30.1.13

100% Handmade website by me!


Tadaa!!!!

Currently sangat busy menguruskan website untuk business dan sangat busy merencanakan masa depan, dan terlalu busy untuk study, ops..

Take a look to my beloved website eah! 100% handmade by me myself and i... auw!!
Terasa vanggee..vangge sangat-sangat dengan kejayaan menggeledah maya seharian dulu..now dah bertapak pun A.Suzie ni.. amin - amin...





Mwahh!!!!!


27.1.13

Aku Ini..

Hati ini,
ada bisik berirama..
ada tangis bermelankolia..
Hanyalah sekadar rasa-rasa..
Sementara.

Perasaan ini,
ada dia yang ku cinta..
ada kau yang aku rela..
Hanya sekadar detik-detik jiwa..
Insan biasa.

Jiwa ini,
ada ombak mengalun hebat..
ada jurang mengusur lebat.
Sekadar bergolak melonjak..
Berasak.

Cinta ini,
ada penghuni tegarnya..
ada penyaman tenangnya..
Bukan sekadar pendamping di dunia..
Yang Esa.

:)

22.1.13

Felt Pillows ku..


Nampak tak, penuh dah ...
Sempat ker nak siapkan semua order?

Anyway...nanti japgi ada pengumuman best!!!!

Yeay!
Tata.

19.1.13

Pelangi Senja ll

Dalam kesamaran cinta,
bertemankan senyum, tawa dan air mata...
bersaksikan anjakkan purnama, pertukaran aksara...
ternyata kau tidak pernah ada.
jelas...hanya mainan bisikkan duka.

Mencintai apa adanya,
menemani tiap hari bertemu senja..
mata ku pejam buat ubati lara,
hati ku yakin...
Dialah orangnya....
Sang pelangi senja....

Di hadapan ini kelam tiada rona, 
bersisa di minda sekadar bayangan semata..
hari ditempuh dilata..
malam dipadam tirai maya..

Remuk sekeping hati,
hancur di birai impian...

Sesekali dalam impian,
khayalan bergabung kenyataan...
Sesekali dalam hasrat perasaan,
dongeng cinta ini berkehujungan....

Terjaga dari mimpi lena,
terlihat senja nan bersemayam...
pelangi indah tesergam..

Dek malam nan berinjak datang,
menggelapkan tarian keindahan....

Bergantikan purnama indah nian...

19.01.2013
07:42 PM


Ku bermimpi engkau kembali, 
wajah tenang kau berkata ...
''..sayangaku cinta..''
Namun kita takkan bersama, 
dikau pergi takkan kembali...
Sesal, ku kecewa...

Wahai sang pelangi indah, 
..yang muncul seketika, 
..sayangnya tak kulihat...
..dan kini tiada.....

( Sambungan Pelangi Senja l )

18.1.13

Kita kena belajar bsersyukur..

Entry adalah emo sangat.  ᕦ(ò_óˇ)ᕤ

Laman sosial medan meluahkan perasaan. Percaya atau tidak? Medan memperolehi infomasi secara pantas dan juga tempat membincangkan segala jenis isu semasa yang tengah hangat diperkatakan.

Itulah kehebatan laman sosial.

Sekarang ni, boleh dilihat bahawa setiap kejadian yang berlaku..sepantas kilat dapat dihidu masyarakat  umum secara mendadak. Isu tersebut dijadikan perdebatan awam, isu tersebut dijadikan 'trend' dan dek kerana isu tersebut jugalah, mampu menjatuhkan dan membangkitkan sesetengah pihak, dengan sekelip mata. Kalau tidak dengan sekelip mata, mungkin dari masa ke semasa.... Apabila hari-hari disogokkan dengan perkara serupa.. Hal yang pada dasarnya sekadar pengetahuan bertukar membentuk kepercayaan, dan akhirnya ikutan. Trending! 

Baiknya disini, Demokrasi jelas dipraktikkan dalam negara, suara didengari, atau lebih jelas dalam konteks kini, komen jelas dibaca.. rungutan dibaca, hinaan atau kejian.. tak kurang juga pujian, sanjungan atau kipasan turut dibaca. Di 'Like', di 'share' di ulang tayang untuk di 'komen' semula dan berterusan-berterusan... 

Yang akhirnya meninggalkan persoalan di minda bagi yang rapuh pendirianya, di hujung pertimbangan yang kurang bijaksana...suara-suara maya tenggelam begitu sahaja, suara-suara konon menuntuk keadilan, memohon pembelaan hanya tinggal sekadar sususan bisu aksara-aksara,  yang memberkas pekat dalam jiwa kita hanyalah api benci, dendam atau dengki yang menyala-nyala... Itulah rakyat kita.

Zaman IT, sesiapa sahaja mampu membina pengaruh, siapa-siapa sahaja mampu melawan arus. Membelakangkan ideologi tersembunyi dengen mengkedepankan topeng hasrat murni. Semuanya tumpas dengan kekuatan teknologi, dek rapuhnya secebis jati diri... Tapi mengapa ini terjadi?

Peningkatan teknologi, apakah menendang keras aspek rohani diri? Semakin ramai yang membuang masa di dengan it dan akhirnya merengkuh licin titisan insani diri? Hingga membawa kepada kerakusan duniawi...ketamakkan hartawi. Ade ker hartawi? Hee...

Bukan apa, stress la.. aku suka menjadi pemerhati.. sikap manusia, aku suka baca komen-komen masyarakat Malaysia rumet aku cakap aku buang masa stresskan diri bila terjadi sesuatu perkara. Disitu sedikit sebanyak aku dapat mentafsir sikap orang kita. Nampak tak kepohci aku diditu?  Bukan bias, dah nama pun pemerhati bebas, konon so bebas juga aku memberi interpertasi.. Kita selalu tak bersyukur .. ada sahaja yang tak kena, kenapa? Kenapa ada sahaja yang tak kena, itu tak kena ini tak betul sana ada silap situ ada muslihat... masing-masing persis mahu memegang pistol membutikan aku dia engkau mereka salah... salah belaka. Aih...

Kerana kita terlalu cintakan dunia.. subhanallah....dan kita sebenarnya terlalu selesa dan bahagia di bumi ini. Kita takkan pernah rasa cukup selagi kita diberikan segala nikmat. Nak tahu tak, dunia ni  ada 2 sebab mengapa manusia tak bsersyukur : 

1 - KITA SERING MEMFOKUSKAN DIRI PADA APA YANG KITA INGINKAN, BUKAN PADA APA YANG KITA MILIKI.

Kadang-kadang, kita terlalu berwawasan. Terlalu berimpian, aku pernah begitu.. aku bercita-cita besar dan akhirnya aku resah 24jam. Kita, akan kurang menghargai segala yang kita miliki di depan mata..apabila kita terlalu mengejar yang jauh di hadapan sana. Kita tak menikmatai apa yang dimilik, kita akhirnya resah...gelisah..gusar dan hidup tiada makna. 

Sedangkan, kita mampu hidup bahagia dan gembira, apabila kita bersyukur.. Cukup-cukuplah menuntut itu dan ini dari situ dan sini, kalau tak ada lorong rezeki disitu...Tuhan yang maha adil dan kaya takkan membiarkan hambanya hidup merana tak semena-mena kerana Dia maha mengasihani lagi maha melihat. Mungkin ada pihak tak dapat kelebihan dari segi itu, tapi dia dapat dari segi ini. Tak dapat bonus, tapi dapat kesihatan tubuh badan & hati senang.. makan duit riba berjuta, tapi hati sengsara and hidup tak berkat. So nak duit bonus atau nak duit riba?
2 - KECENDERUNGAN MEMBANDING-BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN

Kita rasakan orang lain lebih untung, lebih cantik lebih kaya lebih mudah dapat kerja gaji baik dari kita..sedangkan kita rasa kita layak di tempat dia..

Percayalah duhai hati, tuhan yang maha bijak mengatur segala sesuatu yang terbaik tidak akan tertidur dari melaksanakan tugasanNya. Mana mungkin sesuatu yang memang hak boleh dinafikan takdir. Dan mana kita tahu setiap yang terjadi punya hikmah tersembunyi? Mungkin kalai kita berkeras untuk memiliki, kita akan jadi jauh lebih turuk dari sekarang yang kita lalui... Jadi, masih nakkan yang orang tak? Sini ada satu kisah :

Tempat : Hospital Sakit Jiwa
Pesakit A : ( Sambil menghantak-hentak kaki ) '' Lulu! Lulu! Luluu...''
Ali : Kenapa ni?
Doktor : Owh...dia menjadi gila kerana cintanya di tolek oleh Lulu...

Perjalanan diteruskan....

Pesakit B : ( Menghantak kepala ke tiang berkali-kali ) '' aaar..Lulu! Lulu! ''
Ali : Orang pun ada masalah dengan Lulu?
Doktor : Dia yang akhirnya menikah dengan Lulu..

Bersyukurlah dengan apa yang diberiNya. 

So, nampak tak disini.. bukanlah beerti kita harus berserah 100% pada takdir, bukan juga 100% redha and tawakal 24jam. Usaha itu perlu untuk melakukan yang terbaik dalam diri. Tapi harus diiringi dengan usaha dan doa. Atuk nenek kita dula usaha mendapatkan kemerdekaan negara, menyatupadukan kaum.. mengapa bila tiada peperangan, tiada kesempitan.. diberi segela kemudahan..kita akhirnya leka? dan akhirnya lupa? dan akhirnya menjadi manusia yang hanya meminta-minta tanpa usaha?

Mari bersyukur...pesanan buat diri yang selalu tak bersyukur... 
Peace! <(。_。)>

''Dan Dialah yang menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur.''
Surah AlHajj. Ayat 066.



( Terima kasih kepada belahan jiwa yang selalu menasihatkan diri ini )

17.1.13

Diary Drina.

Motip sangat tajuk entry. 


Hari ini aku bershopping di pos office, lame tak lame tak.. kalau dah nama peniaga kecilan. Dimana lagi. Siap tu stem la, credit parcel bagai semua beli... renew lesen yang dah mati hampir 4 bulan.. duh.. Kalau la polis tahu aku selama ni memandu tanpa lesen... @_@'

Hari ni saya telah menyertai satu pertandingan.. doa-doa saya menang, kalau tak tempat pertama...sagu hati pun ok. please..please...nak sagu hati jer, ai hantar 2 penyertaan....please, konon judges tu baca la entry kau bedah! pui.....


Perasaan selepas print semua menuskrip yang beratus-ratus keping ialah, PUAS! Ee..kalau la lecturer atau supervisor aku tahu aku tengah pulun benda ni instead of siapkan proposal..... mati kene tenyeh nih.  Anyway...kalau nak buat sesuatu kena sepenuh hati kan...taknak separuh-separuh maka benda takkan menjadi. Percayalah........



Ok. gambar kenangan dengan menuskrip..amin-amin-amin. 
Hope lepas ni karya aku dapat dibukukan..gila bajet bagos kau! 

Ok dah 5.30PM.
Nak balik dari office, melawat kedai pulak....

+____='

16.1.13

My Calendar Apps. o (◡‿◡✿)/''

Mushi-mushi! Currently at my small shop doin nuthin! (¬、¬)

Dari dok doin nuthin dalam kerja dok banyak, baik kita update blog. Dah lama tak update hal diri disini. Entah la agaknya tabiat blogging ni boleh terhenti, kadang-kadang rasa macam ntahapa-hapa jer aku merepek kat sini.. paling kurang, sedih...sedih..sedih... takmau la kan, asal sedih cari blog, asal sedih cari blog...kang orang fikir aku emo, tak grow up! Grow up la sista! Tui~ ヽ(●-`Д´-)ノ

Ekceli... Aku bukan la up-2date sangat bab-bab apps dalam phone ni, bukan la kaya raya nak beli smart phone ikut musim.. harapkan phone pakwe jer, aku cakap tak biasa pakai phone tak smart sebab selama ni pakai yang smart jer.. langsung dapat Samsung ni, dia baru pakai berapa bulan tak tau and takmau tau, so boleh aku wassap-wassap, instagram-instagram, pix-o-matix..Line..facebook, twiteer blabla.. banyak betul tanggungjawab! Dan dia adalah pakai sahaja phone Nokia tak best lama dia tu..takda apa-apa... ada la screen colour, tu pun kadang-kadang phone jadi bengong.. Suh tuka taknak, katanya.. phone untuk buat calling-calling smsm-sms'ing jer... ᕙ(⇀‸↼‶)ᕗ so...aku macam tak faham.

Ok howEva! ..nak cerita fasal apps yang best ni namanya ' My Calendar '. (-^〇^-)Apps ni dah lama, juz aku baru findOut yang ianya best tak terkira, ingat tak dulu-dulu ada buku kecik catat tarikh datang bulan, than kalau tak cukup makan atau kurang zat bulan tu maka bulan akan lambat mengambang.. simbolik sangat.. Than kan ada pulak la tafsiran personaliti kalau datang time bila, tarikh bila.. serius aku suka la benda-benda ala-ala kurafat nih..ada ka kalau datang time pagi tandanya bulan ni kehidupan akan mengalami kejutan besar blabla....so, akan teruja sepanjang bulan menanti kejutan yang selalunya tak mengejutkan sama sekali.  Biasalah dah nama pun budak lagi. :)

So! Dah dewasa tua bangka sekarang ada juga yang still catat waktu bulan mengambang, untuk standby preparation kot-kot ada aktiviti atau tugasan yang dijadualkan tu sekata dengan tarikh bulan mengambang, so boleh bersedia..makan benda sihat elak senggugut, atau nak plan buat aktiviti fizikal etc lah.. most or gurl, akan ingat, catat atau lagi best pakwe ingatkan... deorang ni macam makhluk yang sangat excited dengan time bulan mengambang perempuan.. tak faham. ( ಠ ಠ )

Apps Free ni lalu aku download ke phone aku, icon pun suweet sangat seswai untuk perems.. Tu yang colur pink ' My Calendar ' cewah..

After masukkan security code kita, akan nampak tarikh-tarikh personal kita dan tercatat segalanya secara otomatik bila kita 'tick' on 'start' date..... Bolah tahu next date period, and next fertile date.. baik untuk kegunaan mereka yang merancang keluarga too! Yang belum berkeluarga harap bersabar.. ∩(︶▽︶)∩


 Ada kalendar, Log book,Chart berat badan and ruangan untuk buat note. Mana tahu, nak catat bulan kali ni mengambang penuh berbanding bulan lepas.. jadi air surut berbanding bulan lalu... makanya hujan banyak turun atas desakan mood cuaca...

Nampak tak metaphor kat situ? Hehe... (─‿‿─)

Kitaran bulan mengambang pun akan dikira secara otomatik, duration bulan mengambang pun tercatat secara sendiri.  Ok, macam contohnya dalam gambar ni start 11Jan and belum berakhir, so... 'ENDS' Column tu belum bertarikh lah... Duration pun belum terhitung.. begitu lah kiranya. 



 Dalam bahagian Calendar, boleh buat notes juga, catat la apa yang nak dicatatkan macam dalam gambar tu tercatat tarikh masa senggugut yang dialami. Actually banyak kata-kata maki hamun yang dihambur disitu tapi macam tak seswai buat tatapan yetak... ngeh..ngeh... Berat tu berat ideal i ok sila jangan umpat, walau pun sebenarnya tengah berdiet dengan Felinna... lalala.... (^~^)

Bahagian setting, korang isi la kalau rajin.. kadang-kadang macam banyak sangat aku pun pening, tapi part forum tu best. Boleh bertukar pendapat and bertanyakan soalan-soalan tentang menstrual anda... tanya jer, ade la kawan-kawan akan bagi feedback atau berkongsi-kongsi idea.. best! Soalan unlimited 18sx/sg/pl anythin la.. 

Untuk yang hamil, ada ruangan untuk diisi juga..akan tercatat sukatan kehamilan..tarikh penting and notification penting untuk ibu-ibu yang kali pertama hamil. See..betapa bagusnya apps ni. Bagaikan mempunyai doktor peribadi sendiri! I loike.... (❁´◡`❁)*✲゚*




Add symptom , boleh tick part mana yang berkenaan dengan diri kita, flow heavy ker...lite-lite jer ker, perut rasa begas over ke tak..sakit kepala tak, kuat membuang ke tak..tanda-tanda jerawat di badan atau bahagian-bahagian tuttt.... atau buruk lantak ke tak during menstrual... Semua boleh dicatat. Mana lah tahu, kalau tiba-tiba ada sakit nak jumpa doktor tentang hal-hal kewanitaan anda, atleast benda-benda macam ni boleh dijadikan rujukkan. Kan...kan...senang manyaks oo..



Boleh catat Mood anda semasa bulan mengambang, catat Pill yang diambil, macam-macam hado. Ok aku dah mula rimas tentang KG yang bertempiaran bertempek di sana-sini, saja nak bagi i low esteem la nih.. └(>o< )┘


Sebelum tidur, time golek-golek di katil...benda ni lah yang aku seronok nak isi. Kaji diri sendiri.. mm..ari ni rasa serabai, tick! Rasa depressed...cranky and bored je....tick tick tick banyak-banyak sampai puas.. last-last baru sedar diri tu bipolar. (¬_¬)ノ

okeh, so.. tak payah nak beli buku catat-catat and last-last hilang entah kemana. Zaman teknologi canggih, semua di hujung jari jeeer..... selamat mendownload yeah! 

' i ♥ My Calendar ' o (◡‿◡✿)

11.1.13

Jangan bersedih ..

Jangan sedih yer.. :)
'' Dunia kejam..dunia kejam dan kejam! Mengapa harus begini..kenapa begini, kenapa aku dilahirkan untuk susah camni apasal camtu camni sebab..mengapa..alangkah bagusnya..wahy nasib tak elok why why mandi bunga jum..buang bala or anything lah... **&%^$SVDBNP:)(*&.... ''

Subhanallah....galak bisikkan syaitan, mentang-mentang ada tertinggal 1 waktu.. Aku dapat rasa, hati menghitam semula... :'( Lemahnya aku seorang hamba yang kuasa...

Tadi aku menangis, 1st aku menyalahkan cuaca panas... 2nd, aku menyalahkan kecuaian diri..3rd aku menyalah semua orang... end up aku nangis. Aku memang pakar bab menyalahkan itu dan ini...

Balik bilik, baring...terdengar azan....lantas bertafakur aku sendiri di kamar kecil ini, menyelak kalamullah, merujuk buku La Tahzan kesayangan.. hati terdetik di dalam sayup azan solat jumaat penuh baraqah....

..Jangan bersedih, kerana penyakit yang dideritai akan hilang, cubaan akan pergi..doa akan diampuni, hutang akan terbayar, dan orang yang dipenjara akan dibebeska, yang hilang akan kembali..orang yang melakukan maksiat akan bertaubat, dan orang fakir akan menjadi kaya......

Jangan bersedih, cuba perhatikan awan hitam itu tersingkap terang, malam yang demikian pekat menjadi terang-benderang, angin kencang menjadi tenang...dan bagaimana badai menjadi reda?

Aku harus yakin, itu menandakan bahawa kesulitan hidup yang dirasai akan lenyap, kehidupan akan menjadi bahagia dan masa depan manjadi gemilang.. :)

Jangan bersedih duhai aku, sebagaimana terik sinar matahari akan tetap mampu diteduhkan dengan bayangan..rasa kehausan yang mengcekik akan bisa disegarkan oleh air yang dingin, seperti rasa lapar yang mencengkap yang akhirnya akan mampu dikenyangkan dengan sepotong roti yang hangat..

Sepertimana keletihan berjaga malam yang akan diakhiri dengan tidur nyenyak, kepedihan kesakitan yang diakhiri dengan lazatnya sihat..kerana itulah, kita harus sedikir bersabar dan menunggu barang sejenak...

Jadi jangan bersedih sangat...meskipun para doktor telah kehabisan cara, kalangan bijak bistari telah kehabisan aqal..para ulama tidak lagi mampu berbuat apa-apa, para penyair yang hanya mampu menggelengkan kepala, dan semua usaha nyata tidak lagi berguna apabila berhadapan dengan ketentuan Allah... maka terjadilah qada' dan segala sesuatu yang telah ditakdirkan...

Jadi mengapa aku harus bersedih, harus tabah dan harus bersabar..... :)


Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.. 

( Al-A'raf : 199 )

10.1.13

Aku ada seorang kawan..

Ada manusia tak boleh terima kritikan..
Kita nak ignore,
kita nak abaikan...
kita anggap tu sifat azali....
tapi akhirnya memakan diri....

Ada manusia, selalu rasa dia benar..
Kita tak kisah,
kita manusia biasa...
kita sedar diri siapa...
tapi akhirnya menghempap sanubari...

Kita buat dia sakit hati,
untuk mengajar dia...
Bahawa manusia punya hati ...
punya perasaan...
untuk di teliti,
untuk di jagakan...

Bukan nak tunjuk pandai,
bukan nak tunjuk kuasa...
Aku sekadar hanya insan biasa....
Bukan juga anak siapa-siapa...

Tapi bila terlalu banyak aduan...
''Ehh ur friend tu kan....''

Why dia annoying ...
Why dia sarcastic ...
Memeluatkan...
Menyakitkan hati...
Tak sensitive...

..and '' that is your friends kan? ''

Siapa tak resah di hati,
aku harus fahami seorang kawan yang terbang tinggi...
mendidik,
mungkin dia perlu difahami...
mungkin dia perlu belajar menghormati...
kerna atas dunia tak semua di celah kaki...

Setidaknya...
belajar menghargai....

Bila jadi begini,
Bila aku jujur menasihati cara aku sendiri....

Akhirnya aku dicaci lagi..
Bukan pertama kali,
bukan kedua kali,
tapi dah masuk ketiga kali...

Di warning...
Diulangi..a
ku diwarning kawan sendiri...

Tersentuh hati, tapi aku tak kisah apa pun nak jadi...
Manusia, sikap dan tingkah laku sukar dikawali...
Mungkin dia memang begitu selamanya sejati...

Namun satu yang harus diingati,
aku bukan manusia tak kenang budi....
aku bukan akan muncul bila membutuhi...
aku bukan yang datang bila senyum mewarnai..
..dan hilang bila air mata mengalir sepi...

Bukan..bukan bukan...

Tapi adakah mungkin dia yang takkan mengerti...
dia yang tak pernah berada di fasa yang aku rasai...
dia yang bahagia dan takkan kenal derita dunia ini...
dia yang melihat orang lain, mengikut kaca mata sendiri...
dia yang terlalu bangga, dengan apa yang dimilik...
dia yang hanya suka pada seseorang yang punyai specialty...

Pesanan dari sekeping hati yang telah malas melayani :

Belajarlah berkawan dengan ikhlas hati,
belajarlah menghormati perasaan manusiawi...
belajarlah sensitive dengan perasaan orang bukan hanya perasaan sendiri...
belajar berdunia, jauhkan ego di hati...
belajar merendah diri..kawal kata-kata yang sering menyakiti...

Bukan untuk aku, kerna aku tahu siapa kamu..
Tapi bila bersama yang lain,
yang tak kau kenal habis isi hati...
yang tak kau tahu latar belakang asal dari...
yang tak kau tahu punya hati atau telah mati..

Dan pertualangnya diri ini....

( dan esok..mungkin amaran ke-4 aku terima lagi )





9.1.13

Lucky girl


Semuanya bermula dengan sebijik kek, dan akhirnya mood aku bertukar baik! Awesome! Yer..memang hanya dengan sekeping gambar kek diatas... Kak iati sangat suka kek tu, how i wish i can fulfill her dream... Nanti nak ajak En.B buat sama-sama lah...  

Today seharian aku baring di kamar, tak keluar kemana-mana, En.B ajak keluar tapi i said NO NO NO! Sebab mood tak ok, still merajuk'ing and bila gurl merajuk..dia takkan nak pandang muka bf dia kan...sebelum berlaku adengan dera mendera 18SG, so baik tak payah jumpa, but than keluar enjoy joli kataks with my beloved kakak-kakak lah yippi lala!!  Semuanya bermula bila aku menulis note-note emo di Facebook, segala need crying shoulder gelabah semua kebenda tu biasalah aku... and kebetulan kak iati pun tengah moody... and other kakak-kakak pulak lapar... so plan makan adalah therapy terbaik dikala ini, plus Kak fai live from UIA datang buat thesis correction..so, why taknak hangout kejap kan... owh i miss kak fai... hugs! <3 p="p">


Kadang-kadang, bila sedih atau emo..aku nasihatkan tak payah nak jumpa kekasih atau pakwe bagai. Sebab deorang ni not really helpful..beter jumpa kakak-kakak atau kawan perempuan. Watchout!! jangan jumpa lelaki...dun aver talk to guy when you sad atau tengah emo...nanti kaum-kaum tu akan amik kesempatan di dalam kesempitan, tu kata-kata En.B.. bila perempuan dalam kesempitan, lelaki SURE akan amik kesempatan.. tu berdasarkan pengalaman lar haha... nak ker? nak ker? I taknak oke... 

Bila jumpa kakak-kakak, hati some how rase tenang jer... rase seronok tertawa, buat joke bodoh, and gossip'ing opkoz.. and tanya perkembangan-perkembangan itu ini.. seronok ok, aku dah la takda kakak, takda abang, ada adik tapi dah jadi laki orang...takda kekasih gelap semua takda-takda.. so pada siapa nak ku sandarkan percaya kalau bukan kakak-kakak... ehem, En.B pun ada tapi pakwe kite lite-lite lah.. kene behave attitude bila dengan pakwe, tapi dengan makwe-makwe kita ALL OUT ! Gittew.


Ini kak faifai, dah jadi pensyarah di UIA ... dah berjaya and menjadi idolaku selamanya, sayang gambar muka takda sebab terlindung dengan camera.. dia sangat happy go lucky, adorable and positive.. sentiasa memberi nasihat bernas and membimbing aku ke arah kebaikkan..alhamdulillah....


Ni semua pun bakal-bakal pensyarah, let me introduce sorang-sorang... kak Yaya which is kakak kak iati pun pensyarah usm, kak iati pun bakal pensyarah after settled her PhD diz year.. Kak Naddy pun... Linda pun tengah PhD and aku adalah satu-satunya yang takkan sambung PhD pasti, kalau aku sambung maka pakwe aku akan risau duit hantaran naik lagi... huahua....maka lambat lagi aku kawen hahah! ok gurau gurau gurauuu....

Aku sangat bersyukur, aku ada kakak-kakak yang selalu bagi nasihat baik-baik and membimbing aku. Kalau aku lambat solat..maka telinga akan rasa nak bernanah kene ceramah.. ceramah ok lagi, kalau jerit tepi telinga adalah takleh blah rasa nak continue dengan zikir sekali solat sunat segala...huehue... Kalau aku ada masalah dengan pakwe pun aku mengadu dengan they all, so pakwe aku adalah kne behave dengan kakak-kakak aku yang selalu buat muka garang bila ketemu... sian my En.B.  Kadang-kadang, kalau aku tak boleh uk ukk pun aku bagitau kakak-kakak aku... penat juga deorang layan tapi aku suka jer tengok muka-muka stress deorang time terpaksa melayan kerenah aku... hugs!!

Aku berdoa, persahabatan persaudaraan kami akan kekal hingga selama-lamanya, hopefully aku takkan melupakan mereka sampai bila-bila.. semoga tuhan memberkati hubungan kami semua, kerana kakak-kakak aku semuanya baik-baik dan tak pernah tinggal solat, which is buat aku kagum sebab aku is liat gila subhanallah tak leh istiqamah lansung.. +_=' They all selalu buat kebaikkan and yang penting punyai  hati yang ikhlas and penuh dengan kasih-sayang... im such a lucky gurl in this world alhamdulillah...

Ok done ! Sengaja nak catat kenangan malam ni...gudnite semua!

** Gudnite my sweetie pie 





8.1.13

Aku yang menggelabah.

Dalam banyak-banyak blog, rasa blog ni yang paling tak stabil. ..sama macam owner blog sendiri yang tak pernah stabil. 24jam is kelangkabut 24jam is serabai and menggelabah tak habis-habis. Aku pun tak faham dengan diri sendiri..tak tahu nak tunggu siapa nak fahamkan. Penat stress nangis..penat stress nangis, nangis penat..STRESS.

Yang pasti, kebarangkalian aku untuk stress sampai menangis makin meninggi kalau aku tak mengaji dalam 1 minggu yang tetentu. Sebaliknya kalau aku ada buat bacaan ayat suci..hati ni jadi tenang sikit. Kalau aku melagha....merepek-meraban atau buat salah pada orang, buat dosa ka...tak bayar hutang atau tak infak rezeki kat kawan-kawan ..  comfirm! Akan ada satu hari aku meroyan.. Tu lah aku. Complicated.

Sama lah kesnya minggu lepas and minggu ni, tak sempat pun nak mengaji..baca status facebook opkoz hari-hari tu sempat ok.. Ada waktu subuh yang aku tak tunai, ada tanggungjawab yang tak berapa terlaksana.. tunda-tunda. Akhirnya..jeng jeng jeng... depress la.. badan dan rohani aku buat tunjuk perasaan kaw-kaw bagi aku siksa.. Somehow, aku menganggap ini salah satu kurnianNya , maybe Dia kesian kat seorang hambaNya yang meraba-raba di dunia ni mencari tali berpegang, kasih pada hambanNya ni yang kekurangan kasih-sayang.. haha.. Terima kasih Allah atas peringatan... :)

At the end of the day, bila tubuh dah benar tak berdaya..hati dah lansung longlai and minda dah tak mampi fikir yang sewarasnya. Aku akan lansung memilih untuk mengadu kepadaNya. Meraih kekuatan dari pencipta, mohon diberi petunjuk kebenaran atas kebenaran yang di depan mata... sungguh benar, Dia telah menunjukkan jalan namun aku selalu selingkuh lagi dan lagi... Jahatnya aku. Tsk~

Mungkin aku fikir banyak, tapi aku rasa bukan fikir banyak..cuma terlalu membaca di sebalik yang tersurat untuk melihat yang tersirat. Dan itu tidak salah.. still, bagi aku jer lah. Harga yang aku perlu bayar tak mahal, cuma keresahan di hati dan menerima tuduhan tak henti-henti. Dan tahun yang berlalu menyaksikan aku yang diam membisu..aku yang memendam ini itu..aku yang redha dan membiarkan semua berlalu. Aku harap tahun ini semua itu takkan berulang begitu... takkan.

Dan tahun ini, setiap keputusan adalah hak milik aku untuk menentukan masa depan aku. No more attachment yang menghalang ini itu, no more perancangan yang mendesak aku ini itu.. Tak juga kekhuatiran yang menyekat setiap hala tuju.. Hanya kita mengerti kita, tak ada siapa-siapa akan sanggup memahami setiap jiwa.. so, menarilah dalam tarian sendiri.. berjalan atas jambatan sendiri dan tujulah ke matlamat idaman hati.. yeay!

Sehingga saat ini, diri ini takkan berhenti mencari penyaman hati..
Assalamualaikum.


1:12 PM
8/1/2012
Katil Asrama

ah..

Malam ini segalanya indah,
..bila durian buat aku muntah...
..air mata jatuh melimpah...
..harapan tinggal sampah...

Dek hati penuh amarah.

5.1.13

Teman pengganti !


Tiba-tiba rasa nak letak gambar kawen member aku si Azreen Yakuza, selamat pengantin baru noh... Anyway...hari ni hari business aku, maka tak ke mana-mana instead of kedai sahaja...menyiapkan order sebakul dengan my beloved uncle and auntie and kazens, hopefully someone akan buat suprise dengan kehadiran tak diduga dengan sate di tengan, weh berangan siot.... Kadang-kadang, rasa nak give up dengan business renyah ni...jenuh pitam mata-mata pecah jemari-jemari.. Tapi cannot sebab i sayang business i macam i sayang diri i sendiri.. sayang ke?

Anyway! aku stress. Terimalah ke stress'an aku ini. 1st, sebab stress manusia yang menyibuk hal aku, kedua stress sebab manusia yang menyibuk hal ex aku. Herlo....iols tak ska! Haa..see, betapa ramai manusia tiba-tiba akan call aku bagi info 1, info 2, info 3..info 4... lama-lama banyak la info tak penting yang menempek di kepala aku disaat aku memerlukan info yang sejuta kali lebih penting untuk pelajaran haku..kerja aku.. ~__~'

FYI..yes! saya dah breakup 8 bulan lalu...., dah ada teman pengganti dah pun secepatnya alhamdulillah, takdela sempat nak merana atau frust menonggeng-nongggeng menyalahi takdir bagai. I take it as..ketentuan illahi....thankyu Allah..loveyou so much! Please doakan jodoh kami..

FYI..ex i pun dah ada teman pengganti which is make me feel sooo fuh!Alhamdulillah life must go on babeh...stop cryin and start smiling...im hapy for you seriously...  But i is tak nak kutuk-kutuk lover orang like u do ops! Congrats! she must be 10 thousand better than me, and i believed in destiny...auchahh... please doakan jodoh mereka too..

FYI lagi...please stop kait-kaitkan i dengan dia..i dengan dia..i dengan dia... sure, dia pasti stress ber'exkan blogger gampang macam i yang ada informatin board di maya ni, semua boleh update semua boleh tahu semua boleh view... so, pity him as well.... stop kaitkan dia dengan aku and bagi peluang orang lain meneruskan hidup sendiri boleh? Pity his gf too...pity my current En.B too.... see, betapa banyak orang harus dikesiankan?  Faham tak..

Takdir kita dah tertulis, sejak di loh mahfuz.. 8 juta tahun sebelum terbentuknya langit dan bumi.. Nasib setiap insan dah di rencanakan illahi, kita boleh mengubah qada' tapi qadarnya masih di tangan Rabbul izzati. Jadi manusia...harus menjalani setiap ketentuan dengan yang terbaik sekali.. Ngerti kamu?

Dalam hal aku, aku akui pernah tersungkur dulu... bahana facebook, gambar masa couple beribu.. tak termasuk yang di tag.. yang di edit, yang senonoh yang tak berapa senonoh... menurut darah muda, menurut hawa nafsu dunia.... kemudian, bila yang direncana, yang di yakini akan menjadi...yang pasti akan berakhir dengan somethin..akhirnya tidak jadi. Tidak linear dengan yang di aimkan diri... semua yang berlaku MEMAKAN diri... masa tu, nak sesal pun tak guna, nak undur pun tak boleh dah... masing-masing hanya perlu teruskan hidup dengan lebih matang lagi... seperti yang sedang aku lalui saat ini, sumpah aku tak kental mana pun sebenarnya....so tak payah nk inbox cakap aku so strong, adored you blabla hii

Terima kasih kepada teman pengganti, terima kasih atas kehadiran baru disisi masing-masing kami. Meneruskan percintaan dengan manusia pnya masa silam yang panjang bukan mudah, teria kasih En.B kerna menerima aku adanya aku...cuba memahami aku, mengkaji perilaku aku sentiasa...walaupun kadang-kadang aku rasa serabut, tapi saat terpandang wajahnya... nak cepuk pun tak sanggup. Yeker tak sanggup?

Okeh, customer dah wassap-wassap me... dan calling-calling me.. tak sanggup nak angkat, rimas ok..sungguh tak boleh nak tengok ai berulaq sat. Makanya ayuh bersiap ke kedai sana... hari ni hari yang panjang, harap semuanya sempurna dan gembira....

Ingat! Manusia tak boleh hidup sendirian..kalau tak ada kawan, kne ada keluaraga..kalau tak ada keuarga  tak ada kawan, at least  kena ada teman.... yang penting, ada tuhan :)

Assalamualaikum...tak jawab dosa, jawab ..cinta! 



3.1.13

Azam 2013

Yes! Kita perlukan terapi diri...

Lately, emosi adalah terganggu lantaran tuntutan yang makin menjerut diri. Sungguh benar siksa menghadapi tiap saat di hadapan laptop semata-mata mencari jurnal mencari bahan bacaan mencari bla-bla nak sebut pun malas.. Makanya, kepada kawan ku luah perasaan....

Thanks juju, u sangat memahami isi hati ai.. the day u pick me up and paksa i luahkan segala masalah and keresahan..the way u suruh ai tidur and bangun pagi untuk mandi and even paksa i shampoo rambut... serius ai hargai sangat-sangat, the way u risau i merempit sorang-sorang sampai seberang sebab tension... buat i tersentuh.. thanks a lot fwenz.

Kadang-kadang, bila terlalu lama sendirian, kita fikir kita bakalan sukses menguruskan semuanya, sendirian rasa bagus untuk menyelesaikan semuanya sendiri...end up, kita rebah sendiri dan ditertawakan sang bayang-bayang.. Saat itu kita sedar, kita perlukan kawan...sahabat.. Dan erti sebenar sahabat, ialah memberi tanpa dipinta, memahami tanpa bersuara... hadir sentiasa disisi kita... terima kasih tuhan, temukan aku dengan Julie ini... :)

'' ..erin you fikir banyak sangat, dalam keadaan you yang perlu fikir and manage banyak hal pun you still boleh fikir bukan-bukan dengan banyak sekali, no wonder dah sewel macam ni..'' ahaks... kelakar kan? Seharian Juju memotivate aku yang de-motivated ni... well, siapa lagi tempat aku bermanja kalau bukan dia... thanks juju!!

''..kadang-kadang kan, i rasa orang macam you yang messy ni perlu hadir dalam hidup i yang terlalu discipline and well structured well planning ni supaya i jadi normal you tau tak..kalau tak i jadi robot jer.. haha! '' Aduh..macam-macam ...

Juju..juju... tanpa minah ni, sure aku bengong sensorang. Walaupun antara kami, tak pernah bertukar hadiah mewah setiap kali ulangtahun....antara kami tak pernah ada date yang enjoy berdua and shopping sama-sama ( kecuali shop girl thingy ).. walaupun antara kami sangat-sangat tak ada komitmen... kalau aku free dia busy than its ok. Kalau aku busy dia free...pun its ok.. kalau both free and malas meet up..it STILL OK! Just seminggu sekali dia akan tetap call aku...rindu katanya... kalau wassap tu.. macam bercinta, haha...dasyat penangan orang yang rindukan ai oke... please percayakan ke-sweet'an dalam ke'cool'an ai... lolz

Ok anyway.... selamat tahun baru!!! Happy 2013 uols... gile ramai kawen ini tahun, ai jer tak kawen-kawen sebab terikat dengan pertunangan dengan sang pelajaran nih... pfft!

Azam tahun baru aku, last year apa eah...diz year is mmm...

1 - Takmau fikir banyak
2 - Sayangi diri
3 - Sayang pakwe, ops!
4 - Bangun pagi!
5 - Habiskan thesis!
6 - Tegas dengan diri dan orang lain.
7 - Taknak bunuh dari. Gila!

Ok so far tu jer...esok-esok mungkin ada perubahan bersesuaian dengan mood ahaks. tata uols.. :) ( budget ade orang dok baca entry kau bedah! )