3.10.12

Jalani Hidup Apa Adanya

Buat yang selalu merasakan diri serabut dan merasakan dunia ini tidak pernah adil..ini untuk kita. Eceaa..'kita' tu nampak sangat sendiri pun camgitu.

Memang dunia ni kadang-kadang indah, kadang-kadang buruk. Banyak pilihan dalam dunia ni untuk kita..banyak rupa, kenikmatan, khayalan, impian hasrat yang warna-warni and so on.... semuanya berlainan...tapi malangnya kesemua itu juga bercampur aduk dengan kecemasan, kesedihan, kesulitan hidup... dan aku, kamu dan dia, mereka? Kita adalah sebahagian dari dunia yang berada dalam kesukaran, percaya ke tak percaya?

Tengok eah, pernah ker jumpa ayah, isteri and kawan-kawan yang tak pernah dilanda kesusahan atau kesulitan? Tempat kerja, waktu belajar malahan penganggur..masing-masing berhadapan dengan kesulitan masing-masing.. Yang kaya, kusut dengan wang berlambak, yang miskin kusut dengan wang yang takdak.. Pensyarah stress student yang malas, student stress assignment yang sukar..pekerja penat bekerja tulang empat kerat, penganggur sedih dihina masyarakat.. see?

Jadi, cubalah padamkan panasnya keburukkan pada setiap hal itu dengan dinginnya kebaikkan yang ada padanya, bagaimana eah... kalau bagi aku, stress belajar caner caner? Haa....sebab tu kita harus sedar bahawa setiap luka ada harganya selagi kita berfikir secara bijaksana.

Try fikir balik, sebenarnya Allah mengkehendaki dunia ni sebagai tempat bertemunya segala yang berlawanan, dua hati yan berlawanan..dua jenis yang saling bertolak belakang, dua kubu yang berperang..pendapat yang saling bertentangan.. nampak kan? Umno lawan Pakatan, Pro Mahasiswa lawan Pro Uni. Anak nak berlawan dengan mak bapak..kemalasan melawan niat rajin.. setan nak tawan hati orang mukmin... ah..normal tu!

Motip? Motipnya ialah Allah akan mengumpulkan semua yang baik kelak di dalam syurga dan semua yang buruk di dalam neraka jahannam...  Kenapa? Sebab semuanya hanyalah ujianNya keatas kita hamba yang serba-serbi hina... takyah nak bongkak sangat ea...namo-namo~

'' Dunia adalah terlaknat, semua yang ada di dalamnya terlaknat kecuali zikir kepada Allah, perbuatan yang dicintai Allah, dan sesuatu yang dapat mendekatkan hamba kepadaNya, serta orang yang berilmu atau orang yang memepelajari ilmu yang bermanfaat..'' ( Al-Hadith )

Makanya, jumlah kita jalani hidup apa adanya, dengan kenyataan yang ada dan jangan kita terlalu mudah larut kedalam khayalan dan terlalu jauh menerawang ke alam imaginasi.. not goog not good! Jum kita hadapi hidup apa adanya..kawal jiwa kita untuk menerima dan menikmati apa adanya. Kalau pelajar..terima keadaan anda sebagai pelajar dan lakukan yang terbaik, kalau anda seorang pekerja bermajikan pula , jangan dengki bila majikan anda mewah..kalau anda usaha sure suatu hari nanti tempat tu milik kita aceea...bakaq sikit.....

AWAS, memang menerima apa adanya..tapi kena hati-hati juga eah, jangan bodoh... tak semua kawan-kawan kita ikhlas..tak semua manusia baik dan tak semua benda harus sempurna dimata ni.. SEBAB? ketulusan dan kesempurnaa bagi mata kita manusia itu ciri sifat kehidupan dunia kita sahaya... Bahkan isteri atau suami kita nanti pun, for sure akan ada beberapa ciri yang kita tak boleh suka, tapi kita boleh sukakan pada part lain kan....

''..janganlah seorang mukmin membenci wanita mukminah kerana jika dia tidak menyukai salah satu perangai isterinya, tentu dia kaan menyukai perangainya yang lain..'' ( Al-Hadith )

Oleh itu uols, inilah masanya kita menjernihkan yang keruh. Alangkah beruntungnya bila kita sama menyatukan langkah, saling memaafkan dan berdamai kembali sesama kita. Mengambil hal-hal mudah dan meninggalkan hal-hal yang menyulitkan keadaan...menutup mata dari beberapa hal untuk saat-saat tertentu, meluruskan langkah dan mengesampingkan hal yang mengganggu..

