14.3.10

Ukiran Sebuah Kehidupan...

Subjek 3 dimensi memerlukan aku untuk mengukir..
hmm, seumur hidup ini yang pertama kali aku dijodohkan dengan bongkah kayu dan pensel pengukir..Camner nak pegang? Camner nak ukirnya?
Haih...apa yang banyak sangat jenis mata di pensel itu? Fungsi? Blur......aku hanya beli pensil pengukir gred terendah, RM7 untuk untuk sesi perkenalan dengan dunia ukiran yang aku kirakan satu pelaburan yang amat ekonomi dan berbaloi....


Aku bukan seorang pengukir, jauh sekali seorang seniman yang mampu menghasilkan figura terhebat buat tatapan mata orang ramai. Aku takkan mampu menggubah seketul batu kepada seorang manusia, jauh sekali sebongkah kayu kepada seekor kuda... Tapi aku punya 'upaya' dan jemari berlink'kan minda untuk cuba memulakan sebuah karya....cewah!
" Baiklah tuan-tuan, setelah bongkah kayu dilakar dengan corak-corak sepertimana yang kita mahu ia terjadi selepas proses ukiran ini, Kita perlu mengenalpasti bahagian mana yang perlu dilorek, bahagian mana yang perlu ditimbulkan...dan bahagian mana perlu detail atau wutsoeva... "

Dan aku..seperti selalu.. mengukir sambil hati tak henti mentafsir...

Hidupan bak hamparan kosong....
dan ilmu ditimba untuk memberi manusia peluang memilih,
apa yang dimahukan..
apa yang diingini..
Corakkan
matlamat dimulai dengan sentuhan keazaman..
Palitan kekuatan...
Ukiran...yang selalu diperkemaskan...

Samalah seperti bongkah ini,
Kosong sepertimana sucinya manusia diwaktu bayi..
Lalu dilakarkan corak,
sepertimana yang ayah dan bonda ingin kita jadi..

Kemudian memilih konsep,

positif negatifkah..
dominasikah..
garisan atau jalinan..
mungkin..gabungkan..
Mungkin juga asingkan....
Seperti juga hidup ini,
memilih berjayakah..
Memilih dunia...
akhirat...
atau seimbang...
mungkin tersasar dari landasan...
dan akhirnya tetap kembali ke pangkuan asal...


Dan akhirnya itulah kita...

Kau...aku...dan juga dia...

Aku berharap tiada lagi jari yang terhiris atau darah yang mengalir......

Huv a nice day pengukir kehidupan~~~ ^_^

No comments: