27.9.13

Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang...

Dulu dipuja...sekarang ku di sayang... Eh?

Ehem..sekarang aku dah macam 24jam busy, biasalah... '..cita-citaku menjadi orang kaya! Heyy... ' 
Semalam, berinai pengantin sampai 2 pagi, aih la... Sebab lambat bancuh inai, lambat lah siap dan lambat menginaikan pengantin, tu belum seisi rumah lagi tuh.. Tak kisah lah, asalkan semuanya diakhiri dengan kesempurnaan... Semua pun happy!!

..'Dulu ku senang juga, tapi sekarang alhamdulillah!! '

Ini antara corak inai yang diminta pengantin, bagi gambar atau cerita jer nak konsep apa, lepas tu aku draw-draw-draw jelah.... Memang penat, orang tengok pun rasa penatnya.. Tapi tidak bagi aku! Bagi aku ialah kepuasan... Puas gilee kot dapat badan untuk dicontengkan.. Aku wonder, siapa nak derma badan untuk aku draw.. Maybe di paha..di bahu, dada, perut wahahaaa...

Liar!

Ok, dan minggu ini aku sebenarnya busy dengan persiapan kahwin customer. Yang bakal berakhir jam 3 petang nanti. Dengan hiasan hantaranya... Dengan siri junjungnya.. Macam-macam hado lah pendek kata..

KakTon selagi depa tak lansung, memang KakTon risau. Tak boleh rest... Aih aih aih...

Ape pun, selamat hai jumaat dan perbanyakkan beramal ibadat dan beramal soleh sesama insan. 

' Bersyukurlah pada yang maha kuasa, memberi nikmat untuk semua...'

^_^ Jangan lupa, untuk mencuci mata tengok lukisan dan corak inai terbaru dari aku..dila LIKE fanpage ' Jong Jong Inai ' yeahhh...

LuvyuOls mwah mwahh....


24.9.13

cinta

Apakah aku cukup dewasa untuk memperbincangkan soal yang satu ini, aku akui aku belum cukup matang untuk menceritakan alkisah sebuah cinta sejati. Aku bukan juga, pencinta sempurna.. hati ini pernah patah, pernah teguh dan pernah bermain-main di dalam cinta.. hati ini pernah mencurigai cinta, dan pernah memaling cinta...pernah membenci cinta dan pernah menjadi hamba cinta..pernah mendamba cinta, pernah mengkhianati cinta, pernah menyanjung cinta..mendewa-dewakan cinta.. aku insan biasa.

Cinta mengubah aku, cinta mengubah kamu dia mereka dan siapa-siapa sahaja. Kerana cinta, manusia buta..manusia gila, manusia alpa dan kerana cinta juga, manusia hina berupaya berubah menjadi manusia mulia..

Power of love...... katanya.

Suatu ketika dulu, bagi aku yang seorang aku ni.. cinta adalah seharusnyaaa INDAH. Yang seindah drama cinta, filem cinta, novel cinta dan semerdu lagu-lagu cinta. Lalu aku ingin hanyut di dalamnya, memejamkan mata dan menikmati manis bercinta.. 

Apa bisa aku pedulikan? Asalkan manis..ya itu cinta. Andai pahit..itu bukan cinta, itu menghamba. Andai tidak berdua, itu perosakcinta, sulaman kata cinta WAJIB. Sulaman bisikkan cinta, HARUS. Khayalan cinta..perlu-perlu belaka. Lagu cinta, aduhai indahnya...  Harus, harus nampak sempurna, harus tampak indah berbunga-bunga, harusss...

Kini, mungkin aku telah melewati usia tua..ahaha!! Mungkin aku telah lewati zaman matang untuk menghayati cinta. Mungkin aku telah tepu diuji dengan pelbagai ujian cinta..atau mungkin aku telah melalui pelbagai cinta-cinta antara dua jiwa, yang membawa aku kepada satu usia menghayati cinta dari perpektif berbeda. Maksudnya sangat beza.. serius aku rasa BEZA.

