Hola happy Sunday!
Today sepanjang hari menjahit, as usual...sambil-sambil merenung benang and jarum, plus menahan sakit di hujung jejari yang dot dot dot tercucuk jarum sebab tak reti bersabar... hati berfikir, ehh..minda terdetik.
Mengapa tuhan turunkan ujian? ok chup tahu dah jawapan.. '' sebab tuhan sayang...tuhan takkan uji kalau dia taknak bagi ganjaran...sebab kita hebat, sebab kita jer mampu tanggung ujian tu sebab tu tuhan uji kita bukan orang lain....sebab ujian tu mematangkan kita dan tak ada manusia yang takda ujian atas bumi ni...''
Cukup? Dari kecik dah selalu dengar...dari zaman otak mampu berfikir dah mulai faham.. Sebab? Sebab emangnya aku yang bergelar Youjie ni selalu di 'Uji'. Ada ngerti? Tak apa-apa aku redha, dah kalau tahi lalat di pipi bawah mata tu orang cakap hidup bergenang air mata jer.. so sila bersedia mental dan fizikal.
Tapi jangan salah faham, entry ini tak bermaksud untuk menguar-uarkan bahawa hidup aku tersiksa, owh no...juz gian nak menaip.
Dah, okbYe.
30.9.12
29.9.12
Review Filem Untuk 3 Hari
Budget sangatlah pengkritik seni.. okeh okeh sekali lagi aku nak kritik filem abg afd. Syhh.... dulu aku pernah kena bambu dengan dia sendiri sebab kritik pedas thru filem tak senonoh beliau tak ingat la tajuk apa..punya tak masuk di minda tak lekat di hati.. ok tak kisahlah.
Aku membesar dengan novel Ahadiat, aku sangat gemarkan teknik penulisan dan cara beliau mampu menangkap aku dari alam nyata masuk ke maya ciptaan beliau...dan 'Untuk 3 hari' memang novel yang best! TETAPI....untuk filem adaptasinya....
Sama cabaran dengan Ombak Rindu..Lagenda Budak Setan... Bagi yang membaca novel itu sendiri comfirm tak pus hati tengok filem lakon semula. Comfirm oke.. Ayat-ayat Cinta adaptasi dulu pun rasa nak nanges tengok...pfft!
POSTER memang mencapai tahap kepuasan optimum dengan ayat tarik penonton OmbakRindu & LBS untuk terus mengambil risiko menonton UTH ini. Fine...teknik pemasaran yang berjaya mungkin.
Pemilihan pelakon amat strong. Aku tertarik dengan Vanidah Imran dan Ayu Raudah. Pftt...tak pernah tak suka pompuan howt ..cis!
☑ Unsur Suspend bagus di awal cerita yang mampu bawa audience untuk terus berfikir dan teruja-ruja di awal cerita. Gud. Tapi aku kan terror bab membaca filem-filem melayu...celah jari der~ :P
☑ Plot agak longgar disana dan disini. Ada melompat-lompat dan asal siap. Maybe sebab kena shrink'kan ploat yang berjela-jela kepada filem beberapa jam. Maka berlaku kelabu mata disitu. Camner nak describe eah...hmm tengok jelah.
☑ Skrip/babak 40% memang tak berapa sesuai untuk kanak-kanak bawak umur. Ok maybe aku tak se-sporting korang foine. Tapi bagi aku, nak selitkan babak lawak tak semestinya lucah kan? Aku tak rasa Ahadiat tulis macam dialog yang dilawakkan tu...tidak mungkin isk isk isk..
☑ Filem Bollywood style yang ketara, tak tau lah maybe bajet nak buat ala-ala Bollywood sebab Vanidah Imran kan howt macam retis-retis bolly gituh...tapi perlukah lebih 50% babak tu closeUp kat muka penuh screen layar wayang, mmm... memang pelakon lawa-lawa tapi aku tak rasa Vanidah selesa bila setiap lobang bekas jerawat di muka dia jelas kelihatan di screen... sampai buat aku teraba-raba pipi sendiri :
Me : B..muka saya macam tu tak?
Dia : Takde lah.
Me : Nanti akan jadi macam tu tak agak-agak?
Dia : iewww..kalau tak jaga.
Me : Takmau..takmau..
Kesian Vanidah......Tapi Positive thinking aku, maybe Abg Afd nak tunjukkan kemampuan barisan pelakon menghayati babak dan ekspresi watak yang memang APlus! Memang jelas la mereka benar-benar menghayati.... ok memang menghayati.
☑ Watak dan perwatakkan bagi aku Kak Ogie macam over acting, aku rasa Razak Mohaideen akan berminat untuk offer Kak Ogie lepas ni, alhamdulillah hehe..Owh watak utama, Afdlin memang sangat mantap, Ayu Raudah pun perfect dan hot! Vanidah & Rashidi takyah disangkal lah.. semua tu otai-otai filem kan kan.... tapi kesian jer belakon dalam filem macam asal siap. Tsk~
Hmm...bab mengkritik NO 1! Tunggulah kau viva nanti camner lecturer kritik kau plak ojie oi!!
Ohh!!! Anyway...aku sangat duduk tak diam dalam panggung rasa asyik terkejut dipanggil-panggil sebab Vanidah bernama Ujie!!! Wahahaa...haruskan nama aku sefofuler itu huahua!! Ujie ok ujie like seriously!! Cukup over acting kampong disitu ~___~'
Nilai and Persoalan, bila bercakap tentang nilai.. apakah gunanya sesuatu filem yang diarahkan kalau ia tidak membawa apa-apa nilai untuk direnung atau dijadikan pengajaran kepada audience kan? Dan persoalan yang dibangkitkan haruslah strong enuf untuk mengangkat sesebuah filem atau lakonan.. meh nak komen gak menguikut pandangan ujie ok...auw~ :P
Persoalan anak derhaka, sejauh manakah anak dianggap derhaka sekiranya tidak mengikut kehendak ibu bapa? Rashidi digambarkan seorang anak yang tak nak menderhaka dan ikut jer telunjuk mak die 100% walaupun kadang-kadang ianya berlawanan dengan kehendak hati. TETAPI akhirnya semua tindakkanya memakan diri bila dia kehilangan cinta suci. So korang terfikir tak? patut ikut ke tak sebenarnya??
Persoalan keputusan hidup, kita harus mempunyai pendirian dalam hidup...harus! Rashidi@Afin seorang yang digambarkan tidak mempunyai pendirian dan akhirnya ia melukakan banyak pihak, sedangkan Vanida@Ujie seorang yang mempunyai pendirian hidup..ececeehh.. dan Vanidah@Ujie akhirnya memilih untuk hidup bahagia.. ahaha apasal aku rasa nak tergelak nih!?
Persoalan JODOH, amik kau huruf bosar.. Jodoh tu di tangan tuhan.. tak kisahlah bagaimana usaha kita manusia. Tapi rahsia Allah yang Dia mengetahui. Dan jangan sekali-kali mempermainkan jodoh..jangan sekali-kali fikir kita berkuasa untuk melawanNya. Mungkin Vanidah tak tahu jodoh dia dengan si Afdlin pada awalnya, tapi see...last-last bahagia jer kan.. Dan di Rashidi dan Ayu Raudah, talak tiga dia lafaskan dengan melulu walaupun si Juwita dah kata..kalau nak nikah lain jangan ceraikan dia.. Dah la howt! Pastu rela dimadu plak tu... Bongok betui si Afin! Last-last baru merana badan...owh kenapakah badan???
Persoalan dilema lelaki dan wanita, mengapa Ujie tega meninggalkan Afin? Sedangkan mereka pernah berjanji untuk hanya berkahwin bagi menunaikan hasrat kedua ibu bapa mereka? Adakah Ujie kejam dengan berpaling tadah setelah cinta yang dipupuk sekian lama kepada lelaki yang tiba-tiba menjadi jodohnya?
Me : Tengok tu, padan muka..ingat perempuan bola ke tolak sana sini..
Dia : Apa plak, pompuan tu la kejam, kesian Afin tersepit sebab taknak derhaka..
Me : Eh..eh..derhaka apa kalau ikut membabi buta, laki patut berani buat keputusan untuk diri sendiri okee..kalau Afin sayang, takkan dia sanggup biar Ujie nikah laki lain..sangguppp betoi!~
Dia : Tapi mak dia kan ugut, taknak ikut cakap nanti derhaka, pompuan tu patut faham sebab dah janji..
