28.11.14

Syarat-syarat untuk bahagia..

Mengapa mencari cinta, sedangkan cinta selalu ada dari maha Esa. 
Mengapa menangisi hati, sedangkan dunia tidak berbaloi untuk dinangisi.
Mengapa merenyuk hati, menjeruk rasa.. tak berbaloi-baloi..

Sedang kita berhak bahagia tanpa syarat!

Kata Prof.Muhaya, jangan meletakkan syarat untuk bahagia. Kalau kita meletakkan syarat...maka kita takkan bahagia selamanya selagi tak cukup syarat. Menyusahkan bukan?
'' ..kalau aku tak ada rumah 3 tingkat, aku takkan puas! ''
''..kalau aku tak cantik, mesti orang tak suka! ''
'' ..kalau..kalau..kalau....''

##bullshit

No no no...aku membuat beberapa bacaan dan mencari beberapa kekuatan, lumrah dunia menempuh ranjau onak duri. Aku mencari ilmu rumahtangga kerana aku ternyata si penggagal yang sering. Jadi instead of bertanya...aku membaca, menilai, memohon petunjuk dan mencari jawapan dari yang berilmu dan benar-benar beraqal. Acea...takkan nak tanya hal rumahtangga pada si bujang dan dara?

Pagi ini, aku berniat untuk tidak menangis lagi kecuali di hamparan solat..
Dah kepenatan..kesian badan, kesian anak kecil yang aku kandungkan... mereka tidak berhak menerima perilakuan sebegini dari aku yang tidak bertanggungjawab...kesian-kesian.
Nangis cepat tua. muka dah nampak nak tua 10 tahun kehadapan dah ni cemana?

Kalau kita tak sayang diri, siapa nak sayang kita??? : kata-kata dari seorang sahabat

Entah berjaya entah tidak, tapi semoga terlaksana hasrat nan satu..
Aku tidak lagi ingin meletakkan syarat untuk berasa bahagia atau gembira..

Dulu seorang aku....
...kawen, mesti bahagia..kalau tak bahagia...mati lagi bagus!  bahagia tu macam segala-galanya
...suami mesti sempurna...kalau ada silap dan cela, lebih baik aku berambus! suami bukan malaikat
...disakiti, dilukai..tandanya tiada lagi cinta. Musnah hancur luluh semua... end of life dah..mati dah..
...mengandung mesti dihargai disayangi selalu.. kalau tak, kau memang sadis! nak mengharap orang sayang je keje kau!

Alah..macam-macam syarat lagi lah yang aku selalu letak dalam hidup aku.

Yer boleh...tapi kondisi aku tak sesuai lansung nek mengharap, aku harus belajar loose...loose jer.. Tak payah kuat berangan, hidup seadanya dan berjuangkan syurga hakiki...disana sejuta syarat pun bakalan dikabuli. Syarat sekarang...kena jadi muslimah berwawasan... ha gitew...tolonglah aku nak muntah

Pagi jumaat yang indah, aku lalui dengan tenang... ok tak la setenang mana sangat sebab time mandi iols menyanyi lagu siti nurhaliza yang sedih... Kemudian aku menjahit dan menggoggle design pillow yang bakal aku buat. Planning nak buat apa masa pantang, cari confinement lady..cari makcik mengurut dan tukar cover page FB. Tetiba... Perlu?

Seronoknya duduk rumah, rasa bagai di syurga..kalau kudrat aku kuat, macam-macam nak buat. Tapi nak tunduk pun tak berdaya. Kalau barang jatuh..jatuh la kau selamanya tak kuasa nak angkat. Lepas ni aku nak mengisi beberapa job application di Mara dan UITM. Result interview SPA pun keluar minggu hadapan. Moga mogalah ada rezeki baby..nak jadi orang bekerja tetap. Main-main dah banyak sangat aku nieh... isk! Segala persediaan hidup aku perlu atur teliti untuk sebarang kemungkinan. Sekarang aku bukan berseorangan...apa-apa pun aku berdua. Ada anak ni sebagai tanggungjawab aku...INGAT!!!

Okbye!







