30.7.12

Manusia dan bayang-bayang..

Manusia sentiasa diekori bayang-bayangnya, orang kata kalau takda bayang-bayang tu hantu... hehee.. tapi sedar tak sedar simboliknya? Terkadang kita sentiasa dihantui dengan masa lalu.. apa yang kita lakukan kita akan terbias dengan perilaku lalu kita... dan impak terbesar ialah kepada orang disekeliling kita.. dan akhirnya andai tersilap langkah, kita akan terjerat dengan perilaku kita sendiri..subhanallah..

Contohnya, dulu kita seorang yang take easy, seorang yang tak serius and ske memain, kemudian orang sekeliling memang dah sedia maklum absorb sikap perangkai kita dalam satu tempoh masa yang panjang.. kita memancarkan signal kuat bahawa kita mempunyai that particular attitude ...

Tengok la apa kesannya bila kita mencoba untuk berubah, kata-kata kita tidak akan diambil berat sama sekali.. malah terkadang pekerjaan yang dilakukan juga tidak dihargai sesiapa..sering tidak mendapat kepercayaan semua... Kenapa? Kerna under consciousness, manusia di sekeliling dah diasuh untuk menerima who we are dari dulu.. nampak?

Lalu bagaimana? Nak rasa kecewa atau geram? Nak putus asa? Ohh tidak sama sekali kerana inilah dikatakan ' wut u giv u get back ' haha... apa yang kita tanam apa lah yang kita dapat...apa yang kita buat kita lah tanggung... Faham? So, oleh kerana itulah kita harus semakin kuat menghadapi setiap cubaan yang diberikan..harus makin matang menelusuri sebuah kehidupan...

..sambung ( nak keluar jap )

23.7.12

Hijrah keranaNya.

Hola assalamualaikum assalamualaikum...(✿◠‿◠)

Kalau kita berubah untuk menjadi baik kerana Allah, Allah akan menghantar orang yang baik-baik untuk bersama-sama kita.. Amin.

Hari ni hari pertama secara official me berhijab, not to mention to the whole world just nak adakan catatan untuk diri sendiri, finally bisikkan hati dimakbulkan illahi.. Dia maha mendengar kan..   ✿◕ ‿ ◕✿

Task hari ini banyak, as usual..tak pernah sikit. Membeli borang gerai tapak konvo usm, update urusan kedai mama, siapkan story board and skrip untuk news USMTV july edition and check order dari customer itu semestinya. Jadi itu, me harus selesaikan satu persatu dengan cermat.

Tak sangka, hari ni juga dekan pusat pengajian me mula berhijab. Makanya siapa-siapa yang terserempak dengan me semua jugalah menegur perkara yang sama ..'' ehh, pakat dengan Dr.J kah ni? ''.. me yang sungguh nervous hanya mampu gelak dan mengiyakan... dalam hati, rasa lega..sekurang-kurangnya me tidak keseorangan today menghadap dunia baru... thee..he...

Kepada yang ingin berubah ke arah kebaikkan, alhamdulillah syukur.. tandanya kita di dalam pemerhatian yang esa. Sesungguhnya Dia maha penyayang...

  (•‿•)/ Selamat berpuasa hati, mata, lidah, kelakuan dan pemikiran..







22.7.12

Salam ramadhan aku youjie.

Assalamualaikum, currently menaip pakai sebelah tangan cuz sebelah lagi tengah suap seri muka ke mulut, selamat berbuka anyway..dah 2 hari me berbuka alone but not to worry. I use to it larh...yang penting kita memelihara keberkatan bulan mulia ini dengan ibadah yang secukupnya. Tak payah rase sedih, kurang-kurang kite still berbuka dengam lebih dari 2 3 juadah...ada mereka di jauh sana berbuka dengan serba kekurangan... itu jauh lebih menyedihkan kan, so.. :) Smile....

Reader dah tak ramai sejak berhenti berblogging, actually youjie busy.. and youjie sedang menuju fasa hidup yang berbeza sedikit alhamdulillah..ape tu? Jeng jeng jengg...tunggu...walau bagaimana sekalipun, me selalu rindukan blog aku youjie ni... tak kisah lah masih ada reader atau tidak, me nak terus berblog selagi hayat dikandung badan.. hihi dah masuk tahun ke 5 youjie berblog, dah macam-macam sampah me tabur di laman ini... selepas ni me berjanji takkan tabur sampah lagi..kita tabur kebaikkan pula boleh? ^_^'

Tahun ini, me harap dapat sempurnakan terawih semampu mungkin selagi diizinkanNya. Malam  ni juga  masuk malam ke-3 me berterawih alhamdulillah, di mana lagi kalau bukan di Masjid Al-Malik Khalid USM lah.. Jumpa disana okeh uols!! Me pergi with my other half Mr.hazlami. Me di tingkat atas, dia di bawah...

Thanks to him so much...kesian jadi my driver 2 3 hari ni sementara me dapat ke masjid dengan kawan-kawan atau kakak-akak after diz.

Ok lah, da abis soya suam and kuih-kuih..jum bersolat maghrib and bersiap ke masjid. Hmm...nasi tomato tu macam nak simpan sahur jer, tahan ke tak tu eah.....

Daa~


13.7.12

Medan ini milik siapa..

Ku gagahi kaki, melangkah ke medan ini..
Lalu ku ketemu sang pelangi, ku sangka dia bakalan menjadi penyeri..
Aku menari dan dia menemani,
aku bernyanyi..dia mengiringi...
Pabila aku tertawa, ku melihat dia pula menguntum senyum..
Lalu aku berasa bahagia, kena aku sangka dia gembira......

Tidak terdetik aku membawa duka buat dia..
Sangka diri ini mampu menggamit bahagia,
sangka hadir ini bakalan mengusir sang derita..
atau mungkin sekadar menjadi penawar racun berbisa..
...mungkin penyejuk jiwa...
..atau mungkin teman sandaran nestapa...

Nmun hadir aku memadam warnanya dia,
sang pelangi kini sugul tiada bewarna..
sang pelangi kini hilang serinya...
hilang...terlindung dek pancaran suria..

Tertunduk aku mengenang segala..
Terduduk, sedari aku bukan siapa-siapa...
Termanggu aku, ini bukan keindahan cinta...
Terfikir aku, harus melangkah pergi meninggalkan tiap lukanya..

Sangka ku hadir ini bakalan mengusir sang derita...
..atau mungkin penyejuk jiwa....
rupanya aku hanya pemberi siksa...
..mungkin aku bukan siapa-siapa...
..mungkin layaknya aku sekadar teman persinggahanya dia...
..mungkin ini beerti aku harus sendirian cuma....

Menafikan bahagia..
Mencari siapakah diri sebenarnya..
Meninggalkan segala nostalgia..
Melihat dia kembali bahagia...

Kerna medan ini bukan lagi milik aku dan dia..







5.7.12

teguhkan hati, dan bersabarlah..

On 107.6 MhZ
T-shirt Penang FA
Warm Pants F.O.S
Warm sock DAISO
On Pink sheets bed 


Salam Syaaban.. hati berdetak sekian lama ingin menjengah AkuYoujie, namun perasaan menghalang selagi tidak selesai proses baikpulih beberapa perkara di dalam blog. Hakikatnya hati ini terlalu rindu...terlalu ingin meluahkan..meluahkan segala-gala yang terbuku di hati, jiwa dan minda... argh!

Semalam Nisfu Syaaban, malangnya hari ni aku lupa berpuasa. :( Sedih tapi apa boleh buat..and malam ni sepatutnya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang baik, namun tubuh tidak mengizinkan aku berbuat demikian, seharian hanya mampu terlantar sambil menyiapkan beberapa task hidup. ~__~' kenapa lesu niH!

Actually juz comeback from sungai siput Perak, 3 hari berada di kawasan pendalam buatkan diri ini terasa tenteram yang teraman. Walaupun ke sana atas urusan kerja, bersama daus, en.zulman dan unjie..dan aku satu-satunya perempuan, sebaliknya aku rasa persis satu percutian.. habis kerja aku dapat melepak di rumah tamu yang disediakan KHAS untuk aku SEORANG....dapat tersidai depan television layan astro tanpa laptop no FB no intenet and tiada kekusutan menguruskan hal itu ini. Ya tuhan, inilah kehidupan yang aku impikan walaupun penat tapi tenang..... mungkinkah itu menjadi kenyataan, samar kan? :')

Sungguh ini keindahan rare...setelah segala masalah hidup aku tinggalkan di Penang, dan saat itu hanya aku dan persekitaran hutan menghijau...matahari terbit, kicau burung dan bisikkan unggas...kokokkan ayam dan orang asli, yeah....penduduk Kampung Langkor yang suke lepak depan rumah tanpa berbuat apa-apa... bercucuk tanam... berborak-borak kosong.... aih..aku harap dapat merasai kehidupan seperti itu, sebaliknya aku hanya sering memilih untuk menjadi yang SEBALIKNYA.....erin erin......ini adalah kata-kata seorang aku yang sedang lelah mengejar liar kehidupan impian. tq~

1 syaaban...buku catatan lama dah diangkat ke langit, sejak 25tahun...agaknya apakah rupa buku-buku amalan yang aku kutip setiap hari.... harap tahun yang ke 25, ia adalah yang lebih baik dari yang sebelum... aku mohon pada diri... Maha suci tuhan, lembutkanlah kerikil hati ini dari berpaling dari perintahMu....

'' ....teguhkan hati, dan bersabarlah.... ''