OK fine atas tu lagu klisee...saat dan ketika ini aku berada di rumah ke-2 ku iaitu C10, Bangunan baru Skul Komunikasi yang menempatkan para pelajar kewartawanan untuk beriadah dan berkampong justeru bermesra-mesraan antara satu sama yang lain...
Kami buat kerja siang dan malam...sampai awal pagi dengan gembira dan penuh lelah...sebenarnya kami sedang mengusahakan Akhbar Berita Kampus untuk Jilid41 isu pertama isnin depan 27Julai.. Amat-amat memerlukan kerja keras dan pengorbanan seh...
Tak caye tanyalah Ketua Pengarang kami...dan timbalan-timbalanye.....
Gambar diatas ialah Tuan.Aji Harun selaku penasihat kami, setiap hari akan kedengaran suara-suara memaki hamun tapi mesra antara pensyarah dan repoternya...makan hati, kcik hati, sakit hati, keras hati dan segala yang hati lagi berlaku di dalam biik berita kami ini....
Dan disaat ini aku memerlukan seseorang untuk berkongsi cerita, saat ini aku memerlukan seseorang untuk mendengar luahan dan aku memerlukan seseorang yang diluar pancaindera aku untuk berkongsi ..yeah! Sinilah tempatnya......
Kepenatan membalut hati memancar dari wajah dan terkeluar dari perilakuan....
Kadang kala manusia cuba untuk menjadi sebaik-baik manusia walaupun kita tahu kelemahan kita di merata-rata, tapi selalunya manusia bisa berubah apabila berada dalam kondisi yang diluar kawalan dan diluar rasa selamat....saat itu, manusia sesuci mana pun bisa bertukar sekelip mata menjadi manusia paling keji dan penuh pura-pura....
Dan bom jengka akan terus membilang saat demi detik dari masa letupanya.....
Dalam keadaan genting, aku melihat pelbagai ragam dan perilaku manusia yag manis dan ada pahitnya juga, dan dalam ruang lingkup ini aku memandang wajah-wajah ikhlas...kepura-puraan dan wajah redha... Aku terkesan beberapa jalur wajah redha yang selalu cuba untuk menjadi sederhana...aku terpandang juga wajah opera manusia yang bersembunyi disebalik lakonan wayang dan skripnya...aku terbau akan keresahan dalam menjalani perhubungan dan aku juga merasakan ada kebencian di sudut jauh rona wajah yang paling dalam....
dan aku selalu mencuba menjadi yang paling bahagia dan berlagak ceria agak bauan aku tak dikesan sesiapa sepertimana aku mengesan orang lain...
Aku hanya minat memandang tanpa sebarang tanggapan....aku menyimpan yang wajar disimpan..aku senyum pada yang ikhlas menyumbang senyuman...aku ingin sejahtera di hati dantenang dijiwa...ingin tenteram diperasaan dan berasa kecintaan di segenap ruang laskar kehidupan....
Bersyukurlah pada yang kuasa....cinta kita di dunia...selamanya......
Menarilah dan terus ketawa.....walau dunia tak seindah syurga......
No comments:
Post a Comment