7.6.10

Serkup Kepala punya cilita.


Saya di tag berkali-kali dengan gambar ini.... Yang paling gigih, siap tolong edit potoshop cantum gamba aku dengan siti tu.... dan aku diberitahu berkali-kali bahawa Dato Siti kuar tv....pelik

MOTIP?

Hahhaa...ni semua fasal serkup ape nama tak tahu lah....yang aku beli zaman 1st year ( 2008 ) yang lalu dan tak pernah teringin a.k.a berani nak pakai tu sekarang asik kuar tv...hahaha

Dato siti dok rajin pakai serkup ni sekarang...ala fesyen mane datang ape aku kesah...tapi sebab aku pakai sebab ( betapa banyak 'sebab' )malas nak uruskan rambut mengerbang a.k.a dawai gred c ni ...

Senang tau kalau nak pakai ni, masukkan rambut tak shampoo 3 4 hari kalian itu ke dalam serkup then kuarkan rambut manja-manja kat tepi-tepi macam yang aku buat tu..nampak tak gamba? Kalau pakai style semua rambut tak nampak....sila pakai tudung yang lebih proper dan tak nampak keji ok....

Klau nak jadi Dato Ct, masukkan rambut biar nampak dahi luas..maklumlah, dahi luas petanda panjang akal dan cerdik pintar....hehe tapi kalau nak kemas, pastikan kening anda kemas juga ya..macam aku yang malas ni...turunkan fringe kat depan ( jadi Noh Hujan lakdah ) and ikut sukalah nak buat side parting ker..ape ker... jurai-jurai sikit rambut kawasan telinga...baru nampak stylo!

Baju ikut suka nak pakai baju apa...aku pakai serkup ni sebab shampoo tertinggal kat penang dan malas nak pakai shampoo Jonsen baby adik aku sepanjang aku di KL..nak elak orang judge aku pengotor ker..pengemas ker...pemalas ker..masa sesi interview berjalan....hahaha

Ok...wa tak tengok tv punya olang...wa tak tau la cik siti kite tu ada serkup sejibik macam wa... Tapi jangan kata wa tiru-tiru artis oke...wa tadak suka punya...

Lagipun kan....

Guard jaga Balai Berita NSTP kat Bangsar tu kata : '...adik...cantik juga fesyen tutup kepala adik pakai macam ni pakcik tengok. '

Haaa....ape kena mengena?

^___^ Try lah!!!

6.6.10

Lagenda Budak Setan.

Seorang budak perempuan berambut paras pinggang tu selalu menyusup ke kamar abang sauaranya, jika dilihat, umurnya dalam lingkungan 10 tahun tapi bertubuh kecil dan kurus melidi....sering dia mencari-cari kotak yang mengisi satu benda kesukaanya... Dan apabila benda kacintaanya telah di berada dalam genggaman, dia berlari lalu hilang...mungkin di serambi rumah kayu dua tingkat itu, atau mungkin di bawah katil besi neneknya....kadang-kadang di bilik kosong entah dimana-mana... Abang saudaranya tak pernah tahu...tak siapa tahu...
Keesokkan dia kembali di kamar yang selalu kosong itu, kembali menyelongkar kotak serupa.... Dan setiap kali juga, wajahnya bercahaya pabila benda idaman di genggaman....
Hari demi hari...bulan demi bulan...budak perempuan berambut lurus paras pinggang itu telah pun menghabiskan beberapa siri novel dari penulis idolanya yang dia kenal sebagai Ahadiat Akashah..dia tak kenal siapa lelaki itu, yang dia tahu....lelaki itu persis lelaki paling sempurna penulisanya.....dia kagum...
Awek Cun..Balak Cun..Pilot Cafe...KL-London...Untuk semua gadis yang aku cintai....Katerina...Sekuntum bunga, sekeping kad, seraut cinta...Cinderella...ape lagi ehh????
Siapa sangka, kini budak perempuan itu telah mengganjak usia dari remaja kepada belia..dia tak perlu curi-curi menyusup ke kamar abang saudaranya untuk curi-curi baca novel, tak perlu risau kalau-kalau aktivitinya dihidu mama atau nenek kerana menganggap bacaan anak-anak seusianya hanyalah kisah sang kancil dan buaya..arnab dan kura-kura......dan sebenarnya, dia sangat teruja bila salah satu novel kesayangan dia kini menjadi filem untuk ditayangkan....die terlalu teruja....

.......

Setengah jam pertama, plot yang disusun kelihatan agak mendatar dan penerapan unsur-unsur romantik yang tak logik menghiasi screen panggung... Terlalu sedikit 'lagenda' diterapkan dalam filem ni, terlalu sikit kejahatan Kasha yang dipaparkan...plot bergerak laju dengan babak-babak anti klimaks ke kemuncak plot, dari percintaan yg berputik antara Kasha dan Ayu...kemudian terpisah..then kehadiran kekasih lama Ayu..dipaksa kawen...dan kekecewaan hingga menyebabkan Ayu bertukar wajah....

Kemudian cerita menuju ke satu demi satu peleraian apabila Kashah bertemu dengan seorang gadis yang mirip tingkahnya seperti Ayu dan ayu hilang ingatan disaat dia mulai menerima Kashah kembali...kemudian kehadiran Ketrina dan perkahwinan Ayu dan Kasha diikuti dengan peleraian akhir kematian Ayu semasa kelahiran anak pertama dia dengan Kasha.

.........................

Mungkin novel tak wajar dijadikan filem..sama kes dengan filem Ayat-ayat cinta, stress aku dalam panggung sebab pengisian filem yang banyak beza dengan novel yang aku baca... ok, LBS pun buat aku stress dan lebih dari kecewa... lawak pun ada.... Filem dari novel selalunya, cenderung tergopoh-gapak memasukkan semua perkara dalam babak-babak yang dipaparkan. Sedangkan, dalam baitan susuanan ayat sebenarnya terlalu indah setiap satu yang direncana....terlalu puitis tiap perlakuan dan emosi yang disampaikan Akasha..

Ok gred untuk filem ni bagi pandangan aku : 55% = B solid ok!

KOMEN TAK RASMI :

Lisa Surihani lawa...farid kamil hensem tapi jambu sangat.,,sila buang lips gloss terlampau itu yer...atak Ayu lepas bedah tu sape ehh? Tak menghairahkan lansung !..tapi thanks to Fazura yang mengembalikan semangat penonton untuk terus memandang screen panggung sebab die comel...and umm... Q haidar memang jahat lah! Good! TAPI..ade la sikit-sikit poyo citer nih...yang tak sebest novel... tapi ok lar.... ( sambil goyang-goyang tapak tangan yang di luruskan ke depan )





Psst : Novel die 200 kali ganda lebih best siot! Nantikan sambunganya dari novel Katrina lak....jen ..jen..jen... Fazura!!!

23.5.10

Taylor Momsen!


Take me I'm alive
Never was a girl with a wicked mind
But everything was better when sun goes down

I had everything
Opportunities for eternity
And I couldnt long to the night
Your eyes, your eyes
I can see in your eyes
Your eyes

You make me wanna die
I'll never be good enough
You make me wanna die
And everything you love will burn up in the light
Every time I look inside your eyes
Make me wanna die

Taste me, drink my soul
Show me all the things that I shouldn't know
And there's a new moon on the rise

I had everything
Opportunities for eternity
And I couldnt long to the night
Your eyes, your eyes
I can see in your eyes
Your eyes everything in your eyes, your eyes

You make me wanna die
I'll never be good enough
You make me wanna die
And everything you love will burn up in the light
Every time I look inside your eyes
Make me wanna die

I'll die for you my love, my love
I'll lie for you my love, my love
I'll steal for you, my love, my love
I'll die for you my love, my love
Well burn up in the light


Every time I look inside your eyes
I'm burning in the light
Every time I look inside your eyes
I'm burning in the light
Make me wanna die........
* She make me wanna die..ahaks!!!!

22.5.10

Tangisan Hujan..

Terlalu rindu..
Akan renyai yang menghentak keras lena ku..
Kepada titisan yang mencairkan ego ku..
Terhadap dingin yang memeluk tubuh..
Dan irama melankolia yang kedengaran di kalbu...
Aku terkedu....

Ingin aku rayukan kasih sayang..
Memohon pujukkan mesra..
Rayuan manja...
Buat belaian jiwa...

Ingin selalu menatapnya,
tapi tak jelas...
Ingin sering menyentuhnya,
namun tak nyata..
Ingin sekadar memujanya,
hakikatnya ia jauh di atas sana....
Angkasaraya....

Mengapa aku terjaga dan kau tiada..
Mengapa aku hadir dan kau menghindar...
Mengapa kehadiran itu,
hanya wujud dalam ketidaksedaran ku...
Itu yang ku kira cinta nan satu..

Cinta aku pada dia...
Cinta aku pada mereka...
Cinta ini terhadap penciptanya....



http://emo.huhiho.com

* Kala ini .....tiada yang sesepi hati ini.

21.5.10

P.E.N.A.T


Dan apabila hatinya ingin berhenti dari menyayangi...
Perasaan ingin terhindar dari mengasihi....
Jiwa kontangkan cinta kepada benci...
Nadinya tersekat dari berdenyut lagi...
Nafas ingin diberhenti...
Mata tertutup ingin mati.....
Dia ingin pergi....
Tapi dia bukan seorang anak kecil yang mempunyai kependekkan akal, dia hanya seorang manusia yang gemar berkhayal...hidup dalam angan setinggi pelangi....lena dalam mimpi seindah syurgawi....
Dia bukan si buta hati..
Dia hanya........

17.5.10

British Council?

Bangun pagi gosok gigi cuci muka pakai baju makan roti minum susu sudah kenyang sukahati!

http://emo.huhiho.com

Ok, nak cakap apa...huhuuu....


Owh ini gambar bukan aku....ni bos aku..kekeke....

http://emo.huhiho.comDie lom datang, jadi aku tido tadi..syhhh..!!

Nak fikirkanmasa depan yang tersekat-sekat....

Haihhh~ Banyak peluang tapi kaki tak sampai... Haihh~~

http://emo.huhiho.com Bebaskan aku dari penjara ini!!!!!

Hurm.....sakinah kate....British Council...

http://emo.huhiho.comMungkin disitu ada kunci kejayaan buat aku, Haihhh!!!~

OPS! yoghurt tertumpah! Haih!!!

13.5.10

Crocsband Crocsband Crocsband!!



http://emo.huhiho.com


Harlo Fabolosso!!!

Ni bukan posting jual-jual benda, sumpah tak...kalau tak percaya try tengok..mana ade harga pun ..takde no talipon..takder perkataan 'service charge' Ok deal wif dat ? Ini blog Aku Youjie yang Gampang!!




Yeah....' ketepi! ketepi! gergasi sudah kembali!! '


http://emo.huhiho.com


Tetibe ader soundtrack lagu Fanatik KRU




Baiklah terus kepada subjektif posting, aku nak beli kasut baru. Sebabnya kasut lama dah mengembang seiring peredaran masa aku berjalan... Dat day, lalu tepi kedai Crocs...terus macam nak pitam camnie...

http://emo.huhiho.com



Terus yakin diri masuk itu kedai dan sarung-sarung test try tengok design baru crocs tu... Alar, bukan orang tahu dalam wallet ade 10 hengget ke ape pun... 1st try merah...kunin...biru...mata pinar-pinar...tanye macam-macam....memang macam nak beli habes lah in a way...


kan..




Biru ni memang smart dan stylo...aku ingat mahu beli ini warna..leh pakai formal kan...kan...ske sebab line die merah...& getah kat depan tu pun merah..menyerlah kan...




http://emo.huhiho.com





Nak kunin tapi macam tak serius jer nak beli...sebab kunin sangat... Hmm...taknak lah....limited dari segi penggunaan...takkan nak gi kenduri pakai kasut kunin ni, sah kena umpat dek makcik-macik tua kat dapo kan...




http://emo.huhiho.com



A'hah! ni pilihan ke-2 sebab memang nampak sangat cool pakai kasut merah nih... Boleh jer nak sarung kemana-mana and pakai dengan apa-apa.... Pakai dengan short atau skirt nampak comel!!!



Yippi!!!!http://emo.huhiho.com



Ok..if aku masih sekolah, aku akan pakai yang putih....sangat cool kan!


Takyah basuh beb!



http://emo.huhiho.com



Bubble gum color ni sesuai untuk semua selain aku kot...


Taknak arr....


http://emo.huhiho.com


Hitam itu menawan....hitam itu misteri...hitam itu perilis....


http://emo.huhiho.com



Biru nii tak best kot.



http://emo.huhiho.com




Nak beli hujung bulan kot..lallalaa.... If nak murah, bli jer kat webside ade harga RM90... Tapi kualiti meragukan yer.....not gud..not gud!!...... Yang jual lambak-lambak kat uptown pun banyak tapi lagilah tak meyakinkan rite....

Hmm....jangan takut orang fikir kite pakai yang tak ori. sebab....yang pakai ori. jer tahu orang tu pakai yang lambak-lambak atau yang betul....kalau ader orang dok soksek cakap kau pakai yang pasa malam...kau gelak dalam hati sambil pandang die dengan muke poyo jer...sebab atleas kau tahu die tak tahu ape-ape.... Fake!


http://emo.huhiho.com
Bye bye ma old Olivia !!!!!

12.5.10

Fauruzizuan oh Fauruzizuan..


http://emo.huhiho.com

WatchhhA!!!! Tu gamba sarapan aku hari ni, sedap woo roti canai cicah kari daging!!!

Ok hari ni baik di radio atau di akhbar dan blog gosip semuanya fasal Piala Thonmas dan Uber dengan sukan badminton dan Mohd Hafiz yang memegang watak antagonis dalam drama siri '' Malaysia Pasti Menang! '' Yeahh....

Aderlah mak minah ni call **FM pepagi soksek dengan kononyer die geram tengok pelawanan badminton semalam...kononyer kalau boleh nak ganti tempat Mohd Hafiz tu..... nak bagi juara.....kononyer jantung nak berkecai la ape la..kecewa...haktuih!

http://emo.huhiho.com

Lansung membuat aku nak hadiahkan emoticon cute nih kat die... Hamik! hamik!!

Lu pikiaq la sikit makcik ...kalau yu tu yang wakil negara, silap-silap piala pusingan antara kampung pun belum tentu memang rite? Dan bayangkan kalau yu tu yang main semalam, yu rase rakyat Malaysia nih nak ker sandar harapan kat yu huh?

Ok emo disitu.

http://emo.huhiho.com

Dan pemenang nama paling glamour untuk hari ini di tempat ke-2 dan ke-3 jatuh pada

Rexy Mainaky dan Fauruzizuan ..

Clap http://emo.huhiho.comClap!!!

Kadang-kadang kesal lah dengan sikap penyokong negara nih, kalau menang..kaulah juara..kaulah segalanya...kau...semua kau...cow sungguh la kan! Tapi mengkalau kalah...maka mengkalau cari masaalah lah.. Bagi aku tindakkan Fauruzizuan yang nak serang audience tu disebabkan tekanan emosi yang terlampau. Tak semua orang faham ekceli betapa payah mengawal emosi bila dalam permainan.

Ok camnie

... imagine ko nak menang, then orang kat tepi kiri kanan tu asyik sorak...jerit kata-kata semangat siap bawak pasukan sorak lagi. Tapi bukan untuk engkau tapi untuk pasukan lawan engkau.. dan kau? Ader la beberapa picisan yang datang senyum-senyum kat tepi padang..buat-buat bagi semangat and wutsoeva... Ko pikir benda-benda yang nampak CRAP macam ni tak mempengaruhi corak permainan ko??

http://emo.huhiho.com

Sangat mempengaruhi ok..ape yang telinga dengar..apa jugalah yang otak akan tafsir dan kemudian bagi isyarat kepada anggota badan untuk bertindak SEJAJAR DENGAN HASIL TAFSIRAN dari otak yang disampaikan oleh telinga. Faham disitu?

http://emo.huhiho.com

Dulu...team futsal aku yang papan lapis ni leh menang cemerlang dengan pasukan otai universiti..sebab ape? Memang kami tak sangka dan kami akui...sorakkan orang di tepi memang memangkin semangat beb. Pernah sekali tu kami yakin menang dengan team papan kadboard, tapi lastly kami kacundang ..sebab ape?

.

.

Sebab kami berlawan di gelanggang yang dalam 100% tu...80% ialah penyokong team lawan...dan dalam jumlah tu, 75% ialah datang untuk men'downkan team lawan mereka iaitu kami... Di sepanjang permainan, kami di anjeng-anjeng dan di dajal-dajalkan seteruknya..kalau dapat bola, memang kami kena boo kena hina..kalau kami goal...lagi lah..tapi kalau bola dapat di kaki lawan...memang suasana macam hari ponggal....memang hayam la kan.. * At da moment aku termenangis gak sebab ntah rase macam tengah bogel depan orang jer...rase terhina...rase..macam ci....ci.. syhhh...

http://emo.huhiho.com

Bukan salah aku..tapi salah gak la sebab daya tahan mental rendah sangat mase tu...siyez shit!

.......Sementara itu, Fauruzizuan mengakui, dia bertindak sedemikian kerana terlalu kecewa dengan kekala- han tersebut. Emosi saya terganggu kerana saya terlalu ingin menghadiahkan kemenangan buat Malaysia," kata Fairuz. .... - KOSMO

SO!

http://emo.huhiho.com

Salah ker kalau korang-korang ni, datang sebagai penyokong tu...SOKONG ape patut bukan tunggu mase nak boo kan orang...nak f*** kan orang ader faham? Kalau aku, maybe aku pun tanjuk balik f*** tu kat orang yang tunjuk kat aku..sebab mamat tu kate, die leh tahan diBOO tapi kalau ade yang sampai menunjuk isyarat lucah kat die.....memang ' Lu bikin wa panas laaa! "

http://emo.huhiho.com

Tak kisah la wanita pertama negara ade di situ ke tak kan..kan....

.

Kasian gak la, mamat tu dikatakan memalukan nama negara dengan bertindak nak serbu penyokong..tindakkan mungkin diambil dengan menggantung penyertaan untuk next perlawanan.....tapi bukankah sikap penyokong tu juga perlu diberi tindakkan kan..kan...?

..'Orang nak harumkan nama negara beb..lu selamber nak F*** f*** gua...'..

http://emo.huhiho.com

..'.. Memang wa pandang yu kecik besar kecik besar jer...aishh! ..'..

.

.

Tapi bagi aku memang best sial..... kopi 'o' pekat kurang manis kat Subaidah..

http://emo.huhiho.com

Titik.

10.5.10

Bisikkan di hati mu..

Nafas terasa berat untuk dihela kini...Seakan keluhan...pada tiap detik yang di orak...Ingin memohon kemaafan kepada udara yang memeluk tubuh...Maafkan aku...Mencambah aura pasrah ke ruang legar dunia...Bukan niat aku...Mempamerkan kekeruhan di air muka...Bukan tidak ingin senyum memancar cahaya, tapi hati ini dilema...
Mengapa aku dilema? Kerna aku hilang punca......

http://emo.huhiho.com

.......antara perasaan aku dan perasaan mereka.......

http://emo.huhiho.com

Mungkin di suatu lorong malap...punya ruang untuk aku isikan kejernihan... Di suatu jalan yang menyesatkan...punya cara untuk aku huraikan kekeliruan... Di sebuah medan yang bilau, punya peluang buat aku hamparkan ketenangan......

http://emo.huhiho.com

Hidup ialah mengenai segala bentuk pilihan...yang mutlak...

Andai memilih untuk meluncur, nyah saja segala corak yang memungkinkan kaki dan tangan yang terpasung.. Dan andainya memilih untuk mengikut...relakan serelung jiwa terus merantai..mengelumbung.... Andai pula memilih untuk memimpin...peganglah tanganya agar selamanya beriring...

http://emo.huhiho.com

Mengapa memilih dan menangis...sedangkan hidup bukan untuk ditangiskan...

http://emo.huhiho.com

Menarilah dan terus ketawa...

Keindahan dunia untuk dinikmati dan disyukuri....

Kesakitan dunia untuk dirasai dan diinsafi...

Kepayahan dunia untuk direnungi...

Kewujudanya untuk memungut amalan di kemudian hari...

Hingga akhir nyawa nanti...

7.5.10


Bagaikan deru bayu yang menyongsong desa..
Setiap kali musim timur tiba...
begitulah..
Butir kata-kata mu..
Telah membungkus hati ku dalam pilu..
Sejuk beku disini...
Pada saat,
Gerimis merintik..
Renjisan renyai malam yang tak pernah berhenti...
tiba-tiba,
Aku kembali merindui kamu..
Untuk ke sekian kalinya..
Hujan menjerit angin,
dan matahari pun berselisih dengan bulan..
Lalu aku mencuba memahat kalam malam,
dengan renungan ku yang telah hilang..
Lalu aku cuba mengukir cerah siang..
Dengan angan-angan yang menyesak di dada...
Dan aku sudah tidak tahu...
Bagaimana kau ukirkan purnama..
Dengan pensel perak mu...
Setiap kali bulan tersenyum...
http://emo.huhiho.com