Hmm..mengesampingkan hal seperti,
''...huhu badan tak lawa camner nak pakai baju lawa, orang tengok tak suka...nak nangis hari-hari mana tau jadi lawa! '' ( bodo )

Sekarang nak sedih lagi tak?

Nak tahu ubat kesedihan aku? Tarra!!!

Aku enjoy crafting!! Hiks.

2.10.12

Hijabista?

Assalamualaikum and salam sejahtera,! Macam opening untuk standUpper USMTV gitew.. hari ni nak sembang fasal Hijab, Ista? Gulps..

Anyway, sejak ramadhan lalu till today.. lebih 3 bulan dan ai bertudung. Ehh..kalau bertudung terus bahasakan diri ai-ai gituw..?

dan...malu nak cakap, koleksi tudung adalah semakin hari semakin banyak. Ramai sedekah kan ai tudung juga, tapi yang ai beli tak sampai 5 kot.. 2 lai bawal 2tone di Uptown Perda and 2 helai Pashmina di Giant. HMM....yang lain-lain orang kasi, and amik stock tudung lama sedara-sedara and owh...5 helai bawal  kaler-maler dari kawan indonesia... hmm nampaknya da lebih dr 10 helai disitu kan?

Tudung, mengapa bertudung takyah jawab kot, mesti boleh faham sendiri..  Sebab dah lama nak bertudung tapi dah lama juga tak sanggup nak tutup rambut yang bajet howt..bermakna lebih kurang macam tak sanggup nak elak dari terjun ke api neraka yang juga howt gitu la kan. Tsk~
So bila da bertudung rasa ape? Ok rasa sangat fabulous  ahaks... konon*

Perasaan bertudung adalah excited bila setiap hari fikir nak pakai tudung apa match dengan baju apa, hmm...cabaran tu. Ai pernah silap pakai tudung jalur melintang dangan baju jalur menegak. Sepanjang event adalah seperti pompuan kejutan budaya tak reti bergaya. Yela..ade kakak tu tegur, kenapa tudung jalur baju jalur...patut salah satu kne plain... aduh duh... rasa nak balik tukar tudung la la tu jugaks tapi sebab bilik jauh..lalu ku bertahan jebat~ @_@"

Yang seronok and terharu, ramai yang terserempak akan cakap camni  :

..'' ehh..ehh.. ni permanent ke suke-suka? '' *random teguran yang mengenali
..'' ehh....dah tukar ker? '' *random
..'' ehh..sejak bertudung lagi cantik dari dulu...'' *abang-abang@pakcik cafe
..'' awak cantik sekarang, sejuk mata memandang..'' *my stalker2 on fb
..'' nak cakap ni, dari dulu..sekarang lagi ayu..'' *abg jual buah
..'' awk dah bertudung sekarang? Alhamdulillah sejuk mata memandang..'' my ex-why-zeck~
..'' ha! kan cantik bertudung..'' *kakak-kakak & teman rapat
..'' ha! sekarang baru nampak beriman sikit!..'' * psycho-psycho konon bagos
..'' wah...tak sangka, bertudung elok juga, i ingat u akan ugly bila tutup rambut! ''.. *JULIET!!!! my bestie, prfft!

..and banyak lagi malas nak ingat. Sedikit-sebanyak terharu :') And yang paling terharu bila ada yang inbox luah perasaan, nak berhijrah and nak tanya pendapat and pengalaman. Tanya dari mana kekuatan datang and mengapa tibatiba and so on.. Rasa macam retis pun ada haha, ok takmau jadi retis terimakasih.

Secara personalnya, ai tahu ramai diluar sana nak bertudung. Tanyalah siapa-siapa yang freehair. Ada memang tak nak tutup, tapi ada yang nak tutup tapi dok memendam and tak tahu jalan ape nak pilih untuk bertudung..tak tau camner nak mula..rasa sangsi dengan diri and kadang-kadang tak dapat sokongan... tunggu hidayah and so on...

