Setiap kali musim timur tiba...
begitulah..
Butir kata-kata mu..
Telah membungkus hati ku dalam pilu..
Sejuk beku disini...
Pada saat,
Gerimis merintik..
Renjisan renyai malam yang tak pernah berhenti...
tiba-tiba,
Aku kembali merindui kamu..
Untuk ke sekian kalinya..
Hujan menjerit angin,
dan matahari pun berselisih dengan bulan..
Lalu aku mencuba memahat kalam malam,
dengan renungan ku yang telah hilang..
Lalu aku cuba mengukir cerah siang..
Dengan angan-angan yang menyesak di dada...
Dan aku sudah tidak tahu...
Bagaimana kau ukirkan purnama..
Dengan pensel perak mu...
Setiap kali bulan tersenyum...
1 comment:
Rindu. Datang tak dijemput. Dihalau tak mahu pergi.
Post a Comment