5.7.12

teguhkan hati, dan bersabarlah..

On 107.6 MhZ
T-shirt Penang FA
Warm Pants F.O.S
Warm sock DAISO
On Pink sheets bed 


Salam Syaaban.. hati berdetak sekian lama ingin menjengah AkuYoujie, namun perasaan menghalang selagi tidak selesai proses baikpulih beberapa perkara di dalam blog. Hakikatnya hati ini terlalu rindu...terlalu ingin meluahkan..meluahkan segala-gala yang terbuku di hati, jiwa dan minda... argh!

Semalam Nisfu Syaaban, malangnya hari ni aku lupa berpuasa. :( Sedih tapi apa boleh buat..and malam ni sepatutnya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang baik, namun tubuh tidak mengizinkan aku berbuat demikian, seharian hanya mampu terlantar sambil menyiapkan beberapa task hidup. ~__~' kenapa lesu niH!

Actually juz comeback from sungai siput Perak, 3 hari berada di kawasan pendalam buatkan diri ini terasa tenteram yang teraman. Walaupun ke sana atas urusan kerja, bersama daus, en.zulman dan unjie..dan aku satu-satunya perempuan, sebaliknya aku rasa persis satu percutian.. habis kerja aku dapat melepak di rumah tamu yang disediakan KHAS untuk aku SEORANG....dapat tersidai depan television layan astro tanpa laptop no FB no intenet and tiada kekusutan menguruskan hal itu ini. Ya tuhan, inilah kehidupan yang aku impikan walaupun penat tapi tenang..... mungkinkah itu menjadi kenyataan, samar kan? :')

Sungguh ini keindahan rare...setelah segala masalah hidup aku tinggalkan di Penang, dan saat itu hanya aku dan persekitaran hutan menghijau...matahari terbit, kicau burung dan bisikkan unggas...kokokkan ayam dan orang asli, yeah....penduduk Kampung Langkor yang suke lepak depan rumah tanpa berbuat apa-apa... bercucuk tanam... berborak-borak kosong.... aih..aku harap dapat merasai kehidupan seperti itu, sebaliknya aku hanya sering memilih untuk menjadi yang SEBALIKNYA.....erin erin......ini adalah kata-kata seorang aku yang sedang lelah mengejar liar kehidupan impian. tq~

1 syaaban...buku catatan lama dah diangkat ke langit, sejak 25tahun...agaknya apakah rupa buku-buku amalan yang aku kutip setiap hari.... harap tahun yang ke 25, ia adalah yang lebih baik dari yang sebelum... aku mohon pada diri... Maha suci tuhan, lembutkanlah kerikil hati ini dari berpaling dari perintahMu....

'' ....teguhkan hati, dan bersabarlah.... '' 






No comments: