30.11.12

Tips Kecantikkan!


''..oh baby..baby...ku yakin engkau cantik! Ku percaya kau baik! ku yakin pasti ada lelaki yang tertarik..lallaa...''

''..engkau memang cantik..memang tidak padan dan tidak sepadan...'aku orang kampong~''

''..cantik! param..pam pam...hai cantik jelingan matamu mempersona...''

''..Rasai kehangatanku, cantik seperti ku....!!''

Ohww....soo banyak lagu memuji wanita cantik! Yes aku cantik kau cantik semua cantik...kalau rasa tak cantik, try pandang dengan hati kecantikkan tu pasti bersembunyi...kerna apa? Kerna cantik itu untuk yang paling layak dilihat jer... wah gitu!

Kalau tengok orang yang nampak sekali imbas tak berapa nak lawa, kalau tak berapa nak menggoda...aku akan renung lama-lama.. aku akan cari kecantikan dia dimana.. haaa.a..tula kerja aku, dan bila aku dapat jumpa ciri kecantikkan tu pada orang tersebut... aku akan menikmatinya dan mengagumi kebesaranNya... sungguh!!! Sebenarnya mereka lebih cantik dari kau noks!

TATAPI! Kalau yang cantik memang nampak jelas sangat lawa howt and mentop... memang aku pandang jer...cuci mata and aku akan renung-renung sampai aku jumpa part yang tak berapa cantik pada orang cantik tersebut.. Baru aku puas hati kih..kih.... haaa..adakah aku gila weh?

Alhamdulillah...alhamdulillah....manusia diciptakan sempurna semuanya, tuhan maha sempurna dan menyempurnakan jangan lupa na..... kalau tak sempurna dalam, ada luar yang elok..kalau luar ok, dalam tu maybe kurang...ntah la, adil saksama pokoknya.... haruslah syukur yeah!! Tapi selalunya yang buat orang tak nampak cantik tu, diri kita sendiri larh.... nak touch up ciptaan tuhan.. mata hitam nak mata purple... celak hitam nak tukar biru..ops terasa ai!

Aku? Apasal untro panjang sangat nie....aku sebenarnya tengah remove gambar-gambar aku dalam media sosial dan blog dan seumpama denganya... kalau dulu aku rasa aku cantik, aku rasa aku minah korea wannabe yang berdarah melayu tak reti cakap inggeris...aku rasa aku style and unik.. *tampar muka sendiri aku rasa nak semua tengok aku cantik and suka aku cantik... tapi sekarang takmo larh... tiba-tiba rasa malu..... :'(

Malu la...orang tenung-tenung, namo lah nak cantik-cantik... segan sangat..tapi minat aku terhadap amik gambar memang takkan berubah la, takes time..hope album webcam dalam laptop ni dapat kurangkan jumlah gambo camwhore aku insyallah..... punya lah suka melaram!! Adoi.

Aku tetap akan berhiasa...tetap dihatiku! Tapi berpada-pada...
Uols...jangan lupa berhias juga, jangan aku jumpe tepi jalan kang busuk comot dan tak berseri kusam belacan naaaa.....jangan salahkan aku korang tak cantik nanti, takdak pakwe kang tak tau laaa..ops!

Ok bye, dah penat study tadi...so saja nak bebel, now aku nak kemas bag, lari ke surau attend meeting keusahawanan USM at 5pm and......ntah?

Salam and appy friday uols!!
Jangan lupa kerat kuku ari ni namo panjang-panjang..buruk dan TAK CANTIK!


28.11.12

Reporter@Editor

Mornin everyone! Subuh tak? Alhamdulillah....doa dikala subuhlah paling mujarab bagi kita umat islam, dan doa lah perisai kita umat islam..dan doalah mampu membuat kita kuat, sekuat harimau! Aummm..... ecece...

Semangat aku bangun, menahan mata dalam keempukkan tilam and kelembutan kain kebaq (selimut) sebab nak siapkan skrip news untuk November edition, aku memang sedikit perah otak karang news script kali ini sebab  nak tukar style penyampaian untuk newscaster nanti... dengan harapan, after diz webtv unit kami akan naik ratingnya, hopefully...hopefully...  her..her...

After beberapa jam, its done! Yeay....ketara otak belum 100% beku keras. Dengan senang lenang search google translate sebab news in english. PFT!!! ''how i wish my english ability was as good as my mandarin. Tsk!! :'/  '' tu lah status pagi tadi.... macam nak menangis translate news okee..huk!~ Ingat Google translate tu bagus sangat ker...english dia pun lintang pukang lebih kurang macam aku jer tengok... thee..hee...

Sekali skrip diriject!!! HAMAIGAD! Dan yang best diriject oleh editor news yang bukan dalam pengkhususan journalism. Yang belajar on new media, graphic, production bla bla yang takda kena mengena dengan reporting. But its ok...cool, sebab tak salah menegur untuk kebaikkan..tapi katanya ..'' buat skrip main-main eah? '' Wah...welldone! Here goes my lovely molly morning Gone!!! 

Well..well well... sedar tak? bahawa inilah yang menjawab persoalan tentang, mengapa sesuatu institusi tidak berkembang, tidak mengikut kemajuan atau pendek kata.. tak berani mencuba sesuatu yang baru why macam tak pendek kata pun?. Di takuk lama kerna tidak berani bereksperimen. @_@' Haa....memang sebab ini, sebab tak respect idea orang lain weh.......

Mungkin ucapan standupper tak formal di awal pelaporan, tapi bukankah itu untuk menarik minat orang ramai untuk merasa santai semasa awal menonton? Takkan awal-awal ayat dah somethin like ....'' fenomena pembangunan besar di mana perbandaran itu sendiri ...blabla..'' Bukankah itu memengantukkan? Berbanding dengan ...'' tidakkah anda tahu, bahawa sebenarnya...blabla...'' bukankah itu menarik audience untuk turut menonton hingga saat akhir semata-mata kerana lead story yang penuh unsur suspend?

2nd : Nak jump terus main point ker dalam penyampaian awal setiap berita? Seronok ker perkataan awal macam ...'' mou ini bertujuan untuk biiw dbdoringlf;.435...'' atau ''..  Budaya yang saling bersinergi untuk pembangunan masyaraka..aiuq7tdpwdy...''   Ape bersinergi? Tokwan kau faham? Owh..nak nampak class eah... last-last, takda siapa nak tonton disebabkan bahasa yang tak 'friendly'.. kan kan..kan...

Pft..gile puas melepas disini.

Okbye. Nak pergi shooting and gaduh dengan editor@cameraman kami.

^__^ Nakal mode : Officially ON!


** tak payah add, aku tak approve. :)

27.11.12

Demotivated postgraduate

De-motivated mode ON

Bismillah...dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang, ketahuilah bahawa hambaMu yang seorang ini seakan telur di hujung tanduk. Demi cinta, demi cita-cita dan harapan...ilmu di dada telah aku pertaruhkan. Demi mencicip impian, keseronokkan rela aku ketepikan. Namun, jelas terang bersuluh terik... Aku seakan kecundang.

Mungkin benar, mungkin normal untuk seorang student seperti aku untuk merasa down down down atau up up up.. student macam kami-kami bisa terasa down tahap melampau, kalau tak... mustahil ada kes student terjun bangunan bunuh diri semata-mata disebabkan masalah pointer@pelajaran. Down memang down, post-grad student seperti aku pula lebih ls lagi. Rasa nak quit tu anytime anywhere berlegar-legar di kepala... ''..i should quit, i must quit..a.s.a.p blabla..'' Itu normal sentiasa.... 

Tapi dalam kondisi diri ini...adakah lagi kesempatan untuk quit. Aku dah lalui 2 sem yang perit. Ini sem ketiga dan berbaki 1 sem pendek lagi... Tanggal Jun 2013, maka berakhir penyiksaan aku jangkakan. Tapi sejauh mana penyiksaan akan berakhir tanpa usaha selain melakukan perkara sia-sia? 

Kekuatan...kekuatan...comeOn comeOn to me... :')


If you're really stuck, though, take a day off and don't think about it at all, or do some completely different work - may be all you need to come back fresh the next day....

^_^

23.11.12

Malam ini.

Ada bintang yang merindukan malam..
Ada sendu yang menantikan tangis..
Ada aku yang mendambakan dia...

Malam...
Berlabuhlah dengan aman,
..agar kecewa ini padam...
..agar perit ini hilang....

Malam...
Indah mu ku andaikan,
..hingga akhirnya angan ku sandarkan...
..hasrat ku beterbangan...

Dia..
..maafkan atas tiap kelemahan jiwa,
..ampuni titisan rasa yang membinasa..
..sayangi aku usah kau leka.

Aku..
Usahlah dibelenggu dek dunia..
Usahlah diragut cebisan cinta...

Berhenti lah sang hati dari merana.

**Gudnite**


21.11.12

Solat Hajat Perdana untuk mu GAZA & Car Booth Sale in USM!!!


Bismillah... esok petang jum jemput ke USM Penang untuk sama-sama bersolat berjemaah memohon saudara kita di Palestine selamat dari ancaman zionis kejam zalim laknatullah tu....

Bertempat di Padang Kawad USM, depan pintu pagar masuk 


Turut memeriahkan majlis!!!

Jualan amal, membeli sambil beramal..tak payah login CIMB, kami buat untuk ampa..
Beli di booth Artsy'z Suzie Collections, RM10 dari pembelian akan masuk tabung Palestina, so uols dapat bantal..dapat pahala and dapat kesyukuran di hati mengenangkan Malaysia tanah air tercinta tak diserang roket atau bom pun...

Ok, jumpe esoks!

**matilah, proposal dok terkeantung-kanting lai**

=_+'

20.11.12

Jua kaulah insan suci wangian syurgawi..


( antara lirik yang aku suka )

Sampai bilakah kita ini, asyiknya merindu sendiri..
Ada kasih dan ada cinta, tapi terhalangnya...
Oleh insan apa.. materialistik yang menghukum cinta sebegini.....

Bebaskanlah kita ini dibelenggu dunia...

Andai hanyut bahtera, kita rela di lautan gelora..
Itulah rela kita berdua...
Hadirlah kau kasih, nyatakan cintamu doaku yang lama....

Jua kaulah insan suci, wangian syurgawi..
Pekat malam yang berlabuh, aku teguh di jiwa...
... kau tiba jua...

Ingin ku bawa mu bersama hasrat ku..
Meniti suratan agar kenal kebahagiaan..
Takdir kita kasih, tuhan menentukan..serah keimanan...
Pasti bersinar kebahagiaan...

...........................................................................................................

Uncle aku selalu karoke lagu ni tiap kali kami berkaraoke beramai-ramai, aku syak ni lagu cinta dia and makcik aku dulu-dulu.. padanlah aku dah hafal lau ni sejak darjah 3... sebab makcik aku suka pasang ulang-ulang... hahaa

Cinta uncle and makcik memang sejati, aku kagum... :')

18.11.12

Untuk kamu..

..izinkan ku menjaga kamu,
makan minum pakaian kamu...
izinkan ku dipimpin jemari kamu...
dengan halal dan kewajipan kamu...
izinkan ku disamping kamu..
seperti janji kamu yang akan sentiasa disisiku...

Izinkan aku dihati kamu,
sepertimana ku mengizinkan kamu berada di hati ku...

Dan izinkanlah cinta ini akhirnya bertuju.

17.11.12

My 1st car.


Dulu aku memang pasang angan-angan, nak dapat hadiah kereta mini cooper.. time tu aku buta jenama, buta harga kereta. Nampak kecik, budget murah.... punya suka, pernah ada pillow bentuk mini cooper.. Time tu minat color merah..sekarang kalau white color macam lagi style... Selalu imagine kawen naik mini cooper putih.. tak paham pasaipa mini cooper, maybe comel... Orang kata aku suka benda comel tapi aku ganas...macam-macam hal! Apa pun, target nak pakai mini cooper, rasa bila dah cukup kumpul harta....duit lebih-lebih taktau nak buat apa.. haa...time tu aku beli. Buat amik antaq cucu pi balik sekolah pun kira setail la....


Beetle ni, aku suka sebab comel..pun mahai ya amat. Tak tau berapa tapi macam boleh beli rumah. Ai..takkan nak berumah dalam kereta, tau la kereta kau kelas nyah.... hehe.. same as above, kalau dah takda apa-apa nak buat dengan duit... insyallah aku sambaq satu. Buat lenjan time tua pun kira lepaih gak la ngidam tu ye tak..... eh, eh..tapi mana tau tiba-tiba rezeki dapat cabutan bertuah kereta ni? Haaaaaa......punya angan kemain! Kereta ni, aku nak kuning..taktau pasaipa nak kuning....kalau dapat cabutan bertuah kaler hijau, aku nak mintak tukaq kuning jugak-jugak....heee...
Wokeh back to reality! Aku sebenarnya nak keta nih... huks... Myvi Se ni mengancam sebab kaler kuning. Tu jah yang buat aku terliur...tapi mahal kan, tak layak untuk partimer worker macam aku.. boleh memang boleh tapi macam kena ikat perut... ai tak sanggup ai tak sanggup!!!! Stress.... *weh...betul ka kereta myVi senang terbalik? 


Viva elite macam best, tapi takda kaler kuning... aku ingat nak rembat jer keta ni. Senang aku nak gerak takyah nak susah-susah tunggu pakwe jemput amik antar.. Takyah naik bus tunggu bus takyah nak delay-delay kerja lagi... broom...sampai! Wah cakap mudah kau minah... promosi untuk student ada 0% down payment plak tu... aih, dok usyar line jer nih.....tapi tula, kalau travel..jenuh ke tak pakai keta ni taktau... satgi melayang.... hmmm....



Alto ni aku suka sebab comel, tapi takbest sebab takda color kuning. Aku taktau harga dia berapa tapi rasa mahal dari viva kot...ntah-ntah mahal dari Myvi. Aku suka sebab dia kereta comel haha...aku bukan comel sanat pun nak naik kereta comel-comel ni...aku renjong!! tapi tulah...aku suka kereta kecik, senang parking senang menyelit.. time driving tak senang terlanggar divider kot. Tthee..hee.... tak senonoh.


i10! Yang ni comel...tadi time dok tunggu bus tengok sorang mamat naik ni, comel kot kaler biru and berkilat pastu macam cute-cute jer lalu depan bus stop aku. Tak kuning pun takpa..aku suka biru nie....tapi harga pun taktau la mahal ke idok... aih loser gile rasa..semua taktau, serius bukan aku tak usaha cari harga..tapi aku blur bila banyak sangat angka pastu macam ada % pastu ada tahun blabla...kejadahnya?

Hehe....aku macam suka R3 ni.. hehee...rasa macam kereta ni buat aku rasa macho. Tui............................ tapi harga dia, lambatt sikit lah aku nak sambaq~

So, sekarang aku macam rambang mata and rambang wang... nak pakai duit apa bayaq taktau hahaha kelakar!!!! Tapi tula...aku kena ada keretaaaaa....like seriously seriously need a carr..rrrr ~~~~

Aii....sembang kereta sembang kencang macam gaji kau riban-riban... orang dah start kumpul harta, ai baru dok mencari harta sendiri... Orang dah bekerja, ai belajar tak habis-habis lagi... orang dah jalan merata, ai dok cerok ni lagi.... orang dah beranak pinak, ai dok single tapi tak available lagi dah giler bosan, pft~

Sekian bebelan, nak continue cari my 1st car aver.. papai~

15.11.12

Youjie.. xoxo publish!

"bila dua jiwa dah sebati, susah nak dileraikan"

Cinta adalah penyatuan dua jiwa, masa mengadun rasa.. dan akhirnya dua jiwa seolah berkongsi satu hati, belahan hati persis bertemu kembali... Pernah jiwa terdetak, dan hati lagi satu tergegar sama... Pernah hati terlintas, dan bibir yang lagi satu berbicara perkara serupa... Percayalah ini berlaku, percayalah itu indah...Namun mengapa terpisah jua? 6 tahun bukan masa yang pendek...persis membesar bersama-sama... seakan denyutan yang menghela nyawa.... mengapa terpisah jua?

Ehem..ehem... Semalam aku menonton IAD dengan kondisi hati tak berapa happy, entah mengapa munkin penat ku kirakan. Lantas..sepanjang filem berlansung, hati seakan kosong... sungguh benar filem ini gagal aku hadam. Tui! Apa yang best??? Tak masuk jiwa... Onestly, untuk jadi penenang jiwa..boleh lah datang tonton filem ni. Bagi yang kuat fikir bukan-bukan macam aku. Hmmm..... 2.5 bintang. S2S haha. ops.. *sorrytosay

Jum mencela :

1- Tak suka tomok jadi pakwe lisa. Aku imagine bini orang tengah couple dengan laki orang. So takleh terima!


2- Tak suka isu penting yang diremehkan. serumah/serumah lagi/panjat-panjat/cium-cium *not nice to filem Malaysia!


3- Tak suka Aizat punya reason. ''..bila awak takda, saya sunyi..kalau di KL saya boleh jumpa awak tiap-tiap hari, disini saya seorang..blabla9^$*)*{} saya lost tanpa awak wutever...'' Hello loser...kamu tu laki, hal kicik pun takleh setel ker... lagi satu, ...'' saya takde ape-ape dengan dia...saya betul-betul dengan awk jer...dia tak bawa apa-apa makna pada saya kecuali kepuasan dan pengisi kekosongan saya jer awk....'' pft! Kalau lelaki tak boleh hormat other gurl...macamana dia nak hormat kite???


4- ''..kau dah puas dengan dia, sekarang kau nak aku dengar penjelasan kau?'' ohh...my oh my...puas? ai 1000 kali tak suka lelaki sebuat benda camgini pada perempuan terutamanya gf sendiri... tolol, kau fikir perempuan tu tempat kau berpuasa-puas jer? kepala hotak kau juz fikir perempuan tu untuk puas-puas eah? Oh my oh my.....




4 dah la, malas nak tension sensorang... filem ni tak lah buruk 100%, filem ni filem cumel dan genteng...lagi bagus kalau pelakonya pelakon muda, baru and fresh sikit... ok fine, lisasurihani kan cumel.. sangat cumel dan super cumel!! Suka tengok cara dia terkejut and lari lintang-pukan... mimik muka dikala blogging, lansung tak macam aku yang muka nak tension jer..... :P

oh? Fazura tolak tawaran berlakon sebab tak sesuai dengan prinsip? Ohhh.sekarang da faham. So kau diam-diam dah la takyah jadi pelakon bole? Jadi bini orang besar-besar eah...




Beto ok, memang tak handsome, suam-suam jer muka... tapi dia attractive and memukau auw!Boleh gitu? Macam misteri dan penuh pengertian...camner tu?

'' ..awak terlalu baik untuk lelaki macam dia, saya rasa awk lupakan lah dia....''''..kalau dia boleh maki-maki awak and jatuhkan maruah awak depan orang ramai..lelaki apa macam tu?''''..kau lah jenis jantan yang menjatuhkan maruah lelaki dalma dunia ni!..''

Oh my oh myy...

