30.12.12

Putus Cinta, jangan sedih..


Allah menghapuskan apa sahaja yang dikehendakinya.

..Allah telah mengadakan ktentuan bagi setiap sesuatu..
( Ath-Thalaq : Ayat 3 )

Cinta emangnya indah, belaian perasaan..teman mengadu suka-duka..teman air mata..teman makan, shopping teman susah senang teman...teman..teman.. Bila saling sayang menyayangi, sering berdua-duaan....tapi? Setebal manakah iman kita manusia dari menangkis bisikkan syaitan? Berapa yang kecundang? Berapa yang musnah dek cinta... jadi, cinta itu haram. Tiada istilah 'couple' dalam islam...sedangkan perasaan cinta itu harus dipendam dalam-dalam.. sedangkan erti cinta sebenar ialah apabila cinta disimpan jauh dari relung hati, dan di atas redha illahi kerna cinta lebih kepadaNya si pencipta berbanding cinta pada si dia...

Ya allah...ampunilah aku yang hina ini..

Bismillah....entry kali ini, untuk memujuk seorang teman yang baru putus cinta. Anggap sahaja untuk memujuk diri yang kali pertama akhirnya juga putus cinta... ucapan buat diri dan dia, alhamdulillah...tuhan memilih kita, kita pilihan Dia...ertinya kita di bawah perhatian yang Esa... bersyukur bukan?

Janganlah menangis kerna cinta tak kesampaian, usah bersedih apabila bersendirian. Dia mengambil satu tapi Dia membalasnya seribu..dan balasanya 10 ribu kali lebih baik dari yang diambilNya. Alhamdulillah....syukur saja pada tuhan, kerna apa yang baik di mata kita insan, belum tentu sempurna disisiNya. Jadi tuhan mengalihkan sepasang hati...memutuskan ikatan perasaan, memutuskan ikatan tidak sah... agar akhirnya kita memikirkan Dia dari si dia yang selama ini dipuja.

Jangan bersedih kerna kita masih sayangkan dia, kadang-kadang air mata buat penambah rasa.. ''aduh...aku masih sayang dia, cinta dia...jiwa telah kosong tanpa dia..'' masyallah..mengapa harus berkata jiwa kosong tanpa dia? sedangkan Allah selalu ada buat peneman nestapa... ..''tapi aku bukan hambaNya yang baik, aku engkar..'' Lalu lupakah kamu Dia maha pengampun, maha pengasih dan penyayang? Ayuh tanam kepercayaan kepadaNYa...sujud kepadaNya... :) Dia cintakan hamba-hambanya lebih dari cinta antara hamba-hambanya.

...Dan barang siapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah maha Pengampun lagi Maha penyayang.

( An-Nisa : Ayat 110 )

Jangan merasa rendah diri, jangan pernah menghina diri... manusia ciptaan terindah, wanita ciptaan terindah yang memiliki darjatnya tersendiri, tak percaya? kenapa beza kain kafan kita dengan kaum lelaki? Kita malah lebih banyak lapisnya berbanding lelaki? See....kerna darjat kita, maka haruslah kita pelihara kesucian dan kehormatan diri...Dia mencipta kita dengan seribu keindahan, bukan untuk kita hina dan pijak-pijakkan. Bukan buat kita kotorkan dek kerna mengejar cinta dari lelaki hanya berjanji segala, meredah lautan api..meggapai bintang di langit...sejauh mana yang sudi menggalas tanggungjawab memimpin kita ke syurga? Banyak mana yang benar ikhlas mengemudi cinta dengan redha tuhan? Jadi...ingatlah, diri kita sungguh benar beharga..sungguh benar bertuah kerna terlepas dari hubungan tanpa ikatan sah. Alhamdulillah..

''...aku sudah tua, siapa nak kawen dengan aku kelak? aku tak ingin sendiri!..''

Astagfirullah....jadi kamu tidak percayakan takdir tuhan? Adakah kamu lebih rela dimiliki lelaki yang sebenarnya tidak pernah cintakan kamu? Kamu rela? ..andai suatu hari yang kamu sudah beranak pinak..dan menanggung beban keluarga..dan akhirnya ditinggal begitu sahaja? Bersyukurlah atas jalan yang tuhan telah susun terbaik buat kamu...dan dia ternyata tidak kejam untuk merantai diri kamu dengannya dalam kepura-puraan... hargai keputusan dia yang jujur, redhai qada'-qadar illahi... jodoh, maut, pertemuan, rezeki semua di tangan Allah s.w.t.


TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:
1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.
2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah -  anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.
3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.
4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.
5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.
6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.
7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.
Mengenangkan pengalaman sendiri, ternyata hati serapuh ranting tua. Air mata peneman setia namun hati ini aku pujuk kuat untuk memahami suratanNya. Pasti dia akan menggantikan sesuatu yang beharga.. :

...Barang siapa yang Aku butakan kedua matanya, lalu bersabar, nescaya akan Aku ganti dengan syurga.
( Al-Hadith )

Itu menjadi kata-kata semangat aku menempuh hari, redha..pasrah di sejadahNya. Benar aku tenang, sungguh hari menjadi extra indah dan hati luar biasa damai. Kemudianya kini, kenangan indah itu aku jadikan batu loncatan diri untuk terus memperbetuli diri. Terus berusaha menjadi kekasih illahi...

..Ingatlah hanya dengan mengingat Allah, hati akan menjadi tenang...
( Ar-Ra'd : Ayat 28 )

Alasan tak bertudung awk?

Yang penting ialah keyakinan diri!

Ah'haa..ini bukan iklan shampoo anti kelimumur, kalau pun tak berkelimumur..tudung haruslah dipakai. Yalah benar..memang tudung itu perlu untuk perlindungan menyeluruh kulit kepala supaya bebas dari bau matahari. Astagfirullah...sekarang bagi yang belum bertudung, statementnya : ''..belum seru, aku belum bersedia..aku tak yakin tapi memang aku ada niat tu...'' Itu sama jer alasan macam orang kaya yang tak ingin pergi haji. Mereka fikir seru belum sampai sedangkan seruan itu telah bergema sejak ribuan tahun dahulu. Sejak zaman bapa kita Nabi Ibrahim...acener?

'' aku takut merosakkan nama orang bertudung, aku bukan taknak..dengan perangai aku camni, takpa suatu hari bila aku dapat ubah sikap aku..aku sure bertudung. Aku taknaklah menodai kesucian agama kan..blabla..''

Alhamdulillah, niat baik taknak menodai agama tapi bagaimana dengan diri yang tak ingin berubah mencari kebaikkan,?

..Dan orang yang berusaha berjuang demi agama kami, kami memimpin mereka ke jalan-jalan kami. Sesungguhnya Allah bersama orang yang berusaha memperbaiki amalanya..

Surah Al-Ankabut : Ayat 69

Kita dah termasuk dengan golongan kaya-raya yang tak menunaikan haji apabila kita hanya berasa ingin beramal apabila mendapat hidayah. Sedangkan amalan-amalan adalah penyubur iman..persis simbahan minyak pada nyalaan api nan kecil. Seperti iman yang bertambah dengan ketaatan. Allah akan membuka luas jalan membantu kita hambanya yang berusaha..memimpin tiap kejatuhan kita, megubati tiap luka..hanya kerana amalan-amalan yang kita lakukan.. subhanallah..

Jadi, makanya proses menjadi muslimah solahah bukanlah hanya dengan menunggu hidayah, menunggu akhlak sempurna baru beribadah..baru bertudung, no no no.. Kalau kita mampu dah bertudung, lakukan dahulu...Allah akan membantu memperbetuli akhlak kita , memperindahkan perangai, dan menghapuskan kekhuatiran kita, kataNya :

..Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah sendiri perkara-perkara yang ada pada diri mereka..

Surah Ar-Ra'd : Ayat 11

So, sekarang terpulang kepada kita sama ada kita yakin dan percaya dengan diri kita sendiri atau tidak, kerana kita akan sentiasa dihantui perasaan ragu, cemas, pesimis, rendah diri, gelisah dan sebagainya memikirkan masa depan. Kenapa? kerna kita merasakan tudung penutup segala.. Astagfirullah....

Tipulah aku tak pernah fikir begitu, sumpah benar perkara serupa menghantui diri... :

..''.. tak boleh la nak bebas-bebas loqlaq-loqlaq...''
..''...tak boleh fesyen-fesyen rambut..alaaa rugi rambut cantik ni nak sorok bawah tudung..''
..'' ...tak boleh keluar dating pegang-pegang tangan, nanti apa orang fikir..''
..''kalau bertudung baju harus sopan, baju sopan mahal nak beli and leceh nak berstyle hijab-hijab..''
..'' tak boleh nak felling-felling amoi atau pan asian... gitu. ( muntah ) ..''
..'' nanti kerja orang fikir lemah bila bertudung, macam tak kental...''
..'' bertudung akan ditakuti orang, orang takut dekat...tak nampak friendly tak fun!...''
..'' nak nampak stylo dengan fesyen terkini...''
..'' ala pakai tudung tak semestinya baik! cover jer tu..''

Subhanallah...astaghfirullah....ampunilah dosa hatiku kala itu... sesungguhnya aku hamba yang lemah...

Sebenarnya, sebenar-benarnya sedarlah wahai muslimah kesayangku sekalian..semua itu adalah rencana syaitan yang menghalang kita untuk mendekati Allah. Syaitan menakut-nakutkan kita dengan kemungkinan menjadi penconteng kesucian tudung. Ia menghasut kita dengan perkataan 'jangan itu' dan 'jangan ini'. Dan syaitan itu bukan sahaja terdiri dari golongan jin..mereka juga manusia-manusia yang memberi komen '..berlagak alim konon. ' '..perasan bagus..'' Komen itu semua datangnya dari bisikan syaitan laknatullah. Jadi kita abaikan mereka ya..

'..Syaitan adalah musuh bagimu, anggap syaitan sebagai musuh. Sebenarnya, syaitan hanya menyeru golongannya supaya menjadi penduduk neraka...

Surah Fatir : Ayat 6

Percayalah, syaitan selalu menakutkan kita manusia dengan kesukaran-kesukaran bertudung. Sukar mencari pekerjaan, walhal banyak jer jabatan-jabatan yang mewajibkan tudung di office. Syaitan menakutkan kita dengan lembat bertemu jodoh..sedarkah kita lelaki yang baik akan memilih bakal isteri yang menutup aurat dan bijak menjaga kehormatanya..

Kita selalu berikrar untuk tidak mempercayai syaitan, jadi kita percayakan Allah, Dia pernah menegaskan :

....Syaitan menjanjikan kamu kemiskinan dan kepapaan, ia menyeru kamu untuk melakukan perbuatan keji sedangkan Allah menjanjikan kamu keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurnia-Nya. Oleh itu ingatlah, Allah maha luas limpah kurnia-Nya lagi maha mengetahui..

Surah Al-Baqarah, Ayat 268

Istilah 'Hijrah' mungkin harus ditukar,Tahniah buat teman-teman yang telah 'Kembali' ke jalan illahi sepanjang tahun 2012 termasuk diri ini...

Alhamdulillah...terima kasih and luvyu Allah... :)

27.12.12

Derira = (Derita + Gembira)

Biar saja hatiku terasa sedih saat menanggung derita..
Kerna terkadang kesengsaraan bagiku,
ada hikmahnya..
Begitu banyak hari,
yang diawali dengan kesusahan dan kesedihan...
Namun berakhir,
dengan kesenangan dan kegembiraan...

Aku tidak berasa berat,
dengan kesusahan yang menimpaku..
Kerna aku yakin,
akan ada jalan keluar di balik kesusahan buatku...

Jangan biarkan masa berlalu tanpa pengorbanan..
Untuk membiarkan masa hadapan menjadi penentu kebahagiaan..

Jangan bersedih.

25.12.12

I love Primavera

Snap sambil angkat kaki ke dinding..lalala

Haruslah mengapa untuk tidak membeli sepasang heels menawan buat sepasang kaki menawan.. uhh! #muntah

Queensbay Mall 23.12.2012

A : Eh! kamu jap jap... Primavera * Clearence Items * #ketching!
B : ( membontoti ) 
A : Cantik kan ni..cantik tak? ( Tanggal kasut, ambil kasut di rak, sarung.. ) 
      Yes ngam!! Berapa harga ni after discount ?
C : RM32.90 miss. Berbaloi cik, kasut ni ramai suka tapi kaki tak sama size..
B : Kaki gajah jer boleh sarung size ni.. ( ketawa unta )
A : Wutever! kite kaki model la...cantik tak ni b?
B : Perasan, tapi cantik ni..ok..
A : Ok saya ambil! B mai sat bediri sama depan cermin ni sat..!
B : Hmm..( berdiri sebelah tengok cermin )..haree betoi mentang-mentang dia dah tinggi dari kita..
A : Haha...yes! miss.. ada jual kasut tinggi untuk laki tak?
B : =___+' takpa la kita tak kisah pun.
A : Tul ni? Ok..nanti kawen kite beli rendah sikit dari ni eah... ( tahan gelak )
B : Ok..ok..semua ok... 
A : ..lebiu!

