Budget sangatlah pengkritik seni.. okeh okeh sekali lagi aku nak kritik filem abg afd. Syhh.... dulu aku pernah kena bambu dengan dia sendiri sebab kritik pedas thru filem tak senonoh beliau tak ingat la tajuk apa..punya tak masuk di minda tak lekat di hati.. ok tak kisahlah.
Aku membesar dengan novel Ahadiat, aku sangat gemarkan teknik penulisan dan cara beliau mampu menangkap aku dari alam nyata masuk ke maya ciptaan beliau...dan 'Untuk 3 hari' memang novel yang best! TETAPI....untuk filem adaptasinya....
Sama cabaran dengan Ombak Rindu..Lagenda Budak Setan... Bagi yang membaca novel itu sendiri comfirm tak pus hati tengok filem lakon semula. Comfirm oke.. Ayat-ayat Cinta adaptasi dulu pun rasa nak nanges tengok...pfft!
POSTER memang mencapai tahap kepuasan optimum dengan ayat tarik penonton OmbakRindu & LBS untuk terus mengambil risiko menonton UTH ini. Fine...teknik pemasaran yang berjaya mungkin.
Pemilihan pelakon amat strong. Aku tertarik dengan Vanidah Imran dan Ayu Raudah. Pftt...tak pernah tak suka pompuan howt ..cis!
☑ Unsur Suspend bagus di awal cerita yang mampu bawa audience untuk terus berfikir dan teruja-ruja di awal cerita. Gud. Tapi aku kan terror bab membaca filem-filem melayu...celah jari der~ :P
☑ Plot agak longgar disana dan disini. Ada melompat-lompat dan asal siap. Maybe sebab kena shrink'kan ploat yang berjela-jela kepada filem beberapa jam. Maka berlaku kelabu mata disitu. Camner nak describe eah...hmm tengok jelah.
☑ Skrip/babak 40% memang tak berapa sesuai untuk kanak-kanak bawak umur. Ok maybe aku tak se-sporting korang foine. Tapi bagi aku, nak selitkan babak lawak tak semestinya lucah kan? Aku tak rasa Ahadiat tulis macam dialog yang dilawakkan tu...tidak mungkin isk isk isk..
☑ Filem Bollywood style yang ketara, tak tau lah maybe bajet nak buat ala-ala Bollywood sebab Vanidah Imran kan howt macam retis-retis bolly gituh...tapi perlukah lebih 50% babak tu closeUp kat muka penuh screen layar wayang, mmm... memang pelakon lawa-lawa tapi aku tak rasa Vanidah selesa bila setiap lobang bekas jerawat di muka dia jelas kelihatan di screen... sampai buat aku teraba-raba pipi sendiri :
Me : B..muka saya macam tu tak?
Dia : Takde lah.
Me : Nanti akan jadi macam tu tak agak-agak?
Dia : iewww..kalau tak jaga.
Me : Takmau..takmau..
Kesian Vanidah......Tapi Positive thinking aku, maybe Abg Afd nak tunjukkan kemampuan barisan pelakon menghayati babak dan ekspresi watak yang memang APlus! Memang jelas la mereka benar-benar menghayati.... ok memang menghayati.
☑ Watak dan perwatakkan bagi aku Kak Ogie macam over acting, aku rasa Razak Mohaideen akan berminat untuk offer Kak Ogie lepas ni, alhamdulillah hehe..Owh watak utama, Afdlin memang sangat mantap, Ayu Raudah pun perfect dan hot! Vanidah & Rashidi takyah disangkal lah.. semua tu otai-otai filem kan kan.... tapi kesian jer belakon dalam filem macam asal siap. Tsk~
Hmm...bab mengkritik NO 1! Tunggulah kau viva nanti camner lecturer kritik kau plak ojie oi!!
Ohh!!! Anyway...aku sangat duduk tak diam dalam panggung rasa asyik terkejut dipanggil-panggil sebab Vanidah bernama Ujie!!! Wahahaa...haruskan nama aku sefofuler itu huahua!! Ujie ok ujie like seriously!! Cukup over acting kampong disitu ~___~'
Nilai and Persoalan, bila bercakap tentang nilai.. apakah gunanya sesuatu filem yang diarahkan kalau ia tidak membawa apa-apa nilai untuk direnung atau dijadikan pengajaran kepada audience kan? Dan persoalan yang dibangkitkan haruslah strong enuf untuk mengangkat sesebuah filem atau lakonan.. meh nak komen gak menguikut pandangan ujie ok...auw~ :P
Persoalan anak derhaka, sejauh manakah anak dianggap derhaka sekiranya tidak mengikut kehendak ibu bapa? Rashidi digambarkan seorang anak yang tak nak menderhaka dan ikut jer telunjuk mak die 100% walaupun kadang-kadang ianya berlawanan dengan kehendak hati. TETAPI akhirnya semua tindakkanya memakan diri bila dia kehilangan cinta suci. So korang terfikir tak? patut ikut ke tak sebenarnya??