Apa pun, aku nangis time bila eah????Oh....time lisa kene herdik and jerit-jerit dek tomok... mase tu aku rasa emosional terlampau... aku jadi benci lelaki di seluruh dunia yang suka menggunakan kekuasaan diri untuk melemahkan kaum wanita!Aku nervous time tomok purpose lisa. Masa ni aku imagina kalau aku di tempat lisa adakah aku akan melakukan perkara sama... duh...mengapa similarity tu wujud!! Ok tak 100% aku tak kne herdik-herdik eskiusme...tak juga berpisah sebab insan ke 3 4 5... and aku tak pergi istanbul untuk mempercepatkan pertunangan aku juz plan untuk cepatkan kawen jer oppps...


Dalam citer ni, bagi aku sejauh mana indah kata-kata tomok yang berjela-jela... seberapa panjang kata-kata tomok yang explain segala... aku rasa lisa tak goyang pun actually, sebab aku dapat rasa hati lisa da mati disaat dia melihat kecurangan tomok and sifat sebenar tomok bila dia marah... fuh~ 


Tapi aku tersentuh dengan satu baris ayat :


"Saya takkan mintak peluang keduasaya nak satu peluang je." 


xoXO~ ..Publish!!!  

** Agak-agak ending citer aku camni tak?

14.11.12

Diary hati ku...

Padat masa berlalu lewat kini, sedetik jam melangkah...sesaat hari bersilang purnama.... ahh, aku tewas mengejar dunia....

Sehabis jam waktu kerja, ngam-ngam selesai semua balahana.. doa akhir tahun tersasar jua... yang tinggal, doa awal tahun... Happy new year semua!!!! Wee.....!!!*melompat

Langkah aku susun penuh longlai, penat 3 sore di kaki gunung masih bersisa lelah.... Kaki aku susun menelusur jalan dari office ke desasiswa.. Tidak lah jauh, kurang sikit dari se-kilometer ku jangkakan. Bus perkhidmatan hari ini hilang entah kemana, kalau ada pun...tawar hati aku tatap..hujung mata jer aku tengok... Mungkin dek kerana penat.. dek kerana penat badan penat otak, aku jadi penat nak buat keputusan terbaik... keputusan bangang di awal tahun, ialah memilih untuk berjalan instead of naik bus sebab bebal.. mungkin...

Percaya atau tak, sepanjang perjalanan aku berpuisi...monolog aku selalunya indah sebelum berjaya diterjemah dalam bentul lisan... kelebihan naratif spontan ni malanganya hanya buat diri sendiri, belum bersedia kayaknya dikongsikan buat semua...entah mengapa, mungkin aku harus memiliki 1 video cam... arh, duit lagi.

Cinta...ada apa dengannya.
Aku inginkan cinta, untuk disayangi...dimengerti...dilindungi..
Hidup seolah indah dengan cinta..
Cinta membawa bahagia...

Tapi lupakah aku akan derita mencinta?
Mengapa bercinta andai hati sering diluka...
Mengapa memeluk cinta andai jiwa terlara...
Mengapa memupuk rasa, andai sanubari bagaikan penjara...
Mengapa menyandari cinta, andai cinta menghempap nestapa....

Dimanakah lagi cinta yang mulia...
Wujudkan lagi cinta uda dan sang dara...
Atau aku tersiksa kerna aku bukan pencinta biasa....

Persetankanlah...
Gagalkah aku dalam menyelami cinta..
Atau romeo juliet, uda dara... ntah lagi siapa-siapa mengagung cinta..
..merekakah yang loser sebenarnya?
Atau ya...aku yang gagal menghayati cinta...
Gagal menilai cinta..

Sungguh aku tidak tega,
..pada yang memberi dan mengharapkan...
..pada yang menyanyangi dan menyalahkan...
..pada yang memiliki, lalu mengabaikan...
..pada yang mengakui, namun menghancurkan....
Sungguh lillah aku tak tega...

Benar aku curiga,
..pada saat tiada dimilik, namun harus merasakan dimiliki...
..pada saat yang tidak diwajari, namun harus merasakan wajar....
..pada saat kata-kata indah, namun berselumbar bertabur bisa...
..pada saat-saat bahagia, akhirnya disimbah air mata...
Benar aku curiga....

Namun aku tidak berputus asa,
Berharap hati ini masih punya pemiliknya...
Andai bukan kini, mungkin masanya akan tiba...
Andai saat itu tidak pernah akan wujud, mungkin cintaku di syurga.....
Ya mungkin...

Cinta ini milik ahli syurga hendaknya.... 


p/s : Sumpah puisi ilham baru tadi, yang sepanjang jalan tadi puisi dalam hati takleh dikongsi... private mungkin. :)


9.11.12

oh.. my unbreakable hearts ..


Dan yang sebenarnya..
Kita berlalu untuk melihat siapa yang akan mampir...
Kita sembunyi kerna ingin dicari-cari..
Kita menangis, untuk mengetahui siapa yang bakal menyapu air mata yang mengalir...
dan kita membiarkan hati ini hancur, 
untuk mencari siapa yang bakal hadir mencantumkan semua harapan yang telah lebur....

dan kerna sesungguhnya....
Mereka tidak akan pernah menghargai andai mereka telah memiliki..
Mereka akan lalai mencintai andai telah disayangi....
Mereka akan alpa untuk mengerti,
andai hanya kita seringkali rela untuk memahami...

dan kerna benar,
cinta hakiki adalah cinta yang tak tersakiti.

^_^


7.11.12

Makanan dalam instagram.


Bosan hidup kalau tak update blog, sama macam bosan hidup tak update status setiap beberapa jam..bosan lagi kalau makan best-best tapi tak instagram. Bukan apa, nak kongsi kenikmatan dengan semua... justeru tu, peh ayat justeru mai dah.. justeru tu nak tunjuk skill berphotography pakai phone... angle mana lawa angle sapa paling sempoi... justeru gak sebenarnya nak bagi kawan-kawan teliuq... serius aku bengang kalau pic makanan enak naik di timeline dikala perut bercengkorok-cengkerek... rasa nak pihak phone. pft!

Semalam Prof.Khor ada sebut '' ..i tak faham why people nowdays blog about food, hari-hari entry food...untuk apa ya siapa boleh jawab?'' Aiyayaa.....cumel benor ayat prof, so hopefully kalau dia jumpe entry ni....maybe dia faham kot.... sebab nak SHOW OFF! wtfish.....


Ni Nasi goreng Padpau, aku last makan semalam. Sedap gila sebab pedas. Gabungan daging hancur dengan cili padi sama bawang putih.. Time makan harus ade kipas sebab pedas berdesing.. 
Boleh didapati di Nazri Cafe depan USM. 
PRICE : RM4.50


Capati kuah daging.
Harga RM5.00 boleh didapati di Lailis's Cafe USM.

** Kuah mantap sedap melekat, tapi capati segera... 
turnOff~


Nikmat hidup di pulau pinang, Deen's Nasi kandaq.
Ni aku pekena time hujan lebat, beratur panjang pun ai rela you...
Bila makan memang hilang ingatan jap, syurrr ja.... 

Tips : Pastikan amik bendi + telur rebus (kurang kolestrol katanya) + kuah gulai ikan and tentu-tentu ikan sekali yer puan-puan. Papadom PENTING!
** Aku suka addOn kuah daging.

Harga RM3.50 jer!!!


J-Co 
Semua dah tau so takyah explain banyak-banyak.
Sesuai makan time frust atau dikala moody tak tentu fasal dengan hidup.
** Ai suka choco Loco + Alcapone +Tiramisu (takda dalam gamba)

Sila layan sama Mint Choc Freeze yang sejuk-sejuk angin *aum!!! 


Owh sila jangan bosan dengan Laili's

Set Lasagna RM5.00 jer..
Spaghetti Bolognise pun RM5.00 jer..

