31.1.10

Hormon tak jelas

Tak bertujuan untuk menujukan pada sesiapa kerana saya hanya beranggapan di sebalik payung itu ada seorang gadis cilik yang sangat comel.... Sepatunya bagus kan!!
Saya sudah berniat untuk blogging dari pagi tadi, tapi hasrat terbantut setelah melihat kertas-kertas bewarna pucat yang terkedang di meja, ya iyalah nungguin apa lagi kalau bukan saya..tunggu saya untuk mengemasnya dan untuk melangsaikan tanggungjawab ke atasnya. Bosan sekali susunan ayat kan...tapi bosan lagi hidup saya kebelakangan ini..
Semalam..selain makan MCd di Masjid Negeri, drive sendiri dan bayar minyak sendiri...selain itu saya hanya melakukan aktiviti yang membosankan sekali.... Cover SUKAD.. Ohyeah, sangat terasa alien apabila wartawan hiburan wannabe terpaksa tukar desk ke SUKAN... oH good..bukan silap..og god!! Terkenang semalam, penuh gaya dengan sunglass dan ala-ala rusa masuk kampung saya dan hanajimi terpinga-pinga di stadium USM.. Setelkan no telefon urusetia bahagian tennis...bahagian bola tamper...yeah bola tampar la cengeng..!. lalu kami dah merasakan urusan untuk hari itu sudah selesai.. Oh ya belum cukup lagi situasi dimana aku yang lupa bawak lense panjang d90 ni...terpaksa terkedek-kedek mengambil shoot gambar yang diharapkan menarik di belakang pemain-pemain...di sisi gelanggang...pusing sana pusing sini... Redha sangat kalau tiba-tiba bola gedik nak cium muke saya saat ituw...demi tugas yer adik-adik....
* Jejaka yang sorang itu sungguh cumil!!!!!
OK cukup di situ...
Lantas, kaki yang hampa dari pantry lantaran water hiter rosak saya heret ke meja...otak saya kerah untuk siapakan asgment....3 story yang saya kena siapkan, apa salahnya saya setelkan 1 dulu ye tak? After siap..baru saya dibenarkan oleh saya sendiri untuk mencari makanan...mancari air panas....hok..hokk...saya ketagihan kafen!!
".. Wartawan : Az*** Suz******* Ad**** Binti Anuar
Lead : Ujian memogram tidak menyakitkan.
USM telah bekerkajasama dengan PRIDE..blabla.... "

Jap gi sambung lah....

24.1.10

Syair Malam


'' Malam yang tenang tanpa hembusan nafas dari sesiapa selain aku kala ini. Mengenangkan hari-hari yang di lalui semudah daun kering yang gugur lalu dihembus angin. Terbang...hilang....
Apakah hati belum bersedia untuk memulakan noktah pertama untuk meraih garisan yang kekal selamanya? Terimalah hakikat Youjie...masa tak pernah menunggu kau.. !!
Lantaran kekacauan jiwa dan ketidak tenangan hati, saban malam sukar mata aku pejamkan. Mengapa begini terjadi sedangkan setelah lama di bumi ini..lena ku bisa panjang dan mampu nyaman...
Dan dek kerana menyalahkan tugasan yang membeban, apakah aku lansung wajar menghilang dalam kelam malam semata-mata mahukan ketenangan yang sekadar buat-buatan.....
Burung berkicau selalu aku rindukan...
Tawa si kanak-kanak amat aku terujakan...
Tangis si bayi...selalu menyentuh di perasaan...
Sendu titisan hujan.....selalu saat itu aku inginkan...
Mimpi indah kala malam, seolah satu harapan...
Aku ingin terbang....dan melangkah awan... "
Selamat malam sayang...selamat malam pujaan....
Hadirkanlah cinta....mengubat titis-titis kedukaan............

23.1.10

Ais Krim Malaysia Part2

Yeah..yeah....aku selaku muka tak tahu malu telah menjoin budak hbp part2 kelas 500 untuk menjual ais krim Malaysia pada minggu ADEENDA ... Hasil jualan akan di salurkan ke tabung trip ke Bengkok mereka-mereka ini. Selepas ini mungkin banyak lagi jualan akan berlansung yer...
Tunggu~

Sekian sebahagian crew yang menjayakan program jual ais krim..

Ok tak tahu nak cakap ape, kembali memegang watak sebagai seorang gadis hotz yang bersepit di kepala terlantar di meja study buat kerje sambil mendoakan matahari akan makin terik untuk mengeringkan baju sidaianya pagi tadi...biar rangup-rangup yer en.Matahari..

Yeay!
.............
^_^

19.1.10

Cakap seminit.

Tidur semalam terlalu sempurna aku kira, selesai maghrib aku terus merangkak ke katil berhampiran. Hajat menunggu isyak dambil berdondang sayang last-last membawa hingga ke subuh tadi.. Berdosa lagi.....seperti membunuh 1000 orang islam.. Phew....na'uzubillah...
Jam 8 perlu cover story, majlis pembukaan bla..bla.. Jadi aku perlu mandi dan bersarapan.. Aku mahu sarapan Sup Daging dengan Roti plus siram and air kosong...
Begitu sempurna~

16.1.10

Konsep Air Mata

Tangisan mampu mencantikkan mata.. menjadikan mata kelihatan berkiluan jernih dan bersinar...selain itu, tangisan juga satu-satunya cara untuk meredakan stress.. Ada teori lama mengatakan tangisan itu petanda bahasa seseorang mempunyai benteng pertahanan diri dan mental yang lemah... Ada pakar turut menjelaskan bahawa tangisan merupakan "alat" untuk melemahkan pihak bertentangan sama ada musuh atau orang sekeliling..melalui air mata sendiri, kita mampu membuat air mata orang sekeliling turut menitis. Bayangkan betapa hebatnya kuasa tangisan...
Air mata punya banyak pengertian...air mata gembira, air mata bahagia...air mata duka....air mata pura-pura...air mata ikhlas..air mata simpati.....dan air mata siksa...dan banyak lagi....
Paling menyiksakan bila terpaksa menyimpan air mata semata-mata untuk kelihatan gembira....
^_^
Waktu hujan, aku akan menitiskan air mata....
entah mengapa....

13.1.10

Belated Azam 2010..

Tahun ini, ingin aku hiaskan dengan lebih senyuman dari tangisan. Mungkin..lebih tangisan bahagia dari air mata duka, sebab....kawan-kawan selalu melabelkan aku sebagai pompuan gila-gila yang pandai menyembunyikan perasaan... Aku suka menghilai tawa di depan mereka, tapi bila aku banjir...pintu bilik akan terkunci, lampu terpadam, kipas terhenti dan kasut pun akan bersembunyi..sungguh bekerjasama mereka itu. See! hanya di laman ini perasaan aku terpapar tulus suci..kalau sedih, tulis macam sedih..kalau happy..lompat-lompat aku taip di papan kekunci.. tanpa lembaga penapisan..gatekeeper..watchdog or wuteva lah kan... Its okay lah dear, tapi asalkan jangan pandang aku semacam bila kite bertembung di cafe..library..padang atau kaki lima sudaah ok... PeAcE~


Kembali ke mukasurat asal.. Tahun ni seperti tahun-tahun yang lampau, azam-azam yang terpasang as normal memang tak terpasang. Tapi tak kisah la kan asalkan setiap tahun kita akan terfikirkan mekanisme-mekanisme yang mungkin dapat menambahbaikkan diri..itu sudah cukup lebih dari bagus. Kalau mat gam, tahun lepas gam kasut..manalah tahu tahun ni nak tukar hisap gam kayu ker...gam gajah ker..asalkan ada nawaitu nak berubah ke arah lebih power! Itu memang terbaek wok.. Ok, kenyataan panjang lebar dikarang semata-mata untuk melindungi caci maki kutuk hina yang bakal diterima selepas aku menyenaraikan azam 2010 aku.. Nevez..nevez~



