20.1.14

Miow......

10.1.14

My 1st diamond ring :)

Selamat hari jumaat, jumaat ni kena banyak berdoa... Dan doa aku pagi ni nak another diamond ring untuk tahun 2014. Astagfirullah......

Sejak lastmonth, hobi terbaru yang tercipta ialah masuk kedai emas. So the datin-datin sangat. Tak pernah-pernah suka emas dah jadi suka emas. Tak pernah ada perasaan terhadap diamond. Sekarang dah pandai dah bab-bab diamond, batu-batan, potongan, kilauan... Segalanya tentang emas, permata batu intan.... Petandanya? Dah tuaaaa.....kihkih..

Sebentuk cincin tak pernah termasuk dalam perjanjian semasa bertunang, yang ada gelang@rantai tangan. Maka, senyap-senyap telah ku pendam hasrat yang satu. Pendam tak pendam sangat..di bibir tu asyik pokpekpokpek bagi hint nak cincin atas ada batu permata... Nak whiteGold la segala...

Last-last dek kerana takleh blah dengan ugutan secara halus. Maka, aku pun dapat dahhhhh....cincin yang diidamkannn..... Encik.Tun bawak ke kedai pakcik Habib. Setel masalah... Perasaan ai is berbunga ria. Mana taknya, dari awal kami-kami ni ala-ala yang pangkah white gold... Takda nilai kononnn... Hakikatnya, nilai sebentuk cincin nikah bukan pada material body cincin tu.....uols nak jual balik ker? Susut nilai? Omgodddd....diamond ring means forever occay....

I love vintage designed ring, lagi oldskul lagi lawa...... Macam bawah ni, untuk jemari jerangkung ai, is so cute-cute nice lah...... Tapi reganya boleh tahan nice juga sebab design. So cincin ni ditunda untuk 1st anniversary.., ehh?

Tak dinafikan, eceaa ayat... Ai suka cincin ala-ala seperti bawah ni. Macam gojess sangat. Dia macam sangat elegant , hah...itulah perkataan sebenarnya... Elegant!!! Bentuk ni sesuai untuk jari jerangkung ai tanpa syak lagi. Makanya....cincin ai is seolah-olah seperti ini..tapi bukan camni. Jangan harap ai nak upload gambar cincin ai.... Is a BIG no!!! 

Tetapiii...semalam weoals berdua sengaja menggatalkan kaki ke kedai barangan kemas gurney, kami kan..ternampak sesuatu yang sangat sesuatu.. Encik.Tun i macam nak demam dah tengok cincin ni. Terus cari size 10 untuk cuba. Ai is confuse dan terasa sesuatu yang mengstresskan.. Adakah dia nak beli kat bini lagi satu dia atau madu ai... Choi choiii choii....

Ai dah sedar, taste dia memang macam ni. Suka jugak...memang suka tapi camni punya mahal ohhh..... Alahai, alahai.... Sekarang kami dalam keadaan confuse. Tapi ai still berdoa dapat cincin ni jugak wahahaha...

Astagfirullah......nafsu ore puang!!


Ok, dah abis berdoa.. Doa kat blog, sungguhlah ampeh. 
Have a nice day!!!
I is nak buka kedai dah ni...jum kerja jum kerja boleh beli whitegold diamond ring buat koleksi!! 

9.1.14

Hiv positif?

Haiii..manusiaaaa...
Aku anak jinnn..
Aku mahu makan darahhhh..

Hehee..hihiihii....

Dalam gelap, hati tak senang selagi tak update benda yang aku buat di 8.1.204. Dah say goodnite luvyu muwah muwah assalam segala pada si dia... Tapi mata klipok-klipok...

Hari ini dalam sejarah, aku ambil darah 1 tube. Siyezli....tak pernah buat benda ni..abis kuat pun setitik ketutt kat hujung jari ja..tu pun nak bercucuran air mata tahan takut. Tahan takut tau, bukan tahan sakit..kihkih..  Tpi sebab procedur... Ku tahan jua jebat!!! Procedur nak berkahwin. Ha gituuu...

Setelah mengambil segala borang di pejabat agama, kami harus menjalani ujian Hiv . Kalau negatif alhamdulillah..kalau positif kau fikir sendiri. Pihak mana pun takkan menghalang sekiranya pasangan yang memiliki hiv positif berkhwin. Seeloknya tidak, kesian baby nanti...

Seharian aku menghabiskan masa di hospital. Tapi takpa...bak kata kak iati, enjoy the moment bridezella... Bridezella so sounds Gozzila haha.. Sepanjang di sepotal, sempat juga aku dan dia gaduh damai gadoh damai... Penat hoccay tau tak penatttt..

Masa turn aku, rasa nak luruh jantung. Rasa nak rebah tapi motivasi aku kuat... Ingat dalam otak 'nak kawen nak kawen' pandang muka si tunangan dok buat lawak antarabangsa depan pintu. Seram bertukar geram.. Sempat membahan aku dan dalam kegeraman...proses pun selesai. Tobat lahum..aku tak pandang pun nurse tu, taktengok pun bila jarum dimasukkan bila jarum dikeluarkan. Yang aku ingat, lama.....sebab darah aku slow...setitik2 kot... Jenuh gak menunggunye.. 

Turn si tunang, memang laju dan sekejap gila. Darah memancut2 agaknya... Dah la penuhhh tube.. Aku punya 1/3 tube dia penuh...tak adil ka apa.

Selesai ambil darah, kne isi borang dan itu ini itu ini... Check denyutan jantung, tinggi berat dan segalanya...sekali lagi comfirmation, tekanan darah aku terlalu rendah.. =_=' dan si dia...tekanan tinggi melampau-lampau... 

" kamu la nih, darah saya naik.."

Amboi-amboi sedap mulut, aku peratiii jer dia...tunggu masa nak belasah.

Gedebuk-gedebab..dah selesai semua, aku dan si dia HIV Negative alhamdulillah....
Esok atau lusa boleh submit borang nikah ke pejabat agama. 



Ok dah mamai, gudnite. Aku merepek ka apa taktahu, layankan jelah...papai

1.1.14

Azam tahun 2014!

Typical...tapi perlu!
Disini akan aku senaraikan 100 impian@target aku dalam masa 5 tahun mendatang. Kalau sekarang umo aku 27, maknanya perkara yang wajar aku kecapi setelah berumur 32 tahun lah!
Sila lah sapa nak muntah maka sila muntah, tapi plan aku memang camgini, aku yakin lepas tunang aku baca dia kaan tergolek-golek sampai biru muka...tapi takpa takpa ada lori ada bas kan? >_<

ehem...bismillah..

1 - Kahwin. ok dah boleh muntah beramai-ramai atas perkara yang satu yang diulang-ulang-ulang macam haku sorang jer gedix nak kawen..pui~
2 - Anak. Ada sekurangnya 3 baby, 1st girl, 2nd boy, 3rd girl, 4th boy ehh kalau rezeki pesalahnya?
3 - Menjadi isteri solehah dan ibu penyayang .. thee..heeee....
4 - Memiliki segulung sarjana master of art communications pada 2015 tepat! how i wish i wish...
5 - Memiliki segulung ijazah pHd dalam business line. Eehem...tinggi sangat ker? Boleh jer kan.. ^_^
6 - Menjadi surirumah sepenuh masa sambil manage business haku. TAKYAH KERJA HAHA
7 - Bawa mak aku ke umrah@haji + mertua too~ ^_^ oohh nak sangat gi makkah..
8 - Mampu bagi duit poket pada mama & papa & mertua MONTHLY
9 - Membina company consultant yang bergerak secara consistent menuju kejayaan wah gitu..   
10 - Memiliki transport sendiri iaitu kereta, yeah...kereta akhirnya!
 11 - Dah pakai Braces, huh...yang satu ni dari kecik tak tergapai lahai sadis gile..
12 - Jadi suplier utama bahagian Pulau Pinang, takyah gi ATUZ  :P
13 - Artsy Suzie Collections harus dah ada pengurus, akauntan & pekerja. Harus harus ada..
14 - Membuat kerja amal kepada masyarakat, kelas menjahit percuma dan bantuan kepada yang ingin berniaga. 
15 - Mempunyai rumah aku sendiri di penang yang low cost pun jadik la, dan rumah sepencarian dengan suami. WAJIB
16 - Bantu keluarga.
17 -Ingin ke China, HoChiMin, Vietnam, Kemboja, Indonesia, Arab, India ( nampak tak? negara supplier sokmo )
18 - Bercuti di negara Barat. Taktau dimana sebab buat masa ni macam takda motif kesana haha..
19 - Taknak menangis sorang-sorang lagi.
20 - Nak belajar masak macam-macam dessert + masakkan kampung.

ok ni bahagian aku dan dalaman aku seorang diri :

21 - Solat tak tinggal, insyallah...insyallah..
22 - Ganti solat selama yang aku tinggalkan..
23 - Bersedekah setiap jumaat.
24 - Cover bahasa, taknak jadi laser taknak mengumpat rapat-rapat.. lite lite jer kalau terdesak hahaha
25 - Positive thinker.
26 - Taknak bunuh diri dah, masuk ni dekat 5 kali aku nak bunuh diri...nauzubillah...taknak dah..
27 -Mengaji quran sekurangnya sehelai sehari.
28 - Selawat 1000 kali sehari
29 -Yassin setiap jumaat
30 -Dhuha + Solat sunat taubat DAILY.

Ni part kewangan aku :

31 - Taknak lewat bayar insurans/asb/bil-bil-bil..
32 - Saving sendiri kecuali asb atau nafkah suami pada usia 32Tahun harus ada 50k tak terusik.
33 - Buat investment yang bukan MLM.
34 - Taknak bebankan suami, sekarang memang aku membebankan dia walaupun belum jadi suami aku haha..
35 -Ada 2 kedai dalam Penang.

Ni part kesihatan aku :

36 - Maintain berat maksimum 52kg sahaja  FOREVER!!! Kalau tak, sian suami aku..haha!!!
37 - Buat rawatan resdung haku.
38 - Mandi garam bukit Himalaya SETIAP hari.
39 - Cuci gigi tiap 6 bulan.
40 - Senaman seminggu 2 kali kih..kih..macam kuranggg jer?


Rasa macam dah banyak, tak dapat nak fikir apa dah..nanti kalau ada idea aku akan continue another 60parts. occay?

How ever, matlamat aku semua kearah nak jadi kaya dan berjaya serta masuk syurga. Aku harus akui, dunia ini bukan senang..mencapai matlamat bukan mudah semudah menaip di blog. ia menuntut 1001 pengorbanan dan kekuatan mental dan fizikal. Aku harap aku mampu...aku tahu aku memang mampu pun...juz kenkadang buat-buat tak mampu sebab dah biasa termanja. :P

Aku harap aku akan berjaya mencapai semua matlamat aku diatas dan istiqamah dalam menjayakannya, uols pun doakan yea.... by the time 32 tahun aku akan baca balik post ni dan aku akan kutuk diri sendiri keatas kegagalan mana-mana yang aku tak terlaksanakan.

Appy new year!!!
luvyuols muahh..muahhh.....

ikhlas :
Azrin suzieyatie adrina anuar