..berlalu pergi... ( duration tak sampai 20 minit buat keputusan, pompuan-pompuan..... )

Pesanan Penaja :

1 - Beli lah semasa hujung tahun, nescara jimat : Cth, RM125.90 = RM32.90 madness!!
2 - Kalau tinggi dari pakwe rezeki murah, tapi kalau sebab kasut..tak sure murah tang mana plak kan .. >_<'
3 - Beli kasut tinggi, harus super selesa...dan tak menyakitkan kaki mahupun tulang blakang badan. Baru melangkah seperti juara auw~

OKBye!

24.12.12

Berteduh untuk dituduh.

Aku sedar,
aku kufur nikmat dunia,
bilamasa aku punya ruang seluas udara,
tempat selebar samudera,
lantai untuk bernari-berdansa..

Tapi sudut sempit itu yang aku butuh,
malah rela menahan simpuh.
memilih hatimu buat aku berteduh.
Dan kau masih menuduh.



Kerna cinta itu rahsiaNya.

Dalam seribu, mungkin satu hubungan sahaja yang bakal berjaya ke jinjang pelamin. Cinta zaman persekolahan...berapa yang terkandas...berapa yang bahagia...boleh dibilang pakai sebelah tangan. Justeru mengapa harus bercinta di zaman persekolahan sedangkan di bangku sekolah..tanggungjawab kita terletak pada pelajaran. Sasaran kita universiti sudah tentu...impian ibu bapa ingin melihat anaknya berjaya... tapi mengapa ke sekolah untuk bercinta? Tettt...

Dalam banyak-banyak perhubungan, antara kaum cina, india dan melayu kita. Yang bejaya selalunya pasangan cina..mengapa? Kerana mereka focus, mengejar cita-cita bersama..melawan antara satu sama..bukan melawan membuktikan cinta. Oh..please anak-anak bangsaku...cinta itu buktinya di hati yang sabar dan redha... Cinta pada kekasih buktinya bila kesanggupan seorang kekasih yang menahan payah getir menuntut ilmu, berjuang dengan nafsu ingin bersuka-ria di luar dengan membelek kamus...mengorbankan keinginan berdating bersama untuk lulus dalam exam...kemudian, bukti kecintaanya juga ialah bila seorang kekasih berusaha keras mencari kerja mengumpul wang dan merancang masa depan bersama-sama..tidak melalaikan diri dengan kecintaan dunia, tidak meremehkan diri dengan kepentingan diri semata. Sudah tentu, jangan pernah dilupakan pada yang di atas..bukti sebenar cinta suci, cinta haqiqi dan cinta sejati...ialah bila masa seorang kekasih yang memelihara kesucian kekasihnya dengan bersandarkan pada redha illahi. Tak perlu memimpin tangan kekasih semasa menyeberangi jalan raya, hanya ingatkan dia..kereta yang laju itu merbahaya..sambil mendoakan sejahtera. Adakah itu tidak indah? Memantapkan keimanan diri..menyerah sepenuhnya pada illahi...andai dia ditakdirkan disisi. Kepada tuhan berserah seluruh sanubari..di samping kepadaNya dimohon memberkati pilihan hati.  :)

Tapi malang sekali, malang berkali-kali dewasa kini..cinta menjadi kunci kehancuran tiap insani. Seawal bangku sekolah menengah dah kite dengari dengan kes-kes yang menyayat hati. Siapa harus dipersalahkan siapa harus jari ini ditundingkan. Haruslah diri.... jangan salahkan keluarga, ibu bapa atau kawan-kawan...yang memilih haluan ialah hati, yang memimpin panduan hanyalah diri. Mengapa memilih untuk pergi mati?

Berhentilah...berhenti dari mencari belaian hati, berhenti mengharapkan kata-kata indah bersulamkan duri.. kepada wanita, usah merendahkan maruah diri untuk lelaki yang belum tentu menjadi pemimpin kita nanti. Benar lidah bisa mengungkjap sejuta janji..benar mata bisa memancarkan sinaran cinta kasih sayang rindu dari dalam hati...namun apalah erti perhubungan andai terselit murka Illahi. Apalah erti kaki yang memijak bumi andai tanah tak pernah meradhai ... itukah yang dicari? Tepuk dada tanya hati. :)

Berhentilah...berhenti membazirkan masa yang tak ternilai semata-mata untuk mengisi kekosongan hati, apakah santapan hati itu bukan santapan nuraini? Apakah santapan nuraini itu bukan ilmu agama yang dipelajari dan dimanfaati? Bukankah itu jalan menuju jannah nanti? Atau cinta hati yang tak pasti akan membawa ke syurgawi? Possiblekah itu semua nanti?