TurnOn MODE


Nash Donut & Bakery

Ni di Bandar Perda. 1st time try ....donut ni keras sikit and murah sikit tapi yang penting cantik and comel!!
Me and MyKing adalah rambang mata sampai taktau nak pilih apa. 

Ada cake ada nasi lemak ada tomyam semua ada sampai kami pun confuse ni kedai apa, check-check tissue papaer..
''...larhhh....ni sub company under Nashmir Nasi Kandaq ka! Patut carca merba.!!!'' 
Hahaha...lawak disitu.

RM1.30 setiap biji donut
**Tapi yang best, suasana kedai yang tak ramai orang dan sweet-sweet jer..macam selesa dan sempoi. 


Black Forest Choc. Cake.
RM5.00

Vanue : Anjung Semarak USM.
Aku tak berapa suka makanan disini, but when its come tu 'desperado' aku bantai jah...!


NYummmmi!!!!!!!

Me & Myking so the taklehtahan one..
Aktivity bulanan katanya, kalau makan share-share memang alamatnya makan hati. Pft!!

Ini perisa kami :
IceCream Flavor : Choc + Vanilla + TF Fart
Topping : Choc WaferRolls + CornFlakes + Kellog's Mueslix + Oreo Crumbs + Tulip dark chocChips + ChocRice + Marshmallow (nak gummieBear tak dapat sobs... ) + siraman  Hersyey's Choc.Shell

Bole imaginasikan tak?  Sampai hitam legam penuh cup, tak lawa nak nengoknyer...tapi rasanyer? 
Nyum..nyum!!! i loike..


Dah menjawab kenapa ai dah 53kg sekarang?

Her..her...sebab gejala makan makan makan larh, sejak ideology menjatuhkan saham ai bermula huh!!!!

ok, so..semua faham tak maksud sebenar bila kita tulis entry tentang makanan, bila kita ala-ala review gitu? Selain nak showOff kau makan hebat, pfft...tapi sebenarnya secara tidak sedar..kita audience selaku  consumers sedang di comodityeskan (commodity ) oleh produk jualan itu sendiri.. why why why? Kita sebenarnya pengguna yang sedang diprodukkan untuk dijual... adoi penin jap.

Camni, bila ramai dok sebut produk ni gud, produk ni gud, Yang dapat manfaat ialah? Produk tersebut. TETAPI, kalau kita tak kata gud..kita kata bad oh..so bad...demn bad larh benda tu tui!!! So produk tu akan menurun dan tak fofuler.... so kita sebenarnya sedang diniagakan oleh pihak tertentuuu dengan relaaa....

Kalau tak, apasal iklan kat paper tu mahal-mahal? Sebab deorang nak kita takeNote! barang depa dan barang terjual.. deorang bayar mahal-mahal untuk dapatkan hi-ranking, bayar ads di FB sidebar untuk dapatkan juta-juta LIKE. Sebab? 

Sebab kita sebenarnya telah di comodityeskan!!!

=_+' emo

5.11.12

..mimpi yang indah, jelmalah dalam nyata..

Ku menyaksikan dedaun kekeringan,
Gugur ke bumi gersang tiada penghuni..
Tiada mentari, awan kesuraman,
Bagaikan waktu yang terhenti...


Ku menyaksikan seraut wajah cinta,
Yang kehampaan tiada lagi bermaya...
Kini kehilangan sebuah harapan,
Bagaikan cinta yang terkubur.......

Adakah mungkin untukku menghindari,
Gurisan kasih luka dihati......


Jiwa ku resah apakah kesudahan,

Kecewa atau pun bahagia......

Ku yakinkan diri demi rinduku,
Penawar hanya dari wajah kekasih..
Walaupun rintangan datang menduga,
Kutempuhinya kerna cinta membara...


.. mimpi yang indah,
Jelmalah dalam nyata,
Wajah - wajah kekasih...


Ku mengharapkan ikatan kemesraan..
Antara kita akan terlaksana jua..
Walaupun impian dalam kekaburan..
Ku yakin padamu oh tuhan..........


GudNyte ..