Di hujung katil, beralaskan bantal empuk..
Ada susuk bersinglet hitam pekat mengiurkan..
Ada boxer checkeret dua butang...
Meriba notepad hitam..
Hatinya tenggelam...
Dari hujung kepala semerbak Dove mewangi..
Di pangkal leher hingga hujung kaki..
Dove menyelubunyi...
Ah..susuk itu bukan duta dove yang dicari..
Abaikan..
Hatinya tak tahan..
Bak lagu noraniza idris tiba-tiba berkumandang...
Tak tahan dihujani ilham..
Tak tahan dihimpit idea berbekam...
Tak tahan mempolish otak yang melagam..
Hidupnya makin hitam..
Sehitam rambut yang bakal bertukar warna besok hari..
Abaikan part rambut..
Tugasan besok perlu hantar..
Sinopsis cerita masih terlantar...
Idea masih bertempiar...
Bagaimana cara untuk mengikat ikhtiar..
Menghasilkan karya seni yang mekar...
Semekar bunga mawar ditaman..
Yang suci dari bisanya si kumbang...
Hati kini gundah...
Apakah besok segalanya mudah...
Apakah lenanya akan tetap diperindah...
Adakah dia kini tidak setulus Ainur Mardiah.......
12.10.10
Cheese McShaker @ Spicy McShaker..
Gile takde masa depan amik gamba susun makanan pastu upload FB .Update status bagitau satu dunia tengah makan apa sambil imbas-imbas memori mase kanak-kanak dulu dok dengar lagu CD mAGIC English yang mama beli dengan harapan pandai English..tapi tak pandai jugak, lepas tu beli buku satu rak penuh dengan kartun-kartun world Disney ajar bahasa penjajah tu pun tak pandai gak.. masalah tak pandai bukan bodoh, harap maklum tapi sebab kalau dah hari-hari buka buku tu sebab nak copy draw kartun tu kat buku skolah untuk subjek seni. Tak kemana gak la..
Sorry mama...mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi.
tetiba nak salahkan kuah dengan nasi ..
..................................................
Urm..hidup ni kadang-kadang...
Erk..hmm...cmner eah..
hmm....otak dah tumpul..takder idea..
Sebab ape eah? Banyak dosa kot...
Agak-agak tuhan ampun?
Hmm....setan banyak sangat kan.
Tapi dah nama setan, kerja die hasut umat manusia kan..atleas die buat kerja die.... Aku? Tugas aku jadi hamba yang beriman tapi asyik failed jer... Camner-camner???
Dimana cahaya yang belum bersinar...dimana sumbu belum dibakar..dimana hijab yang belum tersingkap... Duh....
Sesaat kaki undur untuk memijak jalanNYA, seribu dugaan datang bertubi-tubi... Selalunya aku TEWAS.
aIH..........tq and try again next time ya!
See you later, alligator ~
( Ada related dengan tajuk tak? )
11.10.10
Revenge of king cobra
Jalan ke BJ Mall lalu membeli cd cetak rompak. Balik malam pasang kat laptop.
.
.
Citer ni tak logik la.. Stress aku.. Kalian bayangkanlah, kalau ader ular menyerang flat korang ker ape ker..nape korang tak lari keluar jer?
Pastu, kalau dah ader hp tu asyik kerja nak rakam and amik gamba, kenapa tak call ambulance ker polis ker untuk mintak tolong sedangkan sorang demi sorang mati kena patuk ular depan mata korang..
Lepas tu, takkan sebesar-besar apartmen tu ader 2 jer guard??
Lepas tu, ular memang sah-sah dah tak nampak real lansong kan...
Lepas tu, babak-babak tak logik yang serabut ayam semua ader dalam citer ni contohnya babak yang memaparkan golongan manusia yang takleh fikir and macam bengong semacam..macamaner eah nak cakap.. Ala ader la babak berebut ubat ape ntah yang sengaja diwujudkan untuk memanjangkan cerita atau sengaja diadakan untuk mempercepatkan proses mengurangkan pelakon sebab dah takder idea nak buat ending..kui..kuii..
Pastu, ader babak mak kepada seorang mangsa yang tersekat dalam bangunan tu call die dari opis..die mintak tolong tapi dengan nada yang sangat tak meyakinkan..so mak die pun macam tak percaya die...pastu letak phone. Sedangkan depan mata dah banyak mayat yang mengelimpangan...
Adei...
Ok la..berbaloi la dengan RM5 tue..
Kui..kui....
8.10.10
Fanie Ziegler

Baiklah..selamat hari lahir diucapkan kepada Farhani Ziegler yang menyambut ulanG tahun kelahiranya yang ke 23 pada 6 Oktober lalu kalau aku tak salah laaa...
Di hari lahirnya, kami-kami telah membawanya ke Seoul Garden melantak lahap selahapnya...
Kemudian kami pulang membawa perut 2 bulan memasing dengan gumbiranya...
Dan akhirnya, seperti bayi kekenyangan susu kami telah lena selena-lenanya.....
However...selamat pendek umur ya beb! Selamat mengingati betapa umur kita makin singkat dan makin menuju ke penghujung garis penamat.... Tak guna ucapan panjang umur sedang hakikatnya kita seolah menipu diri dan menambah lalaikan diri dengan doa-doa panjang umur sebegitu, hampeh jer......
Dengan ucapan pelik ni aku selaku member baru kenal ko nih hanya mampu mendoakan yang baik-baik sahaja yang berlaku di jalan hadapan yang ko sedang tuju... Cewah!!! Dah la lambat posting nak belagak cam ustazah...
Kui..kui..ehemm..ehem...
....................................................tamat bab wish bufday.........................................................................
Okay, apakah yang bakal aku lakukan pada hari sejahtera permai lagi serabut ayam nie... Serabut ayam? Aku harus ke Perpustakaan Hamzah Sendut scanning lagi...
Haduihhhh.........tak paham betul kerja yang dah dikatakan habis tapi masih berlubang..
Hahahhaaaa.....berlubang???
Ok cakap banyak pun tak guna..kerja tetap tak jalan, lebih berbelas ribu artikel kena scan nih...
Nak habis end of this month memang tak mungkin lah...
So...kite enjoy jer lah!!!!
FIFA World Cup ..
Padini Authentic ..
Triumph ...
Baby-G ...
F.O.S ...
Nike Air...
:)
6.10.10
Hal aku jer, takyah baca.

''... Setiap kesabaran pasti ada membuahkan hasil..Tanpa usaha, segalanya mustahil...
Yang hak pasti bisa melenyapkan yang batil...
Demi tuhan yang kuasa, kita hanya hambanya yang kerdil...''
Holaa...apekah khabar anda disana, saya baik-baik aja sedang menyiapkan projek penyelidikan yang dijangka tamat bulan ini. Ewah..tiba-tiba kata ganti nama jadi ayu dan sopan.. Font biru-biru gitew... :P
Apakah yang saya buat selama ini? Melihat kawan-kawan berjaya di kota besi nun jauh disana terkadang membenih rasa sedih di hati lantaran kaki tak cukup panjang melangkah pergi..hanya mengharap wujud sumber rezeki di sini...
Jadi, sejak berakhirnya hari konvokesyen, aku meneruskan kerja separuh masa di pusat pengajian komunikasi sendiri, sebagai pembantu penyelidik@ RA . Masuk opis jam 10 balik jam 5..kerja key in key in..kerja scanning-scanning...Editing-editing..coding-coding... Tapi selalunya aku sleeping-sleeping.. Kui..kuii!!! Dalam masa yang sama juga, aku meneruskan projek usmtv yang dah aku buat sejak January dulu iaitu sejak aku tengah blajar lagi. Usmtv ialah projek baru pusat pengajian komunikasi usm untuk menghasilkan news-news sekitar usm yang insyallah akan menjadi lebih rasmi kalau kami usaha kuat sikit buat news elok-elok. Ahli buruh kasar Usmtv hanya 6 pada mulanya, 4 broadcaster dengan 2 jurnalist.. Imagine.....
Ok berita gembiranya, aku tak lagi menerima gaji RM25 perday dari usmtv macam selama 8 bulan aku bekerja ni dah YEAY!!!!!!!! Status N17 dah bertuka N41 syukran..syukran.... Dan itu menandakan aku tak dikira penganggur lagi..kui..kuii... Aku rasa macam nak terbang ke langit dan mulalah peristiwa menangis bawah meja sebab sedih dengan status penganggur tu terimbas semula.....mulalah perasaan hati hancur pecah berkecai dulu dah tercantum semula..weeee...
Tapi sekarang tinggal 3 sahaja, 1 journalist iaitu aku dengan 2 kameraman... aku yang dengan 2 lagi yang tengah menyambung master di sini.. Aih....patut aku amik borang master dulu, tak la waste time camni, tak sangka sambung master pun masih layak bekerja.. Semuanya rezeki masing-masing.. Syukran... ( owh tak amik borang master sebab tak cukup ongkos..lupak!! )
Dan dalam masa sama, sementara tak cukup kakitangan untuk bergerak buat liputan usmtv... sementara tengah upgrade itu ini tentang webside usmtv... aku meneruskan kerja RA nie dan dalam masa sama aku tengah siapkan projek penyelidikan dekan pusat pengajian aku yang di amanahkan untuk aku buat sorang-sorang....dan dalam masa sama, aku tengah mencari ilham untuk skrip temelovie 90 minit untuk ASTRO...dan dalam masa yang sama aku juga berurusan dengan pihak-pihak yang ingin membuat video koperat tak kisah apa sahaja... Sebab kru usmtv juga produce banyak koperat video untuk USM...
Fuhh....!!!! brapa banyak perkataan dalam masa sama??
Orang cakap aku tamak kerja, apasalahnya tamak duit kan? Asalkan semuanya dari titik peluh sendiri.. Asalkan ade matlamat di hujung yang tengah kite kejar... Ape matlamat aku? Yer....tengah kumpul duit untuk sambung master...
Sebab tu kerja kuat, ( kuat ker kah..kah..!!!!)
Lagi satu, aku sebenarnya belum jumpa ape yang aku minat dan ape kecenderungan aku.. Sebab aku terlalu banyak benda nak buat, berbalik pada kata tadi la..aku kan tamak kah..kah..kah.. Dah la tamak, takder fokus, mulalah nak rasa loser balik nie..aihhh....
Aku tak heran dianggap loser if tak tahu lagu terkini tak kenal artis kat tv..tak lepak coffe bean tak gi clubbin... sebab benda camtu tak memperlihatkan sebarang kematangan bagi seseorang tambah-tambah orang outdated macam aku tapi aku kesah giler loser kalau tak hidup secara progresif dan produktif..dan tak kreatif dan tak ..tak...tak....takder hala tuju lah senang sembang!
Psstt...
Bosan tak baca posting nie? Kalau bosan SILA tutup blog ni sekarang maseyy.....
Hurm...makanya! Tujuan aku share benda-benda macam gampang ni bukan sebab nak hidung besar..hidung aku tak besar bluek! Aku hanya nak memotivasikan diri..cewah Youjie Kamsah is comin!!
Sementara muda..sementara kuat kaki tangan...tak salah mencuba apa sahaja.. Mungkin dari mencuba, kita akan dapat jejak manakah jalan yang dah tersedia buat kita.. Mungkin kau sebenarnya hanya pelukis jalanan yang belum keluar jumpa kanvas dengan cat..mungkin aku ahli politik yang belom masuk dewan persidangan..(kah..kah..kah..tekleh blah!! ) Mungkin die tu penyanyi yang belum jumpa microfon... Semuanya bukan dalam jangkaan kita..
Dan apabila kite dah jumpa microfon..kanvas..cat..dewan persidangan semua tu... Disitu kite akan menyerlah dengan sinar kite sendiri, wah sinar bagai.... Dan disitu juga akan terlahirnya satu kejayaan yang bakal mengubah diri ..keluarga..dan masyarakat amnya.. ( feelin baca teks ucapan menteri )
Kunci kejayaan bagi aku, apa yang dimulai perlu dihabisi.. Tak kisah sepahit maung mana sekalipun...
Itu adalah sebahagian dari amanah dan tanggungjawab~
Kuiz Alam Sekitar!
4.10.10
Dari kerana sekeping gambar..
Snap'ing!!!Yeah....terakamnya 1 visual, tersimpan dalam software format Japeg/PNG/Tiff/ blabla..wutever..
Transfer pakai USB masuk laptop/PC/Phone blablabla...
Edit pakai Photoshop/Ilustrator/adobe..adobe....
Upload masuk FB/Friendster/Myspace/ blablabla...
Publish!!!!
Tet..tett..tett.... detik berlalu...
Ting!!! 1 komen....2 komen...3 komen....segenap perspektif dijadikan sumber idea untuk dibincangkan tentang gambar....tentang itu ini, yang benar berlawan khilaf, persepsi bersulam prejudis berpaksi emosi berlandas minat berjalin idea ber..ber......
.......................................