Me : Elo elo..memang la, tapi perempuan tu rasa yang tu jodoh dia, tu yang terbaik and lebih meyakinkan..Afin tu macam takda pendirian, sapa pun takut nak buat laki okee..
Dia : Tu la pompan...penting diri dia ja..
Me : Opp..opp..pompuan memang macam tu, nak kepastian.. kemudian redha la bila dia rasa dah jumpa seseorang yang lebih memberi kekuatan kepada dia meneruskan hidup..
Dia : Redha..redha tapi last-last bahagia, lelaki sengsara...hmm..
Me : Tapi blabla..(*&&^%)+ bala...
Dia : *malas layan
Hah, lega..rasanya dialog diatas dah menceritakan pendapat aku bab dilema tu ..hehee...
Anyway...aku suka tengok Vanidah imran & Ayu raudah, bini-bini orang yang meletops badan slim melim dan hot giler...seksi okeh dlam filem ni.. tapi aku terfikir gak camner tergamak Vanidah membiarkan si Ayu menghimpit-himpit suaminya, meraba-raba dan macamana si Rashidi membenarkan lelaki lain menyentuh isterinya aduh duh duh...bapak arr sporting tak kena gaya. Boleh jatuh dayus oo....tapi takpelah, biasalah demi mencari sesuap nasi kot.. ntah malas pikiaq. Ni dialog akhir kami.
Me : B..taoi macam kesian plak kat Afin kan? ( macam tu macam tak berapa setuju sangat pun )
Dia : Haa...tau pun ! Pfft~
OK sekian, penat menaip penat membebel, hari hujung minggu ni memang hari pergi kenduri aku. Bye nak siap-siap makan kenduri budak sekelas kahwen kepokkepok kebum-kebum...aku jah tak kawen-kawen huahuahua!!!
KBye!
Pesanan Penaja : Sila like FanPage Aku : Artsy'zSuzie Collection <- font="font">CLICK->

28.9.12
Tuhan lebih berkuasa..
Mungkin dia bisa ceritakan pada dunia betapa tulus ikhlas dan setianya cinta..
Namun sampai manakah dia mampu terus membohongi diri bahawa itu semua hanya sekadar dalam pandangan mata ?
Mungkin dia bisa mengalunkan memori luka jiwa nestapa atas perpisahan yang menyapa..
Tapi mampukah dia fikirkan penyiksaan jiwa yang telah ditabur dan aku yang selama ini menelan sengsara?
Mungkin dia akan mendapat sanjungan yang dicita ,
..mungkin dia akan memperolehi ehsan yang dijaja....
..mungkin dunia tetap menjadi miliknya dia...
Maafkan hati ini, telah pudar hancur dan musnah sama sekali untuk kembali bersama...
Dan izinkan aku,
..mendoakan dia bahagia dengan dunianya...
..menjelaskan bahawa tiada lagi setitis rasa cinta.
...yang suatu ketika dulu merangkak menagih hiba rasa cinta.
...yang sauatu ketika dulu, tangis aku hiaskan dengan senyuman mesra..
... suatu ketika dulu, cinta aku hanya bersandarkan pasrah di jiwa.
Tuhan maha berkuasa,
..dan Dia maha mendengar rintihan hambaNya...
Aku kan terus bersujud dan akan terus berdoa.

26.9.12
Tergantung..
Persis 2 hati yang bertaut, tapi masih tergantung...
Kau dan aku tiada bedanya kita.
Sekukuh manakah ikatan?
Sekejap manakan simpulan...
...bisakah terlerai dek tusukkan pisau,
...mampukan menahan perit dibawah mentari...?
Atau kau dan aku, kita hanya berapungan...
Melihat indah duniawi..
Khayal dalam alunan bayu dinihari....
Membuai rasa mengalun cinta...
Berpimpinan sama, mengangankan saat bersama....
Ampuhkah rangkulan?
Mampukah selamanya bergandingan...?
...menahan ribut taufan..
...menggenggam erat simpulan...
Atau akhirnya kita,
..kelak terburai dek angin senja...
..kelak terputus dek rasa curiga....
