23.11.17

Aku Luar Biasa!

Pagi ni, nyaman luar biasa...
Anak terjaga awal luar biasa...
Aku segar awal luar biasa...
Suami berwajar bugar ..ahh itu biasa!

Mungkin kerana solat semalam yang luar biasa.
Atau Allah mulai memanjakan hambaNya yang ingin menjadi luar biasa..

Sungguh luar biasa,
....Dia mampu menjadikan yang tak biasa kepada luar biasa.
...Dia mampu menjadikan yang biasa kepada luar biasa.

Hari ni sungguh luar biasa..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah...
Alhamdulillah....

13.10.17

Too bad i'm more than that!

Tak sedar, hampir berdekad aku pergi meninggalkan laman yang selama ini aku dakap rapat-rapat di dada. Tempat aku meluahkan segala hasrat, kehendak, fikiran dan juga medan aku menghamparkan impian.

Indah, bila menjadi diri dan bebas bernari tanpa memperdulikan insan-insan di kanan atau di kiri.
Kata kunci pun aku dah lupa, re-new dan re-log in sekali lagi...
Aih....dah jauh benar kau Youjie.
Dimana kau kini?

Atas pelangi?
Bawah titi?
Pinggir kali?

Izinkan aku mengelap habuk, mengesat daki dan menyapu bersih setiap celah blog aku ini, mungkin dengan menulis kembali..aku bakalan terjumpa kembali keindahan diri. Haha! Keindahan diri sound so the tak sesuai. What ever is it, hi!!! Anybody here reding this!!?????

Im back!!!!!!

Haihhh......dah terlalu lama aku mengunci kata buat diri sendiri.
Dah terlalu banyak mangumam bisa telan sendiri. Aku pingin tapak meluah dan meringankan sakit di hati. Ahh...macam lah sakit sangat hidup kau Youjie. But still.... aku bukan aku kini. Atau...mungkin aku dah bertukar? Atau mungkin ini proses mendewasakan dan mematangkan? Atau...aku belum berpijak di dunia yang nyata? Atau..... entahla, bagilah sejuta 'atau'...aku mampu senaraikan.

Aku berhasrat untuk memberhentikan apa yang aku lakukan kini.
Mungkin cukup 3 tahun aku belajar dengan dunia sebenar dan menghadapi manusia sebenar yang memiliki topeng-topeng di dalam topeng-topeng.. dan cukup mengerikan aku. Harus aku akui disini, aku tak mampu berjuang se-hebat mereka-mereka untuk berjaya ke puncak. Bahagia aku bukanlah sekadar memiliki segalanya dengan wang dan pangkat semata...



Too bad... i'm more than that dude.

7.2.17

Diet Day-2 ...la sangat!

Bertanyakan kepada suami, should i delete my blog? Dan jawapan dia macam ala..ala....tak bagi.
Tak faham kenapa, blog ni lahir sejak zaman aku tahapahapa dulu... ( seems now hapa-hapa la sangat ) Ingatkan....nak la delete yang lama mula yang baru....tapi...

Ehh kiranya suami i ni...follower tegar i ker camner? *blow-nail

Krik..krik..krik...

Aku hanya tukar cover page baru dan layout baru .. 

Hari ni berkesempatan buka blog, normally kerja tepi bos. Well..faham-gaham cemana. 
Di hari yang mulia ini, kita harus memuliakan hari-hari dengan perkara mulia, #correctmeifimwrong aku nak memberitahu bahawa aku tengah on diet bahahahahaaa!!!!

am i look yummy ?
Semalam yang ngeri, aku dijadualkan untuk HANYA MAKAN BUAH. So semalam aku makan segala datuk nenek buah ....dan balik kerja makan nasi kerabu. #eh!!

Hahaha....1st day day cheat, we'll see balik ni aku still beriman kepada 'HARI SAYUR' aku tak. Tapi aku rasa better dari semalam....monyet pun lagi enjoy meal depa dari aku. =_='

And today! Yeah...sup sayur nyum-nyum..
Balik karang Sup Tomyam..
Malam karang...maybe mashed potato ?

Kenapa aku diet?

Sebab....... tunggu 16 February!!!!!

BYE!

21.11.16

Should i let it go....?

At the end tuhan sentiasa  memberikan yang terbaik. Lamanya tak post kata-kata disini. Sebab busy dengan hal dunia. Busy kumpul duit tanpa menghiraukan perkara lebih penting. :(

Banyak draft draft entry di kepala yang ter-terkeluar. Sebab? Sebab rasanya di usia sebegini dan saat ketika ini.....tidak ada guna nak mempamirkan kebengangan diri. Hahahahaaa......
But well...what ever lah, sesekali tunjuk bangang should be ok. Hahaa...gelak untuk disi sendiri.

Aku...masih bagini, internally. Still maintain the old Youjie macam nama blog ni. Masih blur, masih lurus dan masih kememe. Tah la siapa yang masih nak baca and follow blog ni. Whatever it is... aku boleh update entry ni sebab aku di oldtown siapkan kerja...walaupun tengah MC. Ya...aku gila.

Kerja..kerja ..kerja... 24jam hidup aku seakan kerja.
9am masuk office 9pm baru boleh jenguk jam ambil kunci kereta balik. Tu pun sebab rasa ada tanggungjawab lain menanti di rumah. Nak diikutkan hati..aku tidur je di office to make things smoothly berjalan ...Jam 9-6pm kerja tu semua crap. Hakikatnya 24jam aku kerja.. kalau tak online..aku terpaksa on wassap. 24 jam fikir kerja 24jam plan hal kerja.

Yes, kerja aku best dan menghiburkan dan sealiran dalam darah aku. Siapa sangka, graduate dalam journalism.. kerja sebagai public relation. Belajar tentang nak buat event, nak create event nak create awareness itu ini...  specialist in e-marketing. Talk to people and create repo.

Paling mencabar...im the only alien among all the zombie. Why? Sebab aku pandai cakap bahasa zombie la! You get what i mean? **haha..

Bukan mudah...tapi itulah cabaran aku yang aku suka.
Tapi sampai di tahap ini...aku harus istikarah sendiri.

Should i let it go.... or continue to live life like this shit. Like this shit!!!
No weekends....no life...but work.  :'(

Marilah fikir sejenak...apa yang kau cari di dunia ini.
Setelah kau diberikan kebahagiaan...
Dilimpahkan rezeki...
Tapi kau kehilangan siapa diri sendiri...

Am i really loosing my self?


Bye...assalam...
Tabarakallah........

13.9.16

Jum nyanyi my favorite song .......

Kau membuat, ku berantakan.
Kau membuat, ku tak karuan.
Kau membuat, ku tak berdaya.
Kau menolak ku, acuhkan diri ku.


Bagaimana, caranya untuk,
Meruntuhkan, kerasnya hati mu.
Ku sadari, ku tak sempurna,
Ku tak seperti, yang kau inginkan.


Kau hancurkan aku dengan sikap mu,
Tak sadarkah kau telah menyakiti ku.
Lelah hati ini meyakinkan mu,
Cinta ini, membunuh ku.


Woo... Hu~u... Haa...


Lelah hati ini meyakinkan mu,
Cinta ini, membunuh ku...



30.3.16

Entry Kenangan Lalu


Benci Facebook, selalu nak mengimbau-mengimbau kenangan lama, as today...aku ada post di timeline lagu ni siap tag suami... caption : ' Bila kau disisi aku tenang.... '

Zaman baru seminggu lepas kawen tu, suami terpaksa ke Pahang ada tournament.. so boleh agak kacaubilau dia punya rindu. #pengsan 

So, as today...walaupun 2 tahun dah berlalu. 
Aku sentiasa akan merindui dia hingga selama-lamanya..  

~ Peace ~

23.3.16

2nd Anniversary Erin-Lami 2016


Ini syurga aku.. 
Alhamdulillah... Alhamdulillah.... Alhamdulillah...


1.3.16

1st March 2016 babeh!

Bismillah....walah walah!!
Genyeh mata macam tak percaya today terdetik di jari sign in blog bersarang Aku Youjie. Actually kan...hari-hari aku blog sambil drive. Aku akan berkata-kata di dalam hati tentang diri...aku brainwash diri...menyucikan hati ( konon ) dan aku akan tetapkan dalam hati camni '' ok..sampai opis aku nk update entry ' ! Perkara ini berlarutan hampir berbulan-bulan dan akhirnya hari ini baru terialisasi... fuh!

Kenapa aku begini? Sebab sekarang aku kerja macam gila b***.  =___=' Kesian anak dan si suami. Hari-hari menanti kepulangan ibu dan isteri. Apakah..? Mengapa ayat aku berbunga rima-rima akhir nih... =_+' ( EXCITED )

Azam! Haa...tak habis-habis azam. Aku berazam untuk membuat saving gempak mulai bulan ini.  aku nak setelkan misi utama aku tahun ini. Aku nak cari rumah habuan sendiri. Aku dah taknak on9 shopping hari-hari... Semalam terdetik di hati, dah kerja teteruk, lepas tu dapat gaji takkan nak buang sahaja.... kesian anak dan suami. Bekorban kurang kasih sayang ibu disisi... lepas tu, ibu dapat gaji. Ibu lupa diri... isk isk isk...zalimnya aku isk!

Lepas tu, misi bulan 3 ni... nak membuang atleast...atleast atleast 5kg dulu.. aku nak back to 50kg argh!!!! Arghh...gilakah badan macam tongdram...walau hakikatnya orang nampak ' ehhh..ok jer, ko kan tinggi... ehh mana ada gemok, ko kan tinggi...'' ahh...sudah-sudah nak modal tinggi... takkan aku nak jadi Giant atau Makcik Sado..Tinggi dan BOSAR! oH NONO...

Dan misi ini aku mulakan dengan apa? Jeng jeng jeng...
Akan aku update di entry akan datang. Program selama 1 minggu uols...  kih kih dan selepas bulan ini, aku akan kembali slimmm persisi aku youjie dulu dulu nun... ohh silap, dulu bukan slim...dulu PAPAN KEPING.  >_<'

Marilah berdoa aku akan menepati janji untuk update entry minggu ini, atau kalau paling-paling kurang pun... kita jumpa entry tahun satu lagi. Hahahahah..gila!


Ha...gambar disertakan untuk mengigatkan diri yang awak tu dah ada baby, bahasa mau jaga pekerti budi... dan nak update berat badan terkini. Per-picture...60KG!! Okbye.

10.12.15

Otak 2nd hand

Hingga hari ini, sepanjang 6 bulan bekerja, dan sepanjang 6 bulan dihantar dan dijemput setiap kali pergi dan pulang dari kerja...hampir 20 kali aku tertinggal telefon bimbit di dalam kereta.

Rentetannya mudah, setiap pagi aku akan menggendong Sofea..memberi susu sambil ber'FB atau edit gambar atau so on so on... lepas tu, Sofea akan merengek dan aku terus buang@lempaq hp aku entah dimana.... Bila sampai office aku suka hati keluar dari kereta dan bye bye...

Mudah, setibanya masa yang aku perlukan hp... baru aku sedar aku tak kutip balik hp yang aku lempaq. Dan bersedialah untuk HARI TANPA HP@SEPATUH NYAWA TIADA.. Gone~

Semalam, meeting & rehearsal hingga lewat malam.. hati gelisah nak balik, sedang berkemas-kemas untuk pulang tetiba nampak kelibat suami dan anak... pom!! Meluru aku ke arah mereka dan masuk kereta....tinggal handbag, hand phone, wire laptop etc atas meja.... hMMM...

Pernah sekali, melalau cari hand phone..entah dimana, rupanya HP di rumah =_='
.
.
.
.

i hate myself.

Kalau orang lain boleh meluat dan marah dengan perangai aku, aku lagi 1000000000 kali lagi benci dengan diri ini. How come? Tu baru HP, belum lagi part lupa sidai baju..lupa cuci pinggan, lupa masukkan botol susu dalam bag anak..lupa tukar pampers..lupa bawak itu ini..

i hate myself.

....but how


:'( Hari ni aku tak  ada handphone....but my workplace soo sangat pentingkan hp & wassap group..
gonna die dear.... you gonna die!!


Benci...aku dah cukup benci dengan diri sendiri, bagaimana nak disayangi orang lain..
MUSTAHIL. Lebih baik mampus...


** Maafkan aku dengan entry bodoh ni, jangan hairan kalau nanti aku dah tak kenal korang.. =_='


6.11.15

Aku si rabun menginjak buta..

Time : Lastnight
Vanue : Car Park 
OutFit : F1 EW

Aku : b! Sekarang hari-hari hujan, pelik kan?
B : Yerla...memang setiap hujung tahun musiM hujan..
Aku : Ic.
B : kalau tak, tak wujud lah lagu November Rain..
Aku : oOOOoo...yang wake me up when november ends~ ( menyanyi )
B : nOPE.  Its September..  T_T
Aku : Lolz!! Haaaa.. ( Pecah barai gelak! )

......................................................................................................................................................

Lets talk about life... talk about something tersembunyi dalam hati. Hmmm...
Kehidupan seorang Youjie, alhamduillah. Mencapai tahap stabil yang optimum. Aku bersyukur tidak henti-henti. Di hati...di bibir...sebelum tidur..ketika sujud.

Namun pada satu sudut yang paling sepi, ada bisikkan kudus..yang mengejutkan aku saat demi saat, hari-demi hari. Mengejutkan aku dari lena panjang atas buaian mimpi indah tidak dirancang. Namun aku tetap memejamkan mata..di hati aku lindungkan rasa. Di minda aku menipu diri...

Jejak yang aku jalani, adalah landasan syurga duniawi... sedikit menginjak pesong dari titian syurga firdausi. Tidak lah semata di titian kelam dosa menghadap neraka..tapi laluan damai yang aku genggam kini makin longgar... setelah nikmat yang diberi semakin bertubi-tubi.

Semakin lebar senyuman dibibir, semakin kuat tawa membingit telinga... makin tinggi aku terbang tak teranjjak bumi. Mengerti? Cinta aku pada pencipta kian pudar entah mengapa ....  .. ...

Aku terkenang, saat dunia menghimpit tubuh..
Mengenangi saat didalam damai dakapan kasih illahi.
Aku menangis di pangkuan yang Esa.
Disaat hati aku dibujuk cinta si Dia.
Indah..dalam duka.
Damai dalam air mata.
Bahagia dalam derita.

Dalam linangan,
Tika itu aku memohon cahaya.
Memohon nikmat di dunia..
Meminta simpati sang pencipta..
Aku ingin itu, ini..aku inginkan semua.

Dan kini aku leka.
Pabila doa dimakbulkan yang maha pemurah.

Aku kian melupakan Dia.
Menafi hak yang Berkuasa.

Adakah syurga masih terbuka pintunya....  .. ..
Buat aku yang hina dina.
Mencari kembali jalan ke pangkuanNya.

Kerana mata ini makin kabur menginjak buta.




Aku Youjie
Aku si buta jiwa..