Kembali ke mukasurat asal.. Tahun ni seperti tahun-tahun yang lampau, azam-azam yang terpasang as normal memang tak terpasang. Tapi tak kisah la kan asalkan setiap tahun kita akan terfikirkan mekanisme-mekanisme yang mungkin dapat menambahbaikkan diri..itu sudah cukup lebih dari bagus. Kalau mat gam, tahun lepas gam kasut..manalah tahu tahun ni nak tukar hisap gam kayu ker...gam gajah ker..asalkan ada nawaitu nak berubah ke arah lebih power! Itu memang terbaek wok.. Ok, kenyataan panjang lebar dikarang semata-mata untuk melindungi caci maki kutuk hina yang bakal diterima selepas aku menyenaraikan azam 2010 aku.. Nevez..nevez~
Tahun lepas aku lalui dengan cool sama seperti 22 tahun yang lepas juga.. Tak payah lah nak ungkitkan senarai-senarai hitam yang telah aku tambahnodakan tu..sila tutup mata dengan picisan-picisan kecil yang sebenarnya memberi aku banyak pengajaran.. Pergaduhan-pergaduhan manja mengajar aku meneliti semula krisis ketidak jelasan diri..Perselisihan cemburu iri hati mengajar aku menilik kembali kelemahan dalam mempadukan sahsiah diri... Konflik dalaman pula dah seperti bayang-bayang yang selalu mengekori tiap langkah kaki...itu setelah ditimbang balik memang salah aku sendiri... Orang cakap, tak cukup mengenali isi hati sendiri....nak membebankan diri..nak paksa hati..nak tipu diri sendiri...nak mengamalkan hipokrasi....nak over merendah diri.. Ececee....bajet mulia lagi...
* Rima akhir i...i...i...tidak disengajakan.. Sumpah ok..
Baiklah, untuk mungkin 20 tahun yang akan datang..aku perlu memantapkan kehidupan extra matang...aku harap masa depan aku akan terus cemerlang...gemilang!
*see..masih ber'rima 'ng' 'ng'..
Matlamat Tahun 2010..
1 - Sijil Dekan.. * Aku dengar lah korang tengah gelak kat aku kan...
Motif : Aku nak grad dengan 3.++ pointer baru la macho naik pentas konvo nanti! * ok gelak lah..
2 - Sambung Master.. * Gelak lah lagi...
Motif : Aku nak belajar lagi sebab aku rasa aku belum cukup pandai....bole macam tu? * Sebab tu jugak aku nak grad macho..sebab aku memang perlukan kelayakkan macam tu ..
3 - Bekerja .. * oK kita serupa~
Motif : Selain nak belanja family makan best-best..aku nak shopping puas-puas.. Bole?
Aku nak kerja ker belajar?
4 - Partime master dengan kerja.. * Fine... memang tamak haloba.
Motif : Aku nak belajar sebab belum cukup pandai dan bekerja sebab belum kaya..haha!
5 - Nak Ikat gigi.. * Bakal dibangkang semua lapisan masyarakat keliling aku..huhu
Motif : Nak kahwin dengan lebih bergaya.....hantok kepala ke meja cepat!!!
6 - Nak jaga handphone baik-baik.. * Dah penat tuka hp setiap december selama 3 tahun berturut-turut..
Motif : Nak jadi wanita lemah-lembut... * Lempang diri sendiri...
5 - Kurang nangis.. * Sekatiku..
Motif : Nak jadi cool...
6 - Nak....nak..mm...nanti pk..
Moga tahun ini lebih membawa ku ke arah kebaikkan berbanding tahun lalu....dan tahun hadapan menjadi lebih bermakna dari tahun ini...dan selamanya.....
Notakaki : ...aku baru jumpa katil lepas 48jam di bilik berita..dah serabot nampaknya fikiran ini dengan menghasilkan posting-posting yang juga separa terbarai....
Notakaki : ...aku baru jumpa katil lepas 48jam di bilik berita..dah serabot nampaknya fikiran ini dengan menghasilkan posting-posting yang juga separa terbarai....
nak tito~~~~
No comments:
Post a Comment