Persoalan keputusan hidup, kita harus mempunyai pendirian dalam hidup...harus! Rashidi@Afin seorang yang digambarkan tidak mempunyai pendirian dan akhirnya ia melukakan banyak pihak, sedangkan Vanida@Ujie seorang yang mempunyai pendirian hidup..ececeehh.. dan Vanidah@Ujie akhirnya memilih untuk hidup bahagia.. ahaha apasal aku rasa nak tergelak nih!?
Persoalan JODOH, amik kau huruf bosar.. Jodoh tu di tangan tuhan.. tak kisahlah bagaimana usaha kita manusia. Tapi rahsia Allah yang Dia mengetahui. Dan jangan sekali-kali mempermainkan jodoh..jangan sekali-kali fikir kita berkuasa untuk melawanNya. Mungkin Vanidah tak tahu jodoh dia dengan si Afdlin pada awalnya, tapi see...last-last bahagia jer kan.. Dan di Rashidi dan Ayu Raudah, talak tiga dia lafaskan dengan melulu walaupun si Juwita dah kata..kalau nak nikah lain jangan ceraikan dia.. Dah la howt! Pastu rela dimadu plak tu... Bongok betui si Afin! Last-last baru merana badan...owh kenapakah badan???
Persoalan dilema lelaki dan wanita, mengapa Ujie tega meninggalkan Afin? Sedangkan mereka pernah berjanji untuk hanya berkahwin bagi menunaikan hasrat kedua ibu bapa mereka? Adakah Ujie kejam dengan berpaling tadah setelah cinta yang dipupuk sekian lama kepada lelaki yang tiba-tiba menjadi jodohnya?
Me : Tengok tu, padan muka..ingat perempuan bola ke tolak sana sini..
Dia : Apa plak, pompuan tu la kejam, kesian Afin tersepit sebab taknak derhaka..
Me : Eh..eh..derhaka apa kalau ikut membabi buta, laki patut berani buat keputusan untuk diri sendiri okee..kalau Afin sayang, takkan dia sanggup biar Ujie nikah laki lain..sangguppp betoi!~
Dia : Tapi mak dia kan ugut, taknak ikut cakap nanti derhaka, pompuan tu patut faham sebab dah janji..
Me : Elo elo..memang la, tapi perempuan tu rasa yang tu jodoh dia, tu yang terbaik and lebih meyakinkan..Afin tu macam takda pendirian, sapa pun takut nak buat laki okee..
Dia : Tu la pompan...penting diri dia ja..
Me : Opp..opp..pompuan memang macam tu, nak kepastian.. kemudian redha la bila dia rasa dah jumpa seseorang yang lebih memberi kekuatan kepada dia meneruskan hidup..
Dia : Redha..redha tapi last-last bahagia, lelaki sengsara...hmm..
Me : Tapi blabla..(*&&^%)+ bala...
Dia : *malas layan
Hah, lega..rasanya dialog diatas dah menceritakan pendapat aku bab dilema tu ..hehee...
Anyway...aku suka tengok Vanidah imran & Ayu raudah, bini-bini orang yang meletops badan slim melim dan hot giler...seksi okeh dlam filem ni.. tapi aku terfikir gak camner tergamak Vanidah membiarkan si Ayu menghimpit-himpit suaminya, meraba-raba dan macamana si Rashidi membenarkan lelaki lain menyentuh isterinya aduh duh duh...bapak arr sporting tak kena gaya. Boleh jatuh dayus oo....tapi takpelah, biasalah demi mencari sesuap nasi kot.. ntah malas pikiaq. Ni dialog akhir kami.
Me : B..taoi macam kesian plak kat Afin kan? ( macam tu macam tak berapa setuju sangat pun )
Dia : Haa...tau pun ! Pfft~
OK sekian, penat menaip penat membebel, hari hujung minggu ni memang hari pergi kenduri aku. Bye nak siap-siap makan kenduri budak sekelas kahwen kepokkepok kebum-kebum...aku jah tak kawen-kawen huahuahua!!!
KBye!
Pesanan Penaja : Sila like FanPage Aku : Artsy'zSuzie Collection <- font="font">CLICK->
2 comments:
adeh... cukup membuatkan saya berfikir 100x utk ke pawagam tgk filem ni
Hehe..boleh tengok utk merasai pengalaman serupa, mungkin pandangan berbeza2 kan.. ^_^
Post a Comment