14.8.10

Aku yang dikontrol!

Salam hujung minggu!
http://www.emocutez.com
Fadhilat terawih tu kan, ramai cakap tak sahih and tak betul, jadi sebagai yang tak tahu apa-apa..baik kita ikut cakap orang tua. Takderlah aku nak post lagi fadhilat-fadhilat tu yer...
Kalau nak baca secara detail sila ke webside ------------> iLuvislam.com <---click Rase tak, teknologi telah mengawal manusia..kalau korang tak rasa tapi aku rasa and i hate't!!
Huu...sebabnya, semalam Digi Broadband yang aku sayang buat hal..mase tu time hujan renyai-renyai macam moment terbaik untuk lepak makan jajan and buat blogwalking atau gossip kat wall fb lah kan...tup tup..dc..dc..dc... This konek betui! Pastu aku mula rasa down...rasa dunia makin meluas dari biasa dan aku mengecil luar biasa.. Rasa mata dah buta hidung dah pekak and telinga dah bisu.. ok tuka sendiri. Saat tu, baru lah aku terpandang makalah-makalah yang tak terbaca...hobi-hobi lama yang tak terbuat lagi...benda-benda luar maya yang dulu menemani tumbesaran aku dah terabai.... Gara-gara ber'on9 tahap gaban. Pastu, dengan penuh rasa berdosa aku capai buku-buku..selak helai demi helai..tengok album gambar...tengok drawing-drawing lama.. Aku pandang jemari sendiri, aku tahu die dah kaku, dah tak segemalai dulu untuk mencarik warna pada kanvas..tak lembut lagi melukis permandangan...sayu, kalau dorang leh cakap agak-agak apelah rintihan yang keluar...
http://www.emocutez.com
''...kau tak perlukan kami! kau gila photoshop! ilustrator! kau jahat!!...'' Erk???

''...mengapa kau pandang aku? gambar-gambar kau bukan dalam laptop kesayangan kau tu ker? aku dah berhabuk nih..puas hati kau? ..'' Erk! gile ngeri...

Aku rasa aku yang tak cukup matang untuk had diri la...buat malu jer tulis dalam blog bagi orang gelak, silap-silap kena cop minah kejutan budaya atau kejutan teknologi..pergh apakah stetmen??

Alahai..emangnya aku yang bersalah..
Pastu, aku capai lah lnovel hloveate dan baca, laptop aku tutup simpan bawah katil. Then rasa setu ketenangan diri bila buat benda klasik camnie..pergh...baca novel aku kira klasik dah aii~

Muka 1..muka 2...3..4...masyuk dan mantap sekali aku membaca sambil ditemani anak-anak beruang kaler pink atas katil...

.
.
.
.

''..Tok tok!!! ( ketuk pintu, aku blom ade cucu ) Uji! bangun sahoq! cepat nanti tak dan dahh...''!!

Aku terlana rupanya tadi.

Cait!
http://www.emocutez.com
Papai.

No comments: