15.5.13

Pencarian Pengacara 3R di USM PENANG.


 Psst....sampai bila nak TAKOT?


Ask your self, ' apakah minat aku sebenar? ' Anda mungkin sekarang bekerja sebagai kerani gula-gula getah yang nyummi.. tak stress, hari-hari dapat makan gula-gula FREE, bos tak bossy dan gaji pun.. ala-ala...umph! WALAUPUN kerani... anda happy!!! Printing...copy zerox jawab call, buang sampah... lap tingkap tukar beteri kipas angin etc....

Hingga suatu masa ketika, sedang lena di katil, anda terjaga...terkenang dan mengelamun....
' Apa yang aku mahu dalam hidup aku ni sebenarnya? '
TETTTTT!!!!

Kadang-kadang, kita tak tahu apa yang kita mahu, kita menjadikan kehidupan sebagai medan pencarian diri kita sendiri... bagi yang menemuinya, anda bertuah dan selamat berbahagia....
Tapi bagi yang still menggagau????

TAK SALAH MENCUBA!!

Yeah...inilah POINT utama haku!
 TRY TRY & KEEP TRYING BABEH...

SO!!

Anda 26tahun DAN KEBAWAH?
BIJAK? PETAH? CANTIK ? ANGGUN? BERKALIBER?

Tui~ ...persetankan ciri-ciri cliche itu semua, what you should do is......

1 : Sediakan baju yang lawa, selesa dan stylo menunjukkan diri anda yang sebenar, TAK PERLU BARU PUN TAKPA....

2 : Tahu perkembangan dunia dan isu semasa, serta banyak IDEA! Ala...update sikit isu semasa, ..tak perlu khatam paper atau nama menteri,bukan nak buat ujian PTD tul tak?

3 : Berkeyakinan TINGGI? Ohw noo......biase-biase jer, asalkan boleh buka mulut bercakap dan bersembang, dah qualified dah... eh ehh, ko bukan selalu bergossip ker....

4 : Sanggup belajar benda baru, ..kita semua layak ok... KAMU KAMU KAMU pun layak!

5 :  Jadi diri sendiri, pleaseeeee....no OVER MAKEUP pleassssss.... plastik-plastik ni, judges pun SERAM MEH~

6 : BOLEH DIHANTAM, kalau kena usik please jangan nangis.. kena marah sikit nak emosi atau nak melatah lelebih.... no NO NOO... tak sihat at all... BE POSITIVE PLEASE DARLINGS....

7 : Sanggup keluar dari zon SELESA. OK...selamat berusaha semua!!!!!



Be happy, macam me & my juliet...

XOXO 

** Jumpa semua nanti di ANJUNG BUDI USM 22-23 MEI 2013.


PLEASE..PLEASE COME AND ENJOYCE!!!!


Get more info : www.3r.com.my/projek3r/

13.5.13

Jenis & Tips mengatasi PMS !

Setiap wanita mempunyai masalah PMS premenstrual syndrome. Sehari atau dua hari sebelum mestrual, kita akan mengalami simptom pra-haid yang terlampau, persisi gunung api mahu meletup...bahkan lebih hebat dari itu, tak percaya..?

Tanyalah lelaki yang ada gurlfriend stress tak stress... :P

Aku tak terkecuali, semenjak usia remaja.. PMS aku kadang-kadang terkawal..kadang-kadang under control. Blame the hormone please... Takkala PMS, hormon progesterone dan estrogen tidak seimbang dalam badan... maka terpulang tubuh masing-masing, jadi emo atau hyper...

Aku? both... macam incredible hulk!~

Lastnight, dunia ku rasakan seperti neraka.. sungguh jahanam perumpamaan itu, menangis sehingga terlena... terjaga kemudian sambung menangis... terlena kemudian terjaga.. HELL tak? And paling hell sekali ialah bila tidak dihiraukan... ok thanks darling sweetie and love....

i used to it though...

So...today apa yang aku buat, dari mencari fasal dengan orang, aku bersiar-siar sorang-sorang.. Ke saloon, shoping, tak masuk office.. tak business, tak reply all the massage and tak angkat ALL phone call yeay!!!! heaven sangat........

So, kepada gurl out there...senang jer nak elak depress ni, 1, jangan expect semua orang tahukau tengah PMS, 2, jangan merengek tak tentu fasal, emo, mengamuk, bunuh diri etc... yeah, aku selalu camgitu aih..aih....

Tangani PMS dengan bijak, lakukan aktiviti yang kita suka, tak payah hiraukan pesangan kita sehari.. be single lady for 1 day tak salah ... Buy chocolate, ice cream, new handbag, etc... pergi spa, pedicure /manicure...  MEMANG BEST!

And jangan lupa printOut all bills and minta claim to ur spouse .. kih kih..

OK, jum tengok PMS jenis apakah engkau? ( sumber mr.wiki )

TYPE A - (anxiety) ditandai dengan gejala seperti rasa cemas, sensitif, saraf tegang, perasaan tidak tentu. Bahkan beberapa wanita mengalami depresi ringan sampai sedang saat sebelum mendapat haid. Gejala ini timbul akibat ketidak seimbangan hormon estrogen dan progesteron: hormon estrogen terlalu tinggi dibandingkan dengan hormon progesteron. Pemberian hormon progesteron kadang dilakukan untuk mengurangi gejala, tetapi beberapa peneliti mengatakan, pada penderita PMS bisa jadi kekurangan vitamin B6 dan magnesium. Penderita PMS A sebaiknya banyak mengonsumsi makanan berserat dan mengurangi atau membatasi minum kopi.

 TYPE H - (hyperhydration) memiliki gejala edema(pembengkakan), perut kembung, nyeri pada buah dada, pembengkakan tangan dan kaki, peningkatan berat badan sebelum haid. Gejala tipe ini dapat juga dirasakan bersamaan dengan tipe PMS lain. Pembengkakan itu terjadi akibat berkumpulnya air pada jaringan di luar sel (ekstrasel) karena tingginya asupan garam atau gula pada diet penderita. Pemberian obat diuretika untuk mengurangi retensi (penimbunan) air dan natrium pada tubuh hanya mengurangi gejala yang ada. Untuk mencegah terjadinya gejala ini penderita dianjurkan mengurangi asupan garam dan gula pada diet makanan serta membatasi minum sehari-hari.

TYPE C - (craving) ditandai dengan rasa lapar ingin mengonsumsi makanan yang manis-manis (biasanya coklat) dan karbohidrat sederhana (biasanya gula). Pada umumnya sekitar 20 menit setelah menyantap gula dalam jumlah banyak, timbul gejala hipoglikemia seperti kelelahan, jantung berdebar, pusing kepala yang kadang-kadang sampai pengsan. Hipoglikemia timbul karena pengeluaran hormon insulin dalam tubuh meningkat. Rasa ingin menyantap makanan manis dapat disebabkan oleh stres, tinggi garam dalam diet makanan, tidak terpenuhinya asam lemak esensial (omega 6), atau kurangnya magnesium.

TYPE  D - (depression) ditandai dengan gejala rasa depresi, ingin menangis, lemah, gangguan tidur, pelupa, bingung, sulit dalam mengucapkan kata-kata (verbalisasi), bahkan kadang-kadang muncul rasa ingin bunuh diri atau mencoba bunuh diri. Biasanya PMS tipe D berlangsung bersamaan dengan PMS tipe A, hanya sekitar 3% dari selururh tipe PMS benar-benar murni tipe D.

AKU?

ALL OF THEM

*DuckFace


PROMO FREE :

Enjoy sesi mencuci rambut dengan serendah RM20.00 - RM28.00 ( special wash ) di Saloon dalam tesco extra Sg 2, berhampiran USM induk.

Duration : 1 1/2 hour minimum ok...

Bukan cuci sekadar cuci lias-libas and ramas-ramas sampai pitam, no no... this one sekali pakej urutan dan relaxing yang cool... dah 3 kali aku kesini, memang best..semua tak rushing atau service nak cepat siap.. no no... they all memang best.

So, uols yang nak cari tempat rilek yang lepak denga alunan lagu radio siaran fly.fm..
AYUH......ke saloon TAK INGAT NAMA APA, dalam tesco extra depan foodcourt...

BUhbye!!!!


I'll be ok


Punya sekeping hati salju,
menanti hangat mentari..
Mencairi kebekuan jiwa...
Bersama-sama gerimis air mata...
Membujuk derita...