Tahun lepas aku lalui dengan cool sama seperti 22 tahun yang lepas juga.. Tak payah lah nak ungkitkan senarai-senarai hitam yang telah aku tambahnodakan tu..sila tutup mata dengan picisan-picisan kecil yang sebenarnya memberi aku banyak pengajaran.. Pergaduhan-pergaduhan manja mengajar aku meneliti semula krisis ketidak jelasan diri..Perselisihan cemburu iri hati mengajar aku menilik kembali kelemahan dalam mempadukan sahsiah diri... Konflik dalaman pula dah seperti bayang-bayang yang selalu mengekori tiap langkah kaki...itu setelah ditimbang balik memang salah aku sendiri... Orang cakap, tak cukup mengenali isi hati sendiri....nak membebankan diri..nak paksa hati..nak tipu diri sendiri...nak mengamalkan hipokrasi....nak over merendah diri.. Ececee....bajet mulia lagi...

* Rima akhir i...i...i...tidak disengajakan.. Sumpah ok..
Baiklah, untuk mungkin 20 tahun yang akan datang..aku perlu memantapkan kehidupan extra matang...aku harap masa depan aku akan terus cemerlang...gemilang!
*see..masih ber'rima 'ng' 'ng'..

Matlamat Tahun 2010..
1 - Sijil Dekan.. * Aku dengar lah korang tengah gelak kat aku kan...

Motif : Aku nak grad dengan 3.++ pointer baru la macho naik pentas konvo nanti! * ok gelak lah..
2 - Sambung Master.. * Gelak lah lagi...

Motif : Aku nak belajar lagi sebab aku rasa aku belum cukup pandai....bole macam tu? * Sebab tu jugak aku nak grad macho..sebab aku memang perlukan kelayakkan macam tu ..
3 - Bekerja .. * oK kita serupa~

Motif : Selain nak belanja family makan best-best..aku nak shopping puas-puas.. Bole?

Aku nak kerja ker belajar?

4 - Partime master dengan kerja.. * Fine... memang tamak haloba.
Motif : Aku nak belajar sebab belum cukup pandai dan bekerja sebab belum kaya..haha!

5 - Nak Ikat gigi.. * Bakal dibangkang semua lapisan masyarakat keliling aku..huhu

Motif : Nak kahwin dengan lebih bergaya.....hantok kepala ke meja cepat!!!


6 - Nak jaga handphone baik-baik.. * Dah penat tuka hp setiap december selama 3 tahun berturut-turut..

Motif : Nak jadi wanita lemah-lembut... * Lempang diri sendiri...

5 - Kurang nangis.. * Sekatiku..

Motif : Nak jadi cool...

6 - Nak....nak..mm...nanti pk..
Moga tahun ini lebih membawa ku ke arah kebaikkan berbanding tahun lalu....dan tahun hadapan menjadi lebih bermakna dari tahun ini...dan selamanya.....

Notakaki : ...aku baru jumpa katil lepas 48jam di bilik berita..dah serabot nampaknya fikiran ini dengan menghasilkan posting-posting yang juga separa terbarai....
nak tito~~~~

11.1.10

Lagu Kami..



Ever since I was a baby girl I had a dream
Cinderella theme
Crazy as it seems
Always knew that deep inside that there would come that day
But I would have to wait
Make so many mistakes
I couldn't comprehend
As I watched it unfold
This classic story told I left it in the cold
Walking through an open door that led me back to you
Each one unlocking more of the truth

I finally stopped tripping on my youth
I finally got lost inside of you
I finally know that I needed to grow
And finally my mate has met my soul


Finally
Now my destiny can begin
Though we will have our differences
Something strange and new is happening
Finally
Now my life doesn't seem so bad
It's the best that I've ever had
Give my love to him finally

