28.8.12

Vacancy personal assistance boleh?

Salam Selasa... !

Boleh tak kalau kita tak cakap soal raya? now nak catat tentang plan perancangan untuk selepas raya, after setel everythin baru kita bermaaf-maafan. Kelas uols...boleh nak delay-delay lagi tuh...kalau mati esok sapa nak minta maafkan? Jawab..jawab..

Bukan apa, semua update gambo raya aku tak dapat..so bengang sebab camera hilang on raya...after 4 hari raya sekali ada atas meja. Memang mengundang geram... but its ok, after diz i update tentang open house raya at my auntie house naa.....ok plan ape nih?

Okeh! Banyak perkara tak terselesai entah mengapa.. tak baik tangguh kerja tapi hobi aku memang menangguh kerja. Hmmm.... raya memang memenatkan, raya kali ni aku ulang alik dari USM ke balik pulau almost setiap hari and kadang-kadang sehari 2 3 kali... pftt.... banyak undangan and banyak makcik-makcik nak jemput makan... ape pun, syukur alhamdulillah kali ni raya me 101% with family...

Plan nyer is : 1 september buka sem :'( BOSAN.

Lazada.....Penang Escape Park....Pusat Islam USM.. Blogshop upgrade and juga tengah merencanakan bisnez baru... Banyak kan? Tapi tak sempat nak setel satu2 ponn uwaaa.......lepas tu nanti konvokesyen lagi pastu booth di library lagi... ~___~" PITAM. Somemore nak pilihanraya pula.... fuhh....comfirm-comfirm tunggang-terbalik hidup aku nanti tengok la tengok laaa.... jap jap, motip kau nak busy on pilihanraya??? Hehe...jeng-jeng-jengg.... nanti aku cerita naa........

Nak pasang personal assistance boleh?
KbyE!






7.8.12

Berjiwa besar dan sedia bekorban?

Hari ini aku terdengar satu kisah dari pemangku timbalan NC USM....

.... kisah ini berlaku semasa tragedi Tsunami melanda Jepun, disaat seluruh persisiran pantai dan kawasan sekitar ditelan gelombang yang maha hebat. Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun hanya mampu berdiri di tingkat 3 bangunan sekolahnya. Menanti kehadiran bapanya yang sedang mampir untuk menyelamatkannya. Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila kereta yang dipandu bapa kanak-kanak tersebut juga hanyut dilambung gelombang Tsunami. Dan lebih menyanyat hati..ia disaksikan sendiri oleh sepasang mata kanak-kanak lelaki tersebut. Subhanallah....hati si kecil mana sekalipun pasti hancur jika ditimpa perkara serupa...

Lalu kanak-kanak tersebut terpaksa mengikuti mangsa-mangsa tragedi yang lain untuk turun dari bangunan dan menyertai operasi menyelamat yang sedang berlaku.... Ketika seluruh mangsa-mangsa tragedi sedang beratur panjang untuk mengambil makanan, maklumlah bangsa jepun sememangnya dikenali dengan golongan yang memiliki hati yang besar..walau bagaiamana keadaan sekalipaun mereka tetap beratur dengan molek dan tidak berebut-rebut, tertib sekali. Kanak-kanak tersebut berada di barisan paling belakang....dan bersabar..

Datang seorang pegawai polis warga Vietnam. Memikirkan mustahil untuk kanak-kanak ini mendapat makanan di hujung beraturnya..lalu dia memberikan makanan kepada kanak-kanak tersebut untuk dimakan. Apakah yang berlaku? Kanak-kanak tersebut terus membawa makanan ke hadapan dan letak bersebelahan meja makanan yang berisi maknan untuk mangsa-mangsa yang beratur, kemudian dia kembali ke barisan belakang. Melihat perilaku pelik tersebut, polis itu lantar bertanyakan kepada kanak-kanak terbabit tentang tindakkan yang dilakukan, lantas kanak-kanak tersebut menjelaskan bahawa makanan itu biar untuk semua, untuk dikongsi... sekiranya ada rezeki untuknya maka sempatlah dia menikmati makanan tersebut..begitu juga sebaliknya.

Mendengar ucapan kanak-kanak berusia 9 tahun terbabit, pegawai polis berkenaan terus menanyakan tentang keluarga kanak-kanak terbabit. Kanak-kanak tersebut menceritakan bahawa ayahnya dihanyutkan ombak Tsunami ketika dalam perjalanan menyelamatkanya sebentar tadi dan keluarganya menetap di persisiran pantai, yang tidak memungkinkan mana-mana ahli keluarganya untuk masih hidup sepertinya ketika itu. Mendengar kisah kanak-kanak tersebut, polis berkenaan tidak sanggup lagi untuk bertanya lanjut..lalu membiarkan kanak-kanak tersebut di dalam barisanya....

.....jadi bagaimana pula kita, sejauhmana kita mampu berjiwa besar seperti itu agaknya? Sedangkan di dalam majlis makan sekalipun kita berasak-asak seperti tidak pernah mendapat makanan. Inikan pula jika dalam keadaan benar-benar sesak. Kita rakyat Malaysia di dalam lingkungan yang teramat selesa...sehingga menyebabkan kita leka dengan kemudahan dan kesenangan yang diberi. Kita semakin lupa erti pengorbanan dan integriti. Sebagai contoh, seorang pekerja yang sering menyoalkan tentang gaji yang tidak pernah mencukupi..walhal adakah dia bekerja setimpal dengan wang gaji yang diperolehi..ataukah kita terbiasa untuk bersifat tamak dan mengaut setiap keuntungan untuk kepentingan diri tanpa memikirkan tentang orang lain?

Lalu sepertimanakah kita?

6.8.12

Salam Nuzul Quran ❤

Salam nuzul quran , harap hari ini dipenuhi aktiviti yang sihat dan di rahmati. Siapa sangka siapa menduga, mungkin kita tidak lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan nuzul quran tahun hadapan, mungkin kita tak dapat bertemu lagi ramadhan seterusnya.... jadi manfaatkanlah bulan mulia sebaik-baiknya... manfaatkan setiap detik saat masa yang berlalu dengan perkara berfaedah...

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam, betul kan..

Jum mengaji atau baca yassin, jum doakan kesejahteraan ibu bapa, sanak saudara dan teman-teman tersayang...jangan lupa doakan umat islam sejagat di setiap doa kerana sesungguhnya kita bersaudara...aku ingin mendoakan yang baik-baik buat semua, doakan yang indah-indah kepada dunia.. :) Dari itu, kita akan perolehi hati yang bersih dan khilaf sifar mazmummah insyallah...

Tata~