27.11.14

Suratan atau kebetulan..

Sesuatu yang tak disangka seringkali mendatangi kita..
Itukah suratan dalam kehidupan?
Atau sekadar satu kebetulan....

Pagi khamis yang indah, malam jumaat yang baraqah...
Moga malam-malam selepas ini akan selalu tenang...

Semalam aku bermimpi menggendong bayi..Aku yakin itu baby aku. Muka macam baby dalam gambar diatas. Hee...dah nak masuk 36minggu baby ibu. Anytime boleh popOut. Dah cukup bulan. Bersabarlah sayang.....ikut tarikh doc. na.... baby sayang ibu kan.... :')

Bayi yang cekal dan tabah bakal lahir di dunia, aku harus berubah menjadi lebih matang dan dewasa. Alhamdulillah....Dia yang maha esa sering mempersiapkan aku..aku menyedari sentuhan listrikNya ke sanubari. Penawar dan racun yang dicampak...segalanya memberi aku ujian untuk aku menjadi lebih baik hari demi hari... menjadikan aku yang tidak selemah dulu. MUNGKIN?

Dan kehidupan mendatang, aku telah membuat perancangan...insyallah selagi kita berserah kepadaNya. Selagi itu Dia tidak akau mengabaikan kita. Saat ini, hanya tuhan tempat memohon kekuatan dan tempat aku mengadu kepedihan. Bukanlah pedih sangat hidup ini...aku sangat bahagia sejak dua menjak ini. Tapi bumi tak selamanya hijau. Langit tidak selalu cerah..malam tak selalu berbintang bukan.... :)

Andai tersurat buat aku, 2015 adalah tahun ujian terhebat. Aku redha...mungkin aku akan menjadi lebih cekal selepas itu...menjadi ibu hebat MUNGKIN? Dan andai 2015 membuka lembaran bahagia buat aku...alhamdulillah.. aku bakal mencipta satu keluarga bahagia insyallah insyallah....

Dan sebagai seorang isteri, apalah adanya diri ini selain redha dan berserah. Redha ini bukan pasrah eskiusme... Titian yang aku pilih untuk menuju ke jalan syurga. Tidak semudah dalam anganan. Aku terlalu percaya konsep 'kahwin senang masuk syurga' sedangkan TIDAK SEMUDAH itu. Perkahwinan bukanlah segala-galanya. Tetapi ia melengkapkan syarat iman kita di dunia. Mencintai pencipta lebih utama dari segalanya. Kini aku faham dan sedar....

Allah lebih berkuasa.

Sampai disini.. '..ibu selalu mendoakan anak ibu menjadi wanita cekal dan syuhada yang sentiasa berjuang ke jalan Allah..' Amin..

xoxo!!

18.11.14

Hamil 34 Minggu seorang aku.

 Aku kebingungan pagi ni, sama seperti pagi semalam. Dan yang aku pasti...tiadanya jalur lebar internet buat aku mati kutu. Mana nak berniaga on9 tak dapat, nak membaca tak dapat, nak main Forex tak dapat. ehh?? Suami meninggalkan broadband, mungkin faham dengan kebuntuan aku. Maka here we go...blogging!! on9 pakai data di phone is tak puas

Aku tak pergi kerja sampai beranak, kalau ada case kena selesai baru iols pergi, mengada sesangat diri terasa. TQ bos sebab faham.. Tapi takpa...sekurang-kurangnya, di rumah ni, aku boleh buat preparation menyambut kehadiran buah hati tercinta bulan depan...kejap jer lagi.. :')

Actually, adalah penting untuk menjaga emosi, mental, rohani dan fizikal..bagi seorang ibu yang menggendong bayi di dalam rahimnya. Fizikal aku ok, aku lincah dan kadang2 lupa aku mengandung haha... memang jalan laju dan takda masalah alhamdulillah...lagipun babybumb aku tecik ajeee...... tapi! Part emosi...aku yakin dah lulus 1st & 2nd trimester. Aku sangat tabah dan cekal disaat-saat itu. Ujian melanda, perih menimpa...selamber aku lalui berbekalkan iman di hati, yakin Allah mengetahui. Tapi melangkah ke 3rd trimester aku merasakan hormon aku bergolak, aku sendiri tak mampu mengawal emosi badan sendiri. Tindakkan aku lebih di luar batasan fikiran aku sendiri..ya allah. Ganas sebenarnya aku. Fasa ini, aku sedari sesuatu...bahawasanya aku bukanlah lembik sangat...aku bukanlah sopan sangat. Sampai satu tahap...aku boleh bertukar menjadi 'waris jari hantu' hahahaa...aku baran & lemah. No Good!

