6.9.12

Senyum mu menawan-menawan..

Rise and shine!

Semalam was awesomeness tak tahu kenapa En.B tiba-tiba ngamuk-ngamuk nak buat kek sesangat. Than kami calling-calling here and there cari tapak. Haha...why cari tapak? Sebab nak buat kek dimana memandangkan belom ade rumah belom ade dapur gas periuk belanga.. Last-last rumah maksu di Permatang damar laut yang free.. Makanya berbekalkan periuk belanga pengacau dan tepung telur segala bangai diusung ke sana tepat jam 10 malam.

Resepi keknya memang aku tak ingat sebab tak amik tahu pun proses pembuatan, juz amik gambar jer.. memang bikin panas tukang masak tapi takpe aku tau dia panas-panas lepas 3 seconds sejuk balik. Tak takut tak takut pun..

Proses mengadun adunan paling mancabar sebab tak ada hand mixer. Sebenornyer 1st time aku tahu apa tu handMixer. Tu pun after google. Memandangkan takde benda alah tu..kami kacau pakai senduk kayu. Memang naik muscle di lengan. ~_~' memang mengundang bebai-bebai and merungut-rungut.... dasar takdak kesabaran aih..

Tepat jam 12, kek pun siap aku dengan keterujaan yang melampau terus capai pisau potong ikan kerat kek makan, NGap! Tapi lepas tu kena bebel-bebel sebab tak reti nak bersabar tunggu kek sejuk dah nak potong sampai kek jadi hancur sikit kat part belum sejuk betul-betul tu...maka dukacita terpaksa simpan dalam peti ais and sambung bersembang topik 'beranak' dengan maksu. Owh so the mak-mak topic. pfft..sementara tunggu kek oi..kek....

Semalam kan...dengan bersaksikan hujan ribut topan angin kencang...siaran astro yang dah jadi biru-biru flat di screen tv. Titis hujan lebat yang menghantuk atap zink pulak tu, emangnya mengundang mata suku terbuka.. En.B bagi alasan cliche ..'' isk tak boleh la dengaq...rasa nak tarik selimut oo..'' plup...abes macam biasa terbongkang di sofa.. Emang dasar. Tinggal aku dan maksu and kazen-kazen berborak hal itu ini itu ini...sampai tenggelam punca sebab tunggu kek adui....

Last-last tak sedar aku pun plup. Hamik kau-hamik kau...

Acara majlis kukus kek berakhir lingkungan 1pagi. Dek hujan yang terlalu menggila..kaki harus ku langkah pulang a.s.a.p. Selesai bahagi-bahagi kek..enjin dipanaskan dan kami hilang dalam kegelapan kampung permatang damar laut ditelan renyai hujan ke dalam perut malam.....brooommm..........

.....................................

.....'' Selamat ulang tahun kelahiran ke 26th kamu, saya tahu kamu buat semua ni sebab tak mahu berlaku pembaziran untuk sambut birthday kan, sebab kamu tahu saya sengkek bulan ni kan kan kan.... sebab kamu taknak saya beli bukan-bukan kan kan... and sebab kamu memang nak tunjuk teror buat kek konon kan kan nak kalahkan keupayaan saya kan.....saya tahu semua reason diatas adalah benar kan kan.... ngakujelah!~

..Selamat melangkah ke alam dewasa, saya doakan semoga kamu dapat menjadi seorang Abang Long yang bertanggungjawab dan anak yang soleh serta kazen dan anak sedara, Pak Long mahupun pekerja yang amanah, dan berhati mulia... Saya tahu kamu mampu.

Yang penting kamu menjadi hamba yang beriman kepada yang maha Esa....

Saya doakan juga semoga segala impian dan perancangan kamu menjadi kenyataan kerana sesungguhnya kita hanya merancang dan Dia maha menentukan. Semoga kehidupan kamu di bawah payung perlindunganNya dan semoga kebaikkan mengiringi setiap perjalanan hidup kamu.

Terima kasih menjadi belahan jiwa saya yang sangat memahami dan penuh pengertian.. :)



Senyum mu menawan-menawan..kau buat hati ku tertawan...

4 comments:

ieza ashaari said...

so sweet..

semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki juga kepada dia.. :)

Anonymous said...

SEMOGA BERBAHAGIA HENDAKNYA!!!:)

Sakiinah said...

Semoga cepat kawen! :P

Anonymous said...

semoga berbahagia selamanya :)