Rebah ke bumi, terpadam segala memori....
..musnah dek rapuhnya sepasang hati.
Ingin
Aku ingin kau hadir memeluk rindu..
Agar dapat kita berkongsi kehangatan malam dalam lingkup di celah anggota...
Menyelamatkan serelung jiwa,
..yang rapuh dibisik kata dusta,
..nan lemah diuji dek benteng cinta...
Di himpit tangisan sang hujan malam,
Ada hati-hati nan melara meredam...
Ada mata nan dipaksa terkatup pejam...
Ada rasa-rasa nan mengharapkan kau datang...
Mengharapkan ketenangan berpanjangan,
Menggamit kau pulang.....
Inginkan senyuman itu dalam genggam ku..
Menamani lena malam ku..
Menghiasi lewat mimpi-mimpi ku...
Kita berdua dan kau milikku...
Kita bersama mecipta sejarah baru...
24.9.12
Vintage Ring
Inilah sepapan cincin tersebut.... |
Harga yang ditawarkan boleh tahan, menyebabkan hati tertarik menarik ... masa tengah beli, terbayang-bayang betapa cantiknya kalau pakai satu hari satu color..konon esok baju biru cincin biru lusa baju merah cincin merah... birthday kawan hadiah cincin... kalau rajin buat photoshoot boleh jual bla blabla.....fikir-fikir balik fikir fikir pergi.....
Akhirnya jadi pembaziran. >_<'
So dari cerita ini, gampang menyatakan betapa lemah kaum wanita dalam membeli, dek tertipu dengan kilauan mata sendiri... nampak cantik dimata tertarik di hati, hati terus terpaut diri terus membeli tanpa berfikir secara logically...
Tralala.... |
21.9.12
Wanita memudaratkan?
“Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita.” (Riwayat Al-Bukhari )
Maka, dalam meniti arus kehidupan hari ini, jangan pernah kita terlupa akan peringatan Rasulullah SAW yang satu ini. Kita para wanitalah fitnah terbesar bagi kaum lelaki. Kita bukan lelaki, maka kita takkan pernah tahu bagaimana besarnya dugaan yang dirasakan oleh para pemuda terhadap kita..
Aku terbaca di iluvislam tentang wanita, persisnya aku gubalkan mengikut pemahaman aku :
Tarikan Wanita Kepada Lelaki :
Malam pasanganya siang, jaga pasangannya tidur...
Rajin pasangannya malas, dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerna perempuan adalah pasangan kepada lelaki.
Maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki...
Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman..
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya...
Pada mata lelaki, wanita amat terlalu boleh dihayati,
dengan pelbagai pandangan dan imaginasi..
Sekiranya ia tidak dikawal oleh iman, mata itu akan memandang dengan tafsiran nafsu..
Jadi kita kena menutup aurat :)
SEBAB???

Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…
** HAPPY JUMAAT DAY! **
14.9.12
Maakan,,
Bukan ego yang dipersembahkan,
jauh sekali keras kepala yan ditatangkan...
Diam ini membungkus pedih,
sunyi ini melontar tangis......
Maafkan aku bukan antara yang termanis...
Lepasan nota.
Malam ini sepi membaluti bumi,
aku merenung siling kosong yang setia selalu disisi..
terpaku pada putaran kipas angin usang yang tertib,
..cahaya lampu meja milik aku dan cahaya lampu meja..
..milik dia, teman sebilikku rahima.
...dia tiada.
Melepaskan keluhan maha berat,
lalu mengejang luas jemari kaki ke sudut ranjang..
menghempas keras kepala ke hujung bantal.
Hati ternyata memintal rasa gusar.....
..mata meliar.
...bola mata ku bebaskan santai mengamati pelosok kamar sunyi...
..hati berbisik separa tangis..
'' ..pedihnya kasih sayang yang Kau limpahkan..''
Jemari ku tekan tenggelam di celahan rambut,
mata ku pejam menahan dengus di rongga nyawa..
''..kerna Dia maha mengasihani..''
Menampal ke hujung mata kiri,
menempel ke hujung mata kanan...
..Belakang bahu ...
''..alhamdulillah....maha suci Allah..''
Lantas tubuh ku balut pakai selimut....
Tenggelam dalam malam kabut...