Kalau ingin mencari kesalahan persekitaran, sudah tentu banyak punca. Tapi mengapa harus sebok menyembunyikan kelemahan diri. Ya...iman aku masih senipis kulit bawah besar. Aku harus melakukan sesuatu. Kerana aku tahu...segala petunjuk dan perkara yang menimpa..adalah proses aku untuk beralih menjadi seorang ibu. Proses yang aku harus tempuh persiapan mental untuk menjadi mak kepada anak aku nanti... aku harus belajar bersabar.....tawaduk dan cekal. CEKAL!!

Berbaki 4 minggu dalam perut, selepas ni..aku akan sunyi dari merasakan tendangan halus kesayangan. Perut akan sepi dari ketukkan atau rasa ngeliat cahaya mata. Bertukar sudah....anak aku bakal berada di depan mata. Aku bisa menyentuh mengelus dan membelai dia... mampukah aku menjadi ibu sempurna?

Hmm...memang banyak fikir, aku memang terampau banyak fikir. Kepala tak berhenti berfikir ...bagaimana aku akan mendidik anak aku nanti. Corak apa, cara gaya apa...nada suara bagaimana... kesih sayang seperti apa... 'oh...ibu terlalu inginkan yg terbaik sayang..'

So, aku bakal shopping buku hari ni. Yer..buku, i need books.
Bukan buku motivasi diri macam selama ni aku baca, bukan juga kisah-kisah wanita..bukan buku jadi kaya atau buku berniaga. Aku nak cari buku motherhood sikit...hihihi... tunggu nanti aku update eah. :)

Kbye, rasa relief sangat lepas blogging.
Ohh...separuh kekuatan ku datang kembali...terimakasih kepada yang membaca dan masih setia mengikuti aku yang emo. ini. 

oxox!




7.11.14

Kenang-kenangan..

Semalam nan ngeri telah berlalu, menanti hari ini dan esok yang belum pasti..
Di hujung rasional seorang wanita, aku memperjuangkan nasib diri.
Dalam kemangguan jiwa dan emosi,
Dalam kejutan demi kejutan dan pasrah hati..

Aku sedar,
..kebahagiaan bukan milik aku lagi..
..cinta sejati, mustahil termiliki..
..aku dibenci, sentiasa ditolak ketepi.
..aku pernah menjadi isteri, tapi bukan kekasih hati.

Di penghulu sulung November 2014..
Aku melihat dunia dengan pandangan baru..
Mengenangkan khalifah nan bakal menjengah dunia,
...dan aku satu-satunya bakal mendidik dia.
...aku satu-satunya harus melegkapi keperluan kasih sayang dia.

Hana Sofea,
Bertabahlah sayang...

Maafkan ibu,
..tiada harta, intan emas permata buat menyambut lahir mu..
..tiada kasih sayang sempurna, menanti ketibaan mu..
..tiada..tiada apa janji, tiada apa yang pasti.

Maafkan ibu,
..menyiksa mu, sejak di rahim ibu..
..mendera mu, sejak di perut ibu..
..menyakiti mu, dengan menyakiti diri ibu...

Maafkan ibu..
Maafkan ibu..

Hadirlah sayang..
..akan bersama kita menyelak isi dunia..
Mencari kekuatan menghadapi rona fana..
Mengumpul bekalan buat bekalan akhirat sana..
Di sisi kita mungkin tiada yang sempurna,
namun di hati ibu..

Dirimu adalah kenangan sebuah cinta yang pernah tercipta..
Hana Sofea..