Entah mengapa, sentuhan ini beda. Sulaman cinta ini asing benar.. rasa ini lain sangat. Benarkah ini cinta? Hati tertanya-tanya, bisikkan-bisikkan jahat singgah-singgah di kuping telinga, ' ah..ini bukan cinta, cinta harus indah~ ' Apa yang dirasa? Aku merasakan biasa-biasa sahaja..
Literally, natural...BUT deep.

Kejadah? Semulajadi tetapi dalam?

Tiada aku diberi yang indah karya novel, tiada drama cinta, jauh sekali filem romantis. Walau sekuntum bunga.. yang akhirnya kan layu. Tiada, pokoknya tiada dan dahannya mustahil benar. Usah bermimpi mungkin.. atau tak perlu mengharap. Hahahhaa

Tapi?

Tapi cinta ini damai, cinta ini tenang, cinta ini santai dan cinta ini mulia.. Cinta pemberian yang Esa buat aku yang tak kunjung putus asa untuk mendoakannya, mendoakan hadirnya cinta sempurna buat aku. Yang cacat pada lain, kurang pada yang lain, tapi cukup-cukup sempurna, cukup-cukup memenuhi kekurangan aku.. cukup hanya aku dan separuh jiwa aku untuk merasai kesempurnaan itu. Cukup.

Cinta yang paling hambar, tapi beerti.. cinta paling dingin, tapi hangat di hati.. cinta paling kacau bilau, tapi damai di jiwa kami.. cinta paling rahsia, tetapi telus di hati antara kami..

jadi ini kategori cinta apa?

Beberapa kenalan sering benar bertanya pada aku :

A : '' weh..camna nak tau orang tu jodoh kita?''
B : '' mana nak tau, kawen nanti baru tau tu jodoh kita.."
A : '' pastu? kawen melulu than tu jodoh? Aishhhh..."
B : '' selepas melakukan yang terbaik dari segala aspek, kemudian kita menyerahkan bulat-bulat pada tuhan, maka yang terbaiklah yang datang buat kita. Dia maha mengetahui, maha pengasih dan penyayang kan.....''
A : '' Complicated la hang ni, ok tengkius.. ''

Apakah itu cinta?

Pada aku, cinta itu hadir sendiri selepas kita mencintai Pencipta, kemudian mencintai diri kita sendiri.. cinta akan hadir tanpa dicari.

Pada aku, cinta ialah belahan jiwa. Tak perlu bersuara..kita mampu membaca. Tak perlu bersemuka, kita mampu mentafsir perasaannya. Tak perlu madah indah, hati tenang merasakan romantisnya cinta.

Mudah!

Terima kasih cinta,
terima kasih mencintai aku, kerana cinta kamu kepada yang Esa.
terima kasih di atas doa-doa kamu, ingin aku dicemburui bidadari syurga.
terima kasih kerana kesudian diri kamu, menerima aku seadanya.

^_^'

2.9.13

ABC Pak Ali di Pantai Merdeka.

Udah mengalami beberapa malam nan ngeri, udah tempuhi malam-malam yang aneh sekali.
Cukuplah tubuh ini menompa derita gangguan jiwa..
Entah mengapa, emosi nan berantakkan hingga membawa kepada kekacauan dalam perhubungan, dan akhirnya memenatkan kedua sepasangan....

Dan akhirnya, si dia membawa aku menenangkan fikiran..
Katanya aku harus berhenti berfikir sejenak dua...
Harus istirehat barang sehari dua...

Lantas, aku dibawanya ke Pantai Merdeka..
Katanya, misi mencari ais kacang@ ABC tersedap abad ini..
Ahh...apa-apa sahajaaa...

Taraa!! 


Benar mencari ABC terbesar abad ini, dengan harga semurah RM5.00 semangkuk.. :

Anda! Bisa kekenyangan...
Anda! Bisa sugarRushh...
Anda! Bila terkena kencing manis hihi...

Okay! Selamat malam semua..
Update merdeka menyusul,,
Anggap saja ni entry Melangkah bendul. >_<'