18.11.13

Seloroh panjang..

Bye bye uiAM..

Lebih seminggu disana, mengajar aku erti yang berbeza. Kalau UKM hari tu aku hanya mengikut.. Tapi kali ni aku harus mengurusi gerai.. Booth crafter dari terengganu, seremban, selangor etc.. Akhirnya di bawah 1 bumbung.. Pelbagai feel manusia, pelbagai lagak gaya sifat dan perasaan manusia. Aku harus atau seharusnya tangani dengan berhemat. Youjie sekarang tak boleh asyik nak take for granted ... Tak boleh halaibalai dah... Tak boleh kau kau aku aku..punya pasai atau..tak suka lantakkk..

Sekarang harus belajar kejuruteraan sosial, belajar bergaul segenap masyarakat, belajar jaga hati, ambil hati, dan yang penting.. Berhati-hati. Thanks to kesayangan yang banyak memberi petunjuk cara menangani tekanan manusiawi... Pui, ada ucapan credit disitu...

Update tentang gerai, sabo lah yer.....penat.
Muka dah pucat lesi, sekarang back to reality... Takde kerja 24jam lagi, boleh jaga kedai balik dah..buat order etc. Rindu usm..haha.. Aku sebenarnya rindu tilam bantal aku yang paling utama, taktau kenapa..empuk sangat kot. Kalau tidur tu rasa tenggelam...diselimuti kehangatan selimut kain perca.. Bantal masam..aih... 

Saat ini, aku demam sekejap. Badan dah tak kuat..haha kerja 24jam membawa mudarat...mudaratnya lembik satu badan.. Terkenang semula saat-saat getir dari sana ke sini...

Perjalanan dari KL balik Penang bayangkanlah sampai 2 station berhenti mengeroh..krohh..kronh... Bertolak jam 2pagi sejurus tutup gerai, kemudian drive terus balik penang.. Tak sampai tapah dah bergoyang-goyang bawak kereta. Alamatnya tidoq lah...sampai subuh,bangun dan teruskan perjalanan.... Cantik ya amat batu-batu kapur dilanggar kabus pagi, aku terkesima...tapi di bawah sedar.. Seda-sedar ..aku tertidur lagi.. Buruk nau perangai disitu. Tiba di taiping, 7pagi..mata masing-masing memang tak boleh blah.,. Macam-macam aktiviti dah buat tak jalannn... Senaman robic, nyanyi gangnam style, pasang lagu tamil kuat-kuat..makan kek.. Bernari, menyanyi kuat-kuat... Akhirnya kami sedar... Kemengantukkan mengatasi segala. RNR taiping, persinggahan mengeroh yang kedua...hingga 9 pagi..... Masing-masing terjaga dan terpinga-pinga. Start kereta balik Penang...ya Allah leganyaaa bila dapat bersarapan di AutoCity Nashmir and meluru ke uSm huh...

Sampai Penang, banyak kerja menanti. Seperti contohnya hari ni. Rasa nak tidur seharian tapi mustahil....tsk tsk.... Banyak janji perlu ditunaikan.. Banyak menanti perlu dituruti. Aku redha hidup ku begini..asalkan diredhai Sang Illahi... :)

Sudah-sudah dengan ucapan, aku nak mandi sat. Hahaaa... Bye!


Her name is....... ?

9.11.13

Impian..

Tadi aku dah terlena, tak sedar bila aku baring rupa-rupanya dah di alam mimpi. Telefon berbunyi membawa kepada rasa segar kembali. Aih.....apa lagi, stalking di laman sosaial lah jawabnya.. Reply kerenah-kerenah customer yng pelbagai....bosan sikiit.

Search Groupon, mana tahu ada sale best-best..
TUTUP! Say no to shopping...takleh takleh sebab kena tunggu YES. Fineee...

Buka website supplier..
Buka PayPall..
Check akaun..
Buka website Brothers Sewing Mechine....

Terpsyco kejap.

 Lahai.... andai saja kau dalam genggaman ku wahai NV950E....

Entahla, mungkin aku seorang yang cepat bosan.. takpun aku jenis tak focus.atau tamak haloba-loba...Nak itu ini itu ini..... mahal pulak tu.. :(

Aih...tapi aku tak rasa aku macam tu, soalnya aku terlalu banyak idea da inspirasi... dan aku nampak jalan kejayaan tu... TAPIIII..tak guna kalau tak cukup kakitangan...
hmmm....

Rasa nak nangis...

Bayangkanlah, kita nampak gunung emas.. kita ada kudrat dan kenderaan segala mak nenek... tapi tak ada minyak. Useless... tak la useless sangat, boleh jer jalan...tapi lambat laa.... tsk..tsk...

SOALNYA AKU NAK CEPAT.

Kuat berangan aku nih kot...macam-macam aku nak dan aku memang nak nak nak...

1- nak mesin ni sebab nak modified bisnez..
2- nak pekerja, akauntan sorang, graphic designer sorang, runner sorang, pehh..perfect aku jadi bos goyang kaki...
3- nak kahwin taknak kerja, lahai...sian bakal laki...
4- nak kaya, ...aku rasa wang ringgit kadang-kadang boleh bagi kebahagiaan..takyah nak poyo sangat la kepada yang tak setuju, boleh blah....
5- nak gi umrah sangat-sangat, rasa kotor lendir dosa..nak cuci segala....

nak buat bantal, nak jadi supplier, nak beli itu ini, nak bisnez ala-ala dasyat... nak itu ini itu itu inininin....masyallahhh...

~! perut bunyi!

Menandakan aku harus tidur sebelum aku buat maggie makan kemudian tidur dan esok bangun dalam sesalan perut tak ramping lagi.. eaaa....GUDNITE!!!!!!

7.11.13

Alhamdulillah selamat tahun baru!

Tak bekesempatan bersua di sini tahun baru tempoh hari, rasa belum terlewat untuk aku mencicip kata sepatah dua disini, tak molek kiranya dibiarkan blog bersarang.. tak istiqamah namanya. Aih...andai sahaja ada pembantu, pasti lebih 300% produktif hidup aku. Tapi soalnya dimana rasa syukur aku?

Bismillah...
Dikesempatan yang terbatas, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada sesiapa yang mengenali. Ampunkan dosa aku pada kalian. Kerana sesungguhnya dosa kalian terhadap aku telah aku ampunkan ikhlas dan redha.

Terima kasih kepada yang mengajar aku erti kesabaran...
Terima kasih kepada yang mengajar aku erti keikhlasa..
Terima kasih kepada yang mengajar aku erti persahabatan sebenar atau persahabatan plastik sampah..

Aku bersyukur diatas limpahan rezeki yang Dia berikan, kerana ianya bersesuaian dengan takat usaha aku. Artsy Suzie yang aku bina dengan titisan peluh dan air mata. Aku harap akan terus mekar mewangi sekalian alam hendaknya. Di tahun baru ini, aku ingin memastikan perniagaan aku akan berkembang melangkah ke 1 tapak kehadapan...jika diizinkanNya. Insyallah...

Perjalanan zaman bujang yang kian berakhir, aku berharap dapat ku tempuh dalam redhaNya. Aku benar bersyukur diatas kemudahan-kemudahan dan kejutan-kejutan yang Dia berikan disaat ini, kerana aku benar merasakan kebesaranNya.

Alhamdulillah...

Anyway, alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...... :)