Hidup seperti gambar kan... Yang indah dilihat tak semestinya indah pada dasar... Yang dipuji kadangkala tak layak diterima pun, yang di terhiris kadang-kala tak perlu terluka sedikit pun...yang huduh dan buruk tak semestinya hina takder class..maybe kurang fotogenik jer kan..kan...
Bergantung pada diri nak kelihatan seperti apa, if pingin nampak klasik, taruk image filter edjust 45% warm color. Nah! Pingin pemandangan hujau dan suasana nyaman, letak 35% cool color dah setel, nak glowish masukkan dalam filter gallery pilih distort edjust glowing ke angka 30% da cukup... Nak ala-ala zaman P-Ramlee masuk desaturate then edjust curve kasi jelas then amik tool kasi efek kertas koyak-koyak sudee...
So, hidup ini kita mampu mengubah realitinya kepada seindah mata memandang dengan mekanisme-mekanisme yang kita ada dan kita mampu buat... Get'it?
Motivasinya, untuk mendorong diri ke arah kebaikkan dan kejayaan, sama lah seperti kita ambil gambar 1 rumah mewah idaman 3 tingkat, framekan dan gantung di bilik tengok setiap hari dengan doa suatu hari mampu memilikinya.. Jadi motivasi tersebut akan berjalan seiring usaha untuk membuahkan hasil.. Mana tahu, akhirnya, berkat kerja keras , kunci rumah tersebut dah berada di genggaman..smart tak??
Get'it?
Sekian dari pakar motibasi untuk hari ini, saya Dr.Youjie Kamsah..
Ngeee!!
3.10.10
Aku..
Kau bagai bintang...
Aku pasir di jalanan....
Sinarku pabila dipancar mentari..
Sinar mu menghiasi malam dinihari....
Aku dipijak...
Kau di junjung...
Namun hati kita sama...
Pingin bersama...
Terdengar bisikkan...
Layakkan aku buat kau disana.....
Aku pasir di jalanan....
Sinarku pabila dipancar mentari..
Sinar mu menghiasi malam dinihari....
Aku dipijak...
Kau di junjung...
Namun hati kita sama...
Pingin bersama...
Terdengar bisikkan...
Layakkan aku buat kau disana.....
1.10.10
Kau putih dan kau gebu..
aku selalu saja ingin mendekati kamu..
Kau bersih dan kau manja, tiap ketika penawar duka...
Kau Puteh dan kau Biru..
Bercakar denganmu, aku tak pernah jemu....
Kau Puteh sering menemani ku..
Pasti ku menangis andai kehilangan kamu...
Kau Puteh dan kau gebu,
Selalu ku belai..selalu ku....
..Tarik EKOr!!!
HahahaA..!!!!!!
Celamat mornin! Bangun tidur lepas mandi berdiri depan cermin belek jerawat baru tumbuh 6 ketol di dahi..pipi...dagu...hujung bibir..
Aihh...
Amik Safi Balqis penutup hijau tua, sapu seluruh wajah seperti yang telah aku amalkan 9 tahun dulu..lepas tu, sapu sunblock NanoWhite yang beli lastweek..lepas tu sapu bedak Johnson Baby bagi hilang kilat, lepas tu sapu Garnier FacePowder as finishing titik!.
Setel step pertama, then lukis celak atas mata sebaris dua..then sapu lipsbalm kat bibir pastu mood gedik nak pakai lense, koyak kelopak mata luas-luas tekan lense masuk biji mata then kelip-kelip........siap!
Sadakallah'hul'azim................
Amacam? Susah tak jadi GugurL???
Toleh belakang, si Puteh dok golek-golek atas katil...tangkap laju-laju, snap-snap laju-laju gak, then lepas die balik....jelas riak wajah tak puas hati si tucin kuntut tu lepas aku paksa die tengok kamera, kih..kihh!!!!
Cium sekali dua, aku bersin..die bersin....AuChooommm!!!!!
Hari ni Jumaat pakai baju kurung sopan-sopan nak catwalk macam kucing, Miooowww!~~
Kadang-kadang...
Kadang-kadang....
Diam tu melihat...
Tertawa itu menikmati.....
Senyum iti satu nikmat.....
Bicara itu hasrat dalam diri....
Tangis itu misteri....
Selamat Malam....
Diam tu melihat...
Tertawa itu menikmati.....
Senyum iti satu nikmat.....
Bicara itu hasrat dalam diri....
Tangis itu misteri....
Selamat Malam....
Subscribe to:
Posts (Atom)