Punya sehamparan harapan,
menanti bulatnya tekad..
Menyingkiri gelapnya impian...
Bersama bayangan silam...
Memeluk sepi nan mencengkam...

...........

11.4.13

Sudah jera...


Aku yang kandas dan patah hati...
Biar lah orang memandang lemah..
Aku tak mahu bercinta lagi....

10.4.13

Senyumlah....


TORAY GROUP sumbang dana bernilai 4 Juta kepada USM, Penang.


Universiti Sains Malaysia menerima dana bernilai 4 juta ringgit dari TORAY GROUP ( MALAYSIA ) bagi pembinaan bagunan Pusat Pemindahan Ilmu TORAY USM. ( TORAY USM Knowledge Transfer Centre )

TORAY Industries Inc, Japun bersempena ulang tahun penubuhan kumpulanya yang ke 40 tanggal 10 April 2013, telah bersetuju menjalankan usahasama bersama Universiti Sains Malaysia bagi membina sebuah bangunan 4 tingkat, yang bakal beroperasi tahun hadapan dalam memperkasakan Program Pemindahan Ilmu USM melalui aspek penyelidikan, akedemik dan perkongsian ilmu bersama masyarakat tempatan.

Menurut, Mr.Akihiro Nikkaku. Presiden Toray Industries,Inc, Toray merupakan sebuah syarikat global yang membangun searus dengan perkembangan komuniti setempat, yang berorintasikan masyarakat tempatan. Justeru ini bersesuaian dengan matlamat  USM yang ingin mengetengahkan bidang berkaitan kelestarian, kemanusiaan  dan masa depan masyarakat rantau ini.

TORAY merupakan syarikat yang  telah melahirkan ramai saintis dari kalangan penyelidik di nagara Jepun, mengharapkan proses kerjasama ini mampu meningkatkan kualiti penyelidikan tempatan ke aras yang lebih tinggi dalam mencungkil dan menghasilkan ilmu baru di rantau ini.


Sementara itu, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Omar Osman berkata kepada pemberita, bahawa beliau berbangga di atas pengiktirafan yang diberikan oleh Syarikat TORAY untuk menjadikan USM sebagai tapak melestarikan ilmu tempatan ke peringkat antarabangsa.
Dalam majlis tersebut, turut berlansung acara pecah tanah dan majlis pemberian cek antara pihak atasan Universiti Sains Malaysia dan  TORAY Industries,Inc.


TAMAT : 

9.4.13

26 Tahun oh my god~

Dah tua, dah tua with no kids or husband of course...
Not married yet and still mencari cinta sejati milik illahi..

Still standing! Lolz....

Azam umur baru, taknak cakap perkara negative. Tuhan menilai doa dan hasrat hambanya, kalau kun-fayakun, maka terkabul lah segala kata-kata bahkan bisikkan tidak tersengaja... Dan saat ini, yang tinggal dalam diri, hanyalah semangat..semangat...dan semangat menempuh hari-hari muka yang makin bercahaya...

I can do it!

Study, wish me settle my masters study before 2015 please... Agar aku dapat merasa tenang, sebelum menyambung pengajian ke peringkat lain. Memang dunia, tapi kalau nak dihormati, dalam mengangkat martabat seorang muslim... tak salah meningkatkan potensi diri. Baru orang tahu, orang islam pun mampu... anak jati Balik Pulau ada seorang yang berjaya... ehem~

Business, banyak perangkaan dalam jangkauan. Doakanlah aku berjaya. seorang Dr. bakal menjadi mentor aku selepas ini insyallah jika ada rezeki. Maka..ya Tuhan, betulkanlah hasrat hati, meterailah impian diri.. Aku ingin mengubah nasib keluarga, agar tidak lagi dipandang keji dipandang hina...ingin berjasa pada tanah air tercinta... Ok sangat patriotik disitu. Amin..amin..amin...
Tabahkanlah hati ini ya Tuhan dalam menempuh hari-hari.......

Kerja, tak apalah sekadar partime-partime sahaja. Aku bersyukur, walau tidak punya kerja tetap. Walau kadang-kadang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sekurannya aku mampu hadapi tanpa meminta dari siapa-siapa..tak susahkan ibu bapa, tak susahkan saudara.... Apa yang termampu, apa yang aku suka...aku buat redah jer...... Seronak ok jadi seorang aku. :)

Teman hidup, biar berkali-kali kecundang..namun aku akan tetap menanti seorang belahan jiwa. Biar Tuhan masih mengaburkan siapa dia, adakah yang disisi atau belum pernah aku temui.. aku berserah segala rahsia rabbul izzati. Bukan muslim lah kalau nak melawan takdir menidak ketentuan illahi....

Dia maha mengetahui, pengasih dan penyayang....

Doaku, mulai saat ini.. i'll do the the best for myself..
Akan selalu tegas dengan diri..tak main emosi.
Taknak bermain dosa hati..
Taknak merendah-rendahkan maruah diri..

Takkan ku benarkan diri ini dihina dikeji...
Atau disakiti.....

Erin@26.2013
Perpustakana Hamzah Sendut 1@USM


1.4.13

23.3.2013

Akhirnya punya kekuatan mengupdate entry disini. Bukan malas, benar bukan malas atau segan..tapi panjang ceritanya untuk dicoretkan.. sambil melupakan segenap masalah reka-rekaan.. baik aku teruskan hasrat impian...

Dia memberi haluan, aku memilih untuk dipinang..


Terima kasih tuhan atas kemudahan jalanan yang Kau bentangkan.. aku hambaMu yang selalu mendambakan kekuatan.

Next entry, aku nak cerita tentang DIY DIY yang terdapat di sepanjang persiapan majlis. Percaya tak persiapan dalam masa 3 hari sahaja. 

Anyway, terlanjur kita bersua walau di medan maya...
Kepada mereka yang pernah menjadi teristimewa di hati, halalkan makan dan minum hamba.
Kepada mereka yang telah ku patahkan hati. Maafkan aku buka niat memungkiri janji.
Kepada yang pernah menyakiti diri ini, aku maafkan dan tidak akan ku simpan sampai mati.

Semoga antara kita musnah hasrat benci, moga tiada iri merantai sanubari...

Assalam! :)


30.3.13

Usah.

Akhirnya hati ini rela dihuni,
biarlah belum sepenuhnya dimiliki.

Ahh....malam pekat tenang yang selalu ku rindui,
terleka aku dengan permainan dunia rakus menggasak kudrat insani...
dan aku lemas dalam lautan mimpi-mimpi....

Malam ini,
menitis lagi...

Maafkan kerapuhan diri,
maafkan keampuhan tidak ku miliki...
maafkan kelembutan serelung hati.

Ingin ku terbang menghambat fantasi,
membidas reality.
bersemadi di dada langit malam yang tiada bertepi...

Membujuk hati,
usah kau menangis lagi........


7.3.13

Syukur..

Maha suci tuhan, syukur dikurniakan hati tenang.. Dapat kembali aku berjalan di atas bumi dengan lenang. Bukan mendabik dada, tapi aku selesa... Alhamdulillah, dibukakan lagi pancaindera. Untuk menilai kaca dan permata..buat pegangan hidup, suluh masa muka....

Sekilas terasa pedih dijiwa, mengenangkan duka-duka dan parut lama. Ingin ku lurut, ku sapu dengan air mata..namun nyata kering sudah seluruh kolam kecewa. Ternyata jiwa ini cekal berperisai redha. Itu ketentuanNya yang maha kaya, maha berkuasa, dan maha mencintai hambanya....

Sekilah kenangan menggamit rasa, sekilas luka bernanah pula.. Dan aku hambaNya, terasa makin kerdil di atas dunia. Menginsafi keterlajuran hati, perbuatan dan tingkah lama..mensyukuri, masih diberikanNya masa.... aku rela.

Jauh di sudut jiwa, melihat mereka-mereka melangkah riang ke gerbang bahagia. Doa bahagia ku titipkan buat menghadapi hari suka. Tercuit rasa indah di kalbu, indahnya dunia...

Bersyukur kepadaNya atas segala kurnia, syukur segala usaha dibalasNya senada.. Syukur keringat, air mata terbayar dalam rangkulan bahagia.. syukur di hati ini ada namaNya yang hanya ku cinta.

Syukur, mata hati ini terbuka melihat cinta yang kekal selamanya....