9.1.10

I love you a little bit more.... Every day... ♥

Oh..gambar tiada kena mengana dengan topik perbualan, mungkin ada la sikit tapi tak la semua kan.. tapi ape pun, sapa peduli kan.... Hiyakk! * ngeliat~
Gud morning everyone!!! Bangun-bangun rupanya hp di genggaman..apekeHell itukah? Tandanya aku dah terjaga dari jam 8 pagi tapi berat bontot yer nak bangun.. Golek kiri..golek kanan...sedap pulak bantal keras aku hari ni... Arh..bersenandung semalam kejap...main-main rambut kejap..feeling rindu-rindu kejap... TUP..TAP..TIP...dah jam 11 mak kau....
Bangun terus buka lappy yang dah nak tercabut screen ni, aku memang tak pandai jaga barang..seperti yang semua orang sekeliling selalu cakap kat aku, yes...ai mengaku uols...tapi mana uols tahu yang ai ni ada pernah selalu cuba nak jaga barang-barang ai oke..tapi nak buat macam mana kalau barang ai tu tak panda jaga diri macam ai? Hmm....ai teraniaya kan....
*Mahkamah sila jatuhkan hukuman pada yang bersalah.....
Kalau diikutkan, jam 2 aku kena gi liputan pembukaan restoran baru milik bekas pelajar USM.. Masalahnya bukan "diikutkan" TAPI memang kena pegi pun.. Pandai yer mereka itu menyuruh aku ke situ sebab mereka orang sepet-sepet..konon-konon nak mempergunakan kebolehan mengguna bahasa sepet aku ni lah kan... Mak tak sanggup oke... sekali lagi terasa dianiayai~
*Mahkamah..sila hukum mereka itu....
Harap-harap interview berjalan lancar lah...aku dah serik dengan sesi menginterview semalam yang separuh gagal. Pengarah kebudayaan taknak bagi kerjasama la pulak kan.. konon taknak memperbesarkan kes la konon tu.. ala bukanlah kes ape yang besar sangat, aku bukan nak TERJAH kes engkau curang dengan bini kau ke ape kan..nak tanya fasal Citrawarna jer kot...
Haih~ Sampai hati kau yang tak hensem tu menuduh aku nak interview kau sebab aku dah takda news lain nak tulis.... Talk to da hand la babeh!! Nasib baik kau bagi aku cokelat bentuk siput...sambil jalan balik bilik berita...aku kumam cokelat sambil fikir-fikir.. i mungkin rasuah kecil agar aku tak menulis apa-apa untuk isu kali ini.. Ko ingat cokelat ni mampu mencairkan hati ku yang rawan ini? Hahaa....mintak ampun pak cik..saya tetap menulis berita tersebut oke....
*Hakim..siapakah yang patut dipersalahkan?
Nak mulakan hari dengan ceria dan lawa.. Hahaa...lawa tu!! Wutever lah kan...takkan nak cakap diri huduh ye tak? Ok papai kat semua...kalau terasa hari ni macam akan berlalu dengan tidak seronok...sila ke kedai ais krem makan Nestle Trophy perisa badam + coklat.. Perisa baru yang best dan mampu merembeskan hormon kegembiraan dalam badan... Sejak beberapa hari ni aku jilat Trophy dengan penuh nafsu amik kau.. Tapi itu tak bermaksud hidup aku tak happy ke ape...tu tandanya kurang kasih sayang yer...
*Hakim...salahkan Trophy yang menyebabkan badan sayer naik~
Ok, Gambar tu aku save untuk movie review aku isu kali ni. Betapa bahagianya hidup kalau ada seorang kakak yang selalu kiss kita 24 jam sehari... Maksud aku, coba korang tonton Muallaf and hayati kemesraan dua beradik tu.. Rohana & Rohani, kalau semua orang loving macam deorang eventhough antara kakak dan adik. Aku rasa gejala sosial akan berkurangan lah.. Sebab aku selalu terfikir yang masalah seks bebas atau apa-apa yang melibatkan remaja ialah bila remaja itu sendiri selalu merasakan kurang kasih sayang dan mahu mencari kasih-sayang di luar dengan cara salah...puncanya? Orang dalam rumah dirasakan tidak menyayangi mereka...
*Hakim! Salah siapakah.....
Dah melalut yer...banyak perkataan "kasih sayang" digunakan untuk entry ini..tandanya tema aku hari ini ialah
L.O.V.E

No comments: