anda..
Owh bagi budak geng-geng Mascom usm yang akan berkonvo sama saya, sila ambil jubah anda pada hari sabtu ini bersamaan dengan 30Julai2010 di bilik jubah area depan DTSP tu tau kan..kan...bawah tangga tue...
Pastu, bagi graduan yang masih belum membuat pembayaran yuran konvokesyen, pembayaran boleh dibuat semasa urusan mengambil Skrol Ijazah dan Transkrip Akademik di Dewan Peperiksaan A, Bangunan Dewan Utama Pelajar.
Alar yang RM60 tu tau!!!
Wops!!! Bagi yang tak dapat hadir untuk sesi ukur baju, anda perlu mengisi borang yang telah disediakan dalam webside tu jugak...kemudian anda sila merayu kawan-kawan baik anda untuk mengambilkan jubah tersebut untuk anda, saiz dan ukuran dah termasuk dalam borang yang dah korang isikan itu...okay!
Keje kawan korang tu, ambilkan ajer la yer.....
Tambahlah keterujaan anda dengan membeli pakaian baru untuk konvo nanti, ingat!!! Formal dan stylo okay! Jangan yang menjolok mata dan pendek tau...nampakkan kesopanan tu....
ehem..ehem.....
Laki ader 2 jer pilihan :
1- Baju melayu siap sampin...
2-Baju kod lengkap warna gelap and necktie. BUKAN bowtie eah..
Perempuan banyak pilihan :
1- Baju tradisional dan formal yang sopan..
2- kalau skirt kena bawah lutut dan perlu bertangan yer....
Penat dah...
Cara pakai jubah boleh belajar disini!!!!