Tunggu hidayah like wut? Bila tu...tunggu hidayah tu macam tunggu bulan jatuh keriba oke..die tak datang kalau tak dicari dan diusaha. Ai selalu cakap, kadang-kadang nak tunggu hati ikhlas memang payah selagi setan laknat tak terikat, bisikkan tu akan selalu ada.. jadi, kadang-kadang juga kita kena mulakan sesuatu dalam ertikata kasarnya 'keterpaksaan'. Tak kisahlah...solat paksa-paksa bagi cukup 5 waktu, tudung paksa-paksa agar istiqamah.. lama-lama akan jadi kebiasaan insyallah... percayalah.!

And nak pesan juga, dunGivA Damn pada golongan bajet bagos dengan ideology - ideology yang camgini :

''...ai tak boleh la nak paksa diri, sebab ai bukan plastik, kalau ai buat sesuatu ai ikhlas..ai taknak tipu diri and tipu tuhan..ai tak main-main sebab ai yakin suatu hari nanti hati ai akan terbuka juga untuk bertudung and ai akan tunggu agak dibukakan hati olehNya untuk berhijrah...ai taknak la paksa-paksa macam uols...iew''

Sekian terimakasih diucapkan kepada orang camgitu, tungulah hidayah kau...tunggu sampai jumpa okeh, all the best! Tunggu hati terbuka..tunggulah takut pintu lain yang terbuka..oppps.

Ai loike tudung bawal! Aummm......

Anyway entry ni berniat untuk menasihati ajer, jangan taching eah..diz is my way of bagi nasihat disamping berceloteh. Thanks for watching@reading. Buh bye~

30.9.12

Sedetik lebih.

Hola happy Sunday!

Today sepanjang hari menjahit, as usual...sambil-sambil merenung benang and jarum, plus menahan sakit di hujung jejari yang dot dot dot tercucuk jarum sebab tak reti bersabar... hati berfikir, ehh..minda terdetik.

Mengapa tuhan turunkan ujian? ok chup tahu dah jawapan.. '' sebab tuhan sayang...tuhan takkan uji kalau dia taknak bagi ganjaran...sebab kita hebat, sebab kita jer mampu tanggung ujian tu sebab tu tuhan uji kita bukan orang lain....sebab ujian tu mematangkan kita dan tak ada manusia yang takda ujian atas bumi ni...''

Cukup? Dari kecik dah selalu dengar...dari zaman otak mampu berfikir dah mulai faham.. Sebab? Sebab emangnya aku yang bergelar Youjie ni selalu di 'Uji'. Ada ngerti? Tak apa-apa aku redha, dah kalau tahi lalat di pipi bawah mata tu orang cakap hidup bergenang air mata jer.. so sila bersedia mental dan fizikal.

Tapi jangan salah faham, entry ini tak bermaksud untuk menguar-uarkan bahawa hidup aku tersiksa, owh no...juz gian nak menaip.

Dah, okbYe.


29.9.12

Review Filem Untuk 3 Hari

Budget sangatlah pengkritik seni.. okeh okeh sekali lagi aku nak kritik filem abg afd. Syhh.... dulu aku pernah kena bambu dengan dia sendiri sebab kritik pedas thru filem tak senonoh beliau tak ingat la tajuk apa..punya tak masuk di minda tak lekat di hati.. ok tak kisahlah.

Aku membesar dengan novel Ahadiat, aku sangat gemarkan teknik penulisan dan cara beliau mampu menangkap aku dari alam nyata masuk ke maya ciptaan beliau...dan 'Untuk 3 hari' memang novel yang best! TETAPI....untuk filem adaptasinya....

Sama cabaran dengan Ombak Rindu..Lagenda Budak Setan...  Bagi yang membaca novel itu sendiri comfirm tak pus hati tengok filem lakon semula. Comfirm oke.. Ayat-ayat Cinta adaptasi dulu pun rasa nak nanges tengok...pfft!

POSTER memang mencapai tahap kepuasan optimum dengan ayat tarik penonton OmbakRindu & LBS untuk terus mengambil risiko menonton UTH ini. Fine...teknik pemasaran yang berjaya mungkin.

Pemilihan pelakon amat strong. Aku tertarik dengan Vanidah Imran dan Ayu Raudah. Pftt...tak pernah tak suka pompuan howt ..cis!

☑  Unsur Suspend  bagus di awal cerita yang mampu bawa audience untuk terus berfikir dan teruja-ruja di awal cerita. Gud. Tapi aku kan terror bab membaca filem-filem melayu...celah jari der~ :P

☑ Plot agak longgar disana dan disini. Ada melompat-lompat dan asal siap. Maybe sebab kena shrink'kan ploat yang berjela-jela kepada filem beberapa jam. Maka berlaku kelabu mata disitu. Camner nak describe eah...hmm tengok jelah.

 Skrip/babak 40% memang tak berapa sesuai untuk kanak-kanak bawak umur. Ok maybe aku tak se-sporting korang foine. Tapi bagi aku, nak selitkan babak lawak tak semestinya lucah kan? Aku tak rasa Ahadiat tulis macam dialog yang dilawakkan tu...tidak mungkin isk isk isk..

 Filem Bollywood style yang ketara, tak tau lah maybe bajet nak buat ala-ala Bollywood sebab  Vanidah Imran kan howt macam retis-retis bolly gituh...tapi perlukah lebih 50% babak tu closeUp kat muka penuh screen layar wayang, mmm... memang pelakon lawa-lawa tapi aku tak rasa Vanidah selesa bila setiap lobang bekas jerawat di muka dia jelas kelihatan di screen... sampai buat aku teraba-raba pipi sendiri :

Me : B..muka saya macam tu tak?
Dia : Takde lah.
Me : Nanti akan jadi macam tu tak agak-agak?
Dia : iewww..kalau tak jaga. 
Me : Takmau..takmau..

Kesian Vanidah......Tapi Positive thinking aku, maybe Abg Afd nak tunjukkan kemampuan barisan pelakon menghayati babak dan ekspresi watak yang memang APlus! Memang jelas la mereka benar-benar menghayati.... ok memang menghayati.

 Watak dan perwatakkan bagi aku Kak Ogie macam over acting, aku rasa Razak Mohaideen akan berminat untuk offer Kak Ogie lepas ni, alhamdulillah hehe..Owh watak utama, Afdlin memang sangat mantap, Ayu Raudah pun perfect dan hot! Vanidah & Rashidi takyah disangkal lah.. semua tu  otai-otai filem kan kan.... tapi kesian jer belakon dalam filem macam asal siap. Tsk~

Hmm...bab mengkritik NO 1! Tunggulah kau viva nanti camner lecturer kritik kau plak ojie oi!!

Ohh!!! Anyway...aku sangat duduk tak diam dalam panggung rasa asyik terkejut dipanggil-panggil sebab Vanidah bernama Ujie!!! Wahahaa...haruskan nama aku sefofuler itu huahua!! Ujie ok ujie like seriously!! Cukup over acting kampong disitu ~___~'

Nilai and Persoalan, bila bercakap tentang nilai.. apakah gunanya sesuatu filem yang diarahkan kalau ia tidak membawa apa-apa nilai untuk direnung atau dijadikan pengajaran kepada audience kan? Dan persoalan yang dibangkitkan haruslah strong enuf untuk mengangkat sesebuah filem atau lakonan.. meh nak komen gak menguikut pandangan ujie ok...auw~ :P

Persoalan anak derhaka, sejauh manakah anak dianggap derhaka sekiranya tidak mengikut kehendak ibu bapa? Rashidi digambarkan seorang anak yang tak nak menderhaka dan ikut jer telunjuk mak die 100% walaupun kadang-kadang ianya berlawanan dengan kehendak hati. TETAPI akhirnya semua tindakkanya memakan diri bila dia kehilangan cinta suci. So korang terfikir tak? patut ikut ke tak sebenarnya??

Persoalan keputusan hidup, kita harus mempunyai pendirian dalam hidup...harus! Rashidi@Afin seorang yang digambarkan tidak mempunyai pendirian dan akhirnya ia melukakan banyak pihak, sedangkan Vanida@Ujie seorang yang mempunyai pendirian hidup..ececeehh.. dan Vanidah@Ujie akhirnya memilih untuk hidup bahagia..  ahaha apasal aku rasa nak tergelak nih!?

Persoalan JODOH, amik kau huruf bosar.. Jodoh tu di tangan tuhan.. tak kisahlah bagaimana usaha kita manusia. Tapi rahsia Allah yang Dia mengetahui. Dan jangan sekali-kali mempermainkan jodoh..jangan sekali-kali fikir kita berkuasa untuk melawanNya. Mungkin Vanidah tak tahu jodoh dia dengan si Afdlin pada awalnya, tapi see...last-last bahagia jer kan.. Dan di Rashidi dan Ayu Raudah, talak tiga dia lafaskan dengan melulu walaupun si Juwita dah kata..kalau nak nikah lain jangan ceraikan dia.. Dah la howt! Pastu rela dimadu plak tu... Bongok betui si Afin! Last-last baru merana badan...owh kenapakah badan???