Berfikirlah...berfikirlah atas nama insani, berfikirlah ke arah mana hidup kita nanti.. Sehari bak seribu tahun lamanya di bawah nanti, bersediakah serelung hati bersediakah jasad dipalu kelak nanti? Bersediakah menjawab persoalan yang Esa nanti... ''Mengapa sewaktu menuntu ilmu, kau malahan bermain cinta? apakah cinta Ku tidak pernah cukup buat kamu sekalian insan? Hal yang manakah sedang kamu dustakan? '' Bagaimana corak jawapan kita kelak agaknya ya?

Kerna cinta itu rahsia...berhentilah merosakkan hati.
Kerna cinta itu rahsia..berhentilah menodai kesucian diri.
Kerna cinta itu rahsia..berhentilah merendahkan maruah kita ini.

Rahsia kerna Dia maha mengetahui.
Rahsia kerna Dia perancang, sebaik-baik perancang di dunia ini.
Rahsia kerna Dia menguji kita manusia, dengan kepahitan untuk diberi kemanisan...
Rahsia kerna Dia memelihara kita, dan hanya kita yang tak pernah memelihara ciptaanNya.

Rahsia, kerna cinta sejati itu sedalam samudera untuk diselami..
Seluas semester untuk dicari..
Setinggi gunung untuk dijejaki..

Kerna cinta sejati, hanyalah pada redha illahi... :')

24/12/2012
04:54PM
Desasiswa Aman Damai@USM


22.12.12

Kempen Cintai Tandas Hostel Anda!

Its still December but my 2013 twelve months calender is piling up with so many plans...acener?

Dah banyak pengalaman hidup, tahun depan dah nak 26 tahun..lepas 26 tahun comfirm aku takkan announce umur aku camni lagi..sory larh sikit . So, sebagai seorang wanita idaman semalaya yang dah tua oh..haruskah aku cakap camni?  Aku sedang merencana sesuatu untuk 2013 yang gemilang yeay!!! Tepuk..tepuk..gila kesian gila. Tapi apa plannya? Leks..leks..tunggu 2013.

Kadang-kadang rasa otak tak berapa centre. Otak tak henti berfikir  genius aku ni sebenarnya sampai penat sorang-sorang. Kisahnya camni, tadi ai di tandas, ohh..di tandas pun ada ceritanya..ai macam biasa termenung kejap, faham-faham lah time bila than bila pandang cermin toilet pun ai termenung kejap merenung keindahan ciptaan tuhan tui! sambil berangan jer keje. Than ai terfikir...'' eh ehh..bagus jugak kalau buat camni, haa...like dat lah ok sikit, eh..bukan! bukan! camni lah baru orang suka...Ha! ataupun..'' nampak tak? kuat melalut aku bila sensorang..excited tak tentu fasal..nasib baik takda orang masa tu..kalau tak dah macam (*^&$)&% kot.. ok dipendekkan cerita. Aku sebenarnya nampak sticker2 yang ditampal di toilet hostel ni... pesanan-pesanan penaja, biasalah ' gosok gigi sila tutop ayaq!' 'jangan bazir air' 'lepas boo boo sila flash!' 'Selepas blabla..9&()&*R$.. 'undilah mppusm' 'kalau suka makan roti bun, undilah rooban!' segala kempen pun ada.. penin kan?

.....than aku pun rasa dah bosan membaca perkara serupa hari demi hari...bayangkan nak masuk 1 tahun setengah aku disini, 1 tahun setengah lah aku baca benda sama...balik-balik, aku bukak gak air time gosok gigi huhu, balik-balik aku tak penah pi mengundi pun roti bun mahupun roti kaya tu. eh? roti ? undi?? apakah... So...aku terfikir......

Kan best, kalau yang dilekat di belakang pintu which is tempat termenung dikala boo boo atau wee wee tu dilekatkan sesuatu yang berguna. Takla membaca perkara sia-sia, kadang-kadang memang dah baca pastu baca lagi selagi ada konsonan yang bersusun selagi tu aku baca ulang-ulang.. '' selepas menggunakan tandas sila pam blabla..selepas menggunakan tandas sila pam blabla.selepas menggunakan tandas sila pam blabla.'' pelik time baca journal tak pulak nak baca ulang-ulang. Fine disitu, jadi berbalik kepada idea asal...apa kata lekat somethin like ... :

Doa melihat cermin, lekat la doa tu di setiap cermin kan kan...moga-moga semua orang berakhlak mulia selepas mengamalkan doa tersebut.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku.