I remember the beginning you already knew
I acted like a fool
Just trying to be cool
Fronting like it didn't matter
I just ran away
And on another phase
Was lost in my own space
Found what its like to hurt selfishly
Scared to give of me
Afraid to just believe
I was in a jealous, insecure, pathetic place
Stumbled through the mess that I have made

Finally got out of my own way
I've Finally started living for today
I finally know that I needed to grow
And finally my mate has met my soul

Finally
Now my destiny can begin
Though we will have a our differences
Something strange and new is happening
Finally
Now my life doesn't seem so bad
It's the best that I've ever had
Gave my love to him Finally

Finally, Finally

Finally
Now my destiny can begin
Though we will have our differences
Something beautiful is happening, happening
Finally
Now my life doesn't seem so bad
It's the best that I've ever had
Give my love to him finally
..............

9.1.10

I love you a little bit more.... Every day... ♥

Oh..gambar tiada kena mengana dengan topik perbualan, mungkin ada la sikit tapi tak la semua kan.. tapi ape pun, sapa peduli kan.... Hiyakk! * ngeliat~
Gud morning everyone!!! Bangun-bangun rupanya hp di genggaman..apekeHell itukah? Tandanya aku dah terjaga dari jam 8 pagi tapi berat bontot yer nak bangun.. Golek kiri..golek kanan...sedap pulak bantal keras aku hari ni... Arh..bersenandung semalam kejap...main-main rambut kejap..feeling rindu-rindu kejap... TUP..TAP..TIP...dah jam 11 mak kau....
Bangun terus buka lappy yang dah nak tercabut screen ni, aku memang tak pandai jaga barang..seperti yang semua orang sekeliling selalu cakap kat aku, yes...ai mengaku uols...tapi mana uols tahu yang ai ni ada pernah selalu cuba nak jaga barang-barang ai oke..tapi nak buat macam mana kalau barang ai tu tak panda jaga diri macam ai? Hmm....ai teraniaya kan....
*Mahkamah sila jatuhkan hukuman pada yang bersalah.....
Kalau diikutkan, jam 2 aku kena gi liputan pembukaan restoran baru milik bekas pelajar USM.. Masalahnya bukan "diikutkan" TAPI memang kena pegi pun.. Pandai yer mereka itu menyuruh aku ke situ sebab mereka orang sepet-sepet..konon-konon nak mempergunakan kebolehan mengguna bahasa sepet aku ni lah kan... Mak tak sanggup oke... sekali lagi terasa dianiayai~
*Mahkamah..sila hukum mereka itu....
Harap-harap interview berjalan lancar lah...aku dah serik dengan sesi menginterview semalam yang separuh gagal. Pengarah kebudayaan taknak bagi kerjasama la pulak kan.. konon taknak memperbesarkan kes la konon tu.. ala bukanlah kes ape yang besar sangat, aku bukan nak TERJAH kes engkau curang dengan bini kau ke ape kan..nak tanya fasal Citrawarna jer kot...
Haih~ Sampai hati kau yang tak hensem tu menuduh aku nak interview kau sebab aku dah takda news lain nak tulis.... Talk to da hand la babeh!! Nasib baik kau bagi aku cokelat bentuk siput...sambil jalan balik bilik berita...aku kumam cokelat sambil fikir-fikir.. i mungkin rasuah kecil agar aku tak menulis apa-apa untuk isu kali ini.. Ko ingat cokelat ni mampu mencairkan hati ku yang rawan ini? Hahaa....mintak ampun pak cik..saya tetap menulis berita tersebut oke....
*Hakim..siapakah yang patut dipersalahkan?
Nak mulakan hari dengan ceria dan lawa.. Hahaa...lawa tu!! Wutever lah kan...takkan nak cakap diri huduh ye tak? Ok papai kat semua...kalau terasa hari ni macam akan berlalu dengan tidak seronok...sila ke kedai ais krem makan Nestle Trophy perisa badam + coklat.. Perisa baru yang best dan mampu merembeskan hormon kegembiraan dalam badan... Sejak beberapa hari ni aku jilat Trophy dengan penuh nafsu amik kau.. Tapi itu tak bermaksud hidup aku tak happy ke ape...tu tandanya kurang kasih sayang yer...
*Hakim...salahkan Trophy yang menyebabkan badan sayer naik~
Ok, Gambar tu aku save untuk movie review aku isu kali ni. Betapa bahagianya hidup kalau ada seorang kakak yang selalu kiss kita 24 jam sehari... Maksud aku, coba korang tonton Muallaf and hayati kemesraan dua beradik tu.. Rohana & Rohani, kalau semua orang loving macam deorang eventhough antara kakak dan adik. Aku rasa gejala sosial akan berkurangan lah.. Sebab aku selalu terfikir yang masalah seks bebas atau apa-apa yang melibatkan remaja ialah bila remaja itu sendiri selalu merasakan kurang kasih sayang dan mahu mencari kasih-sayang di luar dengan cara salah...puncanya? Orang dalam rumah dirasakan tidak menyayangi mereka...
*Hakim! Salah siapakah.....
Dah melalut yer...banyak perkataan "kasih sayang" digunakan untuk entry ini..tandanya tema aku hari ini ialah
L.O.V.E

7.1.10

Contest baru pulak !

Tajuk ditulis atas arahan juri oke~
Gambar ni diambil oleh kemera buruk milik papa, masa umur aku dalam 4-5 tahun.. Memang zaman rock kapak yer, seluar jeans koyak-koyak & pakai kain ikat kepala...haha..
Masa ni, aku tinggal tepi rumah bujang yang merangkap member-member seangkatan my papa..memang aktiviti kami setiap petang lepak tepi rumah bawah pokok jambu layan gitar kapok main lagu jerit-jerit yang masa tu aku tak tahu apa-apa tapi aku ikut layan gak...
Kalau mama & papa aku keluar kerja serentak, memang aku & adik diasuh oleh budak-budak bujang ni..budak? & deorang sangat sayang kami berdua....
* Rindu mereka...tapi nama dah lupa~


Bukti Pembelian Jugaks!
^_^
( MAKLUMAT LANJUT, CLIK BANNER "KAMERABURUK" DI ATAS OK )

5.1.10

Majlis Perkahwinan HasfaLiza

" Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tidak mengetahui. "
( Yaasin : 36 )
Smart je tengok....pedang tu...
Isk...jangan la.. Memang pedang tu yang smart...bukan tu...

Kelaparan....memang dari pagi pengantin tak makan yer....
* Nak maintain perut oke..

Upacara memotong kek kahwin..luar tu gula yer, dalam tu cokolat..
Penat kami habiskan kek 3 tingkat ini...

Pedang itu sangat smart...sekali lagi, pedang itu...
Gamba ni sangat stylo...aku menggigil tengok babak-babak kandid yang best tapi tak dapat aku abadikan sebab aku takde SLR...hukhuk....

* Gamba di ambil jurufoto amatur..


" Jangan lupa saksikan saya Kapten Kit di TV3! " memang promosi tak kena gaya yer....


Flower girl yang comel...teringat dulu-dulu, kalau ada sedara kawin ker...aku lah sasaran utama yang dapat pegang ekor baju pengantin...dapat pakai dress lawa-lawa....pegang bakul....

* Aku gitau mak nak pakai dress, mase tu die tengah jahitkan dress bebudak kuntut ni...keesokkan harinya die bagi aku dress kawin lama die...hahaa...bayangkan kalau aku pakai dress kembang semangkuk time kenduri???

Selamat pengantin baru buat makcik kuh!!!
" Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan dalam kehidupanya.. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadikan penghuni alam lelaki semuanya..atau perempuan semuanya.
Lalu...kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan samalah seperti ramuan yang mengindahkan kehidupan.. "



* Atok....kami semua rindu atok....