11.4.13

Sudah jera...


Aku yang kandas dan patah hati...
Biar lah orang memandang lemah..
Aku tak mahu bercinta lagi....

10.4.13

Senyumlah....


TORAY GROUP sumbang dana bernilai 4 Juta kepada USM, Penang.


Universiti Sains Malaysia menerima dana bernilai 4 juta ringgit dari TORAY GROUP ( MALAYSIA ) bagi pembinaan bagunan Pusat Pemindahan Ilmu TORAY USM. ( TORAY USM Knowledge Transfer Centre )

TORAY Industries Inc, Japun bersempena ulang tahun penubuhan kumpulanya yang ke 40 tanggal 10 April 2013, telah bersetuju menjalankan usahasama bersama Universiti Sains Malaysia bagi membina sebuah bangunan 4 tingkat, yang bakal beroperasi tahun hadapan dalam memperkasakan Program Pemindahan Ilmu USM melalui aspek penyelidikan, akedemik dan perkongsian ilmu bersama masyarakat tempatan.

Menurut, Mr.Akihiro Nikkaku. Presiden Toray Industries,Inc, Toray merupakan sebuah syarikat global yang membangun searus dengan perkembangan komuniti setempat, yang berorintasikan masyarakat tempatan. Justeru ini bersesuaian dengan matlamat  USM yang ingin mengetengahkan bidang berkaitan kelestarian, kemanusiaan  dan masa depan masyarakat rantau ini.

TORAY merupakan syarikat yang  telah melahirkan ramai saintis dari kalangan penyelidik di nagara Jepun, mengharapkan proses kerjasama ini mampu meningkatkan kualiti penyelidikan tempatan ke aras yang lebih tinggi dalam mencungkil dan menghasilkan ilmu baru di rantau ini.


Sementara itu, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Omar Osman berkata kepada pemberita, bahawa beliau berbangga di atas pengiktirafan yang diberikan oleh Syarikat TORAY untuk menjadikan USM sebagai tapak melestarikan ilmu tempatan ke peringkat antarabangsa.
Dalam majlis tersebut, turut berlansung acara pecah tanah dan majlis pemberian cek antara pihak atasan Universiti Sains Malaysia dan  TORAY Industries,Inc.


TAMAT : 

9.4.13

26 Tahun oh my god~

Dah tua, dah tua with no kids or husband of course...
Not married yet and still mencari cinta sejati milik illahi..

Still standing! Lolz....

Azam umur baru, taknak cakap perkara negative. Tuhan menilai doa dan hasrat hambanya, kalau kun-fayakun, maka terkabul lah segala kata-kata bahkan bisikkan tidak tersengaja... Dan saat ini, yang tinggal dalam diri, hanyalah semangat..semangat...dan semangat menempuh hari-hari muka yang makin bercahaya...

I can do it!

Study, wish me settle my masters study before 2015 please... Agar aku dapat merasa tenang, sebelum menyambung pengajian ke peringkat lain. Memang dunia, tapi kalau nak dihormati, dalam mengangkat martabat seorang muslim... tak salah meningkatkan potensi diri. Baru orang tahu, orang islam pun mampu... anak jati Balik Pulau ada seorang yang berjaya... ehem~

Business, banyak perangkaan dalam jangkauan. Doakanlah aku berjaya. seorang Dr. bakal menjadi mentor aku selepas ini insyallah jika ada rezeki. Maka..ya Tuhan, betulkanlah hasrat hati, meterailah impian diri.. Aku ingin mengubah nasib keluarga, agar tidak lagi dipandang keji dipandang hina...ingin berjasa pada tanah air tercinta... Ok sangat patriotik disitu. Amin..amin..amin...
Tabahkanlah hati ini ya Tuhan dalam menempuh hari-hari.......

Kerja, tak apalah sekadar partime-partime sahaja. Aku bersyukur, walau tidak punya kerja tetap. Walau kadang-kadang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sekurannya aku mampu hadapi tanpa meminta dari siapa-siapa..tak susahkan ibu bapa, tak susahkan saudara.... Apa yang termampu, apa yang aku suka...aku buat redah jer...... Seronak ok jadi seorang aku. :)

Teman hidup, biar berkali-kali kecundang..namun aku akan tetap menanti seorang belahan jiwa. Biar Tuhan masih mengaburkan siapa dia, adakah yang disisi atau belum pernah aku temui.. aku berserah segala rahsia rabbul izzati. Bukan muslim lah kalau nak melawan takdir menidak ketentuan illahi....

Dia maha mengetahui, pengasih dan penyayang....

Doaku, mulai saat ini.. i'll do the the best for myself..
Akan selalu tegas dengan diri..tak main emosi.
Taknak bermain dosa hati..
Taknak merendah-rendahkan maruah diri..

Takkan ku benarkan diri ini dihina dikeji...
Atau disakiti.....

Erin@26.2013
Perpustakana Hamzah Sendut 1@USM


1.4.13

23.3.2013

Akhirnya punya kekuatan mengupdate entry disini. Bukan malas, benar bukan malas atau segan..tapi panjang ceritanya untuk dicoretkan.. sambil melupakan segenap masalah reka-rekaan.. baik aku teruskan hasrat impian...

Dia memberi haluan, aku memilih untuk dipinang..


Terima kasih tuhan atas kemudahan jalanan yang Kau bentangkan.. aku hambaMu yang selalu mendambakan kekuatan.

Next entry, aku nak cerita tentang DIY DIY yang terdapat di sepanjang persiapan majlis. Percaya tak persiapan dalam masa 3 hari sahaja. 

Anyway, terlanjur kita bersua walau di medan maya...
Kepada mereka yang pernah menjadi teristimewa di hati, halalkan makan dan minum hamba.
Kepada mereka yang telah ku patahkan hati. Maafkan aku buka niat memungkiri janji.
Kepada yang pernah menyakiti diri ini, aku maafkan dan tidak akan ku simpan sampai mati.

Semoga antara kita musnah hasrat benci, moga tiada iri merantai sanubari...

Assalam! :)