Doa masuk tandas, lekat di pintu masuk tandas tu..setiap satu pun takpa..moga-moga syaitan rasa terancam so dat tak ganggu kami student-student ni menuntut ilmu.
Ya Allah sesungguhnya aku berlindung dengan engkau daripada syaitan jantan dan syaitan betina.

Doa bersugi..doa mandi-mandi...segala doa, Poster besar-besar seperti adab di bilik mandi..adab berhadas blabla.... boleh imagine tak? aku dapat imaginkan toilet dah macam bilik tadika la pulak adeh.. lagipun bila lagi nak baca and hafal semua tu, takkan masa sekolah rendah jer kan kan...

Soo...uols nampak tak? Idea murni aku disitu? Aku berangan nak letak poster besar-besar hadis kebersihan  ' Bermula kebersihan itu separuh dari iman ' terang-terang bagi semua warga penghuni ni faham sikit bahasa.. main terap je kuah laksa dalam sink sampai berbulu sink tu yuck! Ada lagi best...periuk belanga kuali ntah mana deorang masak taktau...semua tersadai tepi sinki... sungguh bakal-bakal bini sapa lah nih!!! over tak ai?

Sebab apa? manusia ni sebenarnya secara zahir kuat melawan, cara nak lawan orang kuat melawan ialah melarang yang patut menyuruh yang tidak patut, atau...kita lite-lite jer main dengan kata-kata.... aku rasa benda camtu lebih berkesan kot dari poster NO! NO! NO! tu...rite?

Lepas tu aku verangan lagi, buat la 1 hari kempen doa, acea..kerlas kau nak buat kampen! Buat la lite-lite jer untuk mencapai matlamat menjalani gaya hidup cintakan kebersihan dan cintakan tuhan. Hehe...dalam kempen tu libatkan semua ketua hostel setiap desasiswa universiti wajib hantar la orang atas-atas tu datang, amik poster-poster sticker-sticker yang dah di khaskan untuk setiap..diulang SETIAP hostel..than balik ke desasiswa sendiri arah anak-anak buah uols buat kerja..takpa mengira belas ehsan sama sekali. Manfaat? opkozzz...pada diri sendiri dan semua orang. Why? Yerlah....dapat pahala selagi orang mengamalkannya... dapat paha bagi yang sumbang tenaga melekatnya, dan bagi yang menderma dan juga paha sunat bagi yang membaca...aceaa....nampak tak sistem piramid pahala disitu?

Katenyer MLM jer boleh bagi untung orang atas..... ni MLM yang semua dapat untung taknak try ker....untung tak? Untung ok..untung saham akhirat uols..kerlas tak idea ai ni?

Eh, dah azan...membebel sampai senja kerlas gila tak siap-siap thesis apa cerita? ...mm..ustazah dengan ini, ehem-ehem..sudahi ceramah ustazah dengan lafaz, alhamdulillah....mudah-mudahan ada la pihak-pihak berwajib tersungkur kat blog ustazah ni...kemudian dia pun jalankan apa yang ustzah sempat ideakan ni... yer tak?

Bye.
( Ustazah pilihan uols nak muntah aku baca sendiri )




21.12.12

Diari seorang aku di 21122012

Gosh...hari ni aku sangat penat, hampir semua panggilan tak tercapai. Kedai ofcourse tutup... Borang kontrak tak hantar, master key tak pulangkan... seceliknya mata dari lena, satu dunia macam tengah standbye nk terjah aku.... sob..sob... Sorry phone is aku malas nak angkatnya. Fullstop.

Dalam hidup, emang perlu ada cita-cita. Well dah tahu aku banyak cita-cita fine disitu. Tapi kalau cita-cita dengan usaha rasa tak salah...tapi acener kalau cita-cita than menyebabkan kita terbabas beberapa hal..kadang-kadang aku jadi pemungkir janji, dan orang yang mungkir janji tu munafik eah? Acener tu.... ~___+'

Ok later on i'll try to improve that kind of attitude yeah!

Kadang-kadang, asyik kadang-kadang jer aih  aku tak sabar nak tunggu habis belajar pastu kawen and kerja beli rumah belanja family , sampai lupa sebenarnya belajar ni satu ibadah dan tanggungjawab. Kenapa harus dilihat sebagai beban..kalau tahu diri tak banyak buat amalan lain, kadang-kadang subuh pun pukul 7.30 gila.  apa kata rajin-rajinkan menuntut ilmu. Kan boleh juga masuk syurga bila suatu hari nanti ilmu yang dipelajari diajar kepada orang lain pula sejak bila aku bercita-cita nak jadi cikgu nih? Kemudian...bila ilmu yang kita ajar diguna pakai oleh orang lain...selama itu pahala akan tersalur pada kita insan...oh pemurahnya Dia.... See! Jangan put stress pada pelajaran kita okeh! Cintailah apa yang kita belajar...  tui...rasa plastik sangat lepas cakap camgitu, ok lepas ni nak cium journals nak peluk thesis ...thee..hee..

Kadang-kadang, kita rasa luar sana ada rama-rama...sedang kita hanya ada beluncas. Tapi hakikatnya kita tak tahu pun luar tu ada dinasour... kita tak bersyukur kita sekurang-kurangnya ada si beluncas yang tak lama lagi akan bertukar menjadi rama-rama cantik. Yang akhirnya kita tak perlu pun untuk keluar menemui dinasour semata-mata nak lihat rama-rama ... aku baca pun pening kalau korang taktau lah.

Oleh itu, aku nak selalu ingatkan dalam diri... sentiasa kuat menahan hasutan syaitanirojim yang selalu menggoda mata aku untuk mengantuk selepas 3 minit baca journals... aku harus kental menandingi bisikan syaitan yang selalu mengajak aku untuk fikirkan bisnez dari belajar.. aku harus sedar sebenarnya setan laknatullah tu memang sifat dia nak menggelapkan hidup manusia dan matlamat hidup dia pun memang sah-sah nak hancurkan manusia...so aku taknak jadi pengikut dia. Aku nak berjaya tanpa pertolongan iblis tu...aku nak berjaya atas keredhaan illahi....keredhaan ibu bapa and keredhaan seluruh alam semester wah kau cita-cita melangit sampai ke langit tujuh noks!u,

Lagi satu, aku bersyukur...islam agama aku, aku sangat bersyukur itu. Selalu punya tuhan yang akan tetap mendengar rintihan diri, tetap melayan kesedihan hati...walaupun aku hambaNya yang selalu mngkir janji, kemudian aku buat lagi... :'( Selalu sangat, iman diuji kanan kiri...kadang-kadang, terbuka ja mata dari tidur lena, aku dapat rasa perjuangan yang hitam sedang bertempur dengan yang putih. Dan aku...jasad ini harus memilih jalan yang wajar ditelusuri...harus bijak mentafsir setiap kemungkinan yang digenggami. Tersilap pilih, memang porak-peranda hidup aku seharian. Sirez weh!

Ok, no more typing.. nak buat thesis proposal.
Bye.

Eh tak boleh tak boleh!....aku kena pi kedai bungkus order Fellina Inch Loss untuk pos ke customer esok, they all dah meronta-ronta nak sapu Fellina kat body lemaks-lemaks tu....ok jumpa later yeah! ( Pst! kalau nak order kena gitau ai cecepat. Fellina ni macam udang bakar...sedap! eh? )

**nampak tak kejayaan setan disitu?




20.12.12

Mengapa kami dari rusuk yang bengkok?



Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit ...keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci... Hawa. 

Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya. 

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. 

Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut. Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” 

Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki. Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. 

Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang......

Sesekali renunglah ia, carilah jawapan yang pasti atas pengorbananannya. Mengapa Allah (s.w.t) menjadikan tulang rusuk itu bengkok. Usahlah dicuba membetul bengkoknya dengan kekasaran dan mengaharapkan perubahan sekelip mata. Mungkin perubahan mengambil masa bertahun-tahun atau mungkin tiada juga perubahan yang mampu dibuat tetapi sekurang-kurangnya belajarlah untuk memahami kenapa tulang rusuk itu bengkok.

..Ehem...ehem....

Jadi kepada lelaki di luar sana, terima seadanya kami kaum hawa...ewah!  Emanglah, terkadang perangai is ada ala-ala childish macam nak kene penampor jer...emang lah kadang-kadang emo macam Emily haha....kadang-kadang kami sengaja buat degil.... bukan bermakna kami mengikut emosi semata...bukan kami sengaja nak memendam....tapi kami menantikan seseorang yang mampu mendoakan...rusuk yang bengkok ni selalu mendambakan kekuatan..... Sifat pelindung yang ada pada tulang rusuk itulah yang diumpamakan kepada wanita sebenarnya, iaitu menyempurnakan kekurangan pada bahagian lain. Melindungi bahagian-bahagian penting yang lembut di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Bukankah itu penting? 

Sekiranya tulang rusuk yang membengkok digantikan dengan tulang yang lurus tiada lagilah ruang yang selesa kerana bengkoknya itu mempunyai fungsinya yang tersendiri...see see!

Sumber : Nurkilan Ikhlas


Tulang rusuk walaupun bengkok fungsinya cukup besar, begitulah wanita walaupun sukar difahami kerenahnya dan hatinya tetapi akan lumpuhlah sebuah rumah tanpa kehadiran seorang ibu atau isteri. Lumrah manusia bila di sisi kehadirannya umpama bayang-bayang tetapi bila hati wanita telah retak dan jiwa telah kosong mungkinkah lagi dia bisa menunggu dan tika itu pasti bayang-bayang itu dirindui dan dicari..... 

Percayalah........ :)


19.12.12

Nak bertanya jer.

Morning uols.. walaupun ai tahu takdak sapa baca entry-entry ai yang mengarut meraban ni, tapi rasanya sukahati ai nak tulis pepe di blog sendiri ean..ean.. puh! Kiri puh! Kanan...doa-doa hope-hope takdalah lecturer aku terkandas kat sini. Buat maki-makian jer kalau nampak student dia tulis benda tak memberansangkan tiap-tiap hari tapi thesis tak pun tulis lancar-lancar camgini.... manusia-manusia.

Pagi tadi hostel ai blackout, tup tup kipas terpadan gelam gelita segala...ai syak tu semua nak bagi ai senang bangun la tu...kalau selalu jam 8-9 tu memang beku dalam selimut tebal... hari ni jam 7 mata dah terbelalak tengok siling bilik sambil tangan genggam hp taknak lepas.. bukan apa, memang la sah-sah la orang itu takkan mesej ai pepagi owh no sweet at all...tangan tu stanbye nak tutup alarm jehhh...

Ok nak tanya ni, tapi intro dah over do kan... ade tak selalu kan, dalam diam ke dalam buat-buat serius atau time jalan-jalan...duduk minum kat cafe...atau tengah menulis membaca melukis atau tengah buat benda seharian kan..kan... driving ker segala lah.. ada tak dalam kepala tu macam tengah bercakap. Ok ai mean bermonolog ... ade tak rasa macam sebenarnya dalam kepala tu berpokpekpokpek tak henti-henti....  dia macam ikut time, kadang-kadang keluar bisikkan yang juz simply dok ucap kata-kata bagi semangat... kadang-kadang dok maki diri sendiri....kadang-kadang macam amaran.... pastu yang selalu kepala aku ni keluar puisi... puisi ni dia ikut time, time berseorangan ...tu selalu keluar puisi! Time termenung....time berfikirkan tentang kehidupan, tu semua sebakul puisi keluar....kata-kata indah, bila cuba amik kertas nak catat... plop!! Hilang..... geram gakla.. Kalau bangun tidur pula, atau sebelum tidur..selalunya kata-kata semangat berlegar-legar di kepala..tapi antara tu beberapa kata-kata melawan pun bersuara sama....adoilaa....penat.

Aku pernah nak tidur, aku warn kepala otak sendiri suruh diam-diam... syhhhhh!!! Bisin and penat ai melayan dah macam ada conference dalam otak dok berhujah sakan....ai is penat and ai is susah nak pejam walaupun hakikatnya badan is dah penat gila-gila...kesian ok body ai...kene paksa-paksa camni... tsk!

So tu lah soalan aku, mana tau kot ade abang dokter atau abang psychic nak tolong jawab, adalah luas tapak tangan padang hoki usm ai bentangkan..... Memang aim ai nak abang-abang jer ok. 



Anyway!

Nak promot bisnez aku, macam biasa like la like la fanpage Artsyz Suzie Collections ok tu pun kalau uols sayang ai.... ai tak minta lebih, just kalau nak menang bantal macam ai tengah pegang tu....join la contest dalam fanpage berkanaan eah.... 

Like + Share + WIN!


Gettin annoy?
OkBye!