Persoalan dilema lelaki dan wanita, mengapa Ujie tega meninggalkan Afin? Sedangkan mereka pernah berjanji untuk hanya berkahwin bagi menunaikan hasrat kedua ibu bapa mereka? Adakah Ujie kejam dengan berpaling tadah setelah cinta yang dipupuk sekian lama kepada lelaki yang tiba-tiba menjadi jodohnya?

Me : Tengok tu, padan muka..ingat perempuan bola ke tolak sana sini..
Dia : Apa plak, pompuan tu la kejam, kesian Afin tersepit sebab taknak derhaka..
Me : Eh..eh..derhaka apa kalau ikut membabi buta, laki patut berani buat keputusan untuk diri sendiri okee..kalau Afin sayang, takkan dia sanggup biar Ujie nikah laki lain..sangguppp betoi!~
Dia : Tapi mak dia kan ugut, taknak ikut cakap nanti derhaka, pompuan tu patut faham sebab dah janji..
Me : Elo elo..memang la, tapi perempuan tu rasa yang tu jodoh dia, tu yang terbaik and lebih meyakinkan..Afin tu macam takda pendirian, sapa pun takut nak buat laki okee..
Dia : Tu la pompan...penting diri dia ja..
Me : Opp..opp..pompuan memang macam tu, nak kepastian.. kemudian redha la bila dia rasa dah jumpa seseorang yang lebih memberi kekuatan kepada dia meneruskan hidup..
Dia : Redha..redha tapi last-last bahagia, lelaki sengsara...hmm..
Me : Tapi blabla..(*&&^%)+ bala...
Dia : *malas layan

Hah, lega..rasanya dialog diatas dah menceritakan pendapat aku bab dilema tu ..hehee...

Anyway...aku suka tengok Vanidah imran & Ayu raudah, bini-bini orang yang meletops badan slim melim dan hot giler...seksi okeh dlam filem ni.. tapi aku terfikir gak camner tergamak Vanidah membiarkan si Ayu menghimpit-himpit suaminya, meraba-raba dan macamana si Rashidi membenarkan lelaki lain menyentuh isterinya aduh duh duh...bapak arr sporting tak kena gaya. Boleh jatuh dayus oo....tapi takpelah, biasalah demi mencari sesuap nasi kot.. ntah malas pikiaq. Ni dialog akhir kami.

Me : B..taoi macam kesian plak kat Afin kan? ( macam tu macam tak berapa setuju sangat pun )
Dia : Haa...tau pun ! Pfft~

OK sekian, penat menaip penat membebel, hari hujung minggu ni memang hari pergi kenduri aku. Bye nak siap-siap makan kenduri budak sekelas kahwen kepokkepok kebum-kebum...aku jah tak kawen-kawen huahuahua!!!

KBye!

Pesanan Penaja : Sila like FanPage Aku : Artsy'zSuzie Collection <- font="font">CLICK

28.9.12

Tuhan lebih berkuasa..

Mungkin dia bisa ceritakan pada dunia betapa tulus ikhlas dan setianya cinta..
Namun sampai manakah dia mampu terus membohongi diri bahawa itu semua hanya sekadar dalam pandangan mata ?

Mungkin dia bisa mengalunkan memori luka jiwa nestapa atas perpisahan yang menyapa..
Tapi mampukah dia fikirkan penyiksaan jiwa yang telah ditabur dan aku yang selama ini menelan sengsara?

Mungkin dia akan mendapat sanjungan yang dicita ,
..mungkin dia akan memperolehi ehsan yang dijaja....
..mungkin dunia tetap menjadi miliknya dia...

Maafkan hati ini, telah pudar hancur dan musnah sama sekali untuk kembali bersama...

Dan izinkan aku,
..mendoakan dia bahagia dengan dunianya...
..menjelaskan bahawa tiada lagi setitis rasa cinta.

...yang suatu ketika dulu merangkak menagih hiba rasa cinta.
...yang sauatu ketika dulu, tangis aku hiaskan dengan senyuman mesra..
... suatu ketika dulu, cinta aku hanya bersandarkan pasrah di jiwa.

Tuhan maha berkuasa,
..dan Dia maha mendengar rintihan hambaNya...

Aku kan terus bersujud dan akan terus berdoa.

26.9.12

Tergantung..



Persis 2 hati yang bertaut, tapi masih tergantung...
Kau dan aku tiada bedanya kita.

Sekukuh manakah ikatan?
Sekejap manakan simpulan...
...bisakah terlerai dek tusukkan pisau,
...mampukan menahan perit dibawah mentari...?

Atau kau dan aku, kita hanya berapungan...
Melihat indah duniawi..
Khayal dalam alunan bayu dinihari....
Membuai rasa mengalun cinta...
Berpimpinan sama, mengangankan saat bersama....

Ampuhkah rangkulan?
Mampukah selamanya bergandingan...?
...menahan ribut taufan..
...menggenggam erat simpulan...

Atau akhirnya kita,
..kelak terburai dek angin senja...
..kelak terputus dek rasa curiga....

Rebah ke bumi, terpadam segala memori....
..musnah dek rapuhnya sepasang hati.

Ingin


Aku ingin kau hadir memeluk rindu..
Agar dapat kita berkongsi kehangatan malam dalam lingkup di celah anggota...
Menyelamatkan serelung jiwa,
..yang rapuh dibisik kata dusta,
..nan lemah diuji dek benteng cinta...

Di himpit tangisan sang hujan malam,
Ada hati-hati nan melara meredam...
Ada mata nan dipaksa terkatup pejam...
Ada rasa-rasa nan mengharapkan kau datang...
Mengharapkan ketenangan berpanjangan,
Menggamit kau pulang.....

Inginkan senyuman itu dalam genggam ku..
Menamani lena malam ku..
Menghiasi lewat mimpi-mimpi ku...
Kita berdua dan kau milikku...
Kita bersama mecipta sejarah baru...



24.9.12

Vintage Ring

Inilah sepapan cincin tersebut....
Hola! Minggu lalu berjalan-jalan di kedai supplier than bump into satu bende kecil comel-comel yang teramat... Tu tu atas tu larh....penuh hawa nafsu serakah aku memborongnya kesemua sekali dan sekarang ia menjadi satu pembaziran dan aku terpaksa menanggungnya.... ~___~'

Harga yang ditawarkan boleh tahan, menyebabkan hati tertarik menarik ...  masa tengah beli, terbayang-bayang betapa cantiknya kalau pakai satu hari satu color..konon esok baju biru cincin biru lusa baju merah cincin merah... birthday kawan hadiah cincin... kalau rajin buat photoshoot boleh jual bla blabla.....fikir-fikir balik fikir fikir pergi.....

Akhirnya jadi pembaziran.  >_<'

So dari cerita ini, gampang menyatakan betapa lemah kaum wanita dalam membeli, dek tertipu dengan kilauan mata sendiri... nampak cantik dimata tertarik di hati, hati terus terpaut diri terus membeli tanpa berfikir secara logically...
Tralala....
Anyway, kalau nak free meh sini... :P

21.9.12

Wanita memudaratkan?

                                                                                                                                                “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita.” (Riwayat Al-Bukhari )

Maka, dalam meniti arus kehidupan hari ini, jangan pernah kita terlupa akan peringatan Rasulullah SAW yang satu ini. Kita para wanitalah fitnah terbesar bagi kaum lelaki. Kita bukan lelaki, maka kita takkan pernah tahu bagaimana besarnya dugaan yang dirasakan oleh para pemuda terhadap kita..

Aku terbaca di iluvislam  tentang wanita, persisnya aku gubalkan mengikut pemahaman aku :

Tarikan Wanita Kepada Lelaki :

Malam pasanganya siang, jaga pasangannya tidur...
Rajin pasangannya malas, dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerna perempuan adalah pasangan kepada lelaki.
Maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki...

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman..

Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya...




Pada mata lelaki, wanita amat terlalu boleh dihayati,
dengan pelbagai pandangan dan imaginasi..
Sekiranya ia tidak dikawal oleh iman, mata itu akan memandang dengan tafsiran nafsu..

Jadi kita kena menutup aurat :)

SEBAB???



Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…


** HAPPY JUMAAT DAY! **










14.9.12

Maakan,,

Bukan ego yang dipersembahkan,
jauh sekali keras kepala yan ditatangkan...

Diam ini membungkus pedih,
sunyi ini melontar tangis......

Maafkan aku bukan antara yang termanis...