28.9.12

Tuhan lebih berkuasa..

Mungkin dia bisa ceritakan pada dunia betapa tulus ikhlas dan setianya cinta..
Namun sampai manakah dia mampu terus membohongi diri bahawa itu semua hanya sekadar dalam pandangan mata ?

Mungkin dia bisa mengalunkan memori luka jiwa nestapa atas perpisahan yang menyapa..
Tapi mampukah dia fikirkan penyiksaan jiwa yang telah ditabur dan aku yang selama ini menelan sengsara?

Mungkin dia akan mendapat sanjungan yang dicita ,
..mungkin dia akan memperolehi ehsan yang dijaja....
..mungkin dunia tetap menjadi miliknya dia...

Maafkan hati ini, telah pudar hancur dan musnah sama sekali untuk kembali bersama...

Dan izinkan aku,
..mendoakan dia bahagia dengan dunianya...
..menjelaskan bahawa tiada lagi setitis rasa cinta.

...yang suatu ketika dulu merangkak menagih hiba rasa cinta.
...yang sauatu ketika dulu, tangis aku hiaskan dengan senyuman mesra..
... suatu ketika dulu, cinta aku hanya bersandarkan pasrah di jiwa.

Tuhan maha berkuasa,
..dan Dia maha mendengar rintihan hambaNya...

Aku kan terus bersujud dan akan terus berdoa.

2 comments:

boni kacak said...

dan awak kena bersabar tau.. ini adalah dugaan dariNya untuk menguji kesabaran dan ketabahan hambaNya.. Dia amat menyayangi hambaNya yang sentiasa sabar

Youjie said...

Terimakasih!!! Sentiasa bersabar alhamdulillah....