Bersama serelung hati zuhud.
Harus segera tidur.
8.9.12
Hikmah dari yang Esa
Cintailah orang yang kau cinta berpada-pada, kerana kemungkinan ia akan menjadi kebencianmu suatu hari nanti. Bencilah orang yang kau benci berpada-pada kerana kemungkinan ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti ...
Kehidupan telah mengajar aku, karma! What you give you get back. Tuhan yang maha berkuasa dan adil menguruskan segala maka kita insan biasa mohon kesabaran dan penambahan iman di dalam dada.. Bila dilanda fitnah atau dugaan dunia semata, hadapi dengan tenang dan penuh pengertian....agar tidak termelatah sehingga membawa padah.. Dunia bukan untuk orang beriman, mengamalkan agama di atas dunia pedihnya seumpama menggenggam bara...lalu tepuk dada tanya hati nuraini sendiri.
Jika suatu ketika kita terlalu jijikkan seseorang, terlalu menghina dan terlalu mendabik dada...tak mustahil hari ini insan yang dibenci dijijik sebenarnya teman paling setia atau mungkin pendamping jiwa.... dada yang gagah menompang dunia mungkin hari ini lemah tiada berdaya..malah mengharapkan bahu siapa-siapa buat tumpangan mengadu sendu di jiwa....Ketahuilah kita hanya manusia biasa yang lemah serba-serbinya..
Aku sentiasa berharap.... berdoa diri ini tidak terlalu menyalahkan siapa-siapa atas tiap ketentuan yang dicipta. ..Dan sesungguhnya aku bersedia atas tohmahan manusia yang menganggap aku hina atau yang tidak mengenang jasa.. kerna sesungguhnya mereka tiada tahu apa-apa, mereka tidak berdosa dan mereka tersalah meneka.... mereka tidak bersalah...
Dan aku sentiasa berharap.... berdoa diri ini tidak dibenci siapa-siapa dan di dendami siapa-siapa... kerna yang ku cari di dunia hanyalah peneman belahan jiwa...sahabat suka duka...kekasih penguat dikala lemah mengadapi dunia...cinta suci hingga ke syurga..... HidayahNya yang maha esa.
Kerna sesungguhnya, sendu yang lalu tiada siapa kelihatan di mata..pilu yang terhiris terlalu kemas ku semat di dalam jiwa.... Lalu siapa pernah tahu luka ini sedalam mana? Dan sesungguhnya juga..mereka hanya menyalahi kebahagiaan yang kini ku rasa, menunding jari ke arah senyuman yang ku ukir pada langit senja. Lalu siapa pernah bersoalkan tentang mengapa aku tega berbahagia sedangkan ada yang dilanda nestapa?
Kekuatan jenis apa yang mengasakku untuk meneruskan langkah tanpa berpaling lagi?
Kesabaran setebal mana yang mendorongku untuk bertahan selama ini?
Pengorbanan sebesar mana yang memaksaku untuk tegar berpaling dari sisi?
Ketahuilah kita insan biasa....
Jalanan ini suratan maha Esa...
Pengajaran ini amat beharga...
Kerna Dia teramat menyayangi kita.
Selamat mencari kebahagiaan hakiki, selamat mencari cinta....
Redhai kehilangan, sesungguhnya ia terkandungnya hikmah.
6.9.12
Senyum mu menawan-menawan..
Rise and shine!
Semalam was awesomeness tak tahu kenapa En.B tiba-tiba ngamuk-ngamuk nak buat kek sesangat. Than kami calling-calling here and there cari tapak. Haha...why cari tapak? Sebab nak buat kek dimana memandangkan belom ade rumah belom ade dapur gas periuk belanga.. Last-last rumah maksu di Permatang damar laut yang free.. Makanya berbekalkan periuk belanga pengacau dan tepung telur segala bangai diusung ke sana tepat jam 10 malam.
Resepi keknya memang aku tak ingat sebab tak amik tahu pun proses pembuatan, juz amik gambar jer.. memang bikin panas tukang masak tapi takpe aku tau dia panas-panas lepas 3 seconds sejuk balik. Tak takut tak takut pun..
Proses mengadun adunan paling mancabar sebab tak ada hand mixer. Sebenornyer 1st time aku tahu apa tu handMixer. Tu pun after google. Memandangkan takde benda alah tu..kami kacau pakai senduk kayu. Memang naik muscle di lengan. ~_~' memang mengundang bebai-bebai and merungut-rungut.... dasar takdak kesabaran aih..
Tepat jam 12, kek pun siap aku dengan keterujaan yang melampau terus capai pisau potong ikan kerat kek makan, NGap! Tapi lepas tu kena bebel-bebel sebab tak reti nak bersabar tunggu kek sejuk dah nak potong sampai kek jadi hancur sikit kat part belum sejuk betul-betul tu...maka dukacita terpaksa simpan dalam peti ais and sambung bersembang topik 'beranak' dengan maksu. Owh so the mak-mak topic. pfft..sementara tunggu kek oi..kek....
Semalam kan...dengan bersaksikan hujan ribut topan angin kencang...siaran astro yang dah jadi biru-biru flat di screen tv. Titis hujan lebat yang menghantuk atap zink pulak tu, emangnya mengundang mata suku terbuka.. En.B bagi alasan cliche ..'' isk tak boleh la dengaq...rasa nak tarik selimut oo..'' plup...abes macam biasa terbongkang di sofa.. Emang dasar. Tinggal aku dan maksu and kazen-kazen berborak hal itu ini itu ini...sampai tenggelam punca sebab tunggu kek adui....
Last-last tak sedar aku pun plup. Hamik kau-hamik kau...
Acara majlis kukus kek berakhir lingkungan 1pagi. Dek hujan yang terlalu menggila..kaki harus ku langkah pulang a.s.a.p. Selesai bahagi-bahagi kek..enjin dipanaskan dan kami hilang dalam kegelapan kampung permatang damar laut ditelan renyai hujan ke dalam perut malam.....brooommm..........
.....................................
.....'' Selamat ulang tahun kelahiran ke 26th kamu, saya tahu kamu buat semua ni sebab tak mahu berlaku pembaziran untuk sambut birthday kan, sebab kamu tahu saya sengkek bulan ni kan kan kan.... sebab kamu taknak saya beli bukan-bukan kan kan... and sebab kamu memang nak tunjuk teror buat kek konon kan kan nak kalahkan keupayaan saya kan.....saya tahu semua reason diatas adalah benar kan kan.... ngakujelah!~
..Selamat melangkah ke alam dewasa, saya doakan semoga kamu dapat menjadi seorang Abang Long yang bertanggungjawab dan anak yang soleh serta kazen dan anak sedara, Pak Long mahupun pekerja yang amanah, dan berhati mulia... Saya tahu kamu mampu.
Yang penting kamu menjadi hamba yang beriman kepada yang maha Esa....
Saya doakan juga semoga segala impian dan perancangan kamu menjadi kenyataan kerana sesungguhnya kita hanya merancang dan Dia maha menentukan. Semoga kehidupan kamu di bawah payung perlindunganNya dan semoga kebaikkan mengiringi setiap perjalanan hidup kamu.
Terima kasih menjadi belahan jiwa saya yang sangat memahami dan penuh pengertian.. :)
✿Senyum mu menawan-menawan..kau buat hati ku tertawan...
3.9.12
Picisan rasa.
Kadang-kadang tuhan bagi kegembiraan, jadi kita harus beringat-ingat disaat kita kesedihan. Dan bila hidup terasa selamat dan aman, jangan pula tercuai kerna suatu ketika selepas itu pasti kita akan rasa terancam dan tidak aman lagi.... inilah kehidupan.
Aku...teramat bersyukur dengan segala kelebihan dan nikmat kurniaanNya, tapi aku juga manusia yang terkadang kufur dalam menilai kilauan permata anugerahNya. Membuatkan hati leka dan jiwa meronta-ronta..itu ini serba tidak kena....
Jadi malam ini ingin aku bersamaNya menghayati kasih-sayangNya dan mempelajari hikmah setiap ketentuanNya... Ingin mencari kekuatan dalam meniti jalanan dunia, mencari ketenangan dalam menyelami dasar kecintaanNya.... memohon memiliki hati bersih dari hasad dengki dan sifat yang hina....
Subscribe